Dalam kesibukan kita membicarakan impian Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak dalam menjadikan Malaysia sebagai satu destinasi iaitu Satu Malaysia.. Satu Harapan. Tahukah anda, apakah yang di maksudkan dengan Satu Malaysia?. Satu Malaysia merupakan satu gabungan antara 8 prinsip yang diperkenalkan oleh Najib untuk mewujudkan satu komuniti bangsa Malaysia yang berjaya, iaitu ' Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Integriti dan pendidikan'. Jika kelapan-lapan prinsip ini diikuti dan di amalkan dari semasa ke semasa, nescaya harapan Perdana Menteri kita untuk melihat Malaysia dalam kelompok satu destinasi akan terhasil dengan jayanya. Walaupun impian mewujudkan '1Malaysia' ini dipertikaikan oleh ramai pihak termasuk di dalam blog-blog politik, tetapi bagi saya impian sebegini wajar dilihat ke arah yang positif dan perlu direalisasikan. Jika kita menganggap impian sebegini sebagai satu kegagalan, maka kita cuba meletakkan diri kita sebagai kelompok manusia yang berada dalam kerugian dan kerosakkan.
Walaupun 1Malaysia baru diperkenalkan oleh PM kita, namun tugasan yang diterima oleh saya dan beberapa krew produksi ialah 'merelisasikannya ke dalam bentuk visual' untuk di tayangkan di semua stesen tv tempatan samada kerajaan mahupun swasta. Idea pembikinan filem iklan ini sedang diperbincangkan oleh teman produksi saya dan melalui ceritanya amat menarik dan bisa meruntun perasaan penonton. Insya-allah. Namun begitu, dalam kerancakkan kita mencari bahan-bahan untuk di jadikan sumber inspirasi untuk penghasilan video iklan 1Malaysia ini, cuba-cuba juga untuk mencari contoh iklan dan konsepnya di portal Youtube. Tetapi, terkejut kerana iklan 1Malaysia ini telahpun di hasilkan dan saya cuba menunggu apakah Yasmin akan menghasilnya melalui Petronas?. Dan nantikan juga 1Malaysia terbitan kami... Insya-allah..
Impian 1 Malaysia... * Ada siapa tahu pengarah iklan ini?... hmm.. saya masih tercari-cari..
Sebarang pengiklanan, promosi dan pertanyaan, makluman atau jemputan, sila emelkan kepada admin blog ini - amyikram.blog@gmail.com
Setiap iklan yang tertera di muka hadapan portal ini adalah ekslusif. Untuk mendapat slot ini, boleh guna emel di atas untuk terus berhubung dengan admin blog ini.
SINEMA ASIA: JANUARI 2021
SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), SEMUA PAWAGAM TEMPATAN SELURUH KL, SELANGOR DAN PUTRAJAYA AKAN DI TUTUP SEHINGGA DIMAKLUMKAN KELAK.
- admin
Follow by Email
Hits
BALASAN MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU
Solat Subuh: Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
Solat Zohor:Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
Solat Asar:Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.
Solat Maghrib: Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki)
Solat Isyak: Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
0 comments :
Catat Komen