Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 17 Julai 2009

Debaran Shout! Awards 2009 malam ini...!!

Dipancarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur 8.30 malam menerusi 8TV, Anugerah yang cukup berprestij yang akan mengiktiraf ramai karyawan muda dan berprofessional, Shout! Awards 2009 akan di adakan malam ini, 17 Julai 2009. Anugerah yang akan membariskan ramai selebriti tempatan dan antarabangsa ini antaranya Sean Kingston, Datuk Siti Nurhaliza, Maya Karin, Nikki, Bunkface dan ramai lagi ini merupakan platform terbaik bagi industri hiburan dan perfileman tempatan. Bakal memberikan dimensi baru dalam dunia penerbitan muzik dan penganjuran malam anugerah setaraf Hollywood, Shout! Awards 2009 menjanjikan persembahan yang cukup memukau khalayak apatah lagi menampilkan Sean Kingston yang popular dengan lagu Beautiful Girls sebagai artis jemputan. Menurut Sunil Kumar, Penerbit Eksekutif Shout! Awards 2009, ' Anugerah buat julung kali ini yang dianjurkan 8TV akan menampilkan format yang berbeza dan lebih kreatif berbanding dengan Anugerah sedia ada yang pernah dianjurkan sebelum ini. Kita memberikan fokus kepada aspek dan mutu siaran kerana pelbagai elemen yang baru dan lebih segar akan dimuatkan semasa acara ini berlangsung dan kita mengharapkan agar penonton terpaku dengan setiap persembahan dan acara yang di adakan'. Shout! Awards 2009 ini bukan sahaja mengiktiraf dunia muzik amnya, tetapi ia memberikan fokus kepada semua cabang bidang hiburan termasuk Radio, Filem dan Drama. Mempertaruhkan 15 kategori pencalonan, antaranya:- (sebenarnya mencari yang terbaik antara kelima pencalonan yang telah dipilih) ** sila lihat artikel Amy Ikram sebelum ini tentang Shout Awards 2009, edisi Artikel Jun 2009.**

MUSIC
Rockstar Award (Rock Awards)
Popstar Award (Pop Awards)
Power Vocal Award (Powerful Vocals Awards)
Flava Award (Hip Hop / R&B Awards)
Break Out Award (Best New Act)

TV + FILM
Best On Screen Chemistry (1 pair)
Fresh TV Series Award (New TV Series including Dramas and / or Sitcoms)
Breakthrough Film Award
Favorite TV Program (Non Drama)
Favorite TV Host

RADIO
Coolest Radio Announcer
Favorite Radio Show

THE WORKS
Stylo Award (Most Stylish Awards)
Hot Chick Award
Hot Guy Award


Tambah menarik, program yang diacarakan Marion Caunter, Jien dan Sarah turut menampilkan selebriti popular sebagai penyampai anugerah seperti Juliana Evans, peragawati Deborah Henry, Paul Moss, Fazura, Alif Satar, pengarah tersohor Yasmin Ahmad, Smek (DJ XFM), Vanessa dan Pamela Chong (adik dan kakak Vincence Chong serta peserta The Amazing Race Asia 2).

Tentunya, malam ini adalah kemuncak yang dinanti-nantikan ramai karyawan seni atas anugerah dan siapakah yang bakal memenanginya. Kita tunggu dan lihat sajalah ye... Ayuh... meriahkan sama-sama Shout! Awards 2009. Dimensi baru Dunia Muzik Anda..

http://www.shoutawards.com.my/

updated pada 17 July 2009.. copyright controlled 2009 by amy ikram ismail.

0 comments :