Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 3 April 2009

'Tiada promosi dan Kutipan Tiket Hancur'... Apa Dah Jadi dengan Filem Jin Hutan?

'Jin Hutan'.. sebuah filem seram arahan Jeffry Wong yang telah ditayangkan pada 12 Mac 2009 yang lalu. Dalam tempoh tayangan tersebut, filem ini khabarnya telah mengutip pulangan yang 'tidak masuk modal' dan telah merugikan para produser yang melabur untuk menghasilkan Jin Hutan ini. Percaya atau tidak, filem Jin Hutan tiada langsung promosi, dan tiba-tiba ditayangkan terus ke pawagam. Kata teman media kepada saya tempoh hari, filem Jin Hutan langsung tiada tayangan kepada media. Apakah Jin Hutan tidak memerlukan media atau blogger untuk mengkritik sekaligus mempromosikan filem ini?. Mungkin barangkali Jin Hutan telah ditayangkan secara senyap dan mengundang beberapa teman atau media yang khas sahaja?. Benarkah andaian ini?. Cuma pihak produser filem ini sahajalah yang mampu merungkai persoalan ini. Dalam kehangatan pertanyaan ini yang belum terjawab, saya cuba menyemak jadual tayangan samada di TGV atau GSC dengan niat untuk menonton filem ini, tetapi terpaksa melupakannya kerana tayangannya sudah ditarik balik kerana dalam tempoh dua minggu wajib tayang FINAS, sekiranya sesebuah filem gagal mengutip pulangan atau memancing menonton, maka pihak pawagam boleh menamatkan tayangannya. Cuma pawagam-pawagam kecil giat menayangkan filem ini tetapi di TGV dan GSC, jangan haraplah terutamanya di Klang Valley. Namun begitu, ketika ditinjau dari sudut jumlah kutipan mengikut perangkaan Finas, Jin Hutan langsung gagal sebagai sebuah filem di pawagam. Kata beberapa rakan yang sempat menonton filem ini, 'Jin Hutan', sebuah filem sampah yang naratifnya tidak kuat dan hancur!. Walaupun itu hanya pandangan segelintir penonton, saya tidak boleh membuat andaian, kerana saya dan rakan media lain, belum menontonnya. Dan mungkin kami akan menontonnya di FFM22 Kota Kinabalu, Sabah la khabarnya. Itu pun, sekiranya Jin Hutan tercalon. Jika tidak, lupakan sahaja. Justeru, saya amat kagum pada team Les'Copaque Productions yang telah menerbitkan filem GENG, dan kutipan mereka sudah mencecah rm 7 juta dan masih ditayangkan lagi dan bakal memasuki Sinema Indonesia bulan ini, khabarnya.. Oleh itu, kepada anda di luar sana, jika mahukah filem anda memperoleh kutipan yang tinggi. Bikinlah filem yang berkualiti kerana penonton kita sudah muak dengan idea-idea yang lapuk dan klise. Kesimpulannya ialah 'Jin Hutan adalah sebuah karya yang gagal untuk tahun 2009'... So.. bagaimana dengan anda pula?.

p/s: Malam ini bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya di pentaskan Teater Mimpi pukul 8.00 malam. Ayuh kita kesana. Kata Azwan.. U tak datang.. I mengamuk!!!!. hehehehe...ee takutnya!!

0 comments :