Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 4 Mei 2009

Kecewa dengan Worldstar Road To Hollywood?

Semalam, bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur berlangsungnya Malam Final Worldstar Road To Hollywood bagi memilih wakil Malaysia untuk di bawa ke Grand Final Worldstar di Los Angeles, California pada Julai 2009. Program yang dipancarkan secara langsung menerusi TV2 ini dikatakan tidak menggunakan peluang yang ada dari segi persembahan pentas, apatah lagi ia di adakan di sebuah stage terunggul di dunia, Istana Budaya. Program Worldstar yang menobatkan Bob AF, Siti Sarah Raisuddin, Artistana dan ramai lagi bagi mewakili Malaysia ke Amerika Syarikat boleh dikatakan menyajikan lagu-lagu bertaraf antarabangsa, tetapi dari segi kedudukan pentas dan keperluannya tidak digunakan sebaik mungkin. Kenapa?. Dari segi rasionalnya, Istana Budaya mempunyai kedudukan pentas yang boleh bergerak naik dari bawah ke atas, sepertimana boleh di saksikan di dalam mana-mana persembahan teater, tetapi untuk Worldstar, peluang yang ada tidak di gunakan, seolah-olah menjadikan Worldstar seperti persembahan pentas Akademi Fantasia, One In A Million, Bintang RTM dan sebagainya. Walaupun lantaran vokal para peserta kebanyakkannya dipuji, tetapi agak kecewa juga di mana turun naik pentas tidak digunakan, walaupun sedikit tapi ia tidak disaksikan dan dipancarkan secara langsung ke kaca TV. Bukannya apa, jika pentas itu bergerak dan membawa naik penyanyi Noryn Aziz dari tengah-tengah pentas, nescaya Worldstar akan jadi sebuah persembahan hiburan bertaraf antarabangsa. Tetapi tidak, Noryn cuma berjalan dan ia menjadikan Worldstar sebuah persembahan pentas yang agak biasa. Jika dilihat dari segi pembinaan set pentas cuma biasa dan saya cukup teruja jika Worldstar pentasnya seperti Malam AIM yang ada pintu gerbang, tetapi itu mungkin angan-angan yang sukar terjadi, kerana biasalah nak jimat bajet, walaupun di anjurkan di Istana Budaya, tetapi ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Justeru, seandainya program yang hendak di adakan di Istana Budaya, biarlah di lakukan dengan bersungguh-sungguh agar masyarakat luar KL akan bercakap 'wah hebatlah pentas IB?', boleh gerak-gerak!. Tapi apakah ini cuma angan-angan atau tidak ada perancangan?. Tepuk dada tanya selera.

* apapun, tabik pada Worldstar yang rata-ratanya menampilkan persembahan vokal dan modelling yang memukau penonton di dalam Panggung Sari. Cuma, terkilan sikit kerana sebelum datang lagi, saya dan teman lain berkata 'mesti pentas malam nie hebat kan!.. sebab kat IB!'.. ini tidak!!!!. hmm

0 comments :