Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Ahad, 2 Ogos 2009

Talentime Yasmin Ahmad... 11 Pencalonan di Festival Filem Malaysia ke 22!!

Filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) apabila menerima 11 pencalonan pada festival itu yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, 8 Ogos ini. Yasmin dicalonkan sebagai finalis dalam Top 5 kategori Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik menerusi filem terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd. dan Chilli Pepper Films Sdn. Bhd. itu. Talentime turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik dengan kesemuanya merupakan Anugerah Perdana dalam festival tersebut. Bagi kategori Anugerah Cipta FFM22 pula, Talentime dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita. Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Kerajaan Negeri Sabah itu menyaksikan Talentime antara filem yang menerima pencalonan terbanyak dalam sejarah penganjuran FFM22 sejak 29 tahun lalu.

Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, selain menerima pencalonan terbanyak, FFM22 yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sabah itu akan memaparkan satu segmen khas sebagai mengenang pembabitan Allahyarham dalam bidang perfileman. "Kita akan adakan segmen khas selama dua hingga tiga minit dengan menayangkan klip video pembabitan Allahyarham sebagai pembikin filem. Idea itu tercetus selepas beliau meninggal dunia pada 25 Julai lalu. "Segmen itu tiada kena mengena dengan jumlah pencalonan yang diterima Talentime dalam FFM22 kerana keputusan finalis dalam festival ini baru sahaja kami ketahui. Ia secara kebetulan sahaja," katanya pada sidang akhbar FFM22 di Pawagam Mini P. Ramlee di Finas hari ini.

Sementara itu, filem Papadom arahan Afdlin Shauki pula menjadi pesaing terdekat Talentime apabila menerima sembilan pencalonan bagi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Penataan Seni Terbaik. FFM22 yang bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia secara keseluruhannya menyediakan 15 Anugerah Perdana, 10 Anugerah Cipta dan lima Anugerah Khas Juri serta Filem Terbaik yang kesemuanya menawarkan hadiah wang tunai dan trofi.


** Saya dapat rasakan yang Talentime akan menang pelbagai kategori pada malam tersebut (Bukan atas sebab Yasmin sudah pergi). Namun filem itu adalah filem berjiwa 1Malaysia.
nantikan juga Klip Khas Tribute To Yasmin Ahmad yang saya hasilkan, akan ditayangkan pada malam awards night at FFM22, 2009**
-saya sedih sangat tak dapat pergi.. hanya mampu merintih di kaca tv ku-

0 comments :