Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 27 Ogos 2009

Astro Wujudkan Saluran Khas untuk Datuk Siti Nurhaliza!!


Mulai 30 dan 31 Ogos 2009 (selama 2 hari), stesen tv berbayar Astro dengan bangganya memperkenalkan satu saluran khas yang diberi nama ASTRO SITI yang akan beroperasi selama 24 jam tanpa henti menerusi channel 188 Astro. Saluran khas ini diwujudkan Astro secara ekslusif buat peminat Datuk Siti Nurhaliza secara percuma sempena kemerdekaan negara yang ke-52. Menerusi saluran SITI tersebut, pelanggan Astro akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan menarik yang melibatkan penyanyi popular tersebut termasuk rakaman penuh konsert SATU Datuk Siti Nurhaliza yang telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 26 - 28 Jun 2009 lalu. Konsert Istimewa ini akan disiarkan pada 30 dan 31 Ogos 2009 tanpa henti di saluran tersebut.

Ketika ditemui di sidang media tersebut, Siti terharu apabila diberikan satu saluran khas walaupun dalam tempoh yang singkat. Siti tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk memiliki saluran sendiri. Katanya lagi dengan memiliki saluran sendiri akan membuatkan dirinya sentiasa berfikir dan merancang untuk menghasilkan produk-produk yang berkualiti selain program-program yang dapat memberi manafaat kepada peminatnya. Justeru, kepada anda pelanggan Astro dan peminat beliau, jangan lupa untuk menyaksikan saluran dedikasi khas, SITI di Saluran 188 secara percuma selama dua hari tanpa henti di hujung minggu ini.

Jadual Konsert Satu di Astro 188

30 Ogos 2009
8 malam

31 Ogos 2009
2 pagi
8 pagi
2 petang
8 malam
10.30 malam


p/s: Tahniah buat Datuk Siti kerana Astro mewujudkan saluran khas tersebut, apatah lagi ia di adakan musim kemerdekaan ke-52 tahun. Namun, persoalan di sini adalah apakah saluran tersebut nanti akan mewujudkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak sepertimana Astro mewujudkan Saluran Yasmin Ahmad Dalam Kenangan?. Bagi saya, kedua-dua saluran tersebut adalah hak Astro untuk mewujudkannya atau tidak. Namun, sebagai penonton kita punyai hak samada untuk menontonnya atau tidak. Jadi.. tak perlulah menyatakan bahawa 'anda tidak suka!'.. okay!!

0 comments :