Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 17 Ogos 2009

Isu rempit dalam filem: Wajarkah ia diharamkan sekadar memenuhi kehendak Kerajaan atau sentimen politik?

'Pengharaman adegan mat rempit, homoseksual dan transeksual' di dalam sesebuah penerbitan filem boleh dianggap suatu sentimen politik pihak kerajaan dalam menyekat kreativiti pembikin filem dalam menggambarkan suatu realiti kepada masyarakat. Tindakan sedemikian agak 'bodoh' sehinggakan menjadi isu yang agak panas diperdebatkan terutamanya dikalangan pembikin filem tempatan. Apakah kewajaran pihak kerajaan menentang golongan mat rempit dengan mensasarkan medium kandungan filem sebagai elemen dalam mempengaruhi minda anak-anak remaja, terutamanya belasan tahun?. Memang tidak dinafikan di dalam kehidupan seharian, jika dikatakan sesetengah filem mempengaruhi anak-anak remaja. Tetapi, apabila difokuskan kepada elemen 'rempit, transeksual dan homoseksual', ia seolah-olah cuba menghalalkan budaya lain yang lebih teruk daripada budaya 'rempit, pondan mahupun gay songsang'.

Jika diperhatikan kepada kandungan filem lain umpamanya 'filem-filem Hollywood, mahupun filem digital yang boleh ditonton, diupload masuk atau diakses melalui internet (terutamanya portal youtube.com), boleh dikatakan juga turut menyumbang kepada kerosakan dan keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan. Di dalam hal ini, kenapa ia tidak dibendung oleh pihak kerajaan melalui sinema dan karya antarabangsa yang ligat ditayangkan kini dipawagam-pawagam tempatan seluruh Malaysia. Apakah gambaran sesetengah scene filem Hollywood seperti (menunggang arak, bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa muhrim, adegan lasak yang menggemparkan, rempit dan lumba kereta yang lebih teruk dari rempit Malaysia) dibiarkan tayangannya di Malaysia dengan alasan 'ia sebuah karya luar dan ia bukan budaya kita'. Ya, memang bukan budaya kita. Tetapi 'bukan budaya kita' itulah yang sering diikuti oleh golongan remaja kita, kerana rata-ratanya menganggapkan filem Malaysia adalah membosankan serta agak stereotype dan lebih kepada filem 'perpaduan yang hipokrit' walhal masyarakat kita lebih 'kebaratan' hidupnya berbanding adat ketimuran yang tinggi nilai kesopanan dan kesusilaannya.

Berbalik kepada isu pengharaman adegan rempit menerusi filem, sebuah karya arahan pelakon filem terkenal, Farid Kamil 'Remp-it V3' khabarnya tidak layak ditayangkan dipawagam tempatan, walhal Remp-it V3 diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Walaupun diberi kelonggaran penggambarannya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi naskhah skrip yang diedarkan sebelum penggambaran, tiada masalah tetapi apabila wujud undang-undang dalam mengharamkan 'adegan dan perlakuan rempit' dilayar skrin seolah-olah sentimen politik pihak kerajaan kepada penggiat filem tempatan, dan ini memberikan implikasi kepada karyawan tempatan, tetapi karya luar 'maha dasyat teruknya' dibiarkan tayangannya di pawagam. Apakah ia adil atau sekadar 'duduk dikerusi makan gaji dan mengiyakan keputusan demi masyarakat' walhal diluar sana lagi teruk daripada apa yang dipaparkan. Apakah karyawan tempatan tidak lagi dibenarkan berkarya atas nama 'realiti'?. Apakah kita hanya boleh berkarya yang 'baik-baik belaka' dan tidak boleh menimbukan dramatik yang lebih-lebih dalam setiap lakon layar. Jika ya, maka 'tutuplah industri filem dan hiburan kita', dan tidak perlu lagi membazirkan duit menghasilkan sebuah karya walhal itulah proses kehidupan sebenar yang dibukukan bukannya suatu paksaan kepada kita untuk menerima atau tidak atas apa yang digambarkan.

Justeru, pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia perlulah mengkaji dengan sedalam-dalamnya sesuatu perkara atau undang-undang yang melibatkan kandungan sesebuah filem, bukannya terus menghasilkan tetapi sebenarnya mendustakan kerana 'apa yang dikatakan' sebenarnya adalah kehidupan kita sebenarnya. Oleh itu, tidak perlu mengetatkan apa yang sudah berlaku kerana kita perlu tanya diri kita 'apakah kita berada di dalam kehidupan yang sempurna dan baik-baik belaka' sedangkan di sekeliling kita dipenuhi dengan manusia yang dusta, hipokrit dan pentingkan diri sendiri.

Tepuk dada tanyalah selera.
Wallahuallam.

Tanyalah diri kita apakah:-

  • ada diantara kita hidup berpaksikan agama dan Al-Qur'an!.
  • Kita mengikuti suruhan dan meninggalkan larangan-NYA?
  • Kita manusia yang disayangi Allah S.W.T sedangkan kehidupan kita penuh dengan segala kejahatan daripada kebaikan , walaupun kebaikan itu adalah sekadar lakonan?.
  • Kita sudah bersedia menempuh alam akhirat
  • Kita menutup aurat dimuka bumi sedangkan tertera di dalam Al-Qur'an bahawa membuka aurat adalah dosa yang sangat besar.
Semoga Allah S.W.T melindungi kita dan menempatkan kita dikalangan manusia yang disayangi-NYA. Wallahuallam.

5 comments :

semua elemen2 tersebut x salah jika nk dtonjolkan..msalahnya pengarah hanya tahu menggunakan elemen ini tetapi dengan tema yg cliche.ini membuat malaysia tidak dapt membentuk golongan berilmu..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

i thnk it just politik.
sekadar nak tunjuk yg 'something has been done' HAHAHA! klakar sgt.

the fact that it doesnt change anything to rempit/bohsia/gays.

anyway kreatiflah sket kalo nak tunjuk budaya2 reality pon, pengarah ada tanggungjawab.

i just dont like pengarah2 yg sebenarnya menjual sex dlm filem utk buat duit,tapi guna alasan nak tonjolkan reality sebenar, then blame finas bila filem tkleh tayang or kena potong.

dat show how shallow pengarah2 kt mesia nie.byk cara nak tonjolkan adegan sex. boleh guna byk teknik yg subtle yet still carry the same meaning.

bodoh sgt, alasan nak tunjuk reality rogol, koz nak bagi pengajaran then adegan rogol pun dibuatlah, londeh sana sini.padhal hakikat sebenar they are selling sex to make money :P aka gimik2 komersil nak lariskan filem kt panggung.

bukannya tak belajar filem pengarah2 di mesia ni. pegi university tinggi2 tapi zero, tak membudayakan masyarakat dgn filem, tak didik masyarakat tuk tgk filem, buat jugak filem2 1+1=2 tu.

then bila dah kena gam finas. salahkan finas.filem tak laku?salahkan masyarakat. salahkan filem hollywood. on and on for years :P

dont these ppl ever sit back and think they that they are actually the one to be blame?huhuhu

yang jadi salah kerana cara penyampaian pengarah yang tak kena...

jadi pengarah la salahnya...

mungkin kurang belajar tentang teknik penyampaian filem seperti ini....

mmg berat memikul dan membikin filem aliran seperti ini...

tapi ada cara...

nk tau cara...pegi sekolah filem dulu....

:)

Dalam hal ni, semua pihak bersalah. Dah, selesai cerita. Kerajaan salah sebab tak bagi penggiat seni mengekspresikan karya mereka. Yang FINAS pun tak berpegang teguh pada genre filem yang boleh ditayangkan. Pengarah filem pun satu hal, pasal apa cerita cliche yang berunsur rempit dan rogol juga nak disutradarakan. Macam takde genre lain yang lebih berkonsepkan realiti nak tunjuk.

Bagi mewakili golongan remaja, aku nak tegaskan kat sini yang tak kiralah cerita Hollywood ke Malaywood ke, kalau dah ada aksi ranjang bagai, memang adalah yang akan ikut. Aku faham nilai ekstetika sesebuah filem bagai tapi kita ni orang Malaysia, dipengaruhi budaya Ketimuran. Alasan banyak filem 'kononnya' patriotik dibuat bukannya alasan untuk menayangkan filem berunsur ranjang dan sebagainya.

Memang rasa bosan bila tengok asyik-asyik filem yang menerapkan unsur nilai murni tetapi fikirlah, anak muda sekarang ni mudah terpengaruh. Tak mustahil karya seni yang tadinya menunjukkan realiti tu jadi realiti sungguh dikerjakannya. Seni dan realiti merangkumi banyak aspek tetapi mengapa lebih difokuskan kepada 18xx? Takde genre lain? Selaku penggiat seni, pastinya mereka ni ada banyak idea selain daripada cerita 'realiti' tu. Tak dinafikan, memang semua tu terjadi dalam kehidupan tetapi gunalah teknik atau cara penyampaian yang beragak-agak.

Kerajaan pulak, kalau dah alang-alang nak menyekat, sekat sekali filem Hollywood tu. Be fair to all people. Ini, penggiat kita punya filem diharamkan, Hollywood punya import tak sudah, bila mahu maju?

Fikir-fikir dan renungkanlah.