Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 13 Jun 2009

"Filem" atau 'Wayang'... manakah pilihan anda?

Tahukan anda apakah yang dimaksudkan dengan 'Filem' dan 'Wayang'?. Kedua-dua istilah ini adalah sama tetapi berbeza pendekatannya. Jika dikaji dan dilihat senarionya dalam industri hiburan dan filem tempatan amnya, penonton Malaysia cuma leka pada 'wayang', bukannya 'filem'. Ini boleh dibuktikan apabila jumlah kutipan tiket dipawagam bagi karya-karya dalam kelompok 'wayang' mengatasi jumlah pungutan dan jualan karya-karya yang bersifat 'filem'. Terbaru, karya arahan Ahmad Idham berjudul 'Jangan Pandang Belakang Congkak' dikatakan kini mengutip hampir RM 3 juta ringgit dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa berbanding karya 'Talentime' arahan Yasmin Ahmad yang cuma mengutip ratusan ribu ringgit sahaja. Pulangan ini membuktikan kepada kita bahawa 'wayang' diperlukan untuk penonton berbanding filem. Ini adalah kerana jika dilihat secara konsepnya, 'wayang' merujuk kepada jenis karya yang dihasilkan tanpa memikirkan naratif cerita, asalkan ia mendapat keuntungan berlipat ganda. Situasi dan keadaan ini dapat dilihat dalam karya-karya arahan Prof. Razak Mohaideen, Ahmad Idham, Pieree Andre dan sebagainya. Berbanding pula dengan 'filem', ia merujuk kepada 'jenis karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarah dengan memberi penekanan kepada aspek storytelling, mis-on-scene, bahasa visual, dan perlambangan, sehingga adakalanya sesebuah 'filem' yang dihasilkan itu lari daripada pendekatan komersial. Antara contoh pengarah yang dikategorikan sebagai pengarah 'filem' sebenarnya ialah, 'Yasmin Ahmad, Mamat Khalid, M.Subash, Amir Muhammad, Khabir Bhatia dan Dr. Hatta Azad Khan'.

Aspek komersial dalam sesebuah filem seringkali menjadi perkara penting yang tidak dapat dielakkan oleh sesetengah produser filem mahupun pengarah. Komersial inilah yang menjadikan sesetengah karya tempatan di anggap 'sampah' dan 'membosankan' terutamanya bagi pengkritik dan pengulas sesebuah filem. Walaupun 'aspek komersial' itu penting bagi melariskan sesebuah produk, tetapi penekanan kepada 'aspek storytelling, mis-on-scene, bahasa visual, dan perlambangan dalam sesebuah filem, jangan dipandang sinis kerana 'pembikin filem yang baik akan menerapkan semua elemen itu dalam filemnya', 'jika tidak maka industri kita akan lingkup dengan anasir-anasir yang merosakkan ini', kata Hassan Muthalib, seorang pengkritik filem yang cukup terkenal itu kepada rakan media selepas preview 'Jomlah C.I.U.M di Finas, pada khamis lepas'.

Justeru, di harapkan satu hari nanti industri hiburan dan filem tempatan akan berubah dengan penghasilan karya-karya baru yang bermutu barangkali daripada pengarah-pengarah muda lulusan kolej mahupun universiti perfileman. Jika tidak, maka filem dan industri kita akan di anggap pengeluar kepada filem-filem komersial yang sampah!..

Wallahuallam.

1 comments :

konsep rata-rata peminat "filem (kononnya)" kat malaysia...ni aku tanya ramai org...diorang nak tgk filem nak hiburan so konsep diorang tak nak crita berat2...kalo boleh santai dan ringan habis smpai boleh gelak ketawa tanpa apa apa mesej...

tapi aku sanjung "karya" sebab susah nak cari filem mcm yasmin ahmad,kabir,afdlin....semua fun jugak dan sarat dengan idea...bro bila lagi preview...bgtau la blogger mcm sy jugak...less info jugak sy nie...