Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Ahad, 30 Ogos 2009

Iklan Merdeka TM 2009 by Osman Ali....



Mungkinkah kemerdekaan tahun ini penuh makna bagi kita seluruh rakyat Malaysia?. Apakah kita bersyukur atas apa yang dianugerahkan tuhan setelah kita merdeka?. Perlukah kita membandingkan diri kita dengan orang lain apabila kita hidup di bumi bernama Malaysia?. Semuanya perlu kita hargai kerana kemerdekaan negara kita adalah penghargaan generasi terdahulu yang tidak boleh dijual beli. Namun, sebagai warga Malaysia.. kita perlu bersatu padu sesama kita untuk memelihara kemerdekaan negara kita yang kini sudah 52 tahun Merdeka. Buat pembaca setia dan seluruh rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-52, 31 Ogos 2009.. agar kemerdekaan kita akan kekal abadi selamanya... amin.

p/s: Hayatilah kemerdekaan negara kita dengan video khas arahan Osman Ali yang kini ditayangkan di kaca TV anda.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Muzik Islam di anaktirikan di bumi Malaysia?


Apakah muzik berirama nasyid yang memuji kebesaran Allah S.W.T dianggap muzik low class oleh sesetengah pihak?. Adakah irama yang dilagukan oleh sesetengah kumpulan nasyid yang ada boleh dikatakan membosankan halwa telinga masyarakat Malaysia?. Mungkinkah senikata ciptaan mereka tidak setanding lagu-lagu popular ciptaan komposer terkenal?. Jika ya, maka terbuktilah bahawa muzik islam sememangnya dipandang rendah oleh segelintir rakyat Malaysia. Namun, ada juga yang menggemarinya malahan itu cuma dalam kelompok yang agak kecil.

'Rabbani, Raihan dan Hijjaz' antara puluhan kumpulan Nasyid yang popular di Malaysia. Kewujudan mereka pada tahun 2007 adalah pecahan dari gabungan kumpulan Nadamurni yang begitu popular suatu ketika dahulu, malahan vokalis utama Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri adalah vokalis bersama kumpulan Nadamurni yang tidak boleh ditandingi kehebatannya. Pemergian Ustaz Asri Rabbani ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009 lalu meninggalkan impak yang sangat besar terhadap industri hiburan nasyid negara kerana beliaulah idol nasyid yang terunggul di bumi Malaysia. Namun, dalam kesedihan kita meratapi kehilangannya, kumpulan nasyid Raihan pula tidak terkecuali memberitahu media bahawa 'irama masyid kini dipandang sepi oleh sesetengah pihak terutamanya daripada pihak kerajaan'. Susulan dari itu, kumpulan Raihan dikatakan agak sukar mendapat tajaan untuk membuat persembahan di negara sendiri, malahan di luar negara mereka dihargai dan diterima masyarakat dunia kerana aliran muzik yang dibawa mereka amat bersesuaian, tetapi di Malaysia mereka di anaktirikan.

Menurut Che Amran Idris, 40, dari kumpulan Raihan menyatakan bahawa, 'saya hairan kenapa syarikat ternama yang diterajui oleh orang islam tidak mahu memberikan sokongan kepada kami sedangkan apa yang kami lakukan untuk mendidik ummah menuju ke jalan kebaikan dan diredai Allah Taala. Kementerian yang menguruskan kesenian negara juga menganaktirikan kami. "Setiap tahun mereka hantar wakil dalam pelbagai cabang seni untuk mempromosikan nama Malaysia dan menyertai pertandingan di luar. "Sekali pergi bukannya seorang dua, tetapi apabila Raihan minta sedikit tajaan, langsung tidak diendahkan. Dalam perkara ini kami tidak tahu di mana salah dan silapnya. "Ketika Raihan membuat persembahan di Perancis sedikit masa lalu, saya perhatikan masyarakat di sana sangat menyokong pelbagai kumpulan nasyid luar negara yang bertandang. "Kumpulan nasyid itu dihantar kerajaan masing-masing sedangkan kami macam pengemis hendak minta tajaan. Mereka meminati Raihan kerana budaya Melayu yang kami tonjolkan dan nasyid kami juga agak moden dan kontemporari."Jika nasyid tempatan di sanjung tinggi oleh masyarakat luar, saya merayu berilah ruang baru kepada kami menyemarakkan irama itu di Malaysia', katanya.

Justeru, pada pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia perlulah memikirkan perkara ini seadanya dan jangan memilih soal aliran muzik untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia kerana muzik yang baik mampu mendidik masyarakat agar menjadi masyarakat yang berhemah, bertamadun dan dipandang tinggi. Oleh itu, buangkanlah fahaman anda bahawa 'muzik nasyid hanya sesuai untuk bulan Ramadan dan Hari Raya' kerana nasyid itu sendiri adalah satu muzik yang perlu dihargai tidak kira di mana jua kita berada.

Wallahuallam.

p/s: Saya juga hairan kenapa acara-acara @ event yang dianjurkan Kerajaan tidak menjemput kumpulan nasyid untuk membuat persembahan?. Bukannya susah pun. Adakah aliran muzik yang disajikan tidak memberahikan sepertimana muzik pop yang lain?. Tepuk dada tanya selera.

Jumaat, 28 Ogos 2009

'kak min'...... akan datang Oktober 2009!!


'Kak Min?'.. apakah ia sebuah paparan yang menyentuh perasaan segenap lapisan masyarakat?. Adakah ia coretan ekslusif yang dirakamkan bersama Yasmin Ahmad pada 2007 dan ditayangkan kini pada 3 Oktober 2009?. Dengan iniasitif untuk memberikan penghargaan istimewa buat pengarah tersohor itu, blogger popular Ajami Hashim dengan bangganya membawakan anda sebuah video pendek bertajuk 'kak min....' yang bakal ditayangkan di program 'Maskara Shorties' pada 3 Oktober 2009, 8 malam bertempat di Rumah Pena, DPB, Kuala Lumpur. Program yang bakal menayangkan hampir 18 buah karya pendek ini sebenarnya acara tahunan yang dijalankan setiap tahun mengalu-alukan kedatangan anda semua tidak kira peringkat umur, warna kulit dan agama. Oleh itu, pastikan temujanji anda pada Oktober 2009 ini.

sebarang info berkaitan, sila layari
http://ajamihashim.blogspot.com/

p/s: Ajami.... trailer x de ke?. huhuhu

Khamis, 27 Ogos 2009

Astro Wujudkan Saluran Khas untuk Datuk Siti Nurhaliza!!


Mulai 30 dan 31 Ogos 2009 (selama 2 hari), stesen tv berbayar Astro dengan bangganya memperkenalkan satu saluran khas yang diberi nama ASTRO SITI yang akan beroperasi selama 24 jam tanpa henti menerusi channel 188 Astro. Saluran khas ini diwujudkan Astro secara ekslusif buat peminat Datuk Siti Nurhaliza secara percuma sempena kemerdekaan negara yang ke-52. Menerusi saluran SITI tersebut, pelanggan Astro akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan menarik yang melibatkan penyanyi popular tersebut termasuk rakaman penuh konsert SATU Datuk Siti Nurhaliza yang telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 26 - 28 Jun 2009 lalu. Konsert Istimewa ini akan disiarkan pada 30 dan 31 Ogos 2009 tanpa henti di saluran tersebut.

Ketika ditemui di sidang media tersebut, Siti terharu apabila diberikan satu saluran khas walaupun dalam tempoh yang singkat. Siti tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk memiliki saluran sendiri. Katanya lagi dengan memiliki saluran sendiri akan membuatkan dirinya sentiasa berfikir dan merancang untuk menghasilkan produk-produk yang berkualiti selain program-program yang dapat memberi manafaat kepada peminatnya. Justeru, kepada anda pelanggan Astro dan peminat beliau, jangan lupa untuk menyaksikan saluran dedikasi khas, SITI di Saluran 188 secara percuma selama dua hari tanpa henti di hujung minggu ini.

Jadual Konsert Satu di Astro 188

30 Ogos 2009
8 malam

31 Ogos 2009
2 pagi
8 pagi
2 petang
8 malam
10.30 malam


p/s: Tahniah buat Datuk Siti kerana Astro mewujudkan saluran khas tersebut, apatah lagi ia di adakan musim kemerdekaan ke-52 tahun. Namun, persoalan di sini adalah apakah saluran tersebut nanti akan mewujudkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak sepertimana Astro mewujudkan Saluran Yasmin Ahmad Dalam Kenangan?. Bagi saya, kedua-dua saluran tersebut adalah hak Astro untuk mewujudkannya atau tidak. Namun, sebagai penonton kita punyai hak samada untuk menontonnya atau tidak. Jadi.. tak perlulah menyatakan bahawa 'anda tidak suka!'.. okay!!

Rabu, 26 Ogos 2009

Zulkifli Azman.... vokalis baru Rabbani!


Zulkifli Azman (dua dari kiri) bakal mengantikan Ustaz Asri dalam kumpulan Rabbani.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas pemergian vokalis utama kumpulan nasyid popular Rabbani, Ustaz Asri Hj Ibrahim ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009, industri hiburan nasyid seolah-olah sepi seketika. Kelunakkan suara Ustaz Asri mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, disamping laungan azan setiap kali waktu solat dan berbuka puasa di kaca tv (RTM1 umpamanya) sememangnya tidak dapat ditandingi kehebatannya. Apatah lagi lagu-lagu nasyid dendangannya seperti 'Irtihal, Pergi Tak Kembali, Berpaut Pada Sabdamu dan sebagainya' berjaya meletakkan Rabbani sebagai kumpulan nasyid terunggul dan menjadi contoh antara kumpulan nasyid yang berjaya di Malaysia dan luar negara.

Namun begitu, semuanya hanya tinggal kenangan kerana Ustaz Asri dijemput menghadap Illahi di kala kita masih memerlukannya. Walaupun meninggalkan banyak kenangan manis yang mungkin tidak ada pegantinya, namun Kumpulan Rabbani tetap utuh dipersada hiburan kerana memiliki purata peminat yang cukup tinggi. Kehilangan Ustaz Asri menimbulkan banyak pertanyaan dikalangan rakan nasyid dan peminat setianya, iaitu siapakah yang akan menggantikan Ustaz Asri bagi menerajui vokalis utamanya?. Menurut Azadan, jurucakap Rabbani, 'kami bersepakat memilih Zulkifli Azman yang juga ahli kumpulan Rabbani bagi menggantikan tempat Ustaz Asri sebagai vokalis utama kerana ia memiliki suara yang agak baik dan kami juga berharap agar Rabbani akan kekal bersama dan tidak akan berpecah'.

Justeru, kepada peminat setia kumpulan Rabbani, jangan lepaskan peluang anda untuk memeriahkan bulan Ramadan yang mulia ini di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya kerana mereka akan mengadakan persembahan ekslusif sepanjang bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti menarik tentunya, walaupun tanpa Ustaz Asri di sisi.
Rabbani melancarkan portal khas buat Al-Marhum Ustaz Asri yang boleh dilayari di laman ekslusif ini.
sila klik
http://www.event4u.com.my/index2.html


p/s: Alhamdulillah.. walaupun tanpa Ustaz Asri, saya mengharapkan agar Rabbani akan teruskan perjuangan dalam menegakkan syiar islam menerusi lagu-lagu nasyid ciptaan dan dendangannya. Yang pastinya, Salam Ramadan buat anda semua pembaca setia blog ini dan juga kepada kumpulan Rabbani seluruhnya.
semoga roh Almarhum Ustaz Asri tenang di sana dan dicucuri rahmat. AMIN.

Selasa, 25 Ogos 2009

"mengancam habis!!'.... Akan datang Julai 2010... Libas Jurey Rosli!

Apakah yang dimaksudkan dengan Libas?. Adakah ia sebuah karya yang boleh dikatakan 'cukup mengancam habis!', apabila ia ditayangkan kelak mulai Julai 2010?. Mampukah ia mengatasi jumlah kualiti sesebuah filem tempatan yang sedia ada?. Nantikan kehangatan Libas, sebuah karya Jurey Rosli akan menggamit anda ke pawagam 2010 nanti. Tidak percaya? Saksikan trailer khas ini...



Sinopsis Libas

Libas mengisahkan tentang Adnan, Raja Libas (Rosyam Nor) yang sudah tidak boleh beraksi lagi di gelanggang sepak takraw kerana kakinya telah ditempangkan oleh regu Thailand yang terdiri dari Propchai (Adam Corrie, bekas koreografer Akademi Fantasia), Pratapol (Yus Waisar) dan Ak Nangkhon (Zek Zamri Gerak Khas) serta Topap dalam satu perlawanan tahun sebelumnya.

Merasa bersalah kerana telah memberikan kemenangan mudah sehinggakan tekongnya mati diracun dengan bola ke dada, Adnan kini cuba membentuk regu baru. Pencarian Raja Libas itu telah membawa kepada penemuan Hamidi (Johan Raja Lawak) seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok (Fadzly Kamarulzaman) seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa, selain Ratna (Scha). Bagi melengkapkan pasukan, maka Megat (Beego) telah menawarkan diri, tanpa disedari bahawa Megat telah diupah oleh pasukan dari Thailand bagi mensabotaj pasukan negara.


p/s: Daripada trailer saya dapat rasakan yang LIBAS adalah sebuah karya yang amat menarik. Namun, apakah naratif dan storytellingnya boleh dikatakan cukup mengancam?. Itu saya tak boleh cakap la.. coz saya belum nonton lagi ya... Jika ada prebiunya.. akan saya update ok..

Isnin, 24 Ogos 2009

Apakah 'Jin Notti' filem berwajah Satu Malaysia?


Pada 19 Ogos 2009, telah diadakan Tayangan Amal Kemerdekaan 'Jin Notti', sebuah filem komedi arahan Azhari Mohd Zain yang dibarisi 'Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Adibah Noor, Bob Lokman, Acappan dan ramai lagi. Filem yang diterbitkan oleh KRU Films ini menceritakan sebuah kisah perjuangan seorang anak Jin, Notti yang dihantar ke dunia manusia untuk mempengaruhi mereka melakukan kejahatan daripada kebaikkan. Namun begitu, apabila tiba di dunia manusia, Notti tiba-tiba bertukar arah dan menjadi makhluk Jin yang amat baik, bertanggungjawab, penyayang dan menyimpang dari kehidupan makhluk Jin iaitu kejahatan. Perubahan ke atas diri Notti secara mendadak telah membuatkan kelompok Jin yang diketuai Jin Shamsu (Bob Lokman) mengambil tindakan yang agak keras di mana, Notti dibuang ke dunia manusia selama-lamanya.

Perkenalan Notti (Fara Fauzana) dengan Aziz (lakonan Mawi) di sebuah pub hiburan telah menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka, walaupun berlainan kehidupan, budaya dan kepercayaan. Berpunca dari situasi itulah, Notti belajar tentang erti kemanusiaan, kasih sayang dan keinginan. Jika dilihat dari sudut lakonan ke semua pelakon yang membintangi Jin Notti ini, saya boleh katakan purata lakonan mereka agak biasa dan tidak boleh dianggap cemerlang. Cuma, pada watak Aziz, lakonan Mawi boleh dianggap agak menjadi melalui karektor yang dibawanya. Oleh itu, percubaan Mawi dalam dunia lakonan menerusi filem Jin Notti boleh diberi kredit yang agak baik.

Namun begitu, persoalan yang bermain difikiran saya ialah, 'Apakah motif Jin Notti ditayangkan pada malam Amal Kemerdekaan tersebut?'. Adakah ia sebuah karya yang memaparkan elemen Satu Malaysia?, sedangkan filem ini merupakan sebuah filem yang menceritakan pergolakan antara dunia Jin dan manusia!. Seandainya, filem seperti Estet ditayangkan pada malam amal kemerdekaan tersebut berbanding filem Jin Notti, saya percaya tema Satu Malaysia menerusi medium filem akan menjadi kenyataan. Justeru, sebagai warga filem, saya mengharapkan agar seandainya mana-mana event kemerdekaan yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi jika melibatkan tayangan sesebuah filem, 'tolonglah pilih karya bertemakan 1Malaysia.. bukannya karya yang bertemakan kisah ciptaan syok sendiri yang klise dan naratif serta plotnya boleh di agak-agak!. Tepuk dada.. buka minda.. tanyalah selera..

p/s: Ingin tahu.. kisah selanjutnya mengenai JIN NOTTI ini?. Nantikan tayangannya pada 20 September 2009 (Hari Raya Aidilfitri) di semua pawagam terpilih seluruh negara.

**Ulasan ini dibuat setelah saya menghadiri Tayangan Khas Kemerdekaan JIN NOTTI pada 19 Ogos 2009 di GSC Tropicana Mall, Petaling Jaya. **

Untuk Jin Notti.. saya bagi ** bintang aje.. kerana ia sebuah karya yang agak biasa sahaja..

Ahad, 23 Ogos 2009

'LPF belum tonton filem Rempit V3?.. Tapi David Teo kata dah!. Macam-Macam!

Terkejut betul saya, apabila diberitahu bahawa Helmi Abdullah, Naib Pengerusi LPF (Lembaga Penapisan Filem) membuat kenyataan bahawa filem Rempit V3 arahan Farid Kamil yang diterbitkan oleh Metrowealth Movies sebenarnya belum diterima LPF untuk penilaian, sedangkan produser terkenal, David Teo telah memberitahu sidang media bahawa Rempit V3 diluluskan LPF. Bagaimana tue?. Apakah ia sekadar untuk mencari populariti?. Menurut Helmi , 'pihak LPF belum menerima salinan filem Rempit V3 untuk tayangan pawagam, tetapi bagaimana pula David Teo boleh kata kami telah terima?'. Tambahnya lagi, “Saya tak pasti maksud kenyataan David Teo di akhbar Mingguan Malaysia (sisipan Pancaindera) baru-baru ini.,” ujar Helmi.

Apa yang pasti, seandainya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem berunsur 'lumba haram, rempit dan sebagainya' untuk tayangan ke pawagam, maka pihak LPF terpaksa akur kerana ia melibatkan undang-undang negara yang diputuskan. Namun begitu, kenyataan David Teo beberapa minggu lepas mengatakan bahawa, beliau tidak bersetuju seandainya filem terbitannya diharamkan, memandangkan filem Hollywood dan Bollywood yang lebih ganas dibiarkan tayangannya di Malaysia.

Persoalannya sekarang yang mana satu betul? David mendakwa LPF tiada masalah terhadap filemnya tetapi LPF pula menafikan sudah menonton filem berkenaan. Apa motif David membuat kenyataan sedemikian sedangkan beliau masih belum menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya selepas menghasilkan sesebuah filem?Adakah kerana ia satu tindakan David untuk popular ataukah LPF yang terlepas pandang?

Tepuk dada tanyalah selera. Wallahuallam.

**Jika adegan rempit diharamkan KDN, LPF terpaksa akur. Namun, kalau diluluskan tayangannya, mungkin akan wujud klasifikasi baru kot untuk tayangan... Apakah Rempit V3 akan diberi klasifikasi khusus?. (tayangan dewasa sahaja!). Pihak karyawan perlu akur perkara ini. Seandainya filem tersebut memaparkan naratif yang bukan klise sepertimana filem-filem rempit lain, saya percaya LPF boleh berunding isu ini. Kalau sekadar macam filem Rempit, Impak Maksima dan sebagainya.. itu nama klise.. sebab dah sama.. Apa pula pandangan Farid Kamil berhubung perkara ini?. **

Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadan Al Mubarak... 1430H


Assalamualaikum... khususnya buat semua pembaca setia blog ini, rakan-rakan media, rakan karyawan, rakan artist dan seluruh umat muslimin dan muslimat dengan ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1430H, semoga ibadah puasa kita diterima Allah S.W.T hendaknya.

Dalam kita menunaikan ibadah puasa ini, jagalah diri kita daripada perbuatan yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa kita, disamping menjaga amal ibadat kita kerana sesungguhnya tempat kembali kita adalah dunia akhirat yang kekal abadi dan dunia adalah sempadan akhirat yang memerlukan kita mempersiapkan diri untuk menempuhinya.

Walaupun pelbagai amaran Allah S.W.T kepada manusia di atas muka buminya seperti 'tanda-tanda kiamat' yang jelas kelihatan kini, namun sebagai umat muslimin di bumi Allah S.W.T, janganlah kita ego dengan kedudukan kita dan haruslah memperbanyakkan amal kita dan memohon ampun kepada Allah S.W.T seandainya kita melakukan dosa dan kesilapan kita sepanjang hari di bumi ini. Namun begitu, dalam kita berpuasa di siang hari, janganlah kita lupa untuk menunaikan ibadat solat terawih pada malam harinya, kerana Allah S.W.T menjanjikan pulangan yang amat besar kepada umat manusia yang mengerjakannya. Wallahuallam.


FADILAT SOLAT TERAWIKH DI BULAN RAMADAN

  • Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
  • Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
  • Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
  • Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
  • Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
  • Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Malam 10 - Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
  • Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
  • Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16 - Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
  • Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  • Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19 - Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  • Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
  • Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
  • Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
  • Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
  • Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
  • Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
  • Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
  • Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
    "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar"

**Salam Ramadan buat seluruh umat muslimin dan muslimat**

Jumaat, 21 Ogos 2009

Tribute to Allahyarham Ustaz Asri di TV3..... petang ini!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. nampaknya stesen TV3 akan menyiarkan secara ekslusif petang ini, bermula jam 6.00 petang (Jumaat, 21 Ogos 2009), tribute istimewa buat Allahyarham Ustaz Mohamad Asri bin Haji Ibrahim iaitu vokalis utama Kumpulan Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009 yang lalu. Tribute khas yang akan ditayangkan sejam itu akan memaparkan kompilasi persembahan Kumpulan Rabbani sewaktu Malam Sinar Maulidur Rasul 1428H (2007) dan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H(2009) yang menampilkan persembahan duet bersama Dato' Siti Nurhaliza, Amy Search, Akhir Havy dan Mawi.

Bukan itu saja, penonton juga akan disajikan detik-detik pengebumian Allahyarham Ustaz Asri serta wawancara khas bersama ahli Kumpulan Rabbani. Di samping itu, penonton juga boleh mengirimkan SMS takziah secara online yang akan dipaparkan melalui 'crawler' ketika program disiarkan. Justeru, buat pembaca setia portal ini dan pada semua umat islam yang meminati Kumpulan Rabbani, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Mohamad Asri bin Haji Ibrahim, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Pada anda yang ingin menyaksikan rakaman Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H (2009) yang telah diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan koleksi Rabbani 'Malam Sinar Maulidur Rasul' dalam bentuk VCD yang telahpun berada dipasaran sekarang!. Milikilah yang original.

p/s: To En Azadan Rabbani: Koleksi Rabbani nie tak ada dalam bantuk DVD ke? Ini rakaman penuh kan?. Alhamdulillah akan saya miliki untuk dijadikan koleksi peribadi di bulan Ramadan. Kepada pihak Astro terutamanya, Astro Oasis.. bile pulak korang nak wujudkan saluran khas bagi mengenang Allahyarham Ustaz Asri di Astro?. harap2 la ye...

**Kepada seluruh umat muslimin dan muslimat, Amy Ikram ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa esok... Sabtu 22 Ogos 2009. Puasa ye...**


Khamis, 20 Ogos 2009

'Dari National Geographic Channel..... ke Stesen RTM'.. banyak sungguh pertukaran!!


Benarkah setiap stesen tv yang ada di Malaysia ini mempunyai perbezaannya dari segi kandungan kualiti video dan format siarannya?. Apakah produk sesebuah dokumentari yang telah disiarkan di saluran antarabangsa seperti 'National Geographic Channel, History Channel dan Discovery Channel' perlu diubah format siarannya semata-mata untuk memenuhi kehendak stesen tv milik kerajaan, RTM?. Pelik dan ajaib sungguh stesen RTM apabila sebuah dokumentari yang telah ditayangkan di saluran astro terkenal itu diminta membuat perubahan apabila mahu ditayangkan di salah satu slot milik RTM. Bukan mempersoalkan kredibiliti stesen RTM itu, tetapi yang menjadi persoalan saya ialah 'apabila sesebuah dokumentari tempatan yang dihasilkan mengikut standard Discovery, Nat Geo dan History Channel' serta ditayangkan tanpa masalah ke seluruh dunia melalui rangkaian tersebut, dan apabila mahu ditayangkan di RTM, perlu membuat perubahan ke atas beberapa babak dan bahagian. Pelik kan? Cuba anda bayangkan apabila sesebuah dokumentari yang mengandungi scene 'interview beberapa tokoh', dan jika interview itu berulang kali walaupun seminit selepas sesebuah visual yang menggambarkan sesuatu persekitaran, perlu di 'super nama orang yang ditemuramah berulang kali'. Tidakkah ini merumitkan keadaan apabila sesebuah dokumentari itu telah ditayangkan dan diterima tayangan oleh 3 saluran antarabangsa milik astro itu dan bila ditukar siaran ke RTM perlu diubah hinggalah melibatkan banyak bahagian dan ini mungkin akan mencacatkan sesetengah babak. Bukan itu sahaja, ada juga panel penilaian di RTM mengganggu jalan cerita yang difokuskan di dalam sesebuah dokumentari apabila dihantar untuk penilaian sebelum siarannya.

Namun begitu, dalam perkara ini saya bukannya mempersoalkan kerja panel penilaian tersebut. Tetapi, apabila mereka menilai karya yang telah disiarkan di 3 saluran antarabangsa itu, semata-mata mahu siaran di RTM. Bukankah ia sungguh pelik? Apakah standard siaran di RTM lebih hebat daripada stesen 'Nat Geo, Discovery dan History?'. Seandainya sesebuah dokumentari itu baru hendak disiarkan di RTM dan tidak pernah disiarkan di mana-mana stesen tv lain, saya tak kisahlah. Tetapi, apabila sudah ditayangkan di saluran lain tanpa masalah, dan perlu diubah hingga menjejaskan beberapa elemen seperti grafik dan sebagainya, bukankah ia dua kali kerja dan melibatkan kos?. Justeru, mungkin ini kehendak RTM yang perlu kita ikuti jika mahu menayangkan produk kita di sana. Dan kepada pembikin filem dokumentari diluar sana, sebelum berniat mahu menayangkan di RTM produk anda, perlulah berjumpa panel penilaian teknikal RTM terlebih dahulu kerana merekalah pakar segala siaran sesebuah produk di RTM agar dilihat sempurna, tidak mencacatkan dan mungkin skema!. Benarkah?. Tepuklah dada tanyalah selera.

Wallahuallam.

p/s: saya tidak kata standard RTM merumitkan produk kita, tetapi apabila mereka meminta kita mengubah dari standard antarabangsa ke RTM.. bukankah itu pelik?. Yang saya kata.. adalah Dokumentari Perak Man @ Mengurai Zaman Silam terbitan NOVISTA yang perlu dibaiki untuk dihantar esok ke RTM.. hmm. pening-pening!!.. hahaha.

Rabu, 19 Ogos 2009

Sentuhan terakhir Yasmin Ahmad..... Lakonan Kahoe, Tan Mei Ling dan Sharifah Armani!!

Apakah yang cuba disampaikan Allahyarham Yasmin Ahmad menerusi 'Chocolate', sebuah filem pendek 3 minit lakonan Kahoe, Tan Mei Ling dan Sharifah Armani?. Adakah ia sebuah sindiran tajam buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang berbilang kaum?. Nak tahu apakah jawapannya? Anda kenalah sendiri menonton Chocolate yang ditayangkan kini menerusi portal 15Malaysia secara ekslusif.

Filem yang diterbitkan oleh Pete Teo, M.Effendy bersama Packet One Networks (P1 Wimax) ini mengisahkan seorang budak lelaki berketurunan Cina yang hidup dalam sebuah keluarga yang mempunyai masalah yang agak kritikal. Kedatangan seorang budak perempuan melayu ke kedai runcit milik keluarganya telah menimbulkan sedikit implikasi antara lelaki cina dan perempuan melayu. Apakah implikasi dan maksud yang tersirat dapat anda fahami menerusi Chocolate ini? Jom komen disini sambil memberikan pendapat masing-masing.

Chocolate, by Yasmin Ahmad




The Making Of 'Chocolate', by Pete Teo
this film directed by Yasmin Ahmad




p/s: Melalui dialog Kahoe 'tak cukup tak payah belila...'.. apakah yang tersirat di sebalik kata-katanya?. Kalau anda tahu.. jom komen disini.. kalau tak.. tengok la aje.. huhu

Yasmin Ahmad memory.. plz click...
http://www.adoimagazine.com/yasmin/


Selasa, 18 Ogos 2009

Osman Ali pengarah filem.... Dalam Botol?.


Selepas kejayaan filem 'Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru dan Anak Halal', pengarah filem kontroversi, Osman Ali dikatakan bakal menggantikan Shadan Hashim untuk mengarahkan naskhah terbitan Raja Azmi '... Dalam Botol', yang judul asalnya 'Anu Dalam Botol'. Filem yang memaparkan pergolakan kisah cinta sejenis ini akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Menurut Raja Azmi, pemilihan Osman Ali sebagai pengarah filem '.... Dalam Botol' adalah kerana jiwanya terlalu artistik, kreatif dan boleh menyampaikan apa yang tersirat disebalik yang tersurat. Ketika ditemubual melalui panggilan telefon sebentar tadi, Osman Ali menyatakan bahawa 'saya belum membuat keputusan samada untuk menerima atau tidak naskhah tersebut kerana skrip pun belum diterima. Jadi, agak sukar jika saya katakan job itu saya terima'.

Mungkin ada diantara anda tertanya-tanya, kenapakah Shadan Hashim menarik diri untuk mengarahkan filem ini!. Ini adalah kerana beliau tidak mampu menjiwai filem aliran sebegini kerana ia agak berat dan memerlukan penghayatan yang lebih. Oleh sebab itulah, Raja Azmi membuat keputusan untuk memilih Osman Ali menggantikannya. Tetapi, Osman Ali belum membuat keputusan secara rasmi.

Apabila bercakap pula mengenai para pelakon yang bakal membintangi ....Dalam Botol ini, Raja Azmi menjelaskan bahawa 'pemilihan para pelakon dibuat mengikut undian peminat menerusi portal murai.com', dan keputusan rasmi akan diberitahu pada suatu sidang akhbar sempena berbuka puasa tidak lama lagi. Justeru, kepada anda nantikan saja laporan terkini mengenai filem ...Dalam Botol yang dikatakan sebuah filem yang berani.. menggemparkan dan menakutkan melalui portal ini secara ekslusif.

p/s: Saya bersetuju seandainya Osman Ali mengarahkan filem bergenre seperti ini kerana apa yang sudah diketahui bahawa 'cara pengarahan, shot dan keberaniannya' begitu terserlah dalam menyampaikan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Wallahuallam.

-Filem Bukak Api adalah filem pertama Osman Ali yang telah mencetuskan kontroversi kerana ia memaparkan kisah kehidupan golongan transeksual yang agak sensitif-.

Isnin, 17 Ogos 2009

Isu rempit dalam filem: Wajarkah ia diharamkan sekadar memenuhi kehendak Kerajaan atau sentimen politik?

'Pengharaman adegan mat rempit, homoseksual dan transeksual' di dalam sesebuah penerbitan filem boleh dianggap suatu sentimen politik pihak kerajaan dalam menyekat kreativiti pembikin filem dalam menggambarkan suatu realiti kepada masyarakat. Tindakan sedemikian agak 'bodoh' sehinggakan menjadi isu yang agak panas diperdebatkan terutamanya dikalangan pembikin filem tempatan. Apakah kewajaran pihak kerajaan menentang golongan mat rempit dengan mensasarkan medium kandungan filem sebagai elemen dalam mempengaruhi minda anak-anak remaja, terutamanya belasan tahun?. Memang tidak dinafikan di dalam kehidupan seharian, jika dikatakan sesetengah filem mempengaruhi anak-anak remaja. Tetapi, apabila difokuskan kepada elemen 'rempit, transeksual dan homoseksual', ia seolah-olah cuba menghalalkan budaya lain yang lebih teruk daripada budaya 'rempit, pondan mahupun gay songsang'.

Jika diperhatikan kepada kandungan filem lain umpamanya 'filem-filem Hollywood, mahupun filem digital yang boleh ditonton, diupload masuk atau diakses melalui internet (terutamanya portal youtube.com), boleh dikatakan juga turut menyumbang kepada kerosakan dan keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan. Di dalam hal ini, kenapa ia tidak dibendung oleh pihak kerajaan melalui sinema dan karya antarabangsa yang ligat ditayangkan kini dipawagam-pawagam tempatan seluruh Malaysia. Apakah gambaran sesetengah scene filem Hollywood seperti (menunggang arak, bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa muhrim, adegan lasak yang menggemparkan, rempit dan lumba kereta yang lebih teruk dari rempit Malaysia) dibiarkan tayangannya di Malaysia dengan alasan 'ia sebuah karya luar dan ia bukan budaya kita'. Ya, memang bukan budaya kita. Tetapi 'bukan budaya kita' itulah yang sering diikuti oleh golongan remaja kita, kerana rata-ratanya menganggapkan filem Malaysia adalah membosankan serta agak stereotype dan lebih kepada filem 'perpaduan yang hipokrit' walhal masyarakat kita lebih 'kebaratan' hidupnya berbanding adat ketimuran yang tinggi nilai kesopanan dan kesusilaannya.

Berbalik kepada isu pengharaman adegan rempit menerusi filem, sebuah karya arahan pelakon filem terkenal, Farid Kamil 'Remp-it V3' khabarnya tidak layak ditayangkan dipawagam tempatan, walhal Remp-it V3 diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Walaupun diberi kelonggaran penggambarannya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi naskhah skrip yang diedarkan sebelum penggambaran, tiada masalah tetapi apabila wujud undang-undang dalam mengharamkan 'adegan dan perlakuan rempit' dilayar skrin seolah-olah sentimen politik pihak kerajaan kepada penggiat filem tempatan, dan ini memberikan implikasi kepada karyawan tempatan, tetapi karya luar 'maha dasyat teruknya' dibiarkan tayangannya di pawagam. Apakah ia adil atau sekadar 'duduk dikerusi makan gaji dan mengiyakan keputusan demi masyarakat' walhal diluar sana lagi teruk daripada apa yang dipaparkan. Apakah karyawan tempatan tidak lagi dibenarkan berkarya atas nama 'realiti'?. Apakah kita hanya boleh berkarya yang 'baik-baik belaka' dan tidak boleh menimbukan dramatik yang lebih-lebih dalam setiap lakon layar. Jika ya, maka 'tutuplah industri filem dan hiburan kita', dan tidak perlu lagi membazirkan duit menghasilkan sebuah karya walhal itulah proses kehidupan sebenar yang dibukukan bukannya suatu paksaan kepada kita untuk menerima atau tidak atas apa yang digambarkan.

Justeru, pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia perlulah mengkaji dengan sedalam-dalamnya sesuatu perkara atau undang-undang yang melibatkan kandungan sesebuah filem, bukannya terus menghasilkan tetapi sebenarnya mendustakan kerana 'apa yang dikatakan' sebenarnya adalah kehidupan kita sebenarnya. Oleh itu, tidak perlu mengetatkan apa yang sudah berlaku kerana kita perlu tanya diri kita 'apakah kita berada di dalam kehidupan yang sempurna dan baik-baik belaka' sedangkan di sekeliling kita dipenuhi dengan manusia yang dusta, hipokrit dan pentingkan diri sendiri.

Tepuk dada tanyalah selera.
Wallahuallam.

Tanyalah diri kita apakah:-

  • ada diantara kita hidup berpaksikan agama dan Al-Qur'an!.
  • Kita mengikuti suruhan dan meninggalkan larangan-NYA?
  • Kita manusia yang disayangi Allah S.W.T sedangkan kehidupan kita penuh dengan segala kejahatan daripada kebaikan , walaupun kebaikan itu adalah sekadar lakonan?.
  • Kita sudah bersedia menempuh alam akhirat
  • Kita menutup aurat dimuka bumi sedangkan tertera di dalam Al-Qur'an bahawa membuka aurat adalah dosa yang sangat besar.
Semoga Allah S.W.T melindungi kita dan menempatkan kita dikalangan manusia yang disayangi-NYA. Wallahuallam.

Sabtu, 15 Ogos 2009

'H1N1 dan Jerebu', tanda kiamat?!

Sejak beberapa bulan ini, kadar kematian di negara kita agak meningkat ke paras yang membimbangkan terutamanya buat seluruh rakyat Malaysia. Fenomena 'H1N1 dan Jerebu' yang melanda di negara kita menunjukkan bahawa 'tanda-tanda kiamat hampir tiba samada kiamat kecil mahupun kiamat besar'. Menurut Al Qur'an, tanda-tanda kiamat merupakan petunjuk daripada Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia yang menandakan bahawa dunia sudah sampai ke penghujungnya. Maka, kita sebagai umat islam yang sentiasa disayangi oleh Allah S.W.T, perlulah mempersiapkan diri kita untuk memperbanyakkan amal ibadat dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda-tanda besar Kiamat akan berlaku apabila:-
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Lahirnya Dajjal.
  • Keluar asap tebal. (JEREBU)
  • Turunnya Nabi Isa a.s.
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  • Runtuhnya Ka'abah
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  • Ada azan tak di jawab
  • 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi. Tanda-tanda kecil kiamat pula menyatakan bahawa:-

  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu petikan]
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu petikan]
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu petikan]
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu petikan]
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu petikan]
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu petikan]
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu petikan]
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu petikan]
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-hadis bawah-

  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

-hadis bawah-

  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

-hadis bawah-

  • Orang akan melakukan homoseksual.

-hadis bawah-

  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.

- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

  • Berkurangnya sifat amanah

-hadis bawah-

  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-hadis bawah-

  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-hadis bawah-

  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-hadis bawah-

  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-hadis bawah-

  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-hadis bawah-

  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

[perlu petikan]

  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-hadis bawah-

  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-hadis bawah-

  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-hadis bawah-

  • Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

[perlu petikan]

  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

[perlu petikan]

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

[perlu petikan]

  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

[perlu petikan]

  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-hadis bawah-

  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Justeru, berwaspadalah kita kerana kiamat akan tiba bila-bila masa yang dikehendaki-NYA. Sesunguhnya barang siapa yang meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam, maka tempat kembalinya adalah neraka jahanam yang kekal abadi.

Wallahuallam.

-Al Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani-
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Jumaat, 14 Ogos 2009

'Tangisan Kerinduan' by Amy Ikram Ismail (Tribute To Yasmin Ahmad)



'Tangisan Kerinduan'
by Amy Ikram Ismail

Seorang anak seni yang cukup dikagumi
Bakat kreativitinya cukup menyentuh perasaan
Kelantangannya berbicara dalam berkongsi rasa
Menyatukan ikatan yang terpisah jauh
Antara jiwa satu hati
Setiap nukilannya membuihkan rasa cinta
Tanpa mengenal batas usia, bangsa dan budaya.....

Kini...
Tiada lagi ungkapan kata-kata dan gelak ketawa yang sering didengari...
Tiada lagi sentuhan magis dalam karyanya yang boleh dikongsi
Hanyalah tangisan kerinduan mengiringi...

Perginya kasih tiada tandingan...
Diabadikan hingga ke akhir hayat...
Allahyarham Yasmin Ahmad...
Moga rohmu dicucri rahmat..

Nukilan rasa : Amy Ikram Ismail


Petikan Klip Khas Tribute To Yasmin Ahmad by Amy Ikram
(telah ditayangkan pada malam FFM22, 2009 Awards Nights 8 Ogos 2009.)



Untuk menonton tribute video di atas ini, sila tunggu sampai full loading. Tribute ini berada di akhir video ini.

**Special thank's to Primeworks Studio, Adibah Noor (Beautiful Voice in this video) and Pete Teo (Aizat-Pergi theme song from Talentime)**