Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 29 Ogos 2009

Muzik Islam di anaktirikan di bumi Malaysia?


Apakah muzik berirama nasyid yang memuji kebesaran Allah S.W.T dianggap muzik low class oleh sesetengah pihak?. Adakah irama yang dilagukan oleh sesetengah kumpulan nasyid yang ada boleh dikatakan membosankan halwa telinga masyarakat Malaysia?. Mungkinkah senikata ciptaan mereka tidak setanding lagu-lagu popular ciptaan komposer terkenal?. Jika ya, maka terbuktilah bahawa muzik islam sememangnya dipandang rendah oleh segelintir rakyat Malaysia. Namun, ada juga yang menggemarinya malahan itu cuma dalam kelompok yang agak kecil.

'Rabbani, Raihan dan Hijjaz' antara puluhan kumpulan Nasyid yang popular di Malaysia. Kewujudan mereka pada tahun 2007 adalah pecahan dari gabungan kumpulan Nadamurni yang begitu popular suatu ketika dahulu, malahan vokalis utama Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri adalah vokalis bersama kumpulan Nadamurni yang tidak boleh ditandingi kehebatannya. Pemergian Ustaz Asri Rabbani ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009 lalu meninggalkan impak yang sangat besar terhadap industri hiburan nasyid negara kerana beliaulah idol nasyid yang terunggul di bumi Malaysia. Namun, dalam kesedihan kita meratapi kehilangannya, kumpulan nasyid Raihan pula tidak terkecuali memberitahu media bahawa 'irama masyid kini dipandang sepi oleh sesetengah pihak terutamanya daripada pihak kerajaan'. Susulan dari itu, kumpulan Raihan dikatakan agak sukar mendapat tajaan untuk membuat persembahan di negara sendiri, malahan di luar negara mereka dihargai dan diterima masyarakat dunia kerana aliran muzik yang dibawa mereka amat bersesuaian, tetapi di Malaysia mereka di anaktirikan.

Menurut Che Amran Idris, 40, dari kumpulan Raihan menyatakan bahawa, 'saya hairan kenapa syarikat ternama yang diterajui oleh orang islam tidak mahu memberikan sokongan kepada kami sedangkan apa yang kami lakukan untuk mendidik ummah menuju ke jalan kebaikan dan diredai Allah Taala. Kementerian yang menguruskan kesenian negara juga menganaktirikan kami. "Setiap tahun mereka hantar wakil dalam pelbagai cabang seni untuk mempromosikan nama Malaysia dan menyertai pertandingan di luar. "Sekali pergi bukannya seorang dua, tetapi apabila Raihan minta sedikit tajaan, langsung tidak diendahkan. Dalam perkara ini kami tidak tahu di mana salah dan silapnya. "Ketika Raihan membuat persembahan di Perancis sedikit masa lalu, saya perhatikan masyarakat di sana sangat menyokong pelbagai kumpulan nasyid luar negara yang bertandang. "Kumpulan nasyid itu dihantar kerajaan masing-masing sedangkan kami macam pengemis hendak minta tajaan. Mereka meminati Raihan kerana budaya Melayu yang kami tonjolkan dan nasyid kami juga agak moden dan kontemporari."Jika nasyid tempatan di sanjung tinggi oleh masyarakat luar, saya merayu berilah ruang baru kepada kami menyemarakkan irama itu di Malaysia', katanya.

Justeru, pada pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia perlulah memikirkan perkara ini seadanya dan jangan memilih soal aliran muzik untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia kerana muzik yang baik mampu mendidik masyarakat agar menjadi masyarakat yang berhemah, bertamadun dan dipandang tinggi. Oleh itu, buangkanlah fahaman anda bahawa 'muzik nasyid hanya sesuai untuk bulan Ramadan dan Hari Raya' kerana nasyid itu sendiri adalah satu muzik yang perlu dihargai tidak kira di mana jua kita berada.

Wallahuallam.

p/s: Saya juga hairan kenapa acara-acara @ event yang dianjurkan Kerajaan tidak menjemput kumpulan nasyid untuk membuat persembahan?. Bukannya susah pun. Adakah aliran muzik yang disajikan tidak memberahikan sepertimana muzik pop yang lain?. Tepuk dada tanya selera.

2 comments :

I sympathise nasyid groups in Malaysia. the core problem happening here in this country is that we are not proud of our own song and culture.

orang luar iktiraf karya dan hasil kita tapi di bumi sendiri kita di kritik dan di anaktirikan. amat pathetic.

:'(

itu jelas sekali menunjukkan perilaku n citarasa kebykn org2 Msia terutama org2 yg berada d atas yg rata2nya blm 'merdeka'....