Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 12 Ogos 2009

Filem Talentime Yasmin Ahmad ditayangkan semula di Pawagam!!

Berita baik buat anda, filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad akan ditayangkan semula di pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula esok, 13 Ogos 2009. Tayangan ini adalah dibawakan khas oleh Primeworks Studio kerjasama GSC, TGV dan beberapa pawagam yang lain. Menurut Dato' Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad:-

“Yasmin Ahmad adalah ikon industri filem negara kita yang akan dirindui, dan kami ingin mengingati sumbangan beliau kepada industri ini, dan berharap mereka yang pernah menonton filem ini akan menontonnya sekali lagi bersama kami untuk menghargai sumbangan Yasmin Ahmad, sambil membantu mereka yang kurang bernasib baik.”

Tambah beliau lagi...

“Setiap kutipan RM 1 dari tiket tayangan Talentime ini akan didermakan kepada golongan masyarakat melalui beberapa agensi yang memerlukannya. Yasmin pembikin filem yang sukar dicari ganti ”

Talentime akan ditayangkan di pawagam-pawagam berikut di seluruh negara termasuk:

  • GSC Cinemas di Midvalley Megamall (KL), Queensbay Mall (Penang), Sunway Carnival (Prai), Dataran Pahlawan (Melaka), Alamanda (Putrajaya)
  • TGV Cinema di KLCC (KL), Bukit Tinggi (Klang), Bukit Raja (Klang), Tebrau City (Johor), Cheras Selatan (KL), 1Utama (Petaling Jaya)
  • MBO Cinemas di Ampang (Selangor), Batu Pahat Mall (Johor), MBO Kluang (Johor), MBO Skudai (Johor)
  • Independent Cinemas di Growball (Kota Kinabalu) and The Mall (Brunei)
  • Big Cinemas / Lotus 5 Star in Taiping (Perak), Teruntum (Kuantan), Riverside (Kuching), Alor Setar (Kedah).

p/s: Saya cukup sebak apabila adik Yasmin Ahmad, Datin Orked menjelaskan pada Malam FFM22 di Kota Kinabalu, Sabah, ''Kakak saya sebelum tidur, dia akan memohon ampun pada Allah S.W.T dan memaafkan kesalahan orang yang pernah menyinggung perasaannya".

**Apakah ada di antara kita sebelum tidur melakukan perkara sedemikian?. Kita cuma fikir nak tidur kan?. Ada juga yang membuat maksiat sebelum tidur... Tak fikir yang kita hidup di dunia ini sementara. Ada juga yang ego... Wallahuallam**

3 comments :

salam, sila:
http://tontonfilem.blogspot.com/2009/08/sebuah-festival-kecil-tapi-besar-dan.html

hye ikram...terima kasih kerana memberikan satu blog yang khusus untuk dunia perfileman..saya dah lama perhatikan awak since ur comolot di war2kan....maksudnya saya suka akrya dan penulisan awak...hmmm...ikram,saya ada soalan...filem go,thaddeus tue dah siap ker????i read everything about that guy...so x sabar nak tgk movie tue...

hi amyikram... saya nak tanya, ada kawan saya cakap tayangan filem tu satu hari je. 13hb je. betul ke. tapi dalam blog kamu, kamu tulis bermula 13hb.

kalau boleh saya mahu dapatkan info yang betul. dari 13hb sampai berapa hb..

tq