Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Selasa, 9 Jun 2009

Mantera, filem Malaysia kerjasama Russia, lakonan Tomok dan Lisa Surihani.

Mendengar sahaja tajuk 'Man-tera', barangkali anda semua akan tertanya-tanya apakah filem ini akan berjaya mahupun sebaliknya. Dengan anggaran kos RM 7.0 juta ringgit, filem usahasama Flare Studios Sdn Bhd dan Spacetoon Russia bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menghasilkan 'Man-tera' sebuah filem yang mengisahkan bagaimana seorang manusia yang boleh bertukar menjadi sebuah motosikal. Filem yang menggunakan teknologi janaan imej CGI sepenuhnya ini di bintangi oleh Shah Indrawan Ismail ( Tomok ) dan Lisa Surihani sebagai pendukung utama, di samping Hairie Othman dan beberapa pelakon lain daripada Russia khususnya. Filem yang dijangka akan memulakan penggambarannya pada 23 Julai 2009 ini akan menggunakan 2 lokasi utama penggambaran iaitu Russia dan Kuala Lumpur. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Flare Studios Sdn Bhd, Miza Mohamad berkata pemilihan Tomok sebagai pelakon utama filem itu dianggap tepat dengan karakter yang dibawanya. Selain itu, penampilan pelakon tempatan seperti Lisa Surihani dan pelakon dari Russia juga satu keperluan yang perlu diusahakan. Di samping kolaborasi pelakon tempatan dan Russia, filem berkenaan juga diarah dua pengarah berbeza iaitu Mohd Aliar Ali Tutty dan seorang pengarah dari Rusia.

Kerjasama antara dua negara ini terjalin menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di Finas, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir, Naib Presiden Spacetoon Rusia, Andrey Chirkin. "Saya cuba hasilkan produk yang dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa dan yang penting, filem kita berpeluang menembusi pasaran negara lain. "Di Russia, ada 900 pawagam dan ini memberi kelebihan pada filem ini untuk ditonton ramai. "Watak Mantera merujuk pada maksud manusia jentera. Biarpun filem ini mungkin ada persamaan dengan Transformers atau Ironman, namun filem ini cuba menampilkan superhero yang mempunyai identiti sendiri. Buat masa ini, watak pelakon utama wanita belum dikenal pasti. "Ada kemungkinan pelakon kita akan dibawa ke Russia untuk sebahagian penggambaran di sana. Biarpun risiko besar untuk menghasilkan filem ini hingga ia dibawa untuk tayangan di luar negara, tetapi berdasarkan kajian yang dibuat sebelum ini, saya yakin filem ini mampu menarik perhatian. "Apa yang saya harapkan pelakon kita dapat menyerlah bakat sendiri dan filem ini mampu meraih sambutan positif penonton," katanya.

Ketika 'Man-tera' di pertontonkan secara visual melalui teknik CGI yang dikehendaki di dalam filem ini pada 4 Jun 2009 di Finas, ' walaupun pendek demonya, kita percaya filem ini bakal box-office dan akan menjadi satu sejarah yang paling berharga di dalam industri hiburan dan filem tempatan', kata salah seorang wakil persatuan perfileman yang ditemui selepas perasmian dan MOU filem Man-tera di Finas minggu lepas. Justeru, apa yang pasti Man-tera yang bakal menemui penonton di jangka awal 2010 ini adalah merupakan filem Malaysia yang bertaraf antarabangsa dan tentunya ini akan menggembirakan semua pihak yang terlibat.

Insya-allah... jika tidak sia-sialah bajet yang dikeluarkan...!

klik di bawah untuk mengetahui lebih lanjut filem Man-tera dan syarikat penerbitnya..
http://www.flarestudios.com/


**memang gempaq demo trailernya... x percaya nantikan kehadiran filem ini dipawagam Malaysia dan antarabangsa pada 2010**

0 comments :