Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Ahad, 31 Mei 2009

'Pergolakan jiwa antara agama dan budaya', Syurga Cinta tidak mengecewakan!

Benarkah antara cinta dan kasih sayang seseorang manusia itu terletak pada jodoh dan ketentuan yang maha esa?. Atau ia sekadar hadir sebagai pelengkap naluri dan kehendak sekeliling?. Berbekalkan prinsip memaparkan satu yang realiti untuk renungan bersama serta dijadikan iktibar dalam mengharungi kehidupan beragama, 'Syurga Cinta' arahan dan lakon layar Ahmad Idham telah membuka lembarannya pada 21 Mei 2009 di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Filem yang memaparkan konflik jiwa antara Irham ( Awal Ashaari ) dan Syuhadah ( Elliza ) ini amat menarik naskhahnya kerana ia memaparkan kisah cinta antara Irham dan Syuhadah yang bermula dengan 'cinta pandang pertama' yang akhirnya mewujudkan satu konflik yang meruntun perasaan dan menyakitkan jiwa. Syurga Cinta sebuah paparan kerosakkan minda anak-anak muda beragama islam yang hidup dalam kedaifan beragama yang menjadikan maksiat, pergaulan bebas dan corak kebaratan sebagai makanan jiwa yang melazatkan. Kehidupan dan cara pemikiran sesetengah masyarakat yang digambarkan di dalam Syurga Cinta menunjukkan bahawa 'dunia semakin kiamat' dan menunggu masa untuk kembali kepada pencipta asal, Allah S.W.T. Persoalan secara sinis tentang gaya hidup masyarakat Malaysia menerusi Syurga Cinta digambarkan terlalu mengagungkan duniawi melalui beberapa watak yang dihidupkan beberapa pelakon, antaranya yang menyentuh jiwa penonton adalah pada watak ibu dan bapa Irham yang tidak langsung pedulikan agama. Lihat sajalah mereka yang menjadikan hiburan dan arak sebagai makanan jiwa yang sungguh menyedapkan. Apakah dengan wang ringgit dan harta sahaja boleh mengatasi keimanan seseorang manusia di muka bumi?. Itulah gambaran kritikal betapa ruginya manusia yang islam pada namanya tetapi kafir di dalam jiwa dan pemikirannya. Kedaifan dan keruntuhan jiwa di dalam Syurga Cinta di seimbangkan melalui watak Syuhadah, lakonan Elliza, seorang wanita suci yang hidup berpaksikan agama islam sebenar. Kemunculan Syuhadah dalam hidup Irham sedikit sebanyak memberikan impak kepada perjalanan kehidupan dan kepercayaan agama sehingga ia menyuntik jiwa Irham untuk kembali mengenal diri dan pegangan hidup yang sebenar.

Perwatakan Syuhadah yang di bawa Elliza amat menyentuh perasaan dan ia wajar dipuji dengan keberkesanan watak yang digalasnya sehingga Syurga Cinta boleh dikatakan sebuah filem yang menyentuh perasaan setiap penonton yang menyaksikannya. Kemunculan Hadziq, pelakon kanak-kanak menerusi rancangan kelolaan Aznil, Tom Tom Bak tidak sia-sia kerana walaupun kecil, kepetahan Hadziq membawa karektor yang agak nakal amat menjadi dan tidak mengecewakan, walaupun ia agak keterlaluan. Syurga Cinta bukan sebuah filem yang membosankan, walaupun isu agama di jadikan plot utama dalam penceritaan, tetapi ia sebuah naskhah yang amat menyentuh perasaan dan tidak mengecewakan khalayak. Jika anda menganggapkan Syurga Cinta sebuah filem sampah dan tidak menarik, anda perlu membuktikan di sini, apakah dan di manakah kriteria Syurga Cinta di anggap sebegitu? Apakah ia tidak mengandungi elemen kontroversi seksual yang melampau-lampau di anggap 'sampah'. Jika anda tercari-cari sebuah filem yang bagus untuk tontonan sekeluarga, maka Syurga Cinta adalah filem yang wajar di tonton oleh anda hujung minggu ini.

Keseluruhan :*** ( wajar di tonton )

Sabtu, 30 Mei 2009

'Go Thaddeus!, Go Yasmin Ahmad'.. coming soon 2010


Selepas 'Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime', kini Yasmin Ahmad akan muncul dengan filem terbaru yang bakal di tayangkan di Singapore, Malaysia dan South Korea pada 2010. Filem yang diterbitkan oleh Singapore's Lighthouse Pictures ini di beri judul 'Go Thaddeus'. Jom kita selidiki apa yang ditulis oleh wartawan cinema online mengenai filem ini....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
By Ezekiel Lee Zhiang Yang

Singapore's Lighthouse Pictures announced the pre-sell of a new Yasmin Ahmad movie to Korean-based international film distributor Film Messenger last week in Cannes, France.

The Malaysian director, famed for controversial movies on the home front that win international acclaim abroad like "Sepet" and "Muallaf" (although her last movie "Talentime" earlier in the year did register as one of her 'quietest' projects yet) is to direct a biopic of Singaporean triathlete Thaddeus Cheong Wing Kit, who died aged 17 from a heart failure during the run-up to the SEA Games in 2007.

The movie will draw from the book "Running The Full Distance: Thaddeus Cheong", written by the late athlete's aunt, Belinda Wee, and will be timed for the inaugural Youth Olympics in 2010 according to a press release.

Managing Director of Film Messenger Choi Yoon Hee is quoted as saying: "I have long admired Yasmin's work, and it is so moving and so rare to find such an internationally marketable, socially beneficial film about sportsmanship, family, friendship and unyielding determination."

An early synopsis of the movie includes many dramatic and heart-wrenching highlights, such as strangers turning up at Thaddeus' funeral, whose children received free private coaching from him unbeknownst to his family.

"Go, Thaddeus!" is scheduled for release in Singapore, Malaysia and South Korea in August 2010.


Jumaat, 29 Mei 2009

Lagenda Filem Melayu.... Seniman Terunggul Tan Sri P.Ramlee...


Hari ini, Jumaat 29 Mei 2009, genaplah 36 tahun pemergian seorang bintang dan seniman lagenda, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pemergiannya pada Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun, kini telah meninggalkan impak yang sangat besar terhadap industri hiburan dan perfileman tempatan. Lagu-lagu ciptaannya serta filem-filem arahan dan lakonannya seringkali dijadikan kajian di beberapa universiti dan kolej perfileman. Bukan setakat itu sahaja, kebanyakkan filem-filemnya di ulang siar di beberapa saluran tv tempatan, samada tv1, tv3, tv9 dan astro. Bersempena Hari Seniman , Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui Arkib Negara Malaysia, hari ini ( 29 Mei 2009) akan di adakan Majlis Tahlil Perdana bagi Memperingati Seniman Lagenda itu dan juga seniman-seniman lain petang ini pukul 6.30 petang bertempat di Sound Stage, FINAS. Semua warga filem, orang ramai dan peminat dijemput hadir untuk memeriahkan acara.

MAJLIS TAHLIL PERDANA SENIMAN
6.30 ptg di FINAS, 29 Mei 2009.
semua dijemput hadir..

*selamat menyambut hari seniman 2009* al-fatihah buat semua seniman yang telah kembali ke rahmatullah*

Khamis, 28 Mei 2009

Kenyataan Rasmi Daripada Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM)


Persatuan Penulis Skrin Malaysia ( S W A M )
Ditubuhkan 1996 ● No. Pendaftaran 2401/96 WP
Alamat: Kompleks Studio Merdeka, Finas, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor DE
E-mel: swam_malaysia@yahoo.com | swamadmin@gmail.com | swambulletin@gmail.com

KENYATAAN RASMI
PERSATUAN PENULIS SKRIN MALAYSIA (SWAM)
9 Mei 2009

Bagi menjelaskan beberapa tanggapan awam berhubung pentadbiran SWAM, dimaklumkan bahawa Persatuan ini masih terus aktif seperti biasa menyumbangkan khidmat nasihat dan perundingan kepada ahli-ahlinya selain membantu pihak-pihak yang berkenaan mengelolakan kegiatan seperti seminar, kursus dan bengkel latihan untuk penglibat industri filem.

Buat beberapa ketika, pentadbiran SWAM mungkin terkurang memberi tumpuan terhadap interaksi atau penyampaian maklumat untuk orang awam. Sukacita dimaklumkan hal ini telah dapat di atasi dan orang awam boleh mendapat maklumat terkini melalui beberapa saluran yang disediakan.

SWAM telah dikenali ramai aktif menganjurkan kursus-kursus berkaitan penulisan dan produksi dengan sokongan dan kerjasama FINAS. Keupayaan SWAM agak terhad tanpa bantuan agensi seperti FINAS. Kurus-kursus anjuran SWAM terbuka kepada semua individu yang berminat pada pelbagai peringkat. SWAM adalah tenaga tonggak melaksanakan Seminar Perfileman sempena Hari Seniman 2008.

Moto SWAM “ INDUSTRI SKRIN BERMULA DI SINI! ” diharap dapat menjadi pegangan kuat semua ahli khasnya dan semua penulis amnya. Perjuangan SWAM adalah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada semua pihak yang terlibat di dalam industri filem seperti produser, stesen TV, agensi Kerajaan dan semua penglibat industri. SWAM berharap menjadi badan rujukan yang diiktiraf bagi bidang penulisan skrin dan hal ehwal yang berkaitan dengannya.

Pengiktirafan ini bukan sahaja akan menyatukan semua penulis skrin di bawah satu payung tetapi juga memupuk amalan profesional dan membantu penulis mendapat imbuhan yang sewajarnya.

SWAM boleh dihubungi di alamat operasi terkini iaitu di Kompleks Studio Merdeka FINAS, Lot 1662 Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor. Sila hubungi Setiausaha Kehormat (H/P 016 2526 836) atau Setiausaha Kerja (H/P 012 399 1535). No. Fax ialah 03 6141 2319.

E-mel SWAM adalah
swamadmin@gmail.com (hal pengurusan)
swam_malaysia@yahoo.com (hal urusan umum) dan
swambulletin@gmail.com (hal berhubung berita dan maklumbalas).

http://swammalaysia.wordpress.com

Rabu, 27 Mei 2009

Exclusive with Yasmin Ahmad : Talentime Discussion Video at Finas


Pada 23 hb Mei 2009 lepas, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengadakan Diskusi Filem Talentime secara ekslusif menampilkan pengarah profilik yang disegani, Yasmin Ahmad. Kepada anda diluar sana, yang tidak dapat menghadiri diskusi ini tempoh hari, di sini di sertakan rakaman video semasa sesi bicara filem Talentime yang dipetik dari laman youtube menerusi portal http://runwitme.blogspot.com/. Enjoy ok.. *sori jika video ini tidak memuaskan*

















* video semua ini dipetik dari laman youtube *

jom tonton the making of Talentime di sini. Klik

http://www.talentimethemovie.com/bts.asp



Selasa, 26 Mei 2009

'Gadoh'.. Paparkan Konflik Perkauman Secara Sinis!

' Melayu pemalas, Cina Makan Babi!' adalah antara dialog yang terkandung di dalam Gadoh, sebuah filem remaja penuh konflik arahan Brenda Danker dan Namron yang di barisi Zahiril Adzim, Amerol Affendy, Namron dan Nicholas Liew Davis ini telah di tayangkan secara ekslusif pada 22 Mei 2009 di Help Universiti College, Damansara. Filem yang memaparkan konflik perkauman antara melayu-cina ini digambarkan secara sinis melalui beberapa watak yang dibawa oleh para pelajar menengah di sebuah sekolah milik Kerajaan. Pergaulan antara melayu dan cina dipaparkan secara kritikal di mana sikap dengki-mendengki antara satu sama lain dicorakkan secara negatif melalui ucapan dialog yang bersifat prejudis. Keruntuhan institusi kekeluargaan di dalam Gadoh di selitkan dengan beberapa situasi yang menggambarkan betapa 'negatifnya' pemikiran ibu bapa yang mengatakan bahawa kaum bukan melayu sebagai penindas bangsa yang tidak bermaruah, sedangkan bangsa melayu perlu diberi perhatian. Sebaliknya pula pada kaum bukan melayu, mereka mengandaikan bahawa bagaimana kaum melayu yang gagal dalam peperiksaan boleh masuk Universiti dan mendapat pekerjaan yang tinggi sedangkan golongan bukan melayu terpaksa berusaha gigih untuk menempatkan diri mereka di bumi Malaysia. Itu bukan perkara biasa dalam realiti masyarakat Malaysia kerana perkara sebegini masih lagi berlaku barangkali tidak dalam kelompok tertentu yang begitu prejudis terhadap bangsa lain. Penghasilan Gadoh sebagai medium pendidikan bukan bertujuan mencipta kontroversi walaupun filem ini cuba menyuntik elemen sebegitu kepada penonton. Walaupun memaparkan dialog yang mencabar pemikiran dan lari dari konsep stereotype filem-filem Melayu lain, Gadoh juga cuba memberikan beberapa dialog dan gerak ucapan yang begitu komedi sifatnya pada sesetengah scene agar filem ini tidak diihat sebagai filem propaganda kepada sesuatu pihak. Gadoh filem berdurasi 70 minit ini sebenarnya mengisahkan kenakalan para pelajar di sebuah sekolah menengah yang menjadikan isu perkauman sebagai perkara genting yang perlu di beri perhatian. Kenakalan mereka menjadi punca pergaduhan antara dua kaum pelajar ( melayu-cina) atas sebab satu perkara iaitu 'kebencian terhadap kaum lain di Malaysia'. Permasalahan ini menarik perhatian Cikgu Anne Lee untuk membawa masuk En. Azman ( Namron ) ke sekolah tersebut untuk mengajar subjek Teater kepada para pelajar bermasalah bagi memulihkan setiap dari mereka untuk menjadi manusia yang berguna. Apakah tindakan En Azman berjaya memulihkan setiap para pelajar tersebut? dan apakah mereka menghargai persahabatan antara mereka?. Semuanya terjawab dalam filem Gadoh arahan Namron dan Brenda yang akan ditayangkan semula pada 12 June 2009 di Help University, Damansara atas permintaan ramai pihak.

'Gadoh' sebuah naskhah berani terbitan Komas Organisation bersama Big Picture Productions ini sebenarnya sebuah karya yang cuba mengangkat elemen teater sebagai satu jalan penyelesaian untuk membentuk jatidiri dan persahabatan antara para pelajar tersebut. Teater selalunya dianggap kerja seni yang tidak berfaedah bagi sesetengah pihak yang tidak memahami 'seni dan kehidupan', maka Gadoh garapan Namron sebagai penulis skrip filem ini cuba memberi fokus kepada penonton bahawa jurang keseimbangan antara kerjaya bukan berdasarkan pada cara berpakaian seharian, tetapi ia lebih mengkritik kepada cara pemikiran sesetengah manusia. Di dalam Gadoh, Namron menggambarkan status guru besar, Encik Chua sebagai seorang guru yang terlalu berfikiran sempit dan menyalahkan semua pihak sebagai pencetus kepada masalah sosial sebaliknya, beliau tidak sedari bahawa persekitaran sekolah tersebut adalah punca sebenar kepada permasalahan sosial tersebut yang akhirnya berjaya di selesaikan oleh Namron melalui kelas teater yang di anjurkannya. Dalam kehidupan seharian, kita boleh lihat bahawa aspek kesenian samada teater, filem dan muzik selalunya dipolitikkan demi untuk mencari kepercayaan dari segi perhubungan sosial. Tetapi melalui Gadoh, Namron cuba membawa penonton kepada aspek 'seni yang dipolitikkan' semasa scene terakhir semasa pementasan teater monolog yang dikendalikannya serta di barisi oleh para pelajar kelolaannya. Walaupun teater itu cuba memberikan sisi negatif kepada penonton ( gambaran dalam GADOH semasa monolog) yang mengupas 'kenapa dan mengapa' para pelajar menjadi samseng dan di monologkan secara sinis. Walaupun apa yang dipentaskan mereka di hadapan penonton yang turut di hadiri wakil Kementerian ( wakil kementerian bangun dan meninggalkan pentas akibat terluka dengan pementasan teater tersebut ) wajar dilihat secara positif, bukan negatif. Justeru, apa yang ingin diperkatakan Namron di dalam Gadoh adalah tentang 'kemanusiaan, persahabatan dan kasih sayang' . Namun begitu, Gadoh sebuah filem yang mengungkap pelbagai masalah dalam kehidupan rakyat Malaysia kerana dalam Gadoh tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan kerana jika kena caranya, ia akan berhasil walaupun krtikannya agak pedas dan sensitif barangkali. Oleh itu, Gadoh perlu ditonton oleh semua pencinta filem kerana ia merupakan sebuah filem yang cukup istimewa untuk tahun 2009 ini..

Filem Gadoh akan menarik lagi jika di hasilkan dalam medium 35mm atau HD.. hehehe.. apa2 pun tahniah buat Tayanithi yang memberikan shot2 yang agak menarik dan Namron yang cukup sinis gambarannya terhadap masyarakat Malaysia di dalam garapan Gadoh yang akan menemui penonton kembali di panggung Help Universiti, Damansara 8 mlm pada 12 June 2009. Masuk percuma!!


Isnin, 25 Mei 2009

'Ini Amaran kepada semua penulis blog!!', Dr. Rais Yatim.


'Kita cabar penulis blog dan artikel tersebut, jika dia cuba mempopularkan isu komunis dengan tulisan yang menghasut pemikiran pembaca, kita perlu halau penulis tersebut keluar dari Malaysia', itu kenyataan penuh semangat Y.A.B Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia semasa melancarkan Program Merakyatkan Seni Budaya, 'Pesta Mengemping 2009' di Padang Sekolah Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan semalam. Kenyataan itu merujuk kepada akhbar New Straits Times semalam, yang mengeluarkan 4 artikel berhubung dengan pemahaman komunis yang cuba diselaraskan kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa perjuangan komunis adalah satu perjuangan yang hakiki dan perlu diteruskan. Artikel itu bertajuk ' Malayan Communists' Blog: For Youngsters, It's alternative history, Malayan Communists Go Online, Malayan Communists Blog : There is always another side to the story dan Malayan Communists Blog: Textbooks only give Victor's Version' yang disiarkan semalam di News Straits Times. Daripada artikel tersebut, Dr. Rais Yatim mengingatkan bahawa mana-mana penulis atau wartawan samada para bloggers yang cuba menjadikan isu komunis sebagai satu pemahaman yang wajar dan menghasut, maka kita perlu menghalau mereka ini daripada Malaysia. Justeru, apa yang perlu di jadikan perhatian di sini ialah 'sebagai rakyat Malaysia di bumi yang kita cintai, kita jangan memesongkan pemikiran kita dan orang lain dengan kebebasan kita bersuara kerana silap langkah merana badan'. Oleh itu, kenyataan ini perlu di ambil perhatian terutama kepada semua blogger politik yang ada di Malaysia. Jika tidak kata Dr. Rais Yatim 'anda akan di halau keluar dari Malaysia!'.

*wallahuallam*

Ahad, 24 Mei 2009

'Antara Seks, Sahabat dan Kerjaya'.... Mingguan Lelaki paparkan kisah disebalik dunia lelaki!

'Seks, Sahabat, Kerjaya dan Fantasi' merupakan beberapa elemen penting yang boleh di dapati di dalam Mingguan Lelaki, sebuah drama bersiri online arahan Aziz M.Osman yang kini ditayangkan di laman gua.com bermula hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Mingguan Lelaki yang membariskan Fazren Rafi, Sari Yanti, Memey Suhaiza, Khir Rahman dan Saiffz Salleh ini merupakan sebuah kisah realiti masyarakat Malaysia yang memaparkan pergolakan konflik yang berlaku kepada Ilham ( Fazren Rafi ) yang bekerja sebagai wartawan di sebuah majalah yang memfokuskan kepada golongan lelaki dengan menampilkan beberapa isu yang agak sensasi untuk tatapan pembaca setia Mingguan Lelaki. Drama bersiri ini sebenarnya sebuah paparan secebis kisah dunia glamour yang melibatkan para artis, wartawan hiburan, penulis artikel mahupun seorang editor dalam penerbitan sesebuah majalah. Garapan di dalam Mingguan Lelaki agak sensitif barangkali jika ditayangkan di kaca tv kerana Mingguan Lelaki menampilkan isu-isu dan dialog yang agak menjurus kepada persoalan remaja yang lebih kepada pergaulan seks bebas dan cara hidup yang tidak berlandaskan hukum agama. Kewujudan Mingguan Lelaki bukannya sebagai platform negatif kepada para penonton amnya golongan remaja, tetapi ia merupakan sebuah paparan secara sinis tentang pergolakan jiwa seorang wartawan majalah yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah kehidupan kerana ia dikelilingi oleh anasir-anasir yang merosakkan. Dapatkah Ilham menyesuaikan dirinya di dalam kelompok tersebut yang rata-ratanya berpaksikan kepada satu kehendak iaitu 'kepuasan dan keseronokkan'. Apakah Ilham akan berubah fikirannya dan terus terjerumus dalam kehidupan songsang ini? Semuanya akan terjawab di dalam sebuah drama bersiri online, Mingguan Lelaki yang kini hangat di tayangkan di portal gua.com.

teaser



Mingguan Lelaki di tayangkan secara online di
www.gua.com.my
Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat..

-penuh seksi dan mendebarkan bagi setiap episod-

Sabtu, 23 Mei 2009

Muallaf Yasmin Ahmad... di Pawagam Julai 2009


Mengikut maklumat daripada Wajib Tayang FINAS, Muallaf arahan Yasmin Ahmad akan di tayangkan serentak di seluruh Malaysia mulai 2 Julai 2009. Jangan lupa!!. Khabarnya ada dua buah filem arahan Yasmin Ahmad akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi, iaitu sebuah filem Jepun dan sebuah lagi filem terbitan dari Singapore. Apakah judul dua buah filem tersebut?. nantikan info-info menarik akan datang...



Jumaat, 22 Mei 2009

Temui Yasmin Ahmad di Finas.... Talentime secara ekslusif esok!!


Kepada semua peminat, blogger dan karyawan filem, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjemput anda secara ekslusif, esok, Sabtu 23 Mei 2009 bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas, pukul 2.30 petang, di mana Tayangan dan Diskusi Filem Talentime bersama Yasmin Ahmad akan di adakan. Masuk percuma. Ramai-ramailah kita memeriahkan acara yang di adakan ini..

kepada anda yang ingin menemubual Yasmin secara langsung berkaitan filem Talentime ini, luangkan masa anda esok okay!!!

p/s: Malam ini pukul 8.00 malam di Help University, Damansara akan di adakan Preview & Launching Night filem Gadoh yang membariskan Zahiril Adzim sebagai teraju utama... datang ye!!!

Khamis, 21 Mei 2009

Mustika... Pakej 3 saluran baru astro...

'Mustika', pakej terbaru yang diperkenalkan astro melalui 3 saluran terkini, 'Astro Citra, Astro Warna dan B4U' ini akan beroperasi mulai Jun 2009 dengan pakej menarik, cuma RM 12.95 sebulan. Mustika yang menggantikan saluran sinema terunggul, astro kirana ini khabarnya akan menghidangkan pelbagai rancangan dan filem menarik untuk tontonan para pelanggan astro melalui 3 saluran yang diperkenalkan semalam semasa pelancaran Mustika, di Mid Valley, Kuala Lumpur. Astro Citra merupakan rangkaian filem-filem terhebat yang membawa anda ke dimensi baru dunia filem tempatan mahupun antarabangsa yang akan menghidangkan pelbagai filem terbaik dan berkualiti dari seluruh negara termasuk Malaysia. Peminat genre komedi boleh bergelak ketawa melalui saluran Astro Warna dengan paparan pelbagai drama dan filem komedi terbaik sepanjang zaman samada yang baru atau lama. Saluran ini memperkenalkan Afdlin Shauki sebagai duta utama untuk saluran warna ini. Tidak terkecuali juga kepada peminat filem-filem Hindi, di mana Astro memperkenalkan saluran B4U yang memfokuskan kepada puluhan filem-filem Hindi terkini yang tidak boleh dimiliki di saluran lain. Semua paparan filem-filem ini hanya boleh di miliki melalui satu rangkaian dengan 3 saluran berbayar, Mustika yang boleh di langgan melalui talian 1-300-82-7777 .

Namun begitu, walau apapun rancangan dan saluran yang diperkenalkan oleh Astro, tetapi harapan saya di sini adalah agar apa yang dihidangkan melalui 3 saluran tersebut mestilah yang terbaru dari bulan ke bulan agar keistimewaan bagi 3 saluran ini dapat dilihat perbezaannya. Sekiranya Mustika melalui Citra, Warna dan B4u menampilkan program yang sama dan boleh dimiliki juga melalui saluran-saluran Astro yang lain, maka amat rugilah bagi para pelanggan saluran astro ini. Justeru, perubahan perlu dirombak barangkali sudah ada dan akan direalisasikan mungkin melalui rangkaian baru ini, agar para pelanggan astro sedia ada akan tertarik untuk melanggan saluran baru ini yang tentunya memberi saingan juga kepada saluran berbayar Astro Box Office Movies yang saya rasakan saluran sinema yang perlu juga dimiliki oleh peminat filem dan penggiat industri yang lain. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak untuk hiburan anda seisi keluarga, samada menjadikan Mustika teman hidup anda atau tidak. Tepuk dada tanya selera.


untuk melanggan
1-300-82-7777

Rabu, 20 Mei 2009

3 Budak Melayu.. akan datang di pawagam


Semalam, pukul 2.30 petang bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas di adakan sidang media dan tayangan ekslusif '3 Budak Melayu' arahan pengarah muda Faizal Lockman atau Mamu. Filem yang diterbitkan oleh UiTM ini khabarnya akan memasuki beberapa pawagam tempatan seluruh Malaysia tidak beberapa lama lagi. Semasa tayangan dan pc filem ini semalam, amy ikram ingin memohon maaf ( kerana di jemput admin blog Film Screening Club UiTM ) kerana tidak dapat menghadiri tayangan filem ini kerana pada masa sama, amy ikram terpaksa menghadiri meeting di Filem Negara Malaysia. Apapun, amy ikram berharap agar filem ini akan dapat diterima oleh penonton tempatan apabila ia ditayangkan di pawagam kelak. Justeru, harapan amy ikram agar pihak UiTM dapat menayangkan semula filem ini pada Gala Night di pawagam terpilih sekiranya telah ditentukan tarikh tayangan oleh Finas, wajib tayang nanti.

trailer



** 3 budak melayu... coming soon 2009**

Selasa, 19 Mei 2009

Sell Out... Sindiran masyarakat yang agak tajam!


'Sell Out', mendengar sahaja tajuk filem ini barangkali penonton tempatan akan tertanya-tanya apakah ia karya tempatan mahupun antarabangsa. Sell Out, karya penuh parodi arahan Joo Han semestinya sebuah filem Malaysia yang telah mendapat perhatian beberapa juri di seluruh festival filem antarabangsa termasuk Venice Film Festival, sehingga memenangi Young Cinema Award for Alternative Vision, NETPAC Award di Taipei Golden Horse Film Festival, Best Film of the Venice Critics Week 2008 di Italian Critics Poll, Cineforum dan banyak lagi. Pembukaan filem ini menyaksikan satu gambaran secara sinis terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat Malaysia terutamanya dalam kehidupan, di mana fokus gambaran utamanya melalui visual penembakkan di luar studio semasa sesi temubual Joo Han dengan Rafflesia Pong (Jericca Lai) melalui satu program bual bicara. Program ini memberikan fokus kepada sesi soal jawab tentang kenapa dan mengapa sesebuah filem arahan Joo Han selalunya bersifat melankolik dan agak perlahan. Dalam situasi ini, Joo Han cuba membawa penonton kepada kelemahan- kelemahan filemnya seakan menjadi persediaan untuk khalayak menonton filem Sell Out. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan filem ini sebuah satira tetapi sebuah komedi yang absurd.

Keseluruhan naratif dalam Sell Out adalah berkisarkan kepada penerimaan dan cetusan sesebuah program samada TV mahupun rancangan di mana fokus utamanya adalah hiburan kepada penonton. Sell Out cuba menyogokkan kepada kita tentang persoalan masyarakat Malaysia melalui beberapa kelemahan yang agak ketara di dalam kehidupan di mana rata-ratanya lebih menumpukan perhatian kepada program realiti TV berbanding program berunsur imliah, kehidupan dunia kapitalis dan korporat yang tamak, masalah identiti dari segi bahasa dan pertuturan, serta permasalahan jiwa yang membelenggu kelompok artis dalam lingkungan dunia kreatif. Masalah ini boleh dilihat melalui satu scene di mana sesi temubual oleh Rafflesia Pong yang membongkar sebuah program TV mengatasi program yang dikendalikan Hanna Ho dengan alasan program yang dikendalikannya tidak cukup memberikan unsur fantasi dan dramatik yang tinggi. Dalam perkara ini, Sell Out seolah-olah sebuah filem doku-drama yang mempersoalkan pelbagai perkara dalam kehidupan, dan sebab itulah filem ini telah berjaya menggamit perhatian beberapa juri di festival filem Venice sehingga diangkat sebagai filem terbaik.

Keseluruhan filem ini memberikan signifikan yang tersendiri bahawa ia sebuah karya bersifat global di mana ceritanya berpaksikan kepada kejadian kematian sesebuah watak yang diwawancarakan bersama si mati sebelum mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir. Program ini dikendalikan oleh Rafflesia bagi menyuntik elemen baru dalam penerbitan sesebuah program untuk bersaing dengan program realiti tv yang lain. Mungkin agak mengarut sekiranya difikirkan realiti tentang watak-watak yang digambarkan melalui Sell Out, tetapi itu rencah utama Joo Han dalam menyampaikan sesebuah maksud kepada penonton. Dalam perkara ini, Joon Han menyentuh realiti ini melalui sketsa-sketsa naratifnya dan adegan-adegan komik yang melucukan serta sinikal. Filem ini secara sinis memparodikan program televisyen realiti, ahli korporat yang tamak hingga diperingkat menggunakan kerja seni dan artis, soal kejujuran, identiti bangsa dan masalah Bahasa. Dan segala persoalan ini bukan sahaja ditampilkan melalui lakonan yang distailiskan tetapi juga dalam nyanyian-nyanyian yang disampaikan dalam stail karaoke.

Sekiranya anda penonton filem-filem komersial yang bersifat konvensional dengan struktur naratif yang simple, mungkin filem sebegini akan membuatkan fikiran anda terganggu seketika kerana Sell Out bermain dengan sktruktur naratif yang bersifat sketsa dan ia memerlukan fikiran yang tenang untuk menghayatinya. Justeru, Sell Out boleh dikatakan sebuah produk indie tempatan yang telah berjaya memukau khalayak luar negara melalui sindiran tajam yang agak sinis tentang realiti kehidupan masayarakat Malaysia.


** pada mulanya agak terganggu seketika bila saya menonton Sell Out, tetapi saya cuba meneliti setiap maksud melalui paparan watak dan scene yang digambarkan. Sell Out seolah-olah mencabar fikiran saya. Justeru ia sebuah filem Malaysia yang mempunyai banyak maksud yang tersirat yang harus difikirkan.**

Isnin, 18 Mei 2009

Astro Kirana Di tamatkan Siaran?

*Artikel akan dikemaskini dari semasa ke semasa, mengikut perubahan*

Saluran astro yang menampilkan filem-filem terbaik dari asia, 'Astro Kirana', khabarnya telah ditamatkan siarannya bermula 18 Mei 2009. Menurut sumber yang boleh dipercayai, saluran filem itu yang seringkali menayangkan filem-filem tempatan dan antarabangsa, telah ditamatkan siarannya dengan alasan saluran tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton tempatan. Mengikut perangkaan, jumlah penonton tertinggi bagi saluran astro ialah 'Astro Ria, Astro Prima, Star Movies, HBO dan Max'. Untuk astro kirana, cuma segelintir penonton sahaja yang menonton saluran itu, rata-ratanya cuma penggiat filem mahupun pelajar sesebuah institusi perfileman. Apakah relevan saluran percuma itu ditamatkan siarannya, tatkala saluran itu sebenarnya menyediakan pelbagai filem-filem menarik dari seluruh asia, bukan sahaja Malaysia. Tetapi ia merangkumi, Thailand, phillipines dan Indonesia. Bagi saya, kajian perlu dilakukan pihak astro sebelum menamatkan sesebuah saluran kerana Astro Kirana sebenarnya dalam diam mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Apakah kita perlu menayangkan filem-filem yang ada unsur kontroversi dan panas supaya rangkaian kirana akan mendapat penonton yang tertinggi?. Fikirkan sendiri. Tepuk dada tanya selera.

**saya masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak astro mengenai saluran kirana yang telah ditamatkan hari ini dengan alasan tiada sambutan.**

Ahad, 17 Mei 2009

Sinema Thailand: Love Of Siam


filem yang sangat menyentuh perasaan penonton. Kisah dua sahabat yang bertukar menjadi sebuah cinta terlarang yang menggemparkan. nantikan ulasan terperinci akan datang...

trailer filem


sinopsis filem
Two young boys are best friends living quiet family lives in Bangkok. Their lives are disrupted when one boy's older sister goes missing on a jungle trip. The shattered family moves away, separating the boys. Years later, now in their late teens, they meet again. One of them is now the leader of an aspiring boy band whose managing assistant bears a striking resemblance to the lost sister. The teenagers must deal with their family, social lives and their feelings for each other

Sabtu, 16 Mei 2009

Filem Karaoke ke Cannes Film Festival


Bukan senang untuk menggamit juri di Cannes Film Festival 2009, apatah lagi ia merupakan karya daripada Malaysia dan amat sukar untuk memasuki kelompok yang rata-ratanya daripada penggiat filem professional seluruh dunia. Namun itu bukan impian yang tidak boleh direalisasikan, apabila filem Malaysia 'Karaoke' arahan sutradara baru Chris Chong itu ditayangkan menerusi slot Directors' Fortnight yang sekali gus melayakkan Karaoke dicalonkan untuk anugerah Caméra d'Or yang mengiktiraf filem cereka pertama yang diarahkan oleh seorang pengarah baru. Kejayaan Karaoke terpilih di Cannes Film Festival 2009 yang telah bermula pada 14 Mei 2009 bukan perkara baru di dalam Industri Filem Tempatan, kerana sebelum ini pengarah profilik U-Wei Hj Shaari juga berjaya mengharumkan negara melalui penyertaan filemnya yang dicalonkan di Cannes juga pada tahun 2005, melalui naskhah 'Kaki Bakar'. Ini meletakkan Kaki Bakar sebagai filem Malaysia pertama yang terpilih ke Cannes pada 2005. Berbalik kepada Karaoke, filem yang diterbitkan oleh Tanjung Aru Pictures ini sebenarnya sebuah filem yang mengisahkan dunia seorang anak kampung bernama Betik yang kembali semula ke kampung halamannya setelah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah hidupnya. Akan tetapi, dia tidak dapat menerima hakikat apabila pembangunan mula mengambil tempat di kampungnya yang telah mengubah segalanya.Bermula detik itu, dia hidup dalam khayalan dan sering membayangkan kehidupannya sama seperti dalam video muzik karaoke yang sering ditontonnya.Bukan itu sahaja, Karaoke juga mengisahkan bagaimana perhubungan Betik dan ibunya yang semakin renggang akibat perbuatan dirinya sendiri. Karaoke di barisi pelakon baru yang berbakat antaranya, Zahiril Adzim @ Bob, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa. Mungkin penonton tertanya-tertanya, apakah filem Karaoke ini akan ditayangkan di Malaysia. Ketika ditemui, Chris Chong menyifatkan bahawa ia masih dalam proses kerana impiannya adalah untuk penonton Malaysia, tetapi apabila Karaoke tercalon di Cannes Film Festival, ini sekaligus berjaya meletakkan karya-karyanya setaraf karya antarabangsa. Jika ingin diketahui, Chris Chong merupakan penggiat filem kreatif kerana sebelum ini, beliau banyak mengarahkan filem pendek dan dokumentari berjudul Block B dan Kolam. Justeru, apa yang pasti adalah selepas ini akan lebih banyak karya-karya daripada Malaysia akan tercalon atau ditayangkan di Cannes. Oleh itu, pastikan ia sebuah karya yang sangat-sangat menarik dan tidak membosankan agar masyarakat dunia dapat menonton karya-karya daripada Malaysia dan semuanya itu datang dari pengarah-pengarah kita yang banyak mempunyai idea dan kreativiti yang fantastik.

akan datang... filem Gadoh di Help Universiti 22 Mei.. nantikan temujanji anda.. jangan lupa..


Jumaat, 15 Mei 2009

GADOH.. Malaysian Feature Film Launching...


Mulai 22 Mei 2009, bertempat di Help University College, Damansara, KOMAS productions dengan bangganya mempersembahkan 'GADOH' sebuah filem arahan Brenda Danker bersama Namron yang di barisi Namron, Zahiril Adzim, Nicholas Liew Davis dan Amerul Affendi. Gadoh mengisahkan sekumpulan remaja lelaki yang masing-masing mempunyai pelbagai masalah dalam kehidupan dan permasalahan mereka terbawa-bawa ke sekolah sehingga terjadinya suatu perkara yang tidak diingini. Kenakalan golongan remaja di dalam Gadoh di paparkan secara realiti di mana setiap perlakuan mereka adalah berpunca daripada persekitaran sekolah yang menjadikan mereka terlalu agresif dan produktif. Permasalahan ini cuba dirungkaikan semula oleh pihak sekolah dengan mewujudkan satu komuniti baru, tetapi akhirnya ia menjerat sesebuah perhubungan sehingga tercetusnya suatu kejadian yang menggemparkan. Apakah kejadian dan peristiwa tersebut?. Mampukah mereka berubah demi bangsa dan impian sesetengah pihak?. Adakah ia sebuah angan-angan atau keinginan mahupun impian?. Nantikan Tayangan secara ekslusif filem Gadoh ini pada 22 Mei 2009, Jumaat bermula pukul 5 petang hingga 9 malam. Pelbagai acara menarik menanti anda dan khabarnya perlancaran filem berdurasi 70 minit ini akan di adakan pukul 8.00 malam di Help Universiti College. Pastikan temujanji anda pada tarikh tersebut. Sekiranya anda rakan media dan blogger film, untuk menonton filem ini secara ekslusif pada 'Launching Night', tersebut, anda bolehlah menghubungi Projek Koordinator, Maisarah Muhd Najib di talian 03-79685415. atau boleh layari http://www.komas.org

Gadoh Trailer


Khamis, 14 Mei 2009

'Ais Krim' Cut Mutia... ungguli Filem Terbaik di Jiwa Baru


Semalam, bertempat di Le'Meridien Hotel Kuala Lumpur, di adakan Pelancaran Portal 'Jiwa Baru' yang mengkhususkan kepada golongan remaja agar memahami secara terperinci tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada sistem kehidupan di Malaysia. Portal yang dirasmikan semalam oleh YBhg. Tan Seri Datuk Seri Lee Lam Thye ini boleh dilayari melalui laman www.jiwabaru.com.my. Ia sebuah portal yang mengkhususkan kepada bantuan kaunseling serta aktiviti berkaitan masyarakat dan kehidupan terhadap sistem penyalahgunaan dadah. Yang menarik mengenai program ini semalam ialah, turut di adakan penyampaian cek bernilai RM 5,000 kepada Cut Mutia Teuku Iskandar kerana telah memenangi Filem Terbaik di Jiwa Baru Competition Short Film melalui naskhah filem pendek bertajuk 'Ais Krim' yang dihasilkan untuk Penilaian PETA di Aswara pada tahun 2007. Ketika ditemui, Cut Mutia menyifatkan bahawa 'beliau terkejut dengan kemenangannya semalam melalui filem Ais Krim,' dan ini membuktikan bahawa karya seperti Ais Krim bukan calang-calang filem kerana apa yang pasti, penyertaan filem pendek untuk program ini khabarnya turut disertai oleh ramai pembikin filem muda dan professional. Tahniah daripada amyikram.

Rabu, 13 Mei 2009

Festival Filem Di Malaysia... perlukan Jawatankuasa Khas!

*Konsep yang sering diimpikan kepada Penganjuran Anugerah di Malaysia*
Istana Budaya je boleh laksanakannya.

oleh: Amy Ikram

'Festival Filem Dokumentari, Festival Filem Pelajar, Festival Filem Kuala Lumpur, Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan sebagainya
', merupakan antara beberapa festival yang popular penganjurannya di Malaysia. Ini memperlihatkan kerancakkan dalam industri perfileman dan hiburan tempatan terutamanya dalam melahirkan generasi penggiat filem tidak kira karyawan muda mahupun professional. Saban tahun, penganjuran acara berprestij ini hanya terletak dalam tanggungjawab pihak tertentu terutamanya, Finas, Astro dan Media Prima amnya kerap menganjurkan program-program yang memartabatkan industri kreatif negara agar dapat bersaing dengan industri-industri lain agar penerapan nilai kreativiti berada dipuncak yang tertinggi dan disanjungi. Kekerapan aktiviti sebegitu perlu digalas oleh satu jawatankuasa induk khas yang wajar diwujudkan pihak Finas bagi menubuhkan satu kumpulan penggerak kepada sistem penganjuran dan penjurian sesuatu festival filem tempatan mahupun antarabangsa dalam lingkungan industri filem tempatan. Ini merujuk kepada satu kumpulan yang hanya menjurus kepada penganjuran festival filem, di mana kelompok ini perlu belajar daripada penganjuran festival filem antarabangsa dari seluruh dunia, dan membawakan perubahan itu kepada festival filem di Malaysia. Harus diingat bahawa, kumpulan jawatankuasa induk khas ini perlulah daya tugasannya hanya menjurus kepada kajian dan proses penganjuran festival filem di mana keseluruhan festival filem dan Anugerah di Malaysia adalah tanggungjawab jawatankuasa ini. Jika tidak, kehebatan sesebuah festival dan anugerah filem dan hiburan di Malaysia tidak mampu bersaing dengan festival filem antarabangsa.
*ruang pentas dan penonton... kan best kalau macam nie kan!'

Apabila memperkatakan tentang kehebatan dalam penganjuran sesebuah festival, perkara utama yang seringkali bermain di minda kita adalah kekangan masa dan bajet yang diperuntukkan. Di Malaysia, ramai pihak yang impikan acara yang gah seperti Hollywood, tetapi dari segi peruntukkan kita kekurangan bajet dan ada ketikanya bajet dipotong walaupun impian sesetengah daripada pelabur mahukan sesebuah festival seperti Cannes, tetapi bajet tidak ada. Dalam situasi ini, kita perlu lebih kreatif dalam memikirkan apakah yang perlu ada kepada penganjuran festival dan anugerah di Malaysia agar penganjuran untuk tahun akan datang dapat dianggap sebuah acara terbaik dan setanding dengan festival filem luar negara. Ingat, kita perlu belajar daripada yang terbaik agar festival kita tidak di anggap membosankan walaupun yang mengkritik itu adalah penonton tempatan. Walaubagaimanapun, jawatankuasa yang dicadangkan ini perlulah yang mahir dan tahu selok-belok penganjuran festival filem dan bukan satu kumpulan yang membuat semua kerja dalam satu masa. Ini boleh dilihat dalam mana-mana penganjuran festival sekalipun, di mana 'tugas dipejabat dia yang buat, semua kerja di buat, dan semua benda nak dibuatnya', maka untuk memberikan yang terbaik amatlah susah. Justeru, peranan yang lebih efisien lagi perlu difikirkan untuk kebaikan sistem penganjuran festival filem kita dan anugerah hiburan di Malaysia. Tepuk dada Tanya selera.
*ruang stage hadapan dan skrin belakang.. cukup memukau*

Festival Filem Malaysia Ke-22, kali ini di adakan di Kota Kinabalu, Sabah dan ia dipancarkan secara langsung ke rumah anda melalui RTM pada 8 Ogos 2009. FFM22 kali ini bermula pada 3 hingga 9 Ogos 2009, KK Sabah.

Selasa, 12 Mei 2009

Pencarian Lelaki Kacak Bergaya 2009 : Gurauan Nakal Linda Onn


9hb Mei 2009 yang lepas, bertempat di Saloma Bistro, Ampang di adakan Pencarian Lelaki Kacak Bergaya 2009 anjuran sisipan akhbar popular, Pancaindera Utusan Malaysia. Program yang membariskan 12 finalist akhir ini mendapat sambutan yang agak luar biasa daripada hadirin yang hadir, rata-ratanya rakan media cetak mahupun elektronik, rakan-rakan artist, peminat dan pembaca setia akhbar popular tersebut. Program yang mendapat tajaan utama daripada Jamu Mak Dara Sdn. Bhd, Air Asia, Dzulldeclassique, Gedung Al-Habshee, E-Go Hair & Beauty, Unionbay, Antioni dan Vogue At Work Aleeza Kasim ini sebenarnya program yang mencungkil bakat peragaan lelaki yang menampilkan barisan catwalk yang agak memukau di samping peragaan pakaian yang agak seksi. Majlis yang dihoskan oleh pengacara popular yang juga usahawan wanita berjaya, Linda Onn ini dikatakan agak daring dan menggamatkan suasana terutamanya semasa sesi peragaan pakaian kasual 12 finalist dan sesi temujawab yang membina IQ dihadapan para juri. Ketika salah seorang model lelaki tersebut tampil di pentas utama, kelihatan sorak tepukan daripada hadirin yang hadir, apatah lagi menyaksikan gurauan nakal yang bersahaja daripada Linda Onn terhadap model tersebut. Apakah gurauan nakal Linda Onn itu?. Cuma yang datang pada sabtu lepas, mungkin tahu kerana ia sangat ekslusif dan agak seksual barangkali, kata teman media yang tersenyum lebar menyaksikan 12 finalist tersebut beraksi dipentas yang keseluruhannya agak seksi. Ketika ditinjau keseluruhan ruang program tersebut dan hadirin yang hadir, rata-ratanya terdiri daripada golongan lelaki dan cuma segelintir kecil sahaja golongan wanita. Itu agak biasa sekiranya program yang menampilkan barisan lelaki-lelaki hot.


Pencarian Lelaki Kacak Bergaya anjuran Utusan Malaysia melalui Pancaindera telah menobatkan Syed Khairul Syed Abdullah sebagai pemenang utama, Mohd Khairil Mansor pemenang kedua dan Hairul Azreen Idris pemenang ketiga. Ketiga-tiga jejaka tersebut membawa pulang masing-masing wang tunai dan tiket penerbangan pergi-balik ke destinasi terpilih Air Asia. Bukan setakat persembahan catwalk daripada 12 finalist tersebut, tetapi program tersebut turut diserikan oleh persembahan artis jemputan, Noryn Aziz, Bob AF dan Siti Sarah Raisuddin. Tahniah kepada semua pemenang.

Hairul Azreen, pelakon drama 'Ponti Anak Remaja' ini di nobatkan sebagai pemenang tempat ketiga yang membawa pulang RM 1,000 dan tiket penerbangan pergi-balik ke Phuket.

*anugerah khas juri Vigor di beri kepada Mohd Halim Mohd Shah.

Isnin, 11 Mei 2009

Kisah Impian Dua Wanita dalam PISAU CUKUR!!


Apakah akan terjadi apabila dua orang wanita 'pisau cukur' bertemu dalam sebuah kapal mewah yang membawa tetamu-tetamu VIP?. Bella dan Intan, dua orang gadis seksi yang cantik di apit oleh tiga orang Datuk yang berpangkat. Bella mengimpikan kehidupan yang kaya manakala Intan, seorang artis yang digilai ramai bertembung dalam konflik yang menyentuh perasaan di mana terjadinya satu pembunuhan yang ngeri. Apakah Bella dan Intan berjaya mencapai impian mereka untuk memiliki dan mencairkan setiap perasaan lelaki yang ada di Malaysia?. Nantikan sahaja filem terbaru yang penuh warna-warni arahan Bernard Chauly, akan memukau pawagam pada 2009 akan datang. *tarikh tayangan belum dipastikan lagi*

trailer Pisau Cukur



Sekilas Pandang tentang Intan

Intan merupakan seorang penyampai dan personaliti TV yang mengacarakan sebuah rancangan popular bertajuk "Jejak Jenayah". Sebenarnya Intan memang bercita-cita untuk menjadi penyampai TV sejak kecil lagi selepas melihat ramai pengacara wanita TV3 akhirnya berkahwin dengan orang yang kaya dan ternama. Kini, Intan juga telah berjaya mendapatkan calon suami yang berpangkat iaitu Datuk Salleh, seorang ahli politik yang sudah pun berkeluarga. Datuk Salleh memanjakan Intan dengan hadiah-hadiah mewah seperti kereta, pakaian dan aksesori berjenama, serta percutian-percutian ke luar negara. Lalu, Intan pun sudah biasa dengan hidup senang.

Bila Datuk Salleh tidak dapat pergi bercuti dengannya di atas kapal persiaran, Intan merajuk dan memutuskan untuk pergi sendiri bersama rakan serumahnya, Bella. Setibanya di atas kapal, Intan cuba mencari calon suami yang kaya untuk Bella. Mereka terserempak dengan Ari, seorang penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh isteri Datuk Salleh untuk mengekori Intan. Intan yang memang tidak puas hati dengan Ari mula memerhatikan gerak-gerinya untuk memastikan mengapa sebenarnya Ari berada di situ. Bila salah seorang penumpang kapal dijumpai terbunuh, Intan dan Ari sama-sama menyiasat kes tersebut dan mendapati mereka sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain…

Walaupun pada luarannya Intan kelihatan seperti seorang yang pentingkan diri sendiri semata-mata, pada hakikatnya dia seorang kawan yang amat setia. Dia juga panjang akal dan penuh dengan sifat ingin tahu. Sikapnya yang nakal, periang dan berani memberikannya daya penarik yang cukup hebat.

Sekilas Pandang tentang Bella

Bella datang dari keluarga susah dan telah dijaga oleh neneknya selepas kematian ibu bapanya pada usia yang muda. Nenek Bella selalu memberitahunya yang arwah ibu Bella telah mensia-siakan hidup dengan mengahwini seorang pelaut miskin yang akhirnya pergi tanpa meninggalkan sesen pun. Oleh sebab itu, dari kecil lagi Bella mengidamkan suami yang kaya sebagai jalan keluar dari kemiskinan. Bella tidak ingin anak-anaknya kelak menjalani hidup susah seperti dirinya sendiri. Lantas dia berusaha membentuk dirinya menjadi calon isteri yang sempurna untuk lelaki yang kaya dan berpangkat. Selepas meninggalkan sekolah, dia memulakan kerjaya sebagai pramugari dan telah cuba mencari calon suami dari kalangan penumpang yang kaya. Namun selepas bertahun-tahun, dia masih tidak berjaya, lantas dia memutuskan untuk berhenti kerja demi menyertai rancangan realiti "Siapa Nak Kahwin Jutawan?".

Nasib Bella begitu malang ; di pengakhiran rancangan tersebut, si jutawan telah memutuskan untuk berkahwin dengan peserta yang lain. Bella kini tanpa pekerjaan, tanpa calon suami dan dengan reputasi sebagai gadis mata duitan. Untuk menghiburkan hatinya, rakan serumahnya Intan telah membawanya bercuti di atas kapal persiaran. Memandangkan ramai orang kaya turut belayar bersama mereka, inilah peluang Bella untuk mencari calon suami baru. Calon tersebut muncul bila Bella bertemu dengan Datuk Hisham. Namun begitu, Bella segera mendapati yang hubungan baru ini bukan semudah yang disangka…

Bella sebenarnya tidak mempunyai naluri seorang pisau cukur, namun dia berpendapat apalah susahnya berkahwin dengan seseorang lelaki semata-mata untuk duit. Perwatakannya yang manis, anggun dan lemah-lembut menjadikannya seorang yang cukup menawan di mata lelaki.

nantikan kehangatannya PISAU CUKUR akan mencukur anda di pawagam tidak lama lagi..
**nantikan tarikh tayangan sebenar filem ini akan di beritahu melalui portal ini termasuk Tayangan Perdana**nantikan dan pastikan anda tidak berganjak dari portal filem dan hiburan terrkini.. amyikram.
-bukan sekadar blog-

Ahad, 10 Mei 2009

Penulis Blog Perlu Bertanggungjawab!!

'Jika sesebuah blog memaparkan isu yang tidak berasas dan sengaja di gembar-gemburkan terhadap sesebuah kerajaan atau individu atau organisasi, demi untuk mencari publisiti. Maka penulis blog tersebut mesti bertanggungjawab jika dikenakan undang-undang atau di sabitkan kesalahan kerana mencemar nama individu atau kerajaan'. Kenyataan ini merupakan kesimpulan asas secara keseluruhan berdasarkan pemikiran Y.A.B Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia menyarankan agar semua penulis blog perlu peka terhadap persekitaran dan jangan menyalahgunakan kuasa yang di beri terutamanya kepada para blogger terhadap tulisan masing-masing yang kebanyakkannya berunsur negatif daripada positif. Daripada kenyataan tersebut, penulis merasakan bahawa dalam perkara ini, penulis blog amnya blog politik kebanyakkannya berunsur hasutan kepada masyarakat demi untuk menjatuhkan sesebuah organisasi atau kerajaan. Hal ini boleh dirujuk melalui 3 akta yang saling berkaitan, iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hak Cipta 1987. Mengikut Akta Hasutan 1948, ia merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah. Jika dilihat pula pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, akta ini merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.

Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. Secara tradisional, penyiaran, telekomunikasi dan pengkomputeran difikirkan secara terpisah. Dengan perkembangan teknologi digital, adalah menjadi tidak realistik untuk mengekalkan suatu pemisahan diantara bidang-bidang ini. Jadi, undang-undang ini telah digubal bagi menggantikan dua undang-undang sedia ada berkaitan telekomunikasi dan penyiaran, iaitu Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. Dengan tergazetnya akta ini, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah ditubuhkan (kemudiannya diganti kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia), sehingga kini 2009, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda "tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan." Menurut Anisah Haron, penulis blog bebas yang juga bekas seorang peguam menyifatkan, bahawa semua pemilik dan penulis dalam ruangan blog umum di Internet, terikat dengan undang-undang termasuk di bawah Akta Hak Cipta 1987. Cuma, penulis blog peribadi sahaja tidak terikat dengan undang-undang sedia ada kerana blog tersebut ditulis hanya berkisar kisah peribadi bukan kisah umum untuk masyarakat. Walau bagaimanapun undang-undang yang tercipta, maka seseorang penulis blog perlu melaporkan perkara yang benar dengan niat bukan untuk menghasut. Sekiranya ia digunakan untuk kepentingan peribadi dalam menjatuhkan mana-mana pihak, maka tindakan undang-undang boleh dikenakan. Oleh itu, walaupun dalam undang-undang Komunikasi dan Multimedia 1998, menyatakan bahawa Internet tidak akan ditapis oleh Kerajaan Malaysia, berdasarkan Rang Jaminan MSC Malaysia, maka kita sebagai pengguna Internet janganlah menyalahgunakan peluang yang ada dan gunakanlah ia sebaik mungkin. Jika ia di salahgunakan maka kita akan melihat seluruh rakyat Malaysia akan menjadi bangsa perosak dan negara yang dipandang hina atas kesalahan penggunaan sesuatu kemudahan.

Perlukah di wujudkan satu rang undang-undang bagi mengawal selia para blogger di Malaysia?. Blogger juga merupakan rakan media kerana tanpa mereka kerancakkan institusi penulisan maya tidak akan semeriah kini. Blogger seringkali diiktiraf dalam industri perfileman kerana ulasan dan kritikan mereka seringkali di ambil perhatian oleh para produser dan pengarah filem. Ingat jangan salahkan kuasa anda..



Sabtu, 9 Mei 2009

Kenapa Remaja Lelaki Suka Bogel di Internet?



KOLUM SABTU 'ISU PANAS'

Sebut sahaja remaja lelaki, pastinya akan terlintas difikiran anda tentang 'kacak, hensem, seksi dan menggoda'. Ada juga yang menggelarkan golongan ini anak ikan. Tidak kurang hebatnya rata-rata golongan lelaki ini terdiri daripada remaja belasan tahun, pelajar kolej atau universiti mahupun kelompok dewasa yang sering menjadikan internet sebagai portal untuk mencari teman chatting, partner seks mahupun teman untuk ringan-ringan dalam melepaskan nafsu yang bersarang. Ketika ditinjau di beberapa laman popular, ada segelintir remaja lelaki yang boleh dikategorikan sebagai kacak dan hensem sanggup membogelkan diri mereka tanpa seurat benang untuk tatapan penggemar blog dan portal seks terkini. Bukan ini menyalahkan mereka bergambar peribadi tersebut, dan mengaitkannya dari segi agama, tetapi biarlah berpada-pada kerana mungkin gambar anda akan tersiar di beberapa blog yang mengkhususkan tentang foto bogel lelaki melayu. Jika bergambar tanpa baju itu kebiasaan bagi golongan lelaki, tetapi jika bergambar sambil memegang senjata utama dan memaparkan aksi ghairah tanpa sempadan itu bukankah untuk mencari pasangan seks sejenis mahupun teman-teman ringan. Ketika di minta mengulas tentang isu ini, beberapa pandangan daripada orang ramai termasuk golongan lelaki sendiri, rata-ratanya menganggapkan 'bergambar tanpa baju hanya berseluar itu kebiasaan bagi mereka, tetapi apabila menunjukkan anu kepada khalayak itu menjatuhkan maruah mereka sendiri kerana anu lelaki bukan untuk di jaja tetapi untuk mereka yang khusus sahaja'. maksudnya apa?. tepuk dada tanyalah selera. Selain daripada itu, ada juga yang berpendapat bahawa semua lelaki di Malaysia mempunyai peratusan keinginan seksual yang tinggi terutama golongan remaja lelaki, kerana kata mereka tanpa iman yang kuat mungkin ada sesetengahnya akan tersungkur jatuh dalam permainan nafsu dan perasaan. Barangkali, ada yang lain mungkin berbeza pendapat, komentarkan di sini. Ingat.. pendapat negatif yang mengaitkan mana-mana individu akan dipadam oleh pengarang.

Jumaat, 8 Mei 2009

Black Dog Bone gamatkan Panggung Sari, Istana Budaya!!


Jika anda peminat setia Kumpulan Lagenda Terunggul 'Black Dog Bone', mungkin anda tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan persembahan mereka secara 'live' dari Panggung Sari, Istana Budaya, mulai 8 hingga 10 Mei 2009', di mana tiket-tiket bernilai RM 65, RM 85, RM 155 dan RM 205' boleh dimiliki di Kaunter Box Office Istana Budaya. Ketika menyaksikan malam preview konsert ini yang menampilkan Black Dog Bone bersama Jay Jay dan Rahim Othman semalam, beberapa rakan media termasuk para penonton cukup kagum dengan vokal Jatt, selaku vokalis utama Black Dog Bone yang tidak ubah sedikit pun, dan seolah-olah anda mendengar dari rakaman CD tahun-tahun sebelumnya. Lagu-lagu yang di sampaikan mereka seperti 'Hatiku Luka Lagi, Nasi Goreng, Oh Ibu dan sebagainya', seolah-olah membawa kita menyelami masa-masa silam dan peredaran masa yang berlaku pada zaman tersebut. Kerancakkan muzik dan melodi dengan sokongan Orkestra Simfoni Kebangsaan menjadikan Konsert pada malam ini adalah milik penuh Black Dog Bone yang menjanjikan seribu kepuasan yang tidak terkira. Menyanyikan hampir 25 lagu tanpa henti, apatah lagi di bantu dengan persembahan pentas yang cukup memukau dengan rentak tari daripada artis Istana Budaya menjadikan Black Dog Bone sebuah persembahan yang cukup bersejarah. Ketika ditemui media, pengarah konsert tersebut Ali Bakar bersama-sama pengarah muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan berkata, 'Konsert ini patut ditonton oleh pelajar jurusan muzik kerana apa yang anda pelajari ada dalam konsert ini di mana kami cuba tampilkan Orkestra yang cukup memukau bersama-sama Black Dog Bone'. Jika anda rindukan suara emas Black Dog Bone secara langsung dari Istana Budaya, maka anda perlu menonton konsert ini kerana jika tidak, anda akan terasa kerugiannya. Kenapa?. 'Sebab.. bukan senang untuk menggabungkan kumpulan Black Dog Bone yang sudah lama tidak membuat persembahan. Apabila dipentaskan di IB pada malam ini, saya rasa cukup terkejut kerana aura mereka masih seperti dulu dan rugi jika anda melepaskan peluang ini', kata Ali Bakar, pengarah konsert tersebut menutup bicara.

'menyaksikan persembahan BDB di seat hadapan cukup mengujakan.. kerana walaupun saya hanya mendengar muzik mereka di corong-corong radio, tetapi bile manyaksikan persembahan mereka secara live, saya rasa macam saya mendengar CD BDB pada zaman-zaman saya muda dahulu' , kata salah seorang rakan media semasa sidang media kepada BDB ( Black Dog Bone)

anda bila lagi nak tengok?

Khamis, 7 Mei 2009

Menangi RM 10,000 melalui 1Malaysia..


Perhatian buat semua karyawan muzik tempatan samada professional ataupun graduan muzik dari mana-mana kolej atau universiti tempatan. Inilah peluang untuk anda memenangi RM 10,000.00 bagi Mencipta Lagu Tema untuk 1Malaysia.... Berani mencuba?. Jom baca info lanjut mengenai Pertandingan Mencipta Lagu Tema 1Malaysia yang dibawakan khas oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU ‘ 1 MALAYSIA ’

Pertandingan mencipta lagu ‘ 1 MALAYSIA ’ adalah berdasarkan konsep yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berteraskan ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ’.

PENGENALAN

  1. Pertandingan mencipta lagu berkonsepkan ‘ 1 MALAYSIA ’ adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
  2. Pertandingan ini terbuka kepada semua pencipta lagu warganegara Malaysia samada amatur atau profesional.
  3. Penciptaan lagu didefinisikan sebagai ‘lagu’ dan ‘lirik’.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

  1. Bagi mengembangkan dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
  2. Meningkatkan aspirasi dan minat pencipta lagu terhadap penciptaan lagu patrotik.
  3. Melahirkan semangat patriotisma dalam kalangan rakyat Malaysia.

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sama ada amatur atau profesional.
  2. Lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa dua ( 2 ) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.
  3. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu diterima sebagai peserta.
  4. Ciptaan lagu adalah bebas. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan.
  5. Lirik hendaklah menggabungkan konsep ‘ 1 MALAYSIA ’ merangkumi penyatuan kaum, kasih sayang, cintakan negara dan pembinaan negara bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
  6. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang - kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan.
  7. Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian www.moi.gov.my, www.orkestrartm.com dan www.heritage.gov.my.
  8. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Bahagian Muzik RTM di talian :
    Tel : 03-22887853 Faks : 03-22826805
  9. Lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir sahaja akan menjadi hak milik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pihak penganjur berhak mengubahsuai lirik mengikut kesesuaian dengan konsep ‘Satu Malaysia’.
  10. Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
  11. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Jun 2009 dan penyertaan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Penerbit
Pertandingan Mencipta Lagu ‘ 1 MALAYSIA ’
Bahagian Perkhidmatan Muzik
Tingkat 1, Bangunan Rentak 50
Angkasapuri
50740 Kuala Lumpur.


HADIAH PERTANDINGAN LAGU.

  1. Pemenang RM10,000.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja)
  2. Empat ( 4 ) hadiah sagu hati RM2,500.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) setiap satu
borang pertandingan boleh diperolehi melalui laman
www.moi.gov.my
www.orkestrartm.com
www.heritage.gov.my