Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 7 Jun 2009

Astro Shaw mencari penulis skrip untuk filem baru!!



Peluang baik buat semua penulis skrip filem mahupun drama. Kini Astro Shaw Sdn. Bhd mencari skrip-skrip baru untuk filem-filem baru yang akan dihasilkan oleh beberapa pengarah terkenal. Jika anda mempunyai sebarang karya untuk diketengahkan dalam medium filem, lekaslah rebut peluang keemasan ini sekarang!!. Jom kita selidiki apa yang dikehendaki oleh Astro Shaw menerusi maklumat yang dikirim Ajami Hashim kepada amyikram beberapa hari lepas.

Elemen filem yang ingin diterbitkan:

  1. Cerita mesti berkenaan kebudayaan atau sejarah Malaysia, atau kombinasi antara kedua-duanya. Namun cuba elakkan isu berkaitan politik dan perkauman.
  2. Filem dalam Bahasa Malaysia, namun sinopsis/treatment/ skrip boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris.
  3. Cerita yang boleh meninggalkan impak kepada industri perfileman Malaysia serta mampu memperkenalkan identiti Malaysia ke pentas antarabangsa.
  4. Cerita juga perlu mampu menembusi pasaran luar negara.
  5. Cerita perlu mempunyai unsur komersial yang mampu memberi pulangan kepada pelaburan yang dibuat Syarikat.
  6. Tidak ada genre tertentu yang ditetapkan, ianya terpulang kepada penulis.
Bagaimana?:
  1. Penulis hendaklah menghantar sinopsis tidak lebih daripada tiga (3) mukasurat.
  2. Penulis boleh menghantar sebanyak mungkin sinopsis, namun hanya satu yang terbaik akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
  3. 10 penulis yang terbaik akan dipanggil untuk sesi pitching bersama panel penilai Astro Shaw.
  4. Hanya enam (6) sinopsis akan dipilih untuk dikembangkan menjadi treatment. Treatment hendaklah ditulis dalam bentuk `babak demi babak'. Jumlah mukasurat tidak dihadkan. Sejumlah bayaran akan diberikan pada peringkat ini.
  5. Daripada enam (6) treatment, hanya tiga (3) yang terbaik akan dikembangkan menjadi skrip.
  6. Terdapat tiga (3) draf skrip bagi tiga (3) cerita yang terpilih tersebut. Setiap draf akan menerima bayaran. Ketiga-tiga skrip ini bakal menjadi hak milik Astro Shaw Sdn. Bhd.
  7. Hanya satu (1) skrip terbaik akan diterbitkan. Skrip ini akan diberikan bayaran tambahan berdasarkan kepada harga pasaran.
  8. Tarikh tutup untuk menghantar sinopsis ialah pada 22 Jun 2009 (Isnin).
    Sinopsis boleh dihantar melalui email ke noraini_ridzuan@ astro.com.my
atau melalui pos kepada:

Noraini binti Ridzuan
Penyelaras Kreatif
Astro Shaw Sdn. Bhd.
Unit 1, Tingkat 5, Blok C
Mines Waterfront Business Park
The Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Noraini di talian 03-95436688 samb. 3118.


1 comments :

menarik...
agak berminat namun tak pernah mempunyai sebarang pengalaman dalam penulisan...
='(