Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 4 Ogos 2009

Seksualiti Merdeka 2009: Our Bodies Our Rights!!



Program ini mengalukan kedatangan anda yang sentiasa berfikiran terbuka!!.


Sempena menyambut kemerdekaan ke 52 tahun Malaysia, Annexe Gallery, Kuala Lumpur kerjasama Bar Council Human Rights Committee, PT Foundation, SUARAM, KRYSS, Women's Candidacy Initiative, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Purple Lab, Matahari Books dan Twenty.One Kitchen Bar dengan rasminya menganjurkan 'Seksualiti Merdeka' mulai 12 Ogos hingga 16 Ogos 2009, bertempat di Annexe Gallery, Central Market, Kuala Lumpur. Satu program yang menampilkan pelbagai acara menarik antaranya, tayangan filem dan dokumentari terpilih, diskusi bersama panel khas terhadap beberapa isu berkaitan gender, seksual dan sebagainya. Program yang akan dirasmikan pada 15 Ogos 2009, pukul 12.00 tengah hari oleh Datin Paduka Marina Mahathir ini mengalu-alukan kedatangan anda semua kerana acara yang berlangsung selama 5 hari ini khabarnya menyediakan pelbagai elemen yang pasti membuatkan anda tidak akan berganjak dari Annexe Gallery sehinggalah sesuatu program itu berakhir. Nak tahu apakah acara yang disajikan kepada anda nanti? (lihat di bawah). Anda pasti teruja!!. Tidak percaya?.
- amy ikram ismail
---------------------------------------------------------------------------------------------------


SCHEDULE

Wed 12/8
8.30pm: Talkshow: ALL YOU NEED IS LOVE

Thu 13/8
12pm: Documentary: CELLULOID CLOSET
2pm: Documentary: BUKAK API
4pm: Documentary: BEFORE STONEWALL
8.30pm: Theatre: THAT’S THE WAY I LIKE IT
8.30pm: Workshop: KAFE BISIKAN SEKS & SEKSUALITI

Fri 14/8
12pm: Documentary: SOUTHERN COMFORT
2pm: Documentary: PECAH LOBANG + SHE’S MY SON
4pm: Documentary: THE TIMES OF HARVEY MILK
8.30pm: Theatre: THAT’S THE WAY I LIKE IT
8.30pm: Workshop: KAFE BISIKAN SEKS & SEKSUALITI

Sat 15/8
12pm: SEKSUALITI MERDEKA LAUNCH
2pm: Debate: MORAL POLICING – IS IT JUSTIFIED?
4pm: Book Launch: BODY 2 BODY: A MALAYSIAN QUEER ANTHOLOGY
6pm: Forum: THE LAW & OUR BODIES
8.30pm: Concert: RAINBOW MASSACRE

Sun 16/8
12pm: Tutorial: IT’S A QUEER WORLD – QUEER THEORY 101
12pm: Workshop: THE SEX TALK SHOW
2pm: Talk: Screwed – THE STATE OF HUMAN RIGHTS IN MALAYSIA
2pm: Forum: WHO’S AFRAID OF SEX?
4pm: Talk: LEGALISING NATURE: HONG KONG, INDIA & SINGAPORE
4pm: Workshop: POLICE POWER
6pm: Discussion: STEP BY STEP
8.30pm: Concert: RAINBOW MASSACRE

-------------------------------------------------------------------------------------------------
**Seksualiti Merdeka merupakan satu platform khusus buat anda rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka dalam berkongsi rasa terhadap 'seksual , keinginan serta pergaulan'. Ingat program ini bukan event lucah tetapi ia sebuah acara yang menghidangkan pelbagai elemen termasuk 'diskusi, perdebatan, tayangan dan persembahan. Jika anda keliru dengan status diri anda (samada anda gay, biseks, asexual, transeksual, lesbian, straight dan sebagainya ).. di sinilah transformasi anda bakal berlaku. Jangan membuang masa.. datang segera.. Ingat!! ia bukan program lucah!! Jangan berfikiran sempit!!**
-------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments :