Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 9 Julai 2009

Ujibakat Teater Muzikal Gamat di Istana Budaya!


Adakah anda mahu beraksi di pentas bertaraf dunia yang disaksikan oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia, agama dan kepercayaan?!. Mahukah melebarkan dan mengembangkan bakat lakonan anda sehingga menjadi pelakon dan bintang yang disegani?. Usah lengahkan masa anda kerana pada 11 dan 12 Julai 2009, bertempat di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur akan di adakan Ujibakat untuk Teater GAMAT yang memerlukan pelakon baru yang berpewatakan menarik, berkebolehan menghayati pelbagai watak, boleh menari dan menyanyi dijemput untuk menghadiri sesi ujibakat ini. Untuk makluman anda teater GAMAT ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 2 hingga 8 Oktober 2009 ini mencari bakat baru yang berumur dari 6 tahun hingga 25 tahun.

**Info**
.....................................................................................................
UJI BAKAT TEATER GAMAT DI ISTANA BUDAYA

Tarikh: 11 – 12 JULAI 2009 (Sabtu&Ahad)
Masa: 10 Pagi – 3 Petang
Tempat: Bilik Seri Nilam, Istana Budaya
....................................................................................................



TEATER KANAK-KANAK 'GAMAT THE MUSICAL'
Sinopsis

Gamat mengisahkan tentang kehidupan di dalam laut yang dipenuhi pelbagai kisah suka dan duka. Ia dihuni oleh pelbagai kehidupan laut; ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah gamat. Cerita bermula pada satu hari apabila Ketam Bunga,Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka telah tersesat ketika leka dan seronok bermain. Ketika itu, mereka telah berjumpa dengan Mat iaitu anak gamat yang sedang menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan Ibu Mat menyuruh Mat duduk saja di rumah. Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran manusia. Kurita telah mengarahkan pengikutnya iaitu Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapatkan lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malang sekali, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat ketika Mat dalam perjalanan ke Taman Plankton bersama rakan-rakannya. Kurita amat marah dan semakin sakit. Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut). Mahatahu memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui anaknya.

Ketika dalam perjalanan mencari inilah pelbagai peristiwa terjadi dan disaksikan oleh Ibu Gamat. Ini termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. Peristiwa lain termasuklah Ibu Gamat terserempak dengan botol minuman yang masih mengandungi minuman kesihatan, telefon yang boleh berhubung ke dunia luar dan sebagainya. Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka juga berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.