Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Selasa, 30 Jun 2009

TV3 Menghentikan Siaran 24 Jam Mulai 1 Julai

Petaling Jaya, 29 Jun 2009 – Sistem Televisyen Malaysia Berhad, (TV3), stesen swasta no. 1 Malaysia di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd. akan menghentikan sementara siaran 24 jamnya mulai 1 Julai 2009. Penghentian ini berikutan perlaksanaan tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem yang dijalankan oleh stesen berkenaan.

Penghentian awal waktu siaran akan berkuatkuasa setiap hari sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Berikut adalah jadual siaran TV3 mulai 1 Julai 2009:

  • Isnin-Jumaat & Ahad : 6.30 pagi - 1.30 pagi
  • Sabtu : 6.30 pagi - 2.30 pagi

Langkah penghentian awal siaran ini perlu bagi membenarkan siri ujian dijalankan untuk memastikan peningkatan terhadap sistem penyiaran yang ada sekarang.

Isnin, 29 Jun 2009

Finalist Shout! Awards 2009...


Final Shout Awards 2009!!
17 July 2009
Stadium Putra Bukit Jalil, 9 pm

you must click now
http://www.shoutawards.com.my
--------------------------------------------------------------------------------------------------

MUSIC ROCKSTAR AWARDS

  1. Bunkface
  2. Butterfingers
  3. Estranged
  4. Hujan
  5. Meet Uncle Hussein
  6. Pop Shuvit
MUSIC POPSTAR AWARDS
  1. Aizat
  2. Couple
  3. Datuk Siti Nurhaliza
  4. Jaclyn Victor
  5. Nikki
  6. Stacy
MUSIC POWER VOCAL AWARDS
  1. Ayu
  2. Datuk Siti Nurhaliza
  3. Dina
  4. Jaclyn Victor
  5. Lan (Meet Uncle Hussein)
  6. Syarul Reza (Love Me Butch)

MUSIC FLAVA AWARDS (HIP HOP / R&B AWARDS)

  1. Ahli Fiqir
  2. Caprice
  3. Jin Hackman
  4. Joe Flizzow
  5. Malique
  6. Phlowtron

MUSIC BREAK OUT AWARDS (BEST NEW ACT)

  1. Bunkface
  2. Hujan
  3. Joe Flizzow
  4. Malique
  5. Meet Uncle Hussein
  6. Pesawat
TV & FILM : BEST ON SCREEN CHEMISTRY AWARDS

  1. Cheryl Samad and Naz - Ghost
  2. Syafinaz Selamat and Paul Moss - One in A Million Season 2
  3. Vanidah Imran and Afdlin Shauki - Sepi
  4. Zahiril Adzim and Liyana Jasmay - Kami
  5. Upin & Ipin - TV Series

TV & FILM : FRESH TV SERIES (NEW TV SERIES)

  1. Field Trip! : USA
  2. Frontpage
  3. Ghost
  4. Kekasihku Seru
  5. Sindarela
TV & FILM : BREAKTHROUGH FILM AWARDS

  1. Budak Kelantan @ Kelantan Boys
  2. Kala Malam Bulan Megambang
  3. Kami
  4. Los Dan Faun
  5. Sepi
TV & FILM : FAVOURITE TV PROGRAM (NON DRAMA)


  1. Destinasi Bajet - Season 2
  2. Field Trip! - USA
  3. Homegrown - Season 3
  4. Majalah 3
  5. One In A Million - Season 2
TV & FILM :FAVOURITE TV HOST

  1. Daphne Iking - The Breakfast Show
  2. Marion Caunter - One In A Million Season 2
  3. Naz - The Breakfast Show
  4. Qushairi @ Qi - Destinasi Bajet Season 2
  5. Qushairi @ Qi - Field Trip! USA
COOLEST RADIO ANNOUNCER AWARD

  1. Fara Fauzana
  2. Hunny Madu
  3. JJ
  4. Phat Fabes
  5. Rudy
FAVOURITE RADIO SHOW AWARD

  1. Fly FM Must Have Music (Hunny Madu)
  2. Fly FM Night Flight (Basil & Hafiz)
  3. Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)
  4. Hot FM AM Show (Fara Fauzana & Faizal Ismail)
  5. XFM Indie X (Smek & Mat)
STYLO AWARD - MOST STYLIST AWARDS

  1. Dynas Mokhtar
  2. Faizal Tahir
  3. Marion Caunter
  4. Maya Karin
  5. Sazzy Falak
HOT CHICK AWARD

  1. Andrea Fonseka
  2. Daphne Iking
  3. Fazura
  4. Marion Caunter
  5. Marsha Milan Londoh
HOT GUY AWARD

  1. Faizal Tahir
  2. Jonathan Putra
  3. Tony Eusoff
  4. Zahiril Adzim
  5. Zizan Nin
**sudahkan anda mendapatkan tiket atau pas masuk?**
tempat terhad..

Ahad, 28 Jun 2009

Satu Bangsa Satu Malaysia.... The Making Of Promo 1 Malaysia


















Satu Bangsa Satu Malaysia
1 Malaysia TVC Promo

Producer : Amy Ikram Ismail & Cut Mutia Teuku Iskandar
Director & Cameraman : Hadely Md Esa
Production Location Manager : Tutty
Technical Director : Rameshwaran
Date of Shooting : 22-25 June 2009
Date of Released : Coming soon
Produced by : FINAS

**penat sangat masa shooting waktu ni.. demi klien dan tugas.. kite orang bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberi. Promo Satu Malaysia ini dihasilkan untuk siaran semua stesen tv tempatan. Satu bangsa satu Malaysia.. untuk semua**

nantikan tayangannya disemua stesen tv akan datang

Sabtu, 27 Jun 2009

Isu : Kedai Mamak: Halal atau Haram?

Sebut sahaja kedai mamak, pastinya terlintas difikiran anda tentang 'roti canai, nasi lemak, capati, kari, milo ais, teh tarik dan sebagainya'. Kelazatan dan keenakan masakan mamak seringkali dikunjungi segelintir warga kota tidak kira siang atau malam, ia merangkumi pelbagai lapisan masyarakat samada melayu, cina, India dan sebagainya. Budaya membuang masa dengan menonton bola sepak sambil berbual kosong menanti embun pagi menitis menandakan hari sudah lewat malam, boleh disaksikan dikebanyakkan kedai mamak disekitar Kuala Lumpur amnya, disinilah tempat pertemuan pelbagai bangsa dan agama dalam erti kata 'satu malaysia' berkumpul. Di dalam kita menjamu selera samada di waktu pagi, petang, malam atau tengah malam di kedai mamak umumnya, tidak terfikirkah kita bahawa 'apakah kedai mamak yang kita kunjungi setiap hari, waktu dan ketika itu' boleh dilabel sebagai halal atau haram?'. Jika ditanya, rata-ratanya akan mengatakan 'ia halal', tetapi sebenarnya tidak. Kenapa?. Cuba anda perhatikan disekeliling serta hiasan yang terdapat di dalam kedai mamak itu. Ada ayat Al-Qur'an yang tergantungkan?. Walaupun kedai mamak menggantungkan hiasan ayat Al-Qur'an di dinding kedai mereka, tetapi sebenarnya ia sekadar hiasan untuk mengaburi mata masyarakat islam bahkan pemilik asal kedai mamak tersebut adalah bukan beragama islam. Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian apabila kita mengunjungi kedai mamak ialah 'tentang masakan yang terdapat di kedai mamak itu'. Apakah mereka menjual masakan berupa daging?. Jika tidak, maka kedai mamak yang kita kunjungi dan makan seharian itu adalah haram dan dimiliki oleh orang bukan islam walaupun di dalamnya terhias ayat-ayat suci al-qur'an. Saya tidak bercakap kosong kerana kupasan demi kupasan tentang Restoran Mamak: Kita Di Tipu Dengan Ayat Al-Qur'an boleh di baca di dalam Majalah Al-Islam edisi Julai 2009. Sekiranya anda prihatin terhadap kebersihan makanan dan anda beragama islam, tentunya anda akan mendapatkan majalah ini. Jika tidak... apa yang kita makan adalah akan menjadi darah daging kita.. so berhati-hati...

wallahuallam..

Jumaat, 26 Jun 2009

Konsert SATU Datuk Siti Nurhaliza malam ini.. Full Seating!!! Limited only!!


Apabila menyebut pasal sambutan terhadap penjualan tiket Diva Malaysia di Istana Budaya malam ini, Konsert SATU yang menampilkan Datuk Siti Nurhaliza agak laris bagaikan pisang goreng panas. Walaupun sudah bergelar isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, namun sambutan peminat terhadap konsert malam ini agak luar biasa kerana semua tiket dari harga RM 80 hinggalah RM 300 pada 3 malam berturut-turut sudah habis di jual, apatah lagi malam ini khabarnya konsert SATU akan di hadiri oleh tetamu-tetamu vip dan pemimpin negara, di samping kehadiran Diva Indonesia, Kris Dayanti cukup di nanti-nantikan peminat di Malaysia. Walaupun persembahan malam ini bakal memukau khalayak yang datang, tetapi konsert malam ini juga akan dirakam untuk dipasarkan dalam bentuk DVD bagi peminat yang tidak berpeluang menyaksikan persembahan secara live dari Panggung Sari, Istana Budaya bermula malam ini (26 jun hinggalah 28 june 2009) pukul 8.30 malam. Bagi yang tidak dapat tiket kerana kehabisan, jangan bersedih kerana nantikan sahaja rakamannya dalam bentuk DVD akan dijual secara ekslusif tidak lama lagi.

**sedih.. saya pun tak dapat tiket menyaksikan konsert ini kerana kata kak rozie, dah sold out!!!**

Khamis, 25 Jun 2009

'Jalang'... akan menjalang di pawagam Malaysia!!

'Sundal, pelacur, dan betina' adalah sinonim kepada kelompok perempuan murahan yang menjadikan seks sebagai cara hidup yang dihalalkan dalam masyarakat Malaysia. Ia merangkumi perbuatan keji yang kebanyakkannya dipelopori oleh golongan wanita tidak kira muda atau tua, asalkan nikmat kepuasan serta rangsangan antara lelaki dan perempuan menjadi perkara yang diutamakan dalam sesebuah perhubungan. Lantaran daripada merebaknya gejala seks bebas di dalam masyarakat Malaysia khususnya beragama islam, De'Baron Sdn.Bhd mengambil iniasitif untuk menerbitkan sebuah filem khas bertajuk 'Jalang' yang di arahkan oleh Nazir Jamaluddin. Filem yang dibarisi oleh Yasmin Khanif, Hairie Othman, Helmi Husaini, Ridzuan Hashim, Kuswadinata, Norlia Ghani, Maria Farida, Roslan Salleh dan Yang Kassim ini mengisahkan Maria, seorang wanita muda yang menjadikan seks sebagai permainan hidup yang dihalalkan bagi merebut kekayaan dan kemewahan daripada lelaki-lelaki kaya, sehingga dirinya terperangkap dalam satu kejadian yang tidak diingini. Apakah yang terjadi seterusnya?. Semuanya akan terjawab di dalam 'Jalang' yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini.

'Jalang', merupakan singkatan daripada tajuk asal 'Taubat Jalang' merupakan sebuah filem yang telah diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana ia bukan sebuah filem porno tetapi sebaliknya sebuah karya yang bermaruah dan menginsafkan, yang barangkali akan mencetuskan kontroversi di dalam industri hiburan dan filem tempatan apabila ia ditayangkan kelak. Ketika ditemui media semasa pra-tonton tertutup filem ini di Aswara beberapa minggu lepas, Yasmin Khanif (pelakon utama watak Maria) berkata "Pada mula-mula ditawarkan watak ini oleh penerbitnya, Imran Ismail, saya pun terpaksa berfikir beberapa kali. Melihat skripnya saja, saya sudah menjadi risau. Namun, apabila diamati, kesudahan ceritanya membawa pengajaran yang amat besar kepada kita semua. Ia membuatkan saya bersedia untuk mencuba. Apatah lagi watak Maria itu juga mempunyai beberapa lapisan yang menarik untuk diteroka," katanya.



Justeru, nantikan kehangatan 'jalang' akan menjalang di semua pawagam tempatan seluruh Malaysia pada penghujung tahun 2009 ini. Pastinya ia sebuah karya yang mendebarkan dan mencemaskan..

Selasa, 23 Jun 2009

Festival Filem Klasik Ogos 2009... apa pendapat anda?


Percaya atau tidak, bulan Ogos 2009 ada dua buah festival filem akan berlangsung. Mulai 5 hingga 9 Ogos 2009, Festival Filem Malaysia ke-22, Kota Kinabalu, Sabah akan di adakan yang di anjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Manakala pada 11 hingga 13 Ogos 2009 pula, Festival Filem Klasik akan di adakan di Pulau Pinang yang di anjurkan oleh Paradise Sandy Beach Resort. Apakah pendapat anda berhubung penganjuran Festival Filem Klasik 2009 di Pulau Pinang, Ogos 2009 nanti?. Apa kata, jom kita selidiki apa yang ditulis oleh Abdul Aziz Ittar di dalam Utusan Malaysia berhubung penganjuran Festival Filem Klasik 2009 ini..

---------------------------------

FILEM-filem Melayu lama terbitan tahun-tahun 1950-an dan 1960-an termasuklah ketika era Studio Jalan Ampas, Singapura dan Studio Merdeka, Hulu Klang, Selangor merupakan produk-produk yang telah banyak meninggalkan nostalgia kepada dunia perfileman di negara ini.

Biarpun sudah lebih separuh abad diterbitkan, tetapi kebanyakan filem-filem klasik itu masih lagi ditayangkan di stesen-stesen televisyen (TV) selain terus diminati serta diperkatakan oleh para peminat filem Melayu tidak kiralah sama ada generasi lama dan juga yang baru.

Malah, bagi terus menghargai filem-filem lama, Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang mengambil inisiatif menganjurkan Festival Filem Klasik Paradise buat kali kelima yang bakal disertai oleh ramai seniman dan seniwati tanah air.

Tan Sri Jins Shamsudin, salah seorang pelakon veteran yang terbabit menjayakan Festival Filem Klasik Paradise ke-5 berkata, pelbagai aktiviti seperti tayang filem, seminar dan bengkel akan diadakan pada festival yang bermula pada 11 hingga 13 Ogos ini.

Menurut seniman itu, menerusi festival yang mengenakan bayaran RM350 kepada peminat dan pencinta filem, mereka berpeluang beramah mesra dan mengetahui lebih lanjut tentang filem-filem yang akan diperkatakan pada festival itu kelak.

"Tahun ini tiga filem yang akan diperkatakan berjudul Sumpah Puntianak, Pendekar Bujang Lapuk dan Panca Delima. Bengkel, diskusi dan tayangan tiga filem itu akan diadakan khusus untuk para peserta yang terbabit sepanjang festival itu berlangsung.

"Kami juga akan membawa beberapa orang pelakon tiga filem itu bagi menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut. Antaranya, Datuk Maria Menado, Datuk Mustapha Maarof dan Salma Ahmad bagi mewakili filem Sumpah Puntianak yang mereka lakonkan.

"Datuk Aziz Sattar mewakili filem Pendekar Bujang Lapuk dan saya pula mewakili filem Panca Delima. Inilah peluang para peminat untuk bertemu dengan pelakon filem-filem ini yang masih hidup," katanya pada sidang media festival itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Jelas Jins, selain aktiviti-aktiviti itu, majlis makan malam bersama para pelakon terbabit pada malam kemuncak Festival Filem Klasik Paradise juga merupakan peluang terbaik para peserta untuk bertanya lebih lanjut tentang filem-filem lakonan para pelakon terbabit.

Malah, katanya pakej berharga RM350 yang dikenakan itu meliputi bayaran bilik penginapan untuk dua orang di Paradise Sandy Beach Resort, sarapan pagi dan makan malam bersama para pelakon tiga filem selain ia turut dimeriahkan oleh ramai pelakon lain.

Selain empat pelakon veteran itu, turut serta ialah pelakon-pelakon seperti Uji Rashid, Hail Amir, Imuda, Sofiah Ibrahim, Mariani Ismail, Rozi Rozhaized, Omar Puteh dan Rosyam Nor bagi menambahkan lagi kemeriahan festival itu yang mendapat sambutan hangat setiap tahun.

"Selain seminar, tayangan filem, makan malam, diskusi dan bengkel filem, para peserta juga berpeluang melihat kami menyanyikan lagu-lagu yang dipetik daripada filem-filem lakonan masing-masing. Sebelum ini kita mungkin jarang melihat pelakon veteran menyanyi.

"Itu adalah antara tarikan dan kelainan yang cuba kami tampilkan dalam festival ini yang dijangka akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada malam kemuncaknya pada 13 Ogos ini pukul 8 malam di pusat peranginan tersebut," ujarnya.

Hadir sama ialah Pengurus Hotel Paradise Sandy Beach Resort Pulau Pinang, Jeff De Zilva, Penolong Pengarah, Promosi & Pemasaran Finas, Ahmad Syazli Muhd. Khiar serta pelakon veteran seperti Datuk Aziz Sattar, Datuk Maria Menado, Kuswadinata dan Salmah Ahmad.

Sebagai salah seorang pelakon veteran yang dipilih menjayakan Festival Filem Klasik Paradise, Aziz Sattar pula berkata, pelbagai pengalaman para pelakon akan dikongsi bersama para peserta termasuklah cerita-cerita di sebalik tabir pembikinan sesebuah filem klasik.

"Sebagai contohnya, ramai orang tidak tahu bahawa Panca Delima asalnya merupakan sebuah filem dari Hong Kong yang diolah semula menjadi sebuah filem Melayu. Filem itu sarat dengan cerita-cerita fantasi yang telah disesuaikan dengan dunia perfileman Melayu ketika itu.

"Saya juga akan menceritakan pengalaman berlakon dalam filem Pendekar Bujang Lapuk. Ramai penonton generasi muda yang tidak tahu tentang asal usul pembikinan dan idea penghasilan skrip filem ini. Segala elemen-elemen seperti kami akan ceritakan pada festival itu nanti," jelasnya.

Sebarang pertanyaan dan tempahan nama untuk menyertai Festival Filem Klasik Paradise ke-5 sila hubungi Pegawai Perhubungan Awam Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang iaitu Virginia Ann menerusi talian telefon 019-543 4833 dengan segera kerana tempat yang ditawarkan adalah terhad.

**rasa macam nak pergi aje.. tapi 1 hingga 10 Ogos 2009 saya berada di FFM 22, di Kota Kinabalu, Sabah**

Isnin, 22 Jun 2009

Datuk Sudirman Hj. Arshad


Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana akhirnya seniman tersohor tanah air Allahyarham Sudirman Haji Arshad dianugerahkan gelaran Datuk. Anak kelahiran Temerloh, Pahang itu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Khamis lepas sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-78 pada 24 Oktober lalu. Penganugerahan tersebut membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang amat menyanjungi jasa dan bakti yang dicurahkan beliau kepada Industri Seni tempatan sekaligus pernah mengharumkan nama negara di Royal Albert Hall, London pada 1989 sebagai anak seni tempatan pertama yang membuat persembahan di Dewan bertaraf dunia itu. Sebelum ini, amy ikram ada menulis artikel mengenai 'kewajaran Sudirman Hj. Arshad menerima gelaran Datuk', rujukan artikel 6 Jun 2009, telah mendapat kritikan positif dari teman media dan pembaca setia blog ini. Dan penganugerah Datuk pada khamis lepas telah membuatkan ramai rakan artis dan peminat tumpang gembira dengan penganugerahan tersebut. Justeru, mari lah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad yang telah kembali kerahmatullah pada 1992. Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, namun jasa dan baktinya akan dikenang dan diingati selalu..

-al fatihah-
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman hendakNYA. amin

Ahad, 21 Jun 2009

Filem: Upin & Ipin : Angkasa, akan datang...!!


Selepas kejayaan Filem Geng:Penggembaraan Bermula yang telah mengutip hampir RM 7 juta ringgit, kini Les'Copaque Productions akan menerbitkan filem animasi kedua 'Upin & Ipin : Angkasa' yang akan menemui penonton Malaysia pada 2011. Filem yang memaparkan satu lagi cerita menarik ini dalam proses pre-productions yang kini teasernya boleh ditonton di laman youtube dan segala maklumat terkini boleh di akses di laman rasmi filem ini. Anda boleh klik laman: http://www.upinipinangkasa.com

teaser Upin & Ipin : Angkasa



**Benarkah Filem Geng:Penggembaraan Bermula akan memenangi Filem Animasi Terbaik di FFM22, Kota Kinabalu pada Ogos ini?. Nantikan kehangatan FFM22 akan datang**

Sabtu, 20 Jun 2009

'Antara Cinta, Keluarga dan Status',.... Kontrak Cinta akan datang Julai 2009


Pernah tak anda mengalami situasi di mana hubungan kerja bertukar menjadi cinta dan ia perlu ditandatangani sebagai perjanjian bagi merealisasikan sesuatu keadaan atau peristiwa yang tidak di jangka?. Bagaimanakah perasaan anda sekiranya cinta yang dijanjikan itu termeterai hanya sekadar mainan perasaan atau realiti?. Apakah yang anda akan lakukan seandainya anda mengalami keadaan agak kritikal ini?. Semuanya akan terjawab sekiranya anda luangkan masa bersama keluarga untuk menonton 'Kontrak Cinta', sebuah telemovie khas yang akan ditayangkan di slot cerekarama TV3 pada 4 Julai 2009 pukul 10.00 malam. Kontrak Cinta sebuah telemovie khas yang mengandungi scene-scene yang tidak dijangka akal fikiran ini mengisahkan sebuah hubungan cinta yang terselindung di sebalik satu perjanjian 'cinta' yang ditandatangani bersama antara Karmila (Fasha Sandha) dan Harris (Fahrin Ahmad) . Mereka bertemu tatkala masing-masing mempunyai masalah yang membelenggu fikiran dan ia perlu diselesaikan demi sebuah keluarga tercinta. Harris dan Karmila berpura-pura mempunyai hubungan cinta demi untuk mengelakkan diri Harris daripada bersuamikan perempuan tidak bermaruah, Julianna (Ika Zulkifli) yang menjadi pilihan keluarga Harris, Datuk Malik dan Datin Mariam. Kepura-puraan hubungan yang berlandaskan kontrak ini, menjadikan hubungan antara Harris dan Karmila bertukar kepada satu perasaan kasih sayang yang menggemparkan sehingga terjadi satu perkara yang tidak diingini sehingga memaksa keluarga Harris menerima kenyataan. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mampukah mereka disatukan tatkala Datuk Malik dan Datin Mariam amat memilih soal status dan kekayaan?. Nantikan kehangatan Kontrak Cinta akan menemui anda pada 4 Julai 2009 di TV3... jangan ketinggalan kerana ia sebuah telemovie yang pastinya meruntun perasaan anda sekeluarga.. Tidak percaya?. nantikan aje la ye..

**Kontrak Cinta yang diterbitkan Raden Pictures ini adalah daripada skrip Azlina Pa'Wan akan datang di TV3*

Jumaat, 19 Jun 2009

Menangi 5 pas percuma ke Pesta Malam Indonesia 3 sekarang!!!

Amy Ikram bersama pihak penganjur Konsert Pesta Malam Indonesia 3 kini mencari 5 lagi pemenang istimewa untuk di bawa ke Konsert tersebut secara ekslusif.. Jangan lepaskan peluang anda ini sekarang!!. Tarikh tutup kuiz penyertaan adalah pada hari ini 19 Jun 2009 pukul 7.00 petang!!!. Untuk soalan kuiz sila klik ikon poster di sebelah kiri blog...

**konsert Pesta Malam Indonesia 3 adalah pada 20 Jun 2009 dari pukul 10 pagi hingga 11.00 malam tanpa henti**

info.. sila ke portal di bawah!!

Konsert Malam Pesta Indonesia 3.... Persembahan Mantap 5 kumpulan gergasi Indonesia 7 jam tanpa henti!!!


80 PERATUS TIKET PESTA MALAM INDONESIA HABIS DIJUAL!.


Kehangatan Pesta Malam Indonesia yang bakal berlangsung esok, 20hb Jun 2009, di Stadium Bukit Jalil semakin dirasai apabila sudah 80 peratus tiket dari 10, 000 keping habis dijual menjelang Jumaat.

Kehebatan persembahan ini hanya boleh dirasai dengan membeli tiket berharga RM 63 seorang, sesuatu yang tidak boleh didapati di mana-mana. Tiket-tiket masih boleh didapati di pejabat tiket Axxess, Section 14, Petaling Jaya, 1 Utama juga Alamanda, Putrajaya. Selain itu, peminat boleh membeli tiket pada hari konsert di Stadium Bukit Jalil pada 20hb nanti.

Selain itu, setiap pembelian tiket akan disertakan dengan 'iTalk Mobile Dialer,; secara PERCUMA - satu kad yang memudahkan membuat panggilan antarabangsa dengan harga cukup rendah.

Acara akan berlangsung bermula jam 10 pagi sehingga lewat malam ini membariskan band-band dari seberang yang 'In' ketika ini seperti Gigi, Dewa 19, Padi, Sheila On 7 juga Andra & The Backbone.

Pesta Malam Indonesia kali ketiga dibawakan khas oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan dianjurkan oleh Fat Boy Records Sdn Bhd.


PERSEMBAHAN MANTAP PADI, GIGI, DEWA 19, SO7 DAN ANDRA & THE BACKBONE SELAMA TUJUH JAM TANPA HENTI.


Pesta Malam Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini (20 Jun) bakal mencipta sejarah tersendiri dengan menghimpunkan lima band terbaik Indonesia iaitu, Padi, Gigi, Dewa 19, SO7 dan Andra & The Backbone, khas buat peminat-peminat fanatik mereka di Malaysia.

Bukan itu sahaja, sejarah bakal dicatatkan apabila persembahan band-band itu akan berlangsung selama tujuh jam tanpa henti dengan menyampaikan lagu-lagu terbaik dan popular bagi menambahkan kehangatan malam itu.

Dengan persembahan bertenaga mereka juga kehadiran peminat-peminat yang dijangka menjangkau 10, 000 orang, Pesta Malam Indonesia bakal memberikan kepuasan juga satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, pesta ini juga memberikan pendedahan kepada peminat muzik di sini bagaimana karya terbaik dari Indonesia dihasilkan.

Dianjurkan oleh Fat Boy Records Sdn Bhd, Pesta Malam Indonesia bukan sekadar membawa band terbaik seberang, bahkan mengetengahkan dua band popular tanahair iaitu Aku dan Jinbara, untuk memberikan pendedahan terbaik kepada peminat mereka.

Keseronokan Pesta Malam Indonesia ini dibawakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama, sebagai satu cara untuk meluahkan rasa terima kasih kepada pelanggan-pelanggan mereka yang senantiasa menyokong TM.


** Ingin pas percuma menyaksikan konsert ini?. sertailah Kuiz yang dianjurkan amy ikram sekarang!!!.. dalam beberapa jam lagi akan ditutup..!!!**.

**sapa yang tak masuk rugi!!!**

Khamis, 18 Jun 2009

Penyertaan FFM22 Kota Kinabalu 2009 dibuka


FFM22 Kota Kinabalu, Sabah akan berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos 2009 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah anjuran bersama FINAS, Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dengan kerjasama Negeri Sabah menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Dengan menggunakan tema 'Filem Malaysia ke Persada Dunia' pihak penganjur berharap ia dapat menuntut pengkarya filem agar lebih kreatif, dinamik dan progresif dalam menerbitakan filem-filem yang bekualiti. Dengan amalan professionalisme serta penguasaan ilmu dengan bantuan teknologi canggih dan inovatif industri perfileman kita dapat maju ke peringkat antarabangsa. Selain itu ia dapat mencetuskan motivasi dan semangat juang yang tinggi di kalangan penglibat filem untuk terus menghasilkan karya terbaik.

Penyertaan bagi Festival Filem Malaysia edisi ke 22 ini telah dibuka kepada semua penerbit filem tempatan serta individu-individu yang layak. Pada majlis sidang media yang diadakan di Hulu Kelang, FINAS menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Penyertaan dan Penjurian FFM22 2009, Puan Nancie Foo borang-borang penyertaan bagi semua kategori boleh didapati di laman web www.sinemamalaysia.com.my. Tarikh tutup penyertaan bagi semua kategori ialah pada 5 Julai 2009.

Seperti tahun lalu jumlah penyertaan bagi kategori Filem Dokumentari, Pendek dan Animasi agak merosot. Sehubungan dengan itu pada tahun ini jawatankuasa menyeru semua pihak termasuk IPT Awam dan juga Swasta serta syarikat-syarikat pengiklanan untuk mengambil bahagian di dalam FFM22.

Selain mengekalkan 13 Anugerah Perdana, FFM22 mewujudkan kategori baru iaitu Filem Komedi Terbaik di bawah Anugerah Cipta menjadikan 12 Anugerah Cipta dipertandingkan. Di samping itu, lima Anugerah Juri, FFM22 turut mengiktiraf pencapaian dan sumbangan karyawan filem menerusi Anugerah Veteran (Lelaki/Wanita), Anugerah Belakang Tabir dan Anugerah Box Office.

**nantikan info-info menarik mengenai FFM 22, 2009 akan datang**


Rabu, 17 Jun 2009

The 11th Cinemanila International Film Festival 2009.. call for entries!!


Now on its 11th year, Cinemanila once again celebrates the best of Philippine and World Cinema in an 11-day event, running from October 15-25, 2009 at the Bonifacio Global City, Taguig, Philippines.

Cinemanila welcomes filmmakers from around the world to submit their films to this year’s festival. The festival accepts local and foreign full-length features, shorts and documentaries. There is no entry fee for applications.

The Entry Selection Committee will choose six to ten films from among the qualified entries to participate in the following competition sections:

• Main Competition (International Features)
• Southeast (SEA) Competition – Features & Shorts
• Digital Lokal (Philippine full-length digital films only)
• Young Cinema (Philippine short films only)
• Documentary (International)

All other films not selected for Competition are eligible for exhibition programs of the festival.

All Entry Deadlines, except for Digital Lokal: FRIDAY, AUGUST 14, 2009
Digital Lokal Deadline: FRIDAY, SEPTEMBER 4, 2009
*The deadline is the date we need to have RECEIVED your entry.

General Information About Submissions

Films being considered for the Young Cinema and Digital Lokal Competition must be Philippine premieres.

Films in a language other than English must be subtitled in English.

The Festival reserves the right to decide all questions not specifically provided for in the regulations.

For detailed information and FAQs on Festival Submissions, please see attachment. Also attached are the entry forms for the Festival and Digital Lokal.

If you have further questions, please email cinemanila.entries@ gmail.com and cinemanila@gmail. com.

The 11th Cinemanila International Film Festival is jointly organized by the Independent Cinema Association of the Philippines (ICAP), the City of Taguig and a specially commissioned inter-agency committee. It will be held from October 15 to 25, 2009 in Bonifacio Global City, Taguig.

Aside from parallel competitions for full-length, short and documentary films, there will also be distinct exhibitions, tributes, marathon showings, and other sidebar events. Master classes, seminars and workshops will also be held during the festival and will cover subjects and issues on independent filmmaking. Directors, producers, critics and actors throughout Asia, Europe and North America will be invited to attend the film event.

info..

The 11th CINEMANILA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL
41 Begonia St. Tahanan Village
Parañaque City, Metro Manila
Philippines 1700
Fax: + 63 2 8429672
Website: http://www.cinemani la.org.ph
E-mail: cinemanila.entries@ gmail.com, cinemanila@gmail. com

Selasa, 16 Jun 2009

Pesta Malam Indonesia 3.. mencari 5 pemenang istimewa!!!!

Adakah anda ingin bertemu bintang muzik Indonesia kegemaran anda secara langsung tanpa di ganggu?. Mahukah anda menyaksikan mereka menyampaikan lagu-lagu hits bersama 5 kumpulan muzik gergasi Indonesia, hanya untuk anda sahaja?. Layakkan anda dilayan mesra pada hari konsert tersebut oleh bintang Indonesia kegemaran anda?. Jika mahu, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai KUIZ PESTA MALAM INDONESIA 3 sekarang!!. Kami mencari 5 pemenang bertuah untuk dibawa menyaksikan konsert yang cukup bersejarah itu pada 20 Jun 2009, 10 Pagi di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.. Tempat terhad menanti anda..... Jangan lepaskan peluang ini!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

KUIZ PESTA MALAM INDONESIA 3


  • ** setiap penyertaan mesti di kirim ke alamat e-mail berikut : amyikram@yahoo.com. *
    dengan menulis PESTA MALAM INDONESIA 3. Penyertaan dan jawapan mesti sampai kepada amyikram sebelum 19 hb Jun 2009.
  • Setiap penyertaan mesti disertakan nama penuh, alamat, no kad pengenalan dan no telefon untuk dihubungi..
SOALAN KUIZ

  1. Namakan dua lagu hits kumpulan Sheila On 7 yang akan dinyanyikan oleh mereka pada 20 Jun 2009 semasa konsert di Bukit Jalil nanti.
  2. Namakan 3 orang anggota kumpulan Andra And The Backbone.
  3. Pada tahun berapakah kumpulan DEWA 19 memenangi Anugerah Video Klip Indonesia Terbaik menerusi lagu 'Roman Picisan'?.
  4. Kumpulan GiGi di anggotai oleh 4 orang jejaka kacak. Natakan nama dan dari manakah asal vokalis kumpulan GiGi tersebut?
  5. Kumpulan PADI di anggotai oleh Ari, Fadly, Yoyo, Rindra dan Piyu. Pada tahun berapakah kumpulan PADI dibentuk?
  6. Namakan penaja utama dan Penginapan Rasmi untuk Konsert Pesta Malam Indonesia 3.

slogan rasmi:

Konsert Pesta Malam Indonesia 3 amat saya nanti-nantikan kerana.................................................................... ( tidak melebihi 20 patah perkataan)


**Setiap penyertaan mesti dihantar ke alamat e-mel seperti tertera di atas**
Keputusan hakim adalah muktamad..

-iklan ini berbayar-

-------------------------------------------------------------------------------------------------

siapa tak masuk dia rugi!!!!

Isnin, 15 Jun 2009

Anu siapa dalam Almari?.. Anu dalam Botol dah di tukar tajuk!

Paling terbaru, filem kontroversi yang bakal diterbitkan Raja Azmi dan diarahkan oleh Shadan Hashim 'Anu Dalam Botol', telah ditukar tajuk kepada 'Botol Dalam Almari'. Pelikkan?. Bukan pelik namanya, tetapi ia satu kebenaran yang nyata. Apatah lagi, filem terbitan Raja Azmi ini telah diluluskan skripnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut Raja Azmi, selepas reaksi positif daripada Jakim mengenai skrip tersebut yang kata mereka 'tidak ada masalah, tetapi tajuk filem itu mesti ditukar kepada tajuk lain, umpamanya Botol Dalam Almari', membuatkan beliau bersyukur kerana hasrat untuk berdakwah menerusi filem itu akan kesampaian. Tetapi, persoalan yang mungkin akan ditimbulkan pembaca dan penonton diluar sana ialah 'apakah filem tersebut akan memaparkan visual yang keterlaluan dan lari daripada lumrah normal kehidupan manusia sebenarnya?. Jika Raja Azmi bijak menggunakan sudut visual melalui kaedah bahasa visual, maka filem ini mungkin akan menjadi filem terbaik di Malaysia, barangkali. Jika tidak, maka ia akan menjadi karya songsang dan mungkin akan dianggap lucah dan menjijikkan. Ketika ditanya, siapakah pelakon yang bakal membintangi filem Botol Dalam Almari itu, Raja Azmi menjelaskan antara pelakon yang layak ke peringkat akhir sebelum terpilih membintangi filem tersebut ialah Zizan Nin, Arja Lee, Kefli (AF3), Ryzal - untuk watak maknyah manakala Norman Hakim, Tonny Eusoff, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja pula akan memegang watak sebagai pasangan kepada maknyah tersebut. Justeru, sama-samalah kita berdoa agar filem ini sukses dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa sepertimana filem 'Beautiful Boxer' dari Thailand.

**Cuba bayangkan seandainya filem ini diberi tajuk ANU.. apakah akan terjadi?. ANU merujuk kepada 'Antara, Nafsu dan Ugama'..-ANU'.. catchy tak?. hehehe..**


Ahad, 14 Jun 2009

Japanese Film Festival 2009... kini kembali


Mulai 18 hingga 22 Jun 2009 (Kuala Lumpur) dan 26 hingga 28 Jun 2009 (Penang), Golden Screen Cinemas (GSC) akan mengadakan tayangan filem-filem terbaik sempena Japanese Film Festival 2009. Bagi anda yang sememangnya meminati filem-filem dari negara matahari terbit itu, lekaslah serbu ke GSC Mid Valley dan 1 Utama ( jika anda di KL) serta GSC Gurney Plaza (Penang) untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam tersebut. Ayuh.. kita ikuti apa yang menarik mengenai 8 buah filem yang bakal ditayangkan mulai 18 hingga 28 Jun 2009 di GSC sempena Japanese Film Festival 2009.

FILM SYNOPSIS
JAPANESE FILM FESTIVAL 2009

Departures (PG-13)
Human Drama Category
Director: Takita Yojiro

Daigo was a cellist in an orchestra which had just been dissolved. Suddenly thrown out onto the streets without a job and no hope for life, Daigo decides to go back to his hometown with his wife. He soon starts working as a “Nokanshi” (Encoffiner). Cleaning up the body, placing the dead into the coffin, and sending the dead to the next world.


Paco And The Magical Book (U)
Fantasy Category
Director by: Nakashima Tetsuya

There was a hospital where the patients and even doctors & nurses are all weird. Above all, Onuki, a patient who builds up his company all by himself from scratch, is a super cranky old man. One day, he meets a girl called Paco, who cannot retain memory beyond one day due to a car accident. She is reading the same picture book everyday.


All Around Us (U)
Human Drama
Category
Director by: Hashiguchi Ryosuke

At work, Kanao, a courtroom portrait artist, silently observes the highest profile crimes and scandals of the 1990s. At home in joys of marriage, he quietly observes his wife’s first pregnancy. When their child dies, the couple is shaken by the tragedy but Kanao manages to stand by his wife as she sinks into depression.


Always - Sunset On Third Street 2 (U)
Drama (Family) Category

Director by: Yamazaki Takashi


Spring of 1959. Chagawa still thinks of Hiromi who took off without a word, while taking care of Junnosuke, a boy Hiromi left. One day, Junnosuke’s biological father shows up to take back his son. In order to keep Junnosuke with him, Chagawa has to promise to give the boy a decent life. Chagawa starts writing again to win the Akutagawa award, a once abandoned hope.'


After School (U)
Suspense Comedy

Director by : Uchida Kenji


A stranger gives Kitazawa, a private investigator, the photograph of Kimura meeting secretly with a woman, and tells the detective to find him. Kitazawa goes to the high school from which Kimura graduated, and there meets Jinno, a teacher who was once his classmate. It happens that Jinno is also looking for Kimura, who disappeared the day before


Breathe In, Breathe Out (U) Youth Category Film Director by: Shinohara Tetsuo

Seeking a fresh start in life, Hinami applies for a part-time job cutting sugarcane on a plantation in Okinawa. She soon finds herself working with other young men and women on a remote island. Their task is to harvest all 70,000 sugarcane plants by the end of March, but the demanding physical labor and the experienced Yutaka’s leadership soon causes problems.


How To Become Myself (U)
Youth Category Film
Directed by: Ichikawa Jun

Kanako, who used to be a popular girl but has been bullied lately, tells Juri that the girl she is now is not her true self. The two become high school students. Having heard that Kanako has changed school, Juri starts sending her e-mail stories about a girl with tips to be popular with others. Kanako copies the girl in the story and becomes popular, but starts feeling perplexed at falsifying herself.



The Bandage Club (PG13)
Youth Category Film
Directed by: Tsutsumi Yukihiko

A high school girl, Wara, looks cheerful, but she conceals darkness deep in her mind. On a sudden impulse, she nearly climbs over a fence on the hospital roof, but Dino, an unacquainted boy, persuades her otherwise. Concerned about Wara, Dino tethers one end of her wrist bandage to the fence. Wara feels comforted and comes up with an idea to form "Bandage Club".


untuk sebarang maklumat berkaitan dan masa tayangan ... sila layari
www.gsc.com.my

**jom tengok filem tue semua**

Sabtu, 13 Jun 2009

"Filem" atau 'Wayang'... manakah pilihan anda?

Tahukan anda apakah yang dimaksudkan dengan 'Filem' dan 'Wayang'?. Kedua-dua istilah ini adalah sama tetapi berbeza pendekatannya. Jika dikaji dan dilihat senarionya dalam industri hiburan dan filem tempatan amnya, penonton Malaysia cuma leka pada 'wayang', bukannya 'filem'. Ini boleh dibuktikan apabila jumlah kutipan tiket dipawagam bagi karya-karya dalam kelompok 'wayang' mengatasi jumlah pungutan dan jualan karya-karya yang bersifat 'filem'. Terbaru, karya arahan Ahmad Idham berjudul 'Jangan Pandang Belakang Congkak' dikatakan kini mengutip hampir RM 3 juta ringgit dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa berbanding karya 'Talentime' arahan Yasmin Ahmad yang cuma mengutip ratusan ribu ringgit sahaja. Pulangan ini membuktikan kepada kita bahawa 'wayang' diperlukan untuk penonton berbanding filem. Ini adalah kerana jika dilihat secara konsepnya, 'wayang' merujuk kepada jenis karya yang dihasilkan tanpa memikirkan naratif cerita, asalkan ia mendapat keuntungan berlipat ganda. Situasi dan keadaan ini dapat dilihat dalam karya-karya arahan Prof. Razak Mohaideen, Ahmad Idham, Pieree Andre dan sebagainya. Berbanding pula dengan 'filem', ia merujuk kepada 'jenis karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarah dengan memberi penekanan kepada aspek storytelling, mis-on-scene, bahasa visual, dan perlambangan, sehingga adakalanya sesebuah 'filem' yang dihasilkan itu lari daripada pendekatan komersial. Antara contoh pengarah yang dikategorikan sebagai pengarah 'filem' sebenarnya ialah, 'Yasmin Ahmad, Mamat Khalid, M.Subash, Amir Muhammad, Khabir Bhatia dan Dr. Hatta Azad Khan'.

Aspek komersial dalam sesebuah filem seringkali menjadi perkara penting yang tidak dapat dielakkan oleh sesetengah produser filem mahupun pengarah. Komersial inilah yang menjadikan sesetengah karya tempatan di anggap 'sampah' dan 'membosankan' terutamanya bagi pengkritik dan pengulas sesebuah filem. Walaupun 'aspek komersial' itu penting bagi melariskan sesebuah produk, tetapi penekanan kepada 'aspek storytelling, mis-on-scene, bahasa visual, dan perlambangan dalam sesebuah filem, jangan dipandang sinis kerana 'pembikin filem yang baik akan menerapkan semua elemen itu dalam filemnya', 'jika tidak maka industri kita akan lingkup dengan anasir-anasir yang merosakkan ini', kata Hassan Muthalib, seorang pengkritik filem yang cukup terkenal itu kepada rakan media selepas preview 'Jomlah C.I.U.M di Finas, pada khamis lepas'.

Justeru, di harapkan satu hari nanti industri hiburan dan filem tempatan akan berubah dengan penghasilan karya-karya baru yang bermutu barangkali daripada pengarah-pengarah muda lulusan kolej mahupun universiti perfileman. Jika tidak, maka filem dan industri kita akan di anggap pengeluar kepada filem-filem komersial yang sampah!..

Wallahuallam.

Jumaat, 12 Jun 2009

'Jomlah C.I.U.M.... filem berjiwa Malaysia?

Mendengar sahaja tajuk 'Jomlah C.I.U.M', barangkali terlintas difikiran anda, apakah ia sebuah karya kontroversi atau karya songsang?. Pandangan sebegitu perlu dilontarkan jauh-jauh kerana Jomlah C.I.U.M bukannya karya sebegitu kerana tiada langsungpun elemen kontroversi seksual mahupun adaptasi murahan yang terdapat dalam filem ini. Jomlah C.I.U.M, merupakan singkatan kepada Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia (C.I.U.M), adalah filem terbaru arahan M.Subash Abdullah yang akan menemui penonton Malaysia pada 23 Julai 2009 dan ia telahpun ditayangkan kepada rakan media semalam di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas. Filem yang diterbitkan oleh Genius Parade Sdn.Bhd ini merupakan sebuah filem yang agak menarik kerana ia mengupas pelbagai isu dalam kehidupan melalui 3 watak utama yang mempunyai peranan masing-masing iaitu seorang uztaz, sami buddha dan paderi kristian. Ketiga-tiga mereka mempunyai ceritanya yang tersendiri. Cerita pertama mengenai seorang uztaz yang buta matanya tetapi cerdik akal fikirannya. Walaupun beliau tidak boleh melihat seperti manusia lain, namun beliau mempunyai hati yang bersih kerana segala bentuk pencerobohan minda dan kerosakan masyarakat di sekitar kampung amat dibimbangkannya. Melalui agama sahajalah, baginya masalah ini dapat diselesaikannya. Tindakan dan perhatian ustaz tersebut dalam memohon bantuan kewangan untuk membina surau di kampung itu, telah menarik perhatian seorang Sami Buddha dan Paderi Kristian. Kedua-dua mereka ini bersatu padu walaupun berlainan kepercayaan agama dan budaya, demi untuk menegakkan syiar islam yang dibawa oleh ustaz tersebut. Apakah yang berlaku seterusnya?. Berjayakah ustaz tersebut membina surau bersama-sama Sami Buddha dan Paderi Kristian, walaupun agak janggal dalam masyarakat?. Semua itu hanya akan terjawab sekiranya anda pergi menonton Jomlah C.I.U.M pada 23 Julai 2009 .

Jika dilihat dari sudut pemikirannya, Jomlah C.I.U.M karya M.Subash Abdullah ini cuba mempersoalkan kepada kita 'apakah sebenarnya filem dan apakah pula maksud Wayang?. Kedua-dua ini berbeza, kerana FILEM merupakan wadah pemikiran yang hanya dihasilkan untuk masyarakat berfikir dan menilai segala aspek yang dikemukakan menerusi bahasa visual yang merangkumi mis-on-scene dan nilai naratifnya, sebaliknya 'WAYANG' pula membawa erti yang sejagat iaitu untuk mengkomersialkan produk tanpa memikirkan nilai naratif demi untuk mengaut keuntungan. Produk WAYANG boleh dilihat dalam kebanyakkan filem-filem arahan Prof. Razak Mohaideen, Ahmad Idham dan sebagainya, cuma FILEM hanya boleh disaksikan melalui karya-karya M.Subash, Yasmin Ahmad, Amir Muhammad dan Dr. Hatta Azad Khan. Oleh itu, kedua-dua lambang ini (Filem-Wayang) adalah dua intipati yang amat berbeza sekali. Maka, dalam perkara ini M.Subash telah berjaya meletakkan dirinya sebaris pengarah-pengarah filem yang mempunyai jatidiri dalam menghasilkan FILEM bukannya WAYANG!.

Berbalik kepada intipati Jomlah C.I.U.M, filem ini boleh dikatakan sebuah filem yang lari daripada pendekatan komersial, kerana ia mempertaruhkan muka-muka baru yang sengaja diambil untuk keperluan watak ( mereka bukan pelakon) iaitu watak ustaz yang dibawa oleh seorang ustaz yang benar-benar buta dan watak seorang anak muda yang rosak akhlak lakonan seorang wartawan hiburan daripada portal cinema online. Keberanian watak ini harus dipuji pada M.Subash dan Surenthar (produser filem) yang berani mengetengahkan kedua-dua watak tersebut melalui plihan pelakon yang diambilnya, ia barangkali mungkin tidak digemari oleh penonton filem komersial. Seperkara mungkin yang seringkali dirisaukan daripada kalangan penggiat filem dan pengkritik ialah 'sambutan ke atas filem berjiwa Malaysia ini'. Percayalah, filem-filem sebegini hanya akan disukai oleh peminat FILEM , bukannya peminat WAYANG komersial.

Justeru, Jomlah C.I.U.M boleh dikatakan sebuah filem yang berisiko tinggi untuk diterima masyarakat kerana ia bukan filem komersial tetapi ia sebuah karya FILEM yang cuba mengangkat jatidiri masyarakat Malaysia bagi membentuk sebuah negara mengikut prinsip 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak. Namun begitu, jika anda peminat filem yang mencari-cari sebuah karya yang berkualiti tinggi dan mempunyai citarasa bagi membentuk 'masyarakat', maka filem Jomlah C.I.U.M perlu ditonton oleh semua golongan masyarakat tidak kira agama, budaya dan warna kulit kerana inilah filem untuk semua!!.

**nantikan Jomlah C.I.U.M dipawagam 23 Julai 2009**