Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 19 Ogos 2009

Sentuhan terakhir Yasmin Ahmad..... Lakonan Kahoe, Tan Mei Ling dan Sharifah Armani!!

Apakah yang cuba disampaikan Allahyarham Yasmin Ahmad menerusi 'Chocolate', sebuah filem pendek 3 minit lakonan Kahoe, Tan Mei Ling dan Sharifah Armani?. Adakah ia sebuah sindiran tajam buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang berbilang kaum?. Nak tahu apakah jawapannya? Anda kenalah sendiri menonton Chocolate yang ditayangkan kini menerusi portal 15Malaysia secara ekslusif.

Filem yang diterbitkan oleh Pete Teo, M.Effendy bersama Packet One Networks (P1 Wimax) ini mengisahkan seorang budak lelaki berketurunan Cina yang hidup dalam sebuah keluarga yang mempunyai masalah yang agak kritikal. Kedatangan seorang budak perempuan melayu ke kedai runcit milik keluarganya telah menimbulkan sedikit implikasi antara lelaki cina dan perempuan melayu. Apakah implikasi dan maksud yang tersirat dapat anda fahami menerusi Chocolate ini? Jom komen disini sambil memberikan pendapat masing-masing.

Chocolate, by Yasmin Ahmad




The Making Of 'Chocolate', by Pete Teo
this film directed by Yasmin Ahmad




p/s: Melalui dialog Kahoe 'tak cukup tak payah belila...'.. apakah yang tersirat di sebalik kata-katanya?. Kalau anda tahu.. jom komen disini.. kalau tak.. tengok la aje.. huhu

Yasmin Ahmad memory.. plz click...
http://www.adoimagazine.com/yasmin/


5 comments :

bismillahirrahmanirrahim...

sy nk try tafsirkan di sebalik dialog kahoe tuh...

rasanyer, maksud dier tuh, "x pyh beli" means dier nk bagi free jek kots coklat tuh kt amani psl kahoe dh tangkap cintan sama amani kots. tp amani salah paham ingat kahoe marah then amani pon blah. or, maybe kahoe just nk tunjuk kt mak dier yg kononnyer dier pon x suker nk lyn 'budak pompuan melayu' tuh lama2, so pura2 marah n tinggikan suara supaya mak dier dgr.... itulah tafsiran cetek sy... sekian, wasallam...

the film shows that:

chinese have two layer (their personality) - they are just like malays, with heart and soft feeling, the outer layer full of ego - not to show their weakness..

malays are opposite to that - most of them take things as it is - straight forward and terima seadanya...

pada pendapat peribadi saya..arwah seolah2 macam nak katakan sesuatu ttg kaum melayu y heboh dikatakan sebagai tuan tanah Malaysia ini.dari dialog tan mei ling y mengatakan kaum cina di malaysia tiada tempat..mereka tiada keistimewaan n banyak kekurangan sdgkan melayu selalu mendapat pembelaan negara..walhal realitinya kaum melayu bukanla sesenang y disangkakan kaum cina kerana nasib kaum cina lbh baik kerana masih mampu menjalani hidup di malaysia sdgkan kaum melayu sendiri y serba kekurangan..(umpama nak beli coklat lagi 5 sen pun takder cukup duit tapi kaum cina ada kedai lagi)

assalamualaikum

pada pendapat saya yasmin cuba menyampaikan mengenai pemikiran dua generasi iaitu yang lama dan baru.. dapat dilihat pada awal dialog yasmin cuba mengkritik pemikiran si ibu(lama) yg mana menanggap tanah melayu ini adalah hnya hak org melayu. namun anaknya menentang. maksud chocolate mungkin adalah melambangkan cinta. disini saya simpulkan bahawa mungkin generasi sekarang tersepit oleh mentaliti generasi lama yg masih berbaur perkauman.. cOntohnya si anak teragak-agak untuk menerima tawaran amani namun ibunya membantah. nmungkin ayat 'xde duit xyah beli laa' itu melambangkan bahawa orang melayu yang sentiasa bertOlak ansur dengan cina kerana perpaduan yg erat xkan terjadi kalau hanya satu pihak sahaja bertindak.. sekian

saya setuju dengan ulasan di atas.generasi baru lebih terbuka tetapi dipengaruhi oleh mentaliti generasi lama.saya seorang guru yang rapat dengan murid2 dan bertugas di sekolah berbilang kaum.seorang murid yang selalu menghubungi saya memberitahu ayahnya tidak sukakan orang melayu.sebab itu dia beritahu ayahnya cikgu yang dihubungi bukan melayu.malah dia meminta saya membuat slang cina atau india kalau ayahnya menghubungi saya...haih..entahlah