Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 12 Julai 2009

'Bicara Youtube.... Kenapa ia popular di Mata Kita?


Sebut sahaja portal 'Youtube', tentunya ramai di antara kita sudah mengetahuinya samada ia digunakan secara positif mahupun negatif. Portal yang boleh di akses 24 jam itu mengandungi pelbagai video yang boleh diupload oleh setiap pengguna internet tidak mengira status usia, keturunan dan warna kulit. Bagi kalangan artis dan penggiat industri kreatif, portal youtube boleh dikatakan satu medan rasmi untuk bertukar-tukar pendapat di atas bahan yang dipertontonkan kepada khalayak seterusnya menjadi perniagaan internet yang menguntungkan. Bahan-bahan yang seringkali di pertontonkan di laman paling popular itu kebanyakkannya adalah video muzik, trailer filem, iklan komersial, tayangan pelbagai filem dan drama sehinggalah kepada bahan-bahan lucah yang menggersangkan. Hits purata dan jumlah penonton yang seringkali menggunakan portal youtube itu meningkat saban hari, sehinggalah ia menjadi portal kegilaan seluruh rakyat di dunia.

Di asaskan pada 15 Februari 2005 oleh 3 orang jutawan Pay Pal yang terdiri daripada Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim ini merupakan portal video pertama yang berpusat di Amerika Syarikat San Bruno California ini menggunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan kandungan video yang pelbagai. Di miliki oleh laman Google, Portal Youtube ini mempunyai saham yang terbesar dan ia merangkumi jumlah yang tertinggi serta mampu bertahan dalam jangka masa yang agak lama. Menurut satu kajian yang di jalankan oleh sebuah badan komunikasi dunia pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom. Walaubagaimanapun, di Malaysia portal youtube boleh dikatakan sebuah laman video popular yang mengandungi pelbagai komen dan kritikan penontonnya terhadap sesebuah video yang dipamerkan, lantaran menjadikan youtube sebagai pusat didikan sejagat dengan luahan pelbagai rasa tanpa ada prejudis.

Jika dilihat fenomenanya di dalam kandungan video dan informasi yang dimiliki pemilik video tersebut, rata-ratanya mempamerkan video mereka atas alasan memperkenalkan sesuatu produk baru untuk dikongsi bersama, walhal ia telah pun menjadi satu laman sembang yang mewujudkan tranformasi dalam dunia kontroversi. Ini memberikan persekitaran positif dan adakalanya negatif kerana setiap paparan yang ditonjolkan di laman youtube adakalanya tidak digemari penonton dan pengguna internet sehinggakan satu perkara kecil menjadi besar kerana kerisauan penonton yang kurang matang dan tidak boleh menerima arus perubahan dalam konteks pemikiran idealogi melalui video yang diketengahkan. Bukan menyangkal atau memaksa, tetapi boleh dikatakan kebanyakkan pengguna internet yang melayari laman youtube terutamanya laman yang memaparkan sesebuah filem samada filem itu pendek mahupun panjang, tetap diterjah pengguna dan penonton yang tidak puas hati terhadap apa yang dipaparkan sehingga terjadinya perbalahan sesama mereka sekaligus menaikkan rating tontonan video tersebut. Persoalannya ialah, kenapa penonton kita gemar memberikan spekulasi negatif dengan mengaitkan sesuatu paparan video itu dengan agama!. Apakah tidak ada laman lain yang boleh memberikan belas kasihan atas tulisan mereka?. Atau hobi mereka adalah menonton dan menhentam tanpa mencerminkan personaliti diri masing-masing.

Justeru, sebagai penonton dan pengguna internet, mereka harus bijak memikirkan apakah yang terbaik untuk tontonan mereka sekeluarga kerana paparan yang buruk adalah realiti yang berlaku sebenarnya dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Akhir kata 'usah hipokrit atas persekitaran waktu kerana gambaran yang dipaparkan adalah rencana kebimbangan yang perlu diberi perhatian dan bukannya menghentam dengan naluri dan perasaan yang membenci'. Wallahuallam.


**tahniah buat Ajami Hashim yang telah memenangi Blog Ulasan Paling Kreatif di Malam Yoyooh Blogger Awards semalam.. cayalah!! tapi i sedih u olls.. blog i x dapat.. cuma nominated aje..**

2009 Copyright of 12 July 2009 posted article by amy ikram ismail. Don't plagiat!!

0 comments :