Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry



Bagaimana muzik dan lagu dicipta?. Kenapa rakaman muzik pada zaman dahulu berbeza dengan hari ini dan mengapa komposer hari ini tidak sama dengan kehebatan komposer era terdahulu?. Ikuti perkongsian menarik komposer, pencipta lagu dan penggubah muzik tersohor, S.Atan dengan klik poster di atas.

Ikuti perkongsian menarik komposer dan penggubah lagu, Ganesh Bala dan penyanyi Ushera tentang penerbitan 'The Malayan Songbook' dan rakaman lagu-lagu melayu klasik. Tonton sekarang!

Isnin, 27 Julai 2009

'Kasih Setulus Rasa'... Puisi Ekslusif buat Yasmin Ahmad


Kasih Setulus Rasa....
Buat Yasmin Ahmad Dalam Kenangan
(1958-2009)
---------------------------------------------------------

Setiap detik dan waktu
namamu mekar seindah mawar pagi
di hiasi dedaunan hijau tumbuh mekar mewangi
keiltizamanmu menongkah arus perubahan tanpa henti
setiap tangisan pergi berlalu tanpa sengketa
warna-warna alam sungguh ceria
menantikan kehadiran insan teristimewa

Kala hujan gerimis di awan lalu
berdirinya kasih sejuta alam
menyaksikan kejayaan demi kejayaan mewarnai
hati yang luka sembuh lara
menantikan permata jatuh bersinar
hanyalah impian sekadar ingatan
gugurnya jiwa dipersada

Hembusan angin cukup terasa
mendayu dingin di senja hari
namun....
kepasrahan hati hanyalah menerima
sekadar tersenyum gembira dalam tangisan
hanyalah kasih di bawa pergi

Setiap ketika namamu diingatan
seperti haruman bunga kasturi
mekar tiada tandingan
kini rebah, layu, di pusara kasih
hanyalah rindu tersemat di hati

Walau impian segenap rasa
dalam dua jiwa satu hati
kaulah satu dalam sejuta
tiada tandingan sebaik nama

Yasmin Ahmad...
Kaulah Permata...
Akan di kenang.....
diabadikan hingga ke akhir hayat....

Al-Fatihah..
Allahyarham Yasmin Ahmad (1958-2009) dalam kenangan.

----------------------------------------------------------------------------
Nukilan rasa
Amy Ikram Ismail
27 Julai 2009

1 comments :

sy tidak pernah bertemu personal dengan beliau namun beliau sangat dekat dihati hanya kerana kejujuran dalam karya beliau, moga kehidupan yang baru akan memberi cahaya buat arwah yasmin ahmad.

Yasmin Ahmad...
Kaulah Permata...
Akan di kenang.....
di abadikan hingga ke akhir hayat....