Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 25 Jun 2009

'Jalang'... akan menjalang di pawagam Malaysia!!

'Sundal, pelacur, dan betina' adalah sinonim kepada kelompok perempuan murahan yang menjadikan seks sebagai cara hidup yang dihalalkan dalam masyarakat Malaysia. Ia merangkumi perbuatan keji yang kebanyakkannya dipelopori oleh golongan wanita tidak kira muda atau tua, asalkan nikmat kepuasan serta rangsangan antara lelaki dan perempuan menjadi perkara yang diutamakan dalam sesebuah perhubungan. Lantaran daripada merebaknya gejala seks bebas di dalam masyarakat Malaysia khususnya beragama islam, De'Baron Sdn.Bhd mengambil iniasitif untuk menerbitkan sebuah filem khas bertajuk 'Jalang' yang di arahkan oleh Nazir Jamaluddin. Filem yang dibarisi oleh Yasmin Khanif, Hairie Othman, Helmi Husaini, Ridzuan Hashim, Kuswadinata, Norlia Ghani, Maria Farida, Roslan Salleh dan Yang Kassim ini mengisahkan Maria, seorang wanita muda yang menjadikan seks sebagai permainan hidup yang dihalalkan bagi merebut kekayaan dan kemewahan daripada lelaki-lelaki kaya, sehingga dirinya terperangkap dalam satu kejadian yang tidak diingini. Apakah yang terjadi seterusnya?. Semuanya akan terjawab di dalam 'Jalang' yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini.

'Jalang', merupakan singkatan daripada tajuk asal 'Taubat Jalang' merupakan sebuah filem yang telah diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana ia bukan sebuah filem porno tetapi sebaliknya sebuah karya yang bermaruah dan menginsafkan, yang barangkali akan mencetuskan kontroversi di dalam industri hiburan dan filem tempatan apabila ia ditayangkan kelak. Ketika ditemui media semasa pra-tonton tertutup filem ini di Aswara beberapa minggu lepas, Yasmin Khanif (pelakon utama watak Maria) berkata "Pada mula-mula ditawarkan watak ini oleh penerbitnya, Imran Ismail, saya pun terpaksa berfikir beberapa kali. Melihat skripnya saja, saya sudah menjadi risau. Namun, apabila diamati, kesudahan ceritanya membawa pengajaran yang amat besar kepada kita semua. Ia membuatkan saya bersedia untuk mencuba. Apatah lagi watak Maria itu juga mempunyai beberapa lapisan yang menarik untuk diteroka," katanya.



Justeru, nantikan kehangatan 'jalang' akan menjalang di semua pawagam tempatan seluruh Malaysia pada penghujung tahun 2009 ini. Pastinya ia sebuah karya yang mendebarkan dan mencemaskan..

0 comments :