Filem 'Estet' arahan sutradara profilik, Mamat Khalid akan menemui penonton Malaysia secara rasmi pada 2010. Berbekalkan sebuah cerita yang menggabungkan pelbagai kaum dalam satu filem, Estet dikatakan pencabar kepada sinema tempatan kerana ia diwar-warkan filem terbaik berwajah Malaysia yang menggunakan gabungan bahasa Melayu dan Tamil sebagai bahasa pengantara. Kerancakkan Estet yang diterbitkan oleh Naga VXS Sdn.Bhd ini semakin dirasai apabila baru sahaja selesai menjalani penggambaran muzik videonya 'Ayuh Kawan' dan 'Cahaya Kemenangan', bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Keunikkan muzik video 'Ayuh Kawan' ialah ia dinyanyikan oleh penyanyi rock popular tanah air, Awie dan Siva dalam kombinasi 2 bahasa iaitu Tamil-Malay bagi mewujudkan suasana muzik Malaysia yang pelbagai rentak. Manakala Farid Kamil, Jasmine Michael dan Shashi Tharan pula dipilih membintangi video muzik berkenaan. Paling istimewa mengenai Video Muzik ini ialah ia akan disiarkan di MTV Asia bagi tujuan promosi dalam memperkenalkan Estet kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Justeru, nantikan Estet di pawagam Malaysia akan datang 2010..
**Estet, apakah ia sebuah filem malay-tamil yang mampu menarik perhatian penonton tempatan?. Nantikan kehangatan Estet Mamat Khalid yang menggemparkan ini. Cayalah!!!**
Sebarang pengiklanan, promosi dan pertanyaan, makluman atau jemputan, sila emelkan kepada admin blog ini - amyikram.blog@gmail.com
Setiap iklan yang tertera di muka hadapan portal ini adalah ekslusif. Untuk mendapat slot ini, boleh guna emel di atas untuk terus berhubung dengan admin blog ini.
SINEMA ASIA: MAC 2021
SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), SEMUA PAWAGAM TEMPATAN SELURUH KL, SELANGOR DAN PUTRAJAYA AKAN DI TUTUP SEHINGGA DIMAKLUMKAN KELAK.
- admin
Follow by Email
Hits
BALASAN MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU
Solat Subuh: Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
Solat Zohor:Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
Solat Asar:Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.
Solat Maghrib: Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki)
Solat Isyak: Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
0 comments :
Catat Komen