Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 10 Jun 2009

Peta 2009 Aswara.. Tiada Publisiti Media?


* klik gambar untuk besarkan

'Tiada promosi dan tiada publisiti media!', itulah kata-kata segelintir rakan media apabila diberitahu mengenai PETA 2009 yang di adakan setiap tahun di ASWARA (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan). PETA 2009 merupakan satu plaftorm bagi mempromosikan dan mengetengahkan karya-karya para pelajar untuk diangkat ke peringkat sewajarnya. Ia merangkumi 5 fakulti daripada 5 Jabatan masing-masing iaitu ' Fakulti Muzik, Tari, Teater, Penulisan dan Fakulti Filem & Video'. PETA 2009 sebenarnya telah bermula pada 1 Jun hinggalah 17 Jun 2009 merupakan destinasi yang wajib bagi seseorang pelajar mempersembahkan karyanya untuk dikritik dan diulas bagi persediaan untuk berada di dalam Industri sebenar, terutamanya melibatkan komen dan kritikan beberapa juri professional samada dari dalam fakulti mahupun luar, yakni juri yang terlibat dalam Industri Hiburan dan Filem Tempatan. Terbaru, malam ini bertempat di Aswara, di tayangkan filem-filem pendek daripada para pelajar perfileman Aswara sebagai jurusan wajib, dan ia bermula pukul 8.30 malam serta mengalu-alukan kedatangan rakan media, blogger filem dan peminat industri. Untuk makluman anda, tayangan filem telah bermula semalam dan ia berakhir diulang tayang, malam ini menantikan kehadiran anda semua bagi memeriahkan acara sebagai tanda sokongan anda terhadap karya-karya baru khusunya para pelajar perfileman. Justeru, jangan lupa datang beramai-ramai malam ini untuk menyaksikan tayangan filem-filem pendek di Aswara. Masuk adalah percuma..

**teringat masa filem pendekku, 'comolot' di tayangkan masa PETA 2007 dan dikritik oleh juri-juri professional**
-kini giliran anda pula....-

0 comments :