Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 20 Ogos 2009

'Dari National Geographic Channel..... ke Stesen RTM'.. banyak sungguh pertukaran!!


Benarkah setiap stesen tv yang ada di Malaysia ini mempunyai perbezaannya dari segi kandungan kualiti video dan format siarannya?. Apakah produk sesebuah dokumentari yang telah disiarkan di saluran antarabangsa seperti 'National Geographic Channel, History Channel dan Discovery Channel' perlu diubah format siarannya semata-mata untuk memenuhi kehendak stesen tv milik kerajaan, RTM?. Pelik dan ajaib sungguh stesen RTM apabila sebuah dokumentari yang telah ditayangkan di saluran astro terkenal itu diminta membuat perubahan apabila mahu ditayangkan di salah satu slot milik RTM. Bukan mempersoalkan kredibiliti stesen RTM itu, tetapi yang menjadi persoalan saya ialah 'apabila sesebuah dokumentari tempatan yang dihasilkan mengikut standard Discovery, Nat Geo dan History Channel' serta ditayangkan tanpa masalah ke seluruh dunia melalui rangkaian tersebut, dan apabila mahu ditayangkan di RTM, perlu membuat perubahan ke atas beberapa babak dan bahagian. Pelik kan? Cuba anda bayangkan apabila sesebuah dokumentari yang mengandungi scene 'interview beberapa tokoh', dan jika interview itu berulang kali walaupun seminit selepas sesebuah visual yang menggambarkan sesuatu persekitaran, perlu di 'super nama orang yang ditemuramah berulang kali'. Tidakkah ini merumitkan keadaan apabila sesebuah dokumentari itu telah ditayangkan dan diterima tayangan oleh 3 saluran antarabangsa milik astro itu dan bila ditukar siaran ke RTM perlu diubah hinggalah melibatkan banyak bahagian dan ini mungkin akan mencacatkan sesetengah babak. Bukan itu sahaja, ada juga panel penilaian di RTM mengganggu jalan cerita yang difokuskan di dalam sesebuah dokumentari apabila dihantar untuk penilaian sebelum siarannya.

Namun begitu, dalam perkara ini saya bukannya mempersoalkan kerja panel penilaian tersebut. Tetapi, apabila mereka menilai karya yang telah disiarkan di 3 saluran antarabangsa itu, semata-mata mahu siaran di RTM. Bukankah ia sungguh pelik? Apakah standard siaran di RTM lebih hebat daripada stesen 'Nat Geo, Discovery dan History?'. Seandainya sesebuah dokumentari itu baru hendak disiarkan di RTM dan tidak pernah disiarkan di mana-mana stesen tv lain, saya tak kisahlah. Tetapi, apabila sudah ditayangkan di saluran lain tanpa masalah, dan perlu diubah hingga menjejaskan beberapa elemen seperti grafik dan sebagainya, bukankah ia dua kali kerja dan melibatkan kos?. Justeru, mungkin ini kehendak RTM yang perlu kita ikuti jika mahu menayangkan produk kita di sana. Dan kepada pembikin filem dokumentari diluar sana, sebelum berniat mahu menayangkan di RTM produk anda, perlulah berjumpa panel penilaian teknikal RTM terlebih dahulu kerana merekalah pakar segala siaran sesebuah produk di RTM agar dilihat sempurna, tidak mencacatkan dan mungkin skema!. Benarkah?. Tepuklah dada tanyalah selera.

Wallahuallam.

p/s: saya tidak kata standard RTM merumitkan produk kita, tetapi apabila mereka meminta kita mengubah dari standard antarabangsa ke RTM.. bukankah itu pelik?. Yang saya kata.. adalah Dokumentari Perak Man @ Mengurai Zaman Silam terbitan NOVISTA yang perlu dibaiki untuk dihantar esok ke RTM.. hmm. pening-pening!!.. hahaha.

0 comments :