Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Jumaat, 31 Julai 2009

Tribute Exclusive To Yasmin Ahmad... coming soon on 8 August 2009!!


Alhamdulillah......video ekslusif 'Tribute To Yasmin Ahmad' telah pun siap edit!! Thank's to my lovely editor, Dely yang bertungkus lumus bersama menyiapkan produk ekslusif ini yang akan ditayangkan pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 22, yang dipancarkan secara langsung dari Dewan UMS, Kota Kinabalu, Sabah menerusi stesen RTM. Kepada anda rakan blogger, pembaca setia dan peminat karya-karya Yasmin, jangan lupa untuk menantikan video ini pada malam Anugerah FFM 22, 8 Ogos 2009 di RTM. Untuk makluman anda, durasi video ini adalah cuma 1 minit 45 saat sahaja. Kiranya iklan la untuk mengimbas kenangan Allahyarham di dalam Industri Filem tempatan. Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad.. 'Pemergianmu bermakna kehilangan amat besar di dalam Industri Filem Tempatan'. Kami rindukan karya Yasmin...

MAJALAH 3 SIARKAN TRIBUTE TO YASMIN AHMAD SECARA EKSLUSIF
SABTU, 1 JULAI 2009, 9.00 MALAM

Petikan: Berita Harian

BAGI mengenang pengarah berbakat besar, Allahyarham Yasmin Ahmad yang pergi meninggalkan kita pada 25 Julai lalu, TV3 menerusi program Majalah Tiga akan menyingkap kembali pembabitan ketika hayatnya masih ada. Bertajuk Pewarisan Yasmin Ahmad, program selama sejam bermula 9 malam esok akan terus memahat namanya sebagai sebagai insan yang sangat kreatif dalam menghasilkan iklan televisyen yang cukup menggamit perasaan. Tidak dilupakan kredibiliti Allahyarham dalam menghasilkan deretan filem kontemporari seperti Talentime, Sepet dan Gubra. Menariknya, kru Majalah 3 turut berjumpa ahli keluarga Yasmin dan menyelami perasaan mereka terhadap kehilangan Allahyarham yang begitu rapat dengan ibunya, Enom Yon dan kakaknya Datin Orked Ahmad. Penggambaran juga dilakukan di pejabatnya, Leo Burnett dan mendekati beberapa rakan rapatnya di pejabat dan turut merakamkan kenangan di ruang biliknya yang dipenuhi pelbagai cenderamata dan anugerah yang diperolehnya. Tidak ketinggalan, temu bual juga membabitkan beberapa orang teman rapat dalam industri yang diceburi seperti Fatimah Abu Bakar, Othman Hafsham, Azean Irdawaty, Ahmad Puad Onah dan Datuk Seri Farid Ridzuan. Selain itu, Majalah Tiga berkesempatan menemuramah Datuk Seri Tony Fernandez, Pengurus Besar Kanan Bahagian Perundangan dan Korporat Petronas, Mohd Azhar Osman Khairuddin selaku wakil Petronas yang sering menggunakan khidmat Allahyarham untuk menghasilkan iklan sempena hari raya mahupun kemerdekaan.

Paparan Pewarisan Yasmin Ahmad mendekatkan penonton kepada seorang pembikin filem tanah air yang tulen kerana baginya filem atau iklan dilihat satu medium untuk berkongsi idea, cerita dan pengalaman tanpa mengira bangsa dan agama. Kejayaan Allahyarham dalam meneruskan legasi seninya sering bertimbal balik dalam keadaan sama ada disukai atau tidak. Lumrah hidup, kita tidak mampu memuaskan hati orang. Allahyarham juga tidak lepas daripada berdepan dengan kontroversi yang menjadi badi terutama dalam penghasilan filemnya. Pemergian Allahyarham ke rahmatullah kerana penyakit angin ahmar memberi impak tersendiri kepada industri dan juga penggemar karya seninya. Dia hadir hanya satu dalam sejuta, dipinjamkan seketika oleh Yang Maha Esa sebagai cahaya yang menerangi mereka yang dekat serta menghargai segala usaha dan perjuangannya. Tuhan lebih menyayanginya dan Allahyarham meninggalkan kita tanpa isyarat tertentu. Lalu jangan lupa temu janji anda untuk melekat di depan kaca TV3 jam 9 malam ini untuk sama-sama berkongsi perjalanan hidup Allahyarham yang pernah membuatkan kita menangis, tersenyum dan tercuit dengan sisi karyanya selama ini.

**Yasmin Ahmad sukar dicari ganti**

Khamis, 30 Julai 2009

'When She Crying... Exclusive Tribute To Yasmin Ahmad!!'

'Adibah Noor hampir menangis. Ya.. she is crying!!'. Itulah yang dapat digambarkan pada wajah penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Adibah Noor apabila membaca nukilan rasa (skrip) berkaitan Yasmin Ahmad yang ditulis oleh saya, semasa rakaman voice over atau suara latar yang telah dilakukan sebentar tadi (9.00 pm, 29 Julai 2009) di Mixstage Studio, Finas. Kedatangan Adibah Noor sememangnya diperlukan untuk pembikinan Tribute To Yasmin Ahmad, dimana saya menggunakan suara merdunya bagi mewujudkan suasana sedih untuk tatapan peminat dan pengikut beliau. Video secara ekslusif ini akan ditayangkan tidak lama lagi pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia, ke 22, 2009 , insya allah yang bakal berlangsung pada 8 Ogos 2009 dari Kota Kinabalu, Sabah. Kepada anda yang tidak berpeluang berada di Kota Kinabalu, Sabah pada Ogos nanti, siaran langsungnya akan dipancarkan terus ke rumah anda melalui siaran RTM.

Apabila bercakap mengenai Tribute To Yasmin Ahmad, bagi saya ia cukup istimewa kerana dialah 'satu dalam sejuta' terutamanya di dalam industri perfileman tempatan. Tidak terkecuali juga, Rangkaian Media Prima Berhad melalui TV3 menerusi program Majalah 3, akan menyiarkan satu slot khas 'Pewarisan Yasmin Ahmad' pada Sabtu ini, 1 Ogos 2009 pukul 9.00 malam. Kupasan Majalah 3 Sabtu ini akan menyajikan beberapa segmen menarik tentang Yasmin Ahmad secara ekslusif untuk tatapan anda. Nak tahu, apakah yang dipaparkan Sabtu ini, pastikan anda menonton Majalah 3 Episod Khas ini.

AL FATIHAH
ALLAHYARHAM YASMIN AHMAD
(1958-2009)

**To Kak Dibah... cayalah voice over tue.. mengancam abis, bisa membuatkan penonton menangis.. itupun belum masukkan visual lagi.. kalau dah masuk, confirm.. semua akan turut menangis... **

Rabu, 29 Julai 2009

'Cerita Seram Yang Mendebarkan, Cuma.......' Skrip 7707!!


Walaupun berjaya mengutip kutipan RM 1 juta dalam 3 hari tayangan, mampukah karya terbaru arahan Prof Razak Mohaideen ini, 'Skrip 7707' yang ditayangkan bermula pada 16 Julai 2009 dikategorikan sebagai filem seram antara 'terseram' di Malaysia?. Membariskan 10 cerita pendek dalam satu filem, Skrip 7707 adalah sebuah naskhah yang penuh dengan aksi yang mencemaskan dan mendebarkan apatah lagi ia disertai dengan bunyi Dolby Surround yang tentunya menaikkan bulu roma setiap penonton yang menonton filem ini. Apakah ia sebuah karya yang menarik dan perlu ditonton?. Fikirkanlah. Sekiranya anda tercari-cari sebuah cerita yang mampu mengejutkan anda pada setiap babak, anda perlu menonton filem ini, tetapi jika anda mencari naratif yang baik dan bukan klise, maka Skrip 7707 bukan citarasa anda. Mengapa?. Pergi sendiri menonton filem ini di pawagam berhampiran anda. Anda pasti tahu jawapannya.


Menarik atau Tidak Skrip 7707?

Jika ditanya pada saya, apakah Skrip 7707 adalah sebuah karya yang menarik untuk tontonan para pengkritik dan pelajar industri filem?. Jawapan saya pastinya TIDAK!!. Ini kerana, walaupun menampilkan 10 cerita yang pelbagai kisahnya, Skrip 7707 seolah-olah kekurangan idea kerana ia bercerita bermula dengan pengalaman masing-masing melalui setiap individu yang ditemuinya di sebuah tapak perkuburan Cina melalui watak seorang Produser Filem dan penulis skrip terkenal, Burn ( Norman KRU). Dalam kesempitan mencari skrip 'seram' paling 'hangat di pasaran', Burn bertemu dengan Zack, Jaja, Mak Jah, Nora dan sebagainya untuk bertukar cerita / idea setiap dari mereka untuk dijadikan bahan eksperimennya bagi membentuk sebuah lakon layar yang menarik. Namun pertemuannya adalah catatan seram yang sebenar berlaku dalam kehidupan di mana Burn bertemu sendiri dengan makhluk-makhluk yang bernama 'Hantu' atau 'Syaitan'. Apakah yang terjadi disebalik pertemuan itu?. Anda kena tonton sendiri jika mahu alami keseramannya melalui babak-babak yang mengejutkan bagi setiap 10 minit kisah pendeknya. Tetapi, pengakhiran atau ending time bagi filem ini, amat mengecewakan saya kerana kata teman saya yang bersama menonton filem ini adalah 'biaselah filem Prof Razak...macam tue je lah'. Anda nak tahu kenapa?. Tepuk dada Tanyalah selera..

Sinematografi : ****
Jalan Cerita : **
Lakonan : ***
Pengarahan : **
Keseluruhan : ***

Trailer Filem


rasa-rasa anda nak pergi tak tengok filem ini?.

Selasa, 28 Julai 2009

Isu Yasmin Ahmad: Datuk Marina Mahathir kecam Akhbar Kosmo!!!


Semalam, kecoh seketika apabila akhbar tabloid rasmi Kumpulan Utusan, 'Kosmo' menyiarkan berita mengenai Latar Belakang Yasmin Ahmad, dengan tujuan untuk mengaibkan keluarga beliau. Artikel tersebut telah mencetuskan polemik tersendiri di kalangan warga industri filem, sehinggakan mendapat perhatian Datuk Marina Mahathir. Jom kita selidiki apakah yang diperkatakan oleh Datuk Marina mengenai akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu..
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Marina kecam Kosmo! dedah sejarah peribadi Yasmin

Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli. Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan sikap media itu mencerita pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya. Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya. “Keluarganya rasa sangat kecewa,” kata Marina. “Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya. “Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. “Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?” Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya. “Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara? “Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?” kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini. Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, “yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia” - slogan yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3. Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya. Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes. Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang, Ahad 26 Julai 2009.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

**Saya pun tidak faham, kenapa wartawan kosmo itu berani mengeluarkan isu sebegini!. Apakah tujuan mereka?. Adakah untuk mencari kontroversi lagi bagi melariskan produknya?. Tak sensitif langsung!!.. **

'Industri Filem Malaysia akan hambar, tanpa Yasmin Ahmad!!'


Salam..

Selepas pulang dari menziarahi Allahyarham Yasmin Ahmad yang dikebumikan pada Ahad (26 Julai 2009) yang lepas di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya, sebak di hati saya menyaksikan seorang ikon dunia perfileman tempatan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tentunya ramai di antara kita akan merindukan karya-karya terbaru beliau terutamanya iklan-iklan tv terbitan Petronas apabila menjelang musim perayaan, tidak kira Aidil Fitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Portfolio pertama beliau ialah 'Rabun' berjaya meletakkan diri beliau sebagai pembikin filem yang mempunyai jatidirinya yang tersendiri. 'Sepet', 'Gubra', Mukhsin', 'Talentime' dan 'Muallaf' antara karya-karyanya yang berjaya membuatkan nama Yasmin Ahmad berada dipuncak dunia dengan jayanya. Namun, sekarang kita kehilangan seorang insan yang amat berharga dalam industri perfileman tempatan kerana 'tanpanya, industri filem tempatan akan hambar dengan karya-karya klise dari pengarah blokbuster yang hanya mengejar keuntungan bukan naratif cerita'. Ketika di temui semasa perkebumian Allahyarham Yasmin Ahmad, bapa kepada Yasmin Ahmad, Pak Atan atau Ahmad Hashim dengan nada sebak mengatakan bahawa 'beliau pergi.. habis semua projek-projeknya di Hong Kong, Japan, Singapore'. Tambah Muzaffar, abang kepada Yasmin, 'Malaysia akan hambar tanpa Yasmin'. Turut merasai kesedihan ialah, Mak Inom, ibu kandung kepada Yasmin Ahmad yang kesal dengan tindakan segelitir rakan media 'yang langsung tidak menghormati keadaan, dengan cerita-cerita yang mengaibkan!'. Paling terbaru, akhbar Kosmo telah mencetuskan kontroversi semalam dengan artikel berkaitan latar belakang Yasmin dan ia mendapat kritikan dan ulasan pedas daripada segelintir warga indutri, termasuk Datuk Marina Mahathir yang menyifatkan 'segelintir wartawan Kosmo dan Utusan' sebagai 'makhluk yang hina'.

apa yang menarik semasa perkebumian Yasmin Ahmad

  • Jenazah dikebumikan dan di hadiri oleh ramai penggiat industri filem tidak kira Melayu, India dan Cina. Bukan itu sahaja, kita dapat menyaksikan pelbagai kaum berkumpul di tanah perkuburan Yasmin Ahmad, seolah-olah tidak mahu melepaskan beliau pergi buat selama-lamanya. Maknanya, mesej perpaduan antara kaum sepertimana yang digambarkan di dalam filem-filem arahannya menjadi kenyataan.
  • Ramai yang berkumpul di Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19, Subang jaya bermula seawal 9.00 pagi hinggalah jenazah dibawa keluar pergi ke tanah perkuburan. Di sini kita dapat saksikan betapa indahnya perpaduan kaum. Kata Pak Atan 'macam solat jumaat, ramai yang datang'. Mak Inom dan Pak Atan mengucapkan ribuan terima kasih pada yang datang, dan maafkanlah kesalahan Yasmin kepada mereka yang mengenalinya'.
  • Kemesraan Pak Atan dan Mak Inom (bapa dan ibu Yasmin Ahmad), dapat dilihat apabila mereka bersama dan sempat memanggil 'Ling!!, sayang'.. itulah gambaran realiti dalam filem-filem arahan Yasmin, bermula dengan Rabun, Sepet, Gubra dan Mukhsin. Kemesraan Mak Inom dan Atan adalah sebagaimana kisah Rabun yang diarahkan Yasmin adalah berkisarkan kisah familinya
  • Keluarga Yasmin akan mengadakan Tahlil untuk Allahyarham Yasmin Ahmad di kediaman Yasmin, yang terletak di SS22 Subang Jaya.
  • Semua berdoa agar Yasmin diampunkan dosanya oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
p/s: Mengenali Yasmin membuatkan saya berasa amat bersyukur kerana beliau seorang yang tidak pernah lupa siapa dirinya, agamanya dan solat apabila beliau pergi ke mana-mana. Al -Fatihah buat Yasmin Ahmad... Seorang insan seni yang sukar di cari gantinya....

**Filem Talentime akan ditayangkan pada umum secara percuma pada 6 Ogos 2009, pukul 12.00 pm di GSC 1 Borneo, Sabah sempena Festival Filem Malaysia ke 22, 2009 yang akan di adakan di Kota Kinbalu, Sabah. Semoga Talentime berjaya..!**

AL FATIHAH
YASMIN AHMAD
(1958 - 2009 )

Isnin, 27 Julai 2009

'Kasih Setulus Rasa'... Puisi Ekslusif buat Yasmin Ahmad


Kasih Setulus Rasa....
Buat Yasmin Ahmad Dalam Kenangan
(1958-2009)
---------------------------------------------------------

Setiap detik dan waktu
namamu mekar seindah mawar pagi
di hiasi dedaunan hijau tumbuh mekar mewangi
keiltizamanmu menongkah arus perubahan tanpa henti
setiap tangisan pergi berlalu tanpa sengketa
warna-warna alam sungguh ceria
menantikan kehadiran insan teristimewa

Kala hujan gerimis di awan lalu
berdirinya kasih sejuta alam
menyaksikan kejayaan demi kejayaan mewarnai
hati yang luka sembuh lara
menantikan permata jatuh bersinar
hanyalah impian sekadar ingatan
gugurnya jiwa dipersada

Hembusan angin cukup terasa
mendayu dingin di senja hari
namun....
kepasrahan hati hanyalah menerima
sekadar tersenyum gembira dalam tangisan
hanyalah kasih di bawa pergi

Setiap ketika namamu diingatan
seperti haruman bunga kasturi
mekar tiada tandingan
kini rebah, layu, di pusara kasih
hanyalah rindu tersemat di hati

Walau impian segenap rasa
dalam dua jiwa satu hati
kaulah satu dalam sejuta
tiada tandingan sebaik nama

Yasmin Ahmad...
Kaulah Permata...
Akan di kenang.....
diabadikan hingga ke akhir hayat....

Al-Fatihah..
Allahyarham Yasmin Ahmad (1958-2009) dalam kenangan.

----------------------------------------------------------------------------
Nukilan rasa
Amy Ikram Ismail
27 Julai 2009

Ahad, 26 Julai 2009

Al Fatihah buat Yasmin Ahmad!!!


Assalamualaikum...

Berita yang mungkin mengejutkan kita khususnya buat semua warga filem, rakan media dan peminat semua adalah pengarah filem kesayangan ramai, Yasmin Ahmad telahpun pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya sebentar tadi pukul 11.25 malam( berita ini di update pada pukul 1.21 pagi, Ahad 26 Julai 2009). Satu kehilangan yang amat besar buat industri filem kerana bakat kreativiti beliau tiada tandingannya. Al-Fatihah... semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..

**Yasmin Ahmad.. memory forever in film industry**
Jenazah akan dikebumikan pagi ini, di Masjid Subang Jaya SS16.

Jumaat, 24 Julai 2009

DOA to Yasmin!!

Berita mengenai kemasukkan pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad ke Hospital Specialist Damansara semalam, telah mengejutkan ramai penggiat industri hiburan dan perfileman tempatan, termasuk rakan artist, peminat dan rakan media. Yasmin Ahmad, 51 dilaporkan masih stabil dan kini di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Specialist Hospital Damansara, selepas menjalani pembedahan di kepala akibat strok. Menurut Dr.Zakaria Zahri, Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara berkata, “Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapat pendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya dan keadaannya masih stabil". Namun begitu, selepas tersiarnya berita mengenai kemalangan mengejutkan itu, heboh seketika dunia internet apabila berita palsu mengenai Yasmin Ahmad telah meninggal dunia tersebar luas. Menurut salah seorang ahli keluarga Yasmin yang ditemui di hospital tersebut meminta agar spekulasi negatif mengenai Yasmin dihentikan seketika bagi menghormati keluarga Yasmin. Hari ini, dikhabarkan bahawa 'keluarga Yasmin tidak mahu rakan media menganggu situasi Yasmin di hospital'. Oleh itu, kita perlu menghormatinya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Yasmin Ahmad bakal mengarahkan sebuah projek yang melibatkan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza. Perbincangan semalam di TV3 bersama Media Prima dan Siti Nurhaliza adalah berkaitan perkara tersebut, dan sehingga kini projek itu ditangguhkan sementara menunggu Yasmin Ahmad pulih seperti sediakala. Justeru, semua warga filem mendoakan agar Yasmin Ahmad cepat sembuh kerana kita semua tidak mahu kehilangannya kerana Yasmin Ahmad adalah permata industri yang tiada pegantinya. Wallahuallam.


**Doakan agar Yasmin Ahmad cepat sembuh, dan saya masih menantikan berita terbaru mengenainya, Insyallah**

Khamis, 23 Julai 2009

'Ayuh Kawan'.. Video Muzik Terhebat Mamat Khalid!!

Filem 'Estet' arahan sutradara profilik, Mamat Khalid akan menemui penonton Malaysia secara rasmi pada 2010. Berbekalkan sebuah cerita yang menggabungkan pelbagai kaum dalam satu filem, Estet dikatakan pencabar kepada sinema tempatan kerana ia diwar-warkan filem terbaik berwajah Malaysia yang menggunakan gabungan bahasa Melayu dan Tamil sebagai bahasa pengantara. Kerancakkan Estet yang diterbitkan oleh Naga VXS Sdn.Bhd ini semakin dirasai apabila baru sahaja selesai menjalani penggambaran muzik videonya 'Ayuh Kawan' dan 'Cahaya Kemenangan', bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Keunikkan muzik video 'Ayuh Kawan' ialah ia dinyanyikan oleh penyanyi rock popular tanah air, Awie dan Siva dalam kombinasi 2 bahasa iaitu Tamil-Malay bagi mewujudkan suasana muzik Malaysia yang pelbagai rentak. Manakala Farid Kamil, Jasmine Michael dan Shashi Tharan pula dipilih membintangi video muzik berkenaan. Paling istimewa mengenai Video Muzik ini ialah ia akan disiarkan di MTV Asia bagi tujuan promosi dalam memperkenalkan Estet kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Justeru, nantikan Estet di pawagam Malaysia akan datang 2010..

**Estet, apakah ia sebuah filem malay-tamil yang mampu menarik perhatian penonton tempatan?. Nantikan kehangatan Estet Mamat Khalid yang menggemparkan ini. Cayalah!!!**

Rabu, 22 Julai 2009

'Penari Lelaki Tak Berbaju di Istana Budaya.. pun nak kecoh!?'


Tergelak besar saya apabila terbaca artikel semalam di dalam Harian Metro mengenai 'Penari Lelaki tak berbaju' di Istana Budaya semasa'Konsert The Merchants Of Bollywood' telah mencetuskan ketidakpuasan hati segelintir rakan media semasa konsert itu berlangsung. Ada jugak yang mengaitkan Istana Budaya sebagai pusat kebudayaan milik kerajaan itu apatah lagi ia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dikatakan membiarkan pementasan sekumpulan penari lelaki tak berbaju yang menampilkan susuk tubuh yang menggoda. Menurut penjelasan ekslusif Ketua Pengarah IB, Juhari Shaarani berkata,'pementasan yang melibatkan golongan penari lelaki tak berbaju itu bukan bertujuan sebagai elemen seksual tetapi itulah budaya masyarakat India dalam sesebuah persembahan tarian samada klasikal ataupun tradisional. Meskipun dia menari tanpa baju, tetapi bukan dalam keadaan mengghairahkan dan kurang adab sopan, tetapi dipersembahkan dalam tarian tradisional India.'. Tambah beliau '"Sebelum meluluskan muzikal tari ini, IB terlebih dulu menonton rakaman persembahan di beberapa negara lain dan kami dapati penari lelaki menari tanpa baju bukan untuk tujuan tarikan seksual, tetapi budaya mereka begitu. "Tetapi kita akan berasa janggal apabila artis tempatan buka baju kerana ia bukan budaya kita. Itu bezanya budaya orang Melayu dengan bangsa lain dan kita perlu memahami budaya mereka dengan jelas. Dalam perkara ini IB tidak pilih kasih," katanya. Kata Juhari, penonton juga mungkin tertipu melihat penari wanita yang terdedah sebahagian tubuh mereka terutama pada bahagian perut. "Sebenarnya mereka mengenakan 'body sut' menutupi dari paras leher sehingga ke lutut. Ia menjadi trend di Bollywood sekarang yang turut pakai 'body sut' ketika beraksi dalam penggambaran filem di sana. "Bagaimanapun, dengan pengggunaan teknologi moden dan penataan lampu di pentas, kita sangkakan mereka tidak mengenakan sebarang kostum untuk menutup tubuh. "Saya rasa peminat filem Hindi sangat memahami kaedah yang digunakan dalam produksi di sana dan segala elemen ditonjolkan dalam tarian melambangkan budaya mereka. Apa yang dipaparkan dalam pementasan ini tidak jauh bezanya apabila kita menonton filem Hindi cuma yang ini kita menyaksikannya secara langsung.

Daripada penjelasan itu, terbuktilah bahawa ketidakpuasan hati segelintir pihak adalah cetusan rasa untuk menimbulkan kontroversi, padahal ia bukannya persembahan lucah yang menggersangkan. Jika diperhatikan di dalam mana-mana acara kesenian samada persembahan pelbagai kaum 'terdapat jugak golongan lelaki yang mementaskan beberapa acara tanpa baju dan ada ketika mereka bercawat, dan ini menampakkan sesuatu cara hidup sesebuah masyarakat yang perlu difahami!'. Justeru, sebelum kita menyaksikan sesebuah persembahan tentang 'budaya sesebuah kaum', kita jangan bandingkan budaya kita dengan budaya bangsa lain, kerana ia berbeza, asalkan mereka tidak berbogel'.
**Bayangkan, seandainya konsert di IB macam ni.. ayoo!!**

Selasa, 21 Julai 2009

'Estet dan Muallaf tidak tercalon di Festival Filem Malaysia 22, 2009?'


Festival Filem Malaysia ke 22, 2009 yang akan di adakan mulai 5 hingga 9 Ogos 2009 di Kota Kinabalu, Sabah, menyaksikan sebanyak 21 buah filem menyertainya. Daripada penyertaan yang masuk, hanya dua buah filem tempatan yang menarik diri daripada penyertaan FFM 22 ini. Antaranya ialah filem ESTET (Mamat Khalid) dan Muallaf (Yasmin Ahmad). Apakah kebenaran isu ini?. Mungkinkah kedua-dua filem tersebut tidak bersedia untuk menyertai FFM 22 ini?. Barangkali tuan punya director kepada kedua-dua buah filem ini boleh menjawab persoalan ini. Menurut satu sumber, ESTET telah dihantar menyertai FFM 22, tetapi ditarik balik kerana tidak bersedia bertanding ( masih belum siap) . Bahkan MUALLAF pula ditarik tayangan di pawagam dan berpindah ke tahun 2010. Namun begitu, jika dilihat kedua-dua buah filem tersebut, ESTET dan MUALLAF mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Apakah keistimewaan itu?. Sama-samalah kita fikir la ye..


**Kalau ESTET masuk bertanding di FFM 22, tentulah akan menang Filem Terbaik kerana ESTET memaparkan wajah Satu Malaysia.. tak gitu?!**

Isnin, 20 Julai 2009

Semua watak 'Pondan', 'Gay' dan 'Mat Rempit', tidak dibenarkan di dalam Penerbitan Filem & Drama?


Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia mengenai 'semua watak samada pondan, gay atau mat rempit', tidak dibenarkan dipertontonkan dikhalayak ramai terutamanya dalam medium filem mahupun drama. Watak-watak tersebut dikatakan cuba mempengaruhi masyarakat supaya mengikutinya. Jadi bermakna, selepas ini kita pembikin filem akan menghasilkan filem yang hipokrit demi kemajuan bangsa dengan melupakan realiti, walhal realiti itulah yang mengambarkan kehancuran bangsa dan budaya untuk dijadikan pengajaran bukannya ikutan. Jika diperhatikan di dalam kelompok sosial sesebuah masyarakat, kerosakan akhlak remaja seringkali dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif, bukan sahaja pada siaran sesebuah tv mahupun filem, bahkan juga beberapa medium lain perlu diketengahkan. Ini meliputi rangkaian internet, bahan bacaan dan sebagainya juga turut menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Apabila berbicara mengenai watak 'pondan, gay atau mat rempit' yang diharamkan dalam sesebuah filem atau drama daripada disiarkan, ini bermakna sesebuah filem perlu mencari konflik yang lain, barangkali lebih klise agar wadah dunia perfileman kita akan dilihat sebagai satu industri yang tidak boleh memperbagaikan watak dan karektor walaupun teknologi 3D mahupun CGI mengatasinya. Justeru, kepada pembikin filem mungkin ada pendapat yang tersendiri dalam isu ini. Jom kita lihat apakah yang ditulis oleh Meor Shariman di dalam NST mengenai isu ini...


Mat Rempit and Drag Queens OUT in FILM!!

By Meor Shariman

KUALA LUMPUR: Mat Rempit and transvestites will soon be missing from Malaysian movies and television. A new ruling by the Information, Communications and Culture Ministry two months ago bans local filmmakers from showing Mat Rempit and men in women’s clothes in their productions. The directive follows a letter from Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan to the Home Ministry to ban the term "Mat Rempit” in film and TV productions, and to ban scenes showing illegal racing and activities involving Mat Rempit. Sources said it was one of the government’s ways to fight immoral activities linked to both groups. It is a fact that each time a movie about Mat Rempit is shown in the cinemas, police have to be on high alert. The most recent example was the box-office hit Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. The same week the Skop Productions’ film hit cinemas, police had to double operations against illegal racing in major cities. The media had a field day reporting Mat Rempit high jinks throughout the period the movie was screened. It was the same when KL Menjerit Episod 1 and Remp-It were screened in 2005 and 2006.

The new rule will affect two high-profile films — Remp-It V3 and Anu Dalam Botol. Remp-It V3, by Metrowealth Movies Production, is completed and is waiting for the okay from the Censor ship Board. But with the new rules, will this film ever see the light of day? It will not be a problem to drop the word Remp-It from its title but to snip all scenes that show Mat Rempit? That will be impossible because the movie, as the title suggests, is about the life of Mat Rempit. The controversial Anu Dalam Botol is a film about a gay couple — Brokeback Mountain Malaysian style.The story revolves around a man who went for a sex operation to show his undying love for his lover. Produced by Raja Azmi Raja Sulaiman, the film is expected to begin filming by the end of year. Films featuring illegal racing do well at the box office. KL Menjerit and its sequel, KL Menjerit Episod 1, Remp-It and Bohsia are three movies that focus on the life of Mat Rempit and did well at the box off ice.

Many Malaysian films have at least one scene on Mat Rempit and a man dressed in women’s clothes (not necessarily a transvestite). Hit films that featured a scene or two of Mat Rempit and men in drag are Sifu & Tongga, Jangan Pandang Belakang Congkak and Senario The Movie Episod 1. How will this new rule affect the booming local movie industry? Only the filmmakers have the answer.


Ahad, 19 Julai 2009

Salam Takziah buat Allahyarham Aniff Ghani...


Editor popular Media Hiburan, Aniff Ghani telah kembali ke rahmatullah pada pagi 18 Julai 2009. Menurut satu sumber yang dipetik dari laman seorang artis popular (http://amyzaaznan.blogspot.com) ini mengatakan bahawa Aniff terlantar sakit akibat terkena santau yang dilakukan oleh seorang artis yang tidak kurang popularnya. Siapakah artis tersebut yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu?. Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham Aniff Ghani tenteram dan dicucuri rahmat. Dan kepada artis tersebut, bawalah bertaubat ye, kerana kita hidup di muka bumi ini bukannya kekal abadi. Semua itu hanyalah sementara. Namun begitu, punca kematiannya belum dapat dipastikan lagi.


Al-Fatihah buat Aniff Ghani... Amin.

Sabtu, 18 Julai 2009

Kenapa Blog tentang 'LELAKI' dijadikan isu penulis popular?

Beberapa hari lepas, kecoh seketika dunia blog terutamanya blog yang memfokuskan kepada catatan peribadi tentang 'golongan lelaki' yang kandungannya lebih sensitif apatah lagi ia memaparkan beberapa gambar 'lelaki' yang rata-ratanya boleh dikategorikan sebagai 'lelaki gay' atau 'homoseksual', beraksi lucah tanpa sejalur benang menutupinya. Isu kandungan blog tersebut dikupas secara drastik oleh sebuah laman blog yang dikendalikan oleh seorang hos sebuah rancangan TV3 yang agak popular, sehinggakan menjadi isu yang agak panas dan sensasi. Daripada isu tersebut, saya dimaklumkan bahawa terdapat 2 blog tentang 'lelaki' yang agak panas dan salah seorang penulis blog itu menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan, tatkala blognya dikecam sebagai blog lucah oleh hos tersebut. Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda pembaca setia blog ini bahawa 'sekiranya seseorang pelayar internet itu adalah gay, dia akan melayari setiap hari blog tersebut dan mencetuskan kontroversi atas blog yang dibacanya, barangkali gambarnya telah tersiar (atas kesilapan yang dilakukan, iaitu berbogel di internet, dan apabila tersiar gambarnya mulalah meradang atau naik angin). Ataupun 'dia bimbangkan sekiranya ini boleh merosakkan pemikiran pembaca dan mengaibkan seseorang!'.Namun begitu, setiap apa yang kita tulis dan paparkan di dalam sesebuah blog adalah menjadi tanggung jawab kita sepenuhnya, dan setiap blogger mesti faham perkara ini kerana ia termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Walaubagaimanapun,tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.

Berbalik kepada dua blog tersebut (yang dikontroversikan oleh penulis blog popular), persoalan yang seringkali bermain difikiran saya adalah 'kenapa dan mengapa seseorang itu cuba menghangatkan keadaan?. Apakah dengan mencari perhatian dan isu supaya rating rancangan menjadi tinggi?. Sekiranya seseorang itu lelaki tulen, dia akan melayari laman lain iaitu lebih kepada laman gambar-gambar wanita dan gadis seksi. Apabila cuba menimbulkan isu tentang blog lelaki, seolah-olah dia cuba hipokrit itulah yang sebenarnya berlaku di negara kita yang kata sesetengahnya 'kaya dengan budi bahasa' , tetapi terbalik 'kerana kita kaya dengan aksi-aksi yang melampau'. Merujuk kepada salah satu blog lelaki 'yang menjadi perhatian hos itu' , saya juga melihat blog itu kerana ia lebih kepada kritikan sosial tentang dunia lelaki, merangkumi persekitaran, pergaulan, dan cara kehidupan. Bukan kepada aksi lucah sepertimana yang dicetuskan oleh blog hos popular itu. Namun, apa yang harus diingat oleh pemilik kedua blog lelaki itu adalah 'jangan mengalah sekiranya apa yang anda tuliskan itu adalah kisah benar, tetapi kaburkan wajah yang difokuskan dalam penulisan anda menerusi lelaki yang anda tulis itu, agar blog anda tidak akan dikecam blog lucah'. Ataupun 'link aje blog anda sebagai blog 'private' yang hanya boleh diakses oleh ahli anda sahaja'. kan senang!!.

Justeru, sebagai penulis di bumi Malaysia, kita perlu akur kerana 'kita berada dikalangan manusia yang pelbagai ragam' dan tidak semua apa yang kita paparkan menjadi minat pembaca atau pengikut setia. Oleh itu, sekiranya kita seorang 'lelaki' dan bukan 'lelaki dua nafsu', maka kita tidak akan menjadikan isu ini berulang kali kerana ia memalukan diri sendiri, orang lain dan semua yang mengikutinya.. Apa kata kita bincang topik lain yang lebih educated dan mencabar, bukannya isu yang agak klise di mata Malaysia..

**Ingat.. bukan ada 2 sahaja blog yang perlu difokuskan. Bagaimana pula dengan blog seperti manjam, myspace, facebook dan sebagainya yang juga di katakan medan mencari partner seks!!. ada lagi yang lebih teruk daripada itu!!.**

walllahuallam..

Jumaat, 17 Julai 2009

Debaran Shout! Awards 2009 malam ini...!!

Dipancarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur 8.30 malam menerusi 8TV, Anugerah yang cukup berprestij yang akan mengiktiraf ramai karyawan muda dan berprofessional, Shout! Awards 2009 akan di adakan malam ini, 17 Julai 2009. Anugerah yang akan membariskan ramai selebriti tempatan dan antarabangsa ini antaranya Sean Kingston, Datuk Siti Nurhaliza, Maya Karin, Nikki, Bunkface dan ramai lagi ini merupakan platform terbaik bagi industri hiburan dan perfileman tempatan. Bakal memberikan dimensi baru dalam dunia penerbitan muzik dan penganjuran malam anugerah setaraf Hollywood, Shout! Awards 2009 menjanjikan persembahan yang cukup memukau khalayak apatah lagi menampilkan Sean Kingston yang popular dengan lagu Beautiful Girls sebagai artis jemputan. Menurut Sunil Kumar, Penerbit Eksekutif Shout! Awards 2009, ' Anugerah buat julung kali ini yang dianjurkan 8TV akan menampilkan format yang berbeza dan lebih kreatif berbanding dengan Anugerah sedia ada yang pernah dianjurkan sebelum ini. Kita memberikan fokus kepada aspek dan mutu siaran kerana pelbagai elemen yang baru dan lebih segar akan dimuatkan semasa acara ini berlangsung dan kita mengharapkan agar penonton terpaku dengan setiap persembahan dan acara yang di adakan'. Shout! Awards 2009 ini bukan sahaja mengiktiraf dunia muzik amnya, tetapi ia memberikan fokus kepada semua cabang bidang hiburan termasuk Radio, Filem dan Drama. Mempertaruhkan 15 kategori pencalonan, antaranya:- (sebenarnya mencari yang terbaik antara kelima pencalonan yang telah dipilih) ** sila lihat artikel Amy Ikram sebelum ini tentang Shout Awards 2009, edisi Artikel Jun 2009.**

MUSIC
Rockstar Award (Rock Awards)
Popstar Award (Pop Awards)
Power Vocal Award (Powerful Vocals Awards)
Flava Award (Hip Hop / R&B Awards)
Break Out Award (Best New Act)

TV + FILM
Best On Screen Chemistry (1 pair)
Fresh TV Series Award (New TV Series including Dramas and / or Sitcoms)
Breakthrough Film Award
Favorite TV Program (Non Drama)
Favorite TV Host

RADIO
Coolest Radio Announcer
Favorite Radio Show

THE WORKS
Stylo Award (Most Stylish Awards)
Hot Chick Award
Hot Guy Award


Tambah menarik, program yang diacarakan Marion Caunter, Jien dan Sarah turut menampilkan selebriti popular sebagai penyampai anugerah seperti Juliana Evans, peragawati Deborah Henry, Paul Moss, Fazura, Alif Satar, pengarah tersohor Yasmin Ahmad, Smek (DJ XFM), Vanessa dan Pamela Chong (adik dan kakak Vincence Chong serta peserta The Amazing Race Asia 2).

Tentunya, malam ini adalah kemuncak yang dinanti-nantikan ramai karyawan seni atas anugerah dan siapakah yang bakal memenanginya. Kita tunggu dan lihat sajalah ye... Ayuh... meriahkan sama-sama Shout! Awards 2009. Dimensi baru Dunia Muzik Anda..

http://www.shoutawards.com.my/

updated pada 17 July 2009.. copyright controlled 2009 by amy ikram ismail.

Khamis, 16 Julai 2009

Filem Hormones: 'Hormon Cinta atau Hormon Seks?',

'sebuah kisah remaja yang agak simple, enjoy dan menghiburkan!', itulah yang boleh digambarkan menerusi Hormones sebuah kisah cinta dunia remaja yang diarahkan oleh Songyos Sugmakanan. Filem yang diterbitkan pada tahun 2008 ini, kini sedang rancak ditayangkan di saluran 953 Astro Box Office Movies. Di barisi oleh beberapa pelakon muda Thailand, antaranya Charlie Trairat (Pu), Sirachuch Chienthaworn (Mai), Chutima Teepanat (cee) dan ramai lagi boleh dikatakan sebuah kisah cinta yang sebenarnya berlaku di alam persekolahan anak-anak muda tidak kira di mana jua mereka berada (bukan di Thailand sahaja). Keinginan seksual serta rasa mahu disayangi antara lelaki dan perempuan adalah lumrah alam yang wajib diakui oleh semua manusia apabila mereka berada di dalam kelompok remaja ini samada pernah melaluinya ataupun tidak. Plot dan naratif di dalam Hormones lebih memfokuskan kepada dunia remaja yang merangkumi nilai dan erti sebuah persahabatan samada persahabatan memulakan rasa cinta mahupun memusnahkan rasa yang dimiliki atas sebab percampuran atau perebutan kehendak hati dan naluri. Di ambil daripada format cerita British romantic comedy Love Actually by Richard Curtis, Hormones sebenarnya memberikan paparan terbuka dunia remaja sekitarnya dengan lebih berkehendakkan jatidiri Asia dalam dunia remaja anak-anak muda di Kota Thailand. Filem yang berdurasi 110 minit ini boleh dianggap sebuah filem romantik drama tentang 'kelompok remaja' yang mewakili beberapa pasangan antaranya ' Pu dan Mai yang bersahabat tetapi menyintai gadis yang sama, Nana. Mereka berlumba-lumba memikat hati dan perasaan gadis tersebut, lantaran terjadi satu konflik yang menyakitkan antara ketiga-tiganya. Kisah kedua pula mengenai Jo yang amat meminati seorang gadis popular di sekolahnya Cee, sehinggakan lamaran cintanya ditolak gadis tersebut, barangkali Jo bukan lelaki idaman Cee. Kisah ketiga pula mengenai Oh Lek yang amat meminati seorang penyanyi Taiwan yang kacak, Lu Ting Wei, sehingga membuatkan Oh Lek begitu taksub akan filem-filem dan nyanyian Lu Ting Wei, apatah lagi patung penyanyi tersebut di semadikan di dalam biliknya. Ia berakhir apabila impian dan keinginan bertemu dengan penyanyi lelaki idamannya menjadi kenyataan apabila Lu Ting Wei bertemu Oh Lek dengan tidak sengaja di sebuah restoran yang dikunjungi Oh Lek bersama keluarganya. Apakah yang terjadi seterusnya?. Adakah mereka akan berkucupan mesra?. Anda kena tonton sendiri filem ini ye. Kisah keempat pula mengenai Hern seorang jejaka yang agak 'horny', sudah mempunyai kekasih hati seorang DJ popular, Nuan tetapi curang dengan gadis Jepun yang agak seksi, Aoi sehingga membawa mereka ke satu percutian seks di sebuah pantai yang sungguh mendamaikan.

Hormones bukan sebuah filem pendek yang mempunyai pelbagai kisah di dalamnya, tetapi 4 kisah yang terkandung di dalam Hormones adalah bersangkut paut antara kesemuanya kerana ia dihubungkan melalui struktur cerita yang pelbagai, tetapi memiliki satu plot iaitu 'remaja dan hormon'. Apakah hormon yang terkandung di dalam Hormones ini boleh dianggap keterlaluan atau sekadar realiti anak-anak muda di Kota Thailand?. Bagaimanakah kesemua watak-watak ini memaparkan jurang kisah yang berbeza tetapi mempunyai impian yang sama iaitu 'Cinta dan Seks'?. Apakah yang terjadi seterusnya? Anda kenalah menonton Hormones yang tentunya mewarnai kehidupan anda sekeluarga di saluran 953 Astro Box Office sekarang!!!.



updated pada 16 July 2009.. copyright controlled 2009 by amy ikram ismail.

Rabu, 15 Julai 2009

'Setem... wajib di tonton 30 Julai 2009!!'

Mendengar saja tajuk 'Setem' barangkali anda akan tertanya-tanya apakah ia sebuah karya yang perlu ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada peminat dan pengkritik filem tempatan?.Jawapan saya YA!. Kenapa?. Ini adalah kerana sebab Setem diarahkan oleh Khabir Bhatia dan ia sebuah karya yang cukup nilai dan sifatnya serta memiliki naratif cerita yang agak menarik sehinggakan perjalanan filem yang berdurasi 110 minit ini tidak dijangkakan sudah berakhir tanpa disedari.

'Setem' sebuah karya yang tidak mengecewakan ini memaparkan pelbagai kisah yang berlaku dalam masyarakat Malaysia iaitu 'tamak, cemburu, penipu, gengsterisme' dan sebagainya ini di wakili oleh 5 kumpulan manusia yang terdiri daripada Geng Anak Yatim (Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Datuk Aziz Sattar), Geng Piranha (Chew Kin Wah, Bront Palare, Adam Corrie Lee), Geng Tosai (Indi Nadarajah, Sathia), Geng Bakso (Harun Salim Bachik, Isma Yusoof), dan Geng Teraniaya (Vanidah Imran, Que Haidar). Kelima-lima kumpulan ini mempunyai kisah hidup masing-masing iaitu untuk memburu satu impian (kecuali Kumpulan Teraniaya) untuk menjadi kaya dengan bersumberkan 'Setem' yang bernilai USD 4 juta sebagai buruannya. Plot di dalam Setem boleh di katakan memiliki struktur naratif yang agak tersusun iaitu permulaan ( semasa Setem dilancarkan oleh Charles Barring dan diumumkan antara setem yang berharga, bersejarah dan akan dipamerkan di Muzium Melaka, sehingga menjadi idaman Joe dan Sid untuk mencurinya). Ini bukan terhenti begitu sahaja, tetapi ia juga menjadi sasaran utama beberapa manusia seperti Mani, Vellu, Marcello, Lim Piranha dan Pak Ramli. Ke-empat-empat kumpulan ini dipertemukan sehingga terjadi beberapa babak yang cukup mengujakan, mencabar dan menakutkan. Mereka merancang pelbagai strategi untuk merompak 'Setem' yang akan dibawa keluar dari sebuah bangunan yang dihuni oleh Charles Barring oleh sebuah van keselamatan. Di sebalik itu Vellu (security dalam van) juga merancang untuk melarikan setem tersebut bersama Mani, bekas banduan yang baru keluar dari penjara Pudu. Ini di katakan struktur pertengahan dalam 3 act di mana ia bermulanya sebuah kisah yang mengandungi pelbagai kejadian yang cukup mengujakan dan di dalamnya memiliki pelbagai aksi yang tentunya membuat anda terkesima di dalam pawagam. Kemuncak merupakan ending yang seringkali di nantikan di dalam sesebuah filem samada ia memberikan happy ending mahupun sad ending atau dramatik scene. Ia merupakan struktur yang terakhir dalam pembinaan 3 act dalam sesebuah filem. Kemuncak filem ini memberikan satu kejutan yang cukup menggemparkan sehingga filem Setem boleh dikatakan sebuah filem aksi yang cukup mendebarkan serta perlu ditonton mulai 30 Julai 2009 di pawagam, sekiranya anda mahu menyaksikan apakah yang akan terjadi pada setem dan kelima-lima kumpulan tersebut!.

Point utama yang menjadikan filem arahan Khabir Bhatia kali ini cukup unik dan perlu ditonton adalah pada plot 'setem' yang dikembangkan secara menarik, tanpa gangguan visual yang tidak penting sepertimana filem-filem komersial yang lain, yang agak klise sifatnya. Walaupun 'setem' dikatakan sama seperti filem Los & Faun arahan Afdlin Shauki yang mengkaji kehilangan sebuah jam tetapi sangkaan itu perlu dibuang jauh kerana setem menghidangkan elemen naratif yang agak kuat pada plot 'setem' dan beberapa watak yang cukup menjadi dan berjaya dihidupkan. Perbezaan ketara antara Setem dengan filem lain (walaupun diterbitkan oleh Tayangan Unggul), adalah pada kekuatan sinematografinya. Perhatikan sahaja setiap sudut visual di dalam filem ini, ia merakamkan catatan peristiwa yang berlaku dengan bantuan camera work, lighting, shot dan beberapa elemen lain cukup boleh dibanggakan dan ia merupakan sebuah filem tempatan yang memiliki rencahnya yang pelbagai dan tidak mengecewakan sekiranya ditonton di layar lebar berulang kali.

Justeru, Setem wajib ditonton mulai 30 Julai 2009 di pawagam kerana ia menghidangkan pelbagai elemen yang anda cari selama ini dalam sebuah filem tempatan, selepas revolusi filem melayu yang dilakukan oleh Yasmin Ahmad di dalam karya-karya arahannya, walaupun ia tidak sekuat beliau. Namun, tentunya ini tidak akan mengecewakan sekiranya anda pergi menonton filem ini akan datang di pawagam seluruh Malaysia.


Trailer Setem
Arahan Khabir Bhatia



**** untuk setem!!!
ingat jangan pulak gi serbu Pos Malaysia , kalau nak tengok filem Setem!! di pawagam la.. hehehe

p/s: Ulasan ini dibuat selepas amy ikram menghadiri sesi preview perdana filem SETEM pada 14 July 2009 di GSC Tropicana Mall.
updated pada 15 July 2009.. copyright controlled 2009 by amy ikram ismail.

Selasa, 14 Julai 2009

Wanita Paling Panas di Malaysia!!!

Berita Sensasi yang dipaparkan di dalam Harian Metro hari ini. Kes Penipuan Artis, Selebriti dan beberapa kakitangan kerajaan!! Di kehendaki polis Malaysia!!
------------------------------------------------------------------------------------------------

Penjenayah wanita Melayu paling dikehendaki polis, Rohaniza Aladib, 31, yang disyaki terbabit dengan penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta, dipercayai melarikan diri ke luar negara bersama wang hasil kerja jahatnya. Wanita ‘paling panas’ itu dilaporkan memperdaya beberapa artis popular termasuk Amy Search, Hattan dan Misha Omar dengan memujuk mereka menyertai skim cepat kaya, terus menjadi buruan polis berikutan enggan menyerah diri walaupun selepas diarahkan berbuat demikian sejak Mac lalu. Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata, hasil siasatan suspek dipercayai meninggalkan negara dan ada maklumat mengatakan dia kini bersembunyi di Australia.

Menurutnya, Rohaniza bijak berlakon bagi meyakinkan mangsa supaya melabur dalam skim pelaburan berasaskan saham syarikat rokok antarabangsa sehingga mencecah jutaan ringgit. “Suspek biasanya berjanji membayar pulangan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh pelaburan antara 10 hingga 30 hari. Biasanya, dia akan membayar keuntungan kepada mangsa ketika membuat pelaburan kali pertama sebelum mereka membuat pelaburan susulan dengan nilai lebih besar. Berdasarkan siasatan, ada di kalangan mangsa golongan VIP termasuk seorang wanita bergelar Puan Sri yang diperdaya membabitkan jumlah pelaburan mencecah RM26 juta,” katanya. Menurutnya, sehingga kini polis tidak menolak kemungkinan suspek memperdaya ratusan mangsa membabitkan wang pelaburan sehingga RM432 juta. “Difahamkan, suspek sebelum ini pernah ditahan ketika remaja kerana terbabit dengan kegiatan penipuan sebelum dipenjarakan. Namun, sejurus dibebaskan, dia bergiat aktif semula sebagai penipu dengan kaedah lebih licik dan terancang.

“Suspek turut dikesan memperkenalkan pelbagai skim pelaburan dengan menggunakan sebuah syarikat berdaftar, Erza Corporation Sdn Bhd untuk mengaburi aktiviti penipuan dilakukan,” katanya. Menurutnya, Rohaniza yang mempunyai alamat terakhir di Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya, dikesan menghilangkan diri sejak Julai tahun lalu selepas mengumpul sejumlah besar wang pelaburan daripada mangsa. “Polis percaya suspek memperdayakan ramai mangsa termasuk golongan profesional dan artis terkenal dengan menawarkan pembelian saham dalam syarikat rokok antarabangsa serta menjanjikan pulangan keuntungan tinggi. “Difahamkan, Amy Search dan Hattan masing-masing kerugian lebih RM1 juta dan RM50,000. Selain itu, penyanyi dan pelakon Awie serta Misha Omar turut terpedaya, namun enggan mendedahkan jumlah kerugian,” katanya.

Difahamkan suspek turut menipu beberapa pelakon tanah air selain ramai kakitangan kerajaan yang digula-gulakan dengan keuntungan berlipat ganda tanpa perlu bekerja keras. “Polis Bukit Aman sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek yang dipercayai berada di luar negara.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai JSJK Bukit Aman di talian 03-26163747 dan 019-6000803,” katanya.


Isnin, 13 Julai 2009

'Muallaf', Yasmin Ahmad dipinda ke 2010??

'Dari tayangan ke bulan Julai 2009, pinda pula ke tahun 2010 dan tarikhnya belum lagi diputuskan wajib tayang!', itulah gambaran yang boleh diberi kepada filem ke-empat arahan Yasmin Ahmad, Muallaf yang masih lagi menunggu tayangan rasmi di pawagam Malaysia. Filem yang cuba dikontroversikan oleh sesetengah pihak melalui satu scene 'Sharifah Armani yang membotakkan kepala' sebenarnya merupakan keperluan watak yang bukan disengajakan tetapi ia mesti di buat kerana di dalam Muallaf, Sharifah Armani di denda oleh bapanya lantas dibotakkan kepala. Justeru, pelbagai spekulasi timbul daripada isu ini terutama buat penonton yang belum menonton karya Yasmin Ahmad ini. Justeru, saya masih kabur kenapa Muallaf ditukar tayangan tahun ini kepada tahun 2010. Barangkali Yasmin boleh mengupas isu ini. Nak kata LPF tak lulus, tak! tetapi rasanya, jadual tayangan untuk tahun ini penuh kot!!. ntah lah... ada berani?

**Foto: Amy Ikram, Yasmin Ahmad dan Azwan (Jomstar.com) semasa Diskusi Filem Talentime di FINAS.Mesra tak kite orang bertiga!! aduh!! huhuhu**

p/s: saya sebenarnya dah tonton dah Muallaf.. nak tau apa yang dipaparkan dan disampaikan Yasmin.. kenalah tunggu 2010.. lamanya....

Ahad, 12 Julai 2009

'Bicara Youtube.... Kenapa ia popular di Mata Kita?


Sebut sahaja portal 'Youtube', tentunya ramai di antara kita sudah mengetahuinya samada ia digunakan secara positif mahupun negatif. Portal yang boleh di akses 24 jam itu mengandungi pelbagai video yang boleh diupload oleh setiap pengguna internet tidak mengira status usia, keturunan dan warna kulit. Bagi kalangan artis dan penggiat industri kreatif, portal youtube boleh dikatakan satu medan rasmi untuk bertukar-tukar pendapat di atas bahan yang dipertontonkan kepada khalayak seterusnya menjadi perniagaan internet yang menguntungkan. Bahan-bahan yang seringkali di pertontonkan di laman paling popular itu kebanyakkannya adalah video muzik, trailer filem, iklan komersial, tayangan pelbagai filem dan drama sehinggalah kepada bahan-bahan lucah yang menggersangkan. Hits purata dan jumlah penonton yang seringkali menggunakan portal youtube itu meningkat saban hari, sehinggalah ia menjadi portal kegilaan seluruh rakyat di dunia.

Di asaskan pada 15 Februari 2005 oleh 3 orang jutawan Pay Pal yang terdiri daripada Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim ini merupakan portal video pertama yang berpusat di Amerika Syarikat San Bruno California ini menggunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan kandungan video yang pelbagai. Di miliki oleh laman Google, Portal Youtube ini mempunyai saham yang terbesar dan ia merangkumi jumlah yang tertinggi serta mampu bertahan dalam jangka masa yang agak lama. Menurut satu kajian yang di jalankan oleh sebuah badan komunikasi dunia pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom. Walaubagaimanapun, di Malaysia portal youtube boleh dikatakan sebuah laman video popular yang mengandungi pelbagai komen dan kritikan penontonnya terhadap sesebuah video yang dipamerkan, lantaran menjadikan youtube sebagai pusat didikan sejagat dengan luahan pelbagai rasa tanpa ada prejudis.

Jika dilihat fenomenanya di dalam kandungan video dan informasi yang dimiliki pemilik video tersebut, rata-ratanya mempamerkan video mereka atas alasan memperkenalkan sesuatu produk baru untuk dikongsi bersama, walhal ia telah pun menjadi satu laman sembang yang mewujudkan tranformasi dalam dunia kontroversi. Ini memberikan persekitaran positif dan adakalanya negatif kerana setiap paparan yang ditonjolkan di laman youtube adakalanya tidak digemari penonton dan pengguna internet sehinggakan satu perkara kecil menjadi besar kerana kerisauan penonton yang kurang matang dan tidak boleh menerima arus perubahan dalam konteks pemikiran idealogi melalui video yang diketengahkan. Bukan menyangkal atau memaksa, tetapi boleh dikatakan kebanyakkan pengguna internet yang melayari laman youtube terutamanya laman yang memaparkan sesebuah filem samada filem itu pendek mahupun panjang, tetap diterjah pengguna dan penonton yang tidak puas hati terhadap apa yang dipaparkan sehingga terjadinya perbalahan sesama mereka sekaligus menaikkan rating tontonan video tersebut. Persoalannya ialah, kenapa penonton kita gemar memberikan spekulasi negatif dengan mengaitkan sesuatu paparan video itu dengan agama!. Apakah tidak ada laman lain yang boleh memberikan belas kasihan atas tulisan mereka?. Atau hobi mereka adalah menonton dan menhentam tanpa mencerminkan personaliti diri masing-masing.

Justeru, sebagai penonton dan pengguna internet, mereka harus bijak memikirkan apakah yang terbaik untuk tontonan mereka sekeluarga kerana paparan yang buruk adalah realiti yang berlaku sebenarnya dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Akhir kata 'usah hipokrit atas persekitaran waktu kerana gambaran yang dipaparkan adalah rencana kebimbangan yang perlu diberi perhatian dan bukannya menghentam dengan naluri dan perasaan yang membenci'. Wallahuallam.


**tahniah buat Ajami Hashim yang telah memenangi Blog Ulasan Paling Kreatif di Malam Yoyooh Blogger Awards semalam.. cayalah!! tapi i sedih u olls.. blog i x dapat.. cuma nominated aje..**

2009 Copyright of 12 July 2009 posted article by amy ikram ismail. Don't plagiat!!

Sabtu, 11 Julai 2009

'Departures', wajar di tonton oleh semua pencinta filem!!

Memenangi 10 pencalonan di Japan Academy Prize Awards dalam kategori Best Picture, Best Director, Best Actor dan Best Screenplay, sekaligus melayakkan Departures arahan Yojiro Takita memenangi Best Foreign Language Film di Academy Awards 2009. Kemenangan dalam pelbagai pencalonan juga di beberapa festival seperti Grand Prix Des Ameriques 32nd Montreal World Film Festival, Mercedes Benz Audience Award from Best Feature in Palm Springs Intl Film Festival, Kinema Junpo Awards from the Best Film, Director, Screenplay and Best Actor winner is Masahiro Motoki, dan Audience Awards Winner from 28th Hawaii International Film Festival, cukup membuatkan Departures di anggap sebuah filem yang wajar di tonton oleh semua pencinta seni filem seluruh negara.

Menonton Departures arahan Yojiro Takita, mengingatkan saya kepada karya-karya Yasmin Ahmad yang sememangnya berjaya menyuntik minat saya dan juga pencinta filem bahawa karya terbaik datangnya daripada bahasa filem yang sempurna dan mengasyikkan. Departures mengisahkan bagaimana Daigo Kobayashi (Masahiro Motoki) menyelesaikan konflik persekitaran antara kerjaya dan keluarga, setelah Daigo ditamatkan kontrak daripada kumpulan muzik orkestra yang terkenal di Japan. Kesempurnaan bakat yang dimilikinya dalam permainan muzik cello dalam Orkestra kini dipandang sepi tatkala ia mendapat perhatian beberapa penonton termasuk si isteri yang amat menyanjungi bakat yang dipunyai Daigo. Pembukaan filem ini cukup sempurna kerana ia menceritakan kekecewaan Daigo Kobayashi dalam kehidupan sehingga meletakkan dirinya sebagai pengurus mayat yang berprofessional dan disegani. Percubaannya semasa sesi temuduga di NK berjaya menjadikan Daigo sebagai seorang manusia yang prihatin terhadap kasih sayang sesama manusia sehinggakan terjadinya konflik keluarga yang membuatkan Daigo dan isterinya terpisah sekejap lantaran daripada kerjaya sebagai pengurus mayat yang dipandang jijik si isteri. Walaupun agak aneh dalam kehidupan seorang jejaka kacak menjadi pengurus mayat (kerana ia tidak dibuat secara realitinya jika di Malaysia), tetapi di Jepun, ia seolah-olah satu kerjaya yang perlu dihormati oleh seluruh rakyat tempatan.

Departures boleh dikatakan sebuah filem yang agak berat tetapi ia memerlukan penghayatan yang jitu kerana naskhah arahan Yojiro Takita ini sarat dengan pelbagai mesej yang perlu diberi perhatian oleh penonton kerana ia menyentuh tentang kasih sayang, kekeluargaan dan hubungan persekitaran antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kesempurnaan hidup adalah satu kemaafan antara kita kerana ia merupakan satu kunci yang penting di dalam Departures. Walaupun ia sebuah filem yang agak perlahan tonasi struktur penceritaannya tetapi ia agak kuat pemikirannya kerana ia tidak memerlukan dialog yang berjela-jela seperti kebanyakkan filem tempatan lain yang boleh dikatakan agak klise dan mengarut. Susunan visual melalui beberapa adegan di dalam Departures cukup membuktikan ia sebuah karya yang kuat naratif penceritaannya, cemerlang bahasa filemnya, lantaran kemenangan Masahiro Motoki menerusi Best Actor adalah wajar dan berpatutan. Justeru, kepada anda yang tercari-cari sebuah karya dari Japan yang berkualiti, Departures adalah jawapan rasmi dan ia boleh dimiliki dalam cakera DVD yang kini telah berada di pasaran sekarang. (bagi yang terlepas menonton di Pawagam, sempena Japan Film Festival Screening at GSC).

**Nantikan kehangatan YoYooh Blogger Awards malam ini di Restoran Nelayan, Titiwangsa pukul 8.00 malam.. **