Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Selasa, 25 Ogos 2009

"mengancam habis!!'.... Akan datang Julai 2010... Libas Jurey Rosli!

Apakah yang dimaksudkan dengan Libas?. Adakah ia sebuah karya yang boleh dikatakan 'cukup mengancam habis!', apabila ia ditayangkan kelak mulai Julai 2010?. Mampukah ia mengatasi jumlah kualiti sesebuah filem tempatan yang sedia ada?. Nantikan kehangatan Libas, sebuah karya Jurey Rosli akan menggamit anda ke pawagam 2010 nanti. Tidak percaya? Saksikan trailer khas ini...



Sinopsis Libas

Libas mengisahkan tentang Adnan, Raja Libas (Rosyam Nor) yang sudah tidak boleh beraksi lagi di gelanggang sepak takraw kerana kakinya telah ditempangkan oleh regu Thailand yang terdiri dari Propchai (Adam Corrie, bekas koreografer Akademi Fantasia), Pratapol (Yus Waisar) dan Ak Nangkhon (Zek Zamri Gerak Khas) serta Topap dalam satu perlawanan tahun sebelumnya.

Merasa bersalah kerana telah memberikan kemenangan mudah sehinggakan tekongnya mati diracun dengan bola ke dada, Adnan kini cuba membentuk regu baru. Pencarian Raja Libas itu telah membawa kepada penemuan Hamidi (Johan Raja Lawak) seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok (Fadzly Kamarulzaman) seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa, selain Ratna (Scha). Bagi melengkapkan pasukan, maka Megat (Beego) telah menawarkan diri, tanpa disedari bahawa Megat telah diupah oleh pasukan dari Thailand bagi mensabotaj pasukan negara.


p/s: Daripada trailer saya dapat rasakan yang LIBAS adalah sebuah karya yang amat menarik. Namun, apakah naratif dan storytellingnya boleh dikatakan cukup mengancam?. Itu saya tak boleh cakap la.. coz saya belum nonton lagi ya... Jika ada prebiunya.. akan saya update ok..

1 comments :

KUNJUNGAN ENCIK JUREY ROSLI MEMBUATKAN KAMI TERUJA..!!!(KOMUNIKASI UMS).BELIAU MENGADAKAN BENGKEL SELAMA 3 HARI BERTURUT-TURUT BERSAMA PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI TERSEBUT. DAN SUNGGUH XSANGKA BELIAU TELAH MENGHASILKAN BANYAK DRAMA-DRAMA MELAYU YANG BERSIFAT KEBANGSAAN DAN KEROHANIAN.TAHNIAH ENCIK JUREY!!!!