Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 7 Julai 2009

Tiada Beza antara Astro Citra dengan Astro Kirana!

Pada 1 Jun 2009, Astro melalui pakej Mustika memperkenalkan 3 saluran terkini yang terdiri daripada Astro Citra, Astro Warna dan B4U. Di dalam pakej mustika yang perlu dilanggan hanya RM 12.95 sebulan merangkumi 3 saluran tersebut, tidak terkecuali saluran sinema yang menghidangkan pelbagai filem-filem tempatan dan antarabangsa, Astro Citra di katakan menyamai saluran percuma Astro, Astro Kirana. Walaupun kerap menghidangkan filem-filem tempatan secara terus tanpa ada pertukaran masa dan waktu, Astro Citra mahupun Astro Kirana boleh dianggap tiada bezanya, apatah lagi kebanyakkan filem yang ditayangkan di Astro Citra di ambil daripada Astro Kirana yang telah ditamatkan perkhidmatannya. Tetapi, yang agak menarik mengenai Astro Citra adalah isi kandungan siarannya yang lebih mengutamakan produk tempatan walaupun mempunyai sedikit karya luar ditayangkan.

Jika ditinjau dari sudut siaran produk tempatan agar tidak klise dan sama seperti siaran Astro yang lain, sewajarnya Astro Citra lebih menumpukan kepada penayangan filem-filem terbaru yang telah ditayangkan dipawagam sepertimana saluran Astro Box Office Movies. Harus diingat bahawa, Astro Citra perlu mengekalkan originalitinya ke arah kualiti produk di mana semua filem yang ditayangkan di Astro Citra, tidak boleh ditayangkan di saluran Astro yang lain. Ini perlu untuk membandingkan Astro Citra dengan saluran yang lain. Justeru, seandainya ia berlaku sepertimana yang dicadangkan, maka kita akan menyaksikan bahawa saluran Citra ini akan mempunyai jumlah pelanggannya yang mungkin bertambah dari semasa ke semasa. Jika tidak, ia akan dianggap Saluran Kirana No 2 yang perlu dibayar!. Tepuk dada tanya selera!!.


**Di harapkan pihak ASTRO dapat memperbaiki mutu siaran saluran baru ini. Dan jangan mengulangi tayangan filem-filem yang telah ditayangkan dari bulan ke bulan.. okay!!.**

0 comments :