Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 19 Jun 2009

Konsert Malam Pesta Indonesia 3.... Persembahan Mantap 5 kumpulan gergasi Indonesia 7 jam tanpa henti!!!


80 PERATUS TIKET PESTA MALAM INDONESIA HABIS DIJUAL!.


Kehangatan Pesta Malam Indonesia yang bakal berlangsung esok, 20hb Jun 2009, di Stadium Bukit Jalil semakin dirasai apabila sudah 80 peratus tiket dari 10, 000 keping habis dijual menjelang Jumaat.

Kehebatan persembahan ini hanya boleh dirasai dengan membeli tiket berharga RM 63 seorang, sesuatu yang tidak boleh didapati di mana-mana. Tiket-tiket masih boleh didapati di pejabat tiket Axxess, Section 14, Petaling Jaya, 1 Utama juga Alamanda, Putrajaya. Selain itu, peminat boleh membeli tiket pada hari konsert di Stadium Bukit Jalil pada 20hb nanti.

Selain itu, setiap pembelian tiket akan disertakan dengan 'iTalk Mobile Dialer,; secara PERCUMA - satu kad yang memudahkan membuat panggilan antarabangsa dengan harga cukup rendah.

Acara akan berlangsung bermula jam 10 pagi sehingga lewat malam ini membariskan band-band dari seberang yang 'In' ketika ini seperti Gigi, Dewa 19, Padi, Sheila On 7 juga Andra & The Backbone.

Pesta Malam Indonesia kali ketiga dibawakan khas oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan dianjurkan oleh Fat Boy Records Sdn Bhd.


PERSEMBAHAN MANTAP PADI, GIGI, DEWA 19, SO7 DAN ANDRA & THE BACKBONE SELAMA TUJUH JAM TANPA HENTI.


Pesta Malam Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini (20 Jun) bakal mencipta sejarah tersendiri dengan menghimpunkan lima band terbaik Indonesia iaitu, Padi, Gigi, Dewa 19, SO7 dan Andra & The Backbone, khas buat peminat-peminat fanatik mereka di Malaysia.

Bukan itu sahaja, sejarah bakal dicatatkan apabila persembahan band-band itu akan berlangsung selama tujuh jam tanpa henti dengan menyampaikan lagu-lagu terbaik dan popular bagi menambahkan kehangatan malam itu.

Dengan persembahan bertenaga mereka juga kehadiran peminat-peminat yang dijangka menjangkau 10, 000 orang, Pesta Malam Indonesia bakal memberikan kepuasan juga satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, pesta ini juga memberikan pendedahan kepada peminat muzik di sini bagaimana karya terbaik dari Indonesia dihasilkan.

Dianjurkan oleh Fat Boy Records Sdn Bhd, Pesta Malam Indonesia bukan sekadar membawa band terbaik seberang, bahkan mengetengahkan dua band popular tanahair iaitu Aku dan Jinbara, untuk memberikan pendedahan terbaik kepada peminat mereka.

Keseronokan Pesta Malam Indonesia ini dibawakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama, sebagai satu cara untuk meluahkan rasa terima kasih kepada pelanggan-pelanggan mereka yang senantiasa menyokong TM.


** Ingin pas percuma menyaksikan konsert ini?. sertailah Kuiz yang dianjurkan amy ikram sekarang!!!.. dalam beberapa jam lagi akan ditutup..!!!**.

**sapa yang tak masuk rugi!!!**

0 comments :