Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 15 Jun 2009

Anu siapa dalam Almari?.. Anu dalam Botol dah di tukar tajuk!

Paling terbaru, filem kontroversi yang bakal diterbitkan Raja Azmi dan diarahkan oleh Shadan Hashim 'Anu Dalam Botol', telah ditukar tajuk kepada 'Botol Dalam Almari'. Pelikkan?. Bukan pelik namanya, tetapi ia satu kebenaran yang nyata. Apatah lagi, filem terbitan Raja Azmi ini telah diluluskan skripnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut Raja Azmi, selepas reaksi positif daripada Jakim mengenai skrip tersebut yang kata mereka 'tidak ada masalah, tetapi tajuk filem itu mesti ditukar kepada tajuk lain, umpamanya Botol Dalam Almari', membuatkan beliau bersyukur kerana hasrat untuk berdakwah menerusi filem itu akan kesampaian. Tetapi, persoalan yang mungkin akan ditimbulkan pembaca dan penonton diluar sana ialah 'apakah filem tersebut akan memaparkan visual yang keterlaluan dan lari daripada lumrah normal kehidupan manusia sebenarnya?. Jika Raja Azmi bijak menggunakan sudut visual melalui kaedah bahasa visual, maka filem ini mungkin akan menjadi filem terbaik di Malaysia, barangkali. Jika tidak, maka ia akan menjadi karya songsang dan mungkin akan dianggap lucah dan menjijikkan. Ketika ditanya, siapakah pelakon yang bakal membintangi filem Botol Dalam Almari itu, Raja Azmi menjelaskan antara pelakon yang layak ke peringkat akhir sebelum terpilih membintangi filem tersebut ialah Zizan Nin, Arja Lee, Kefli (AF3), Ryzal - untuk watak maknyah manakala Norman Hakim, Tonny Eusoff, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja pula akan memegang watak sebagai pasangan kepada maknyah tersebut. Justeru, sama-samalah kita berdoa agar filem ini sukses dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa sepertimana filem 'Beautiful Boxer' dari Thailand.

**Cuba bayangkan seandainya filem ini diberi tajuk ANU.. apakah akan terjadi?. ANU merujuk kepada 'Antara, Nafsu dan Ugama'..-ANU'.. catchy tak?. hehehe..**


0 comments :