Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 29 September 2009

Antara Jin Notti dan Momok..... Manakah Pilihan Anda?


sekadar sebuah coretan..

"Antara Jin Notti atau Momok', manakah satu pilihan anda untuk tayangan di musim perayaan ini?. Jika anda penggemar filem-filem seram, tentunya anda akan memilih Momok The Movie, manakala bagi anda peminat genre fantasi komedi pula, mungkin Jin Notti akan menjadi pilihan tepat di hati anda. Ketika diajukan soalan kepada beberapa rakan media mengenai kedua-dua buah filem ini, masing-masing memberikan pendapat yang berbeza antara satu sama lain. Ada di antara mereka menggemari Jin Notti , ada pula yang menggemari Momok, malahan ada juga yang menghentam kedua-dua buah filem ini. Kenapa?. Ketika sidang preview kedua-dua buah filem ini beberapa minggu lepas, saya mendapati ia mempunyai struktur penceritaan yang agak longgar, lakonan yang bersahaja, apatah lagi sudut pengarahan dan naratifnya tidak ditikberatkan. Bukan cakap kosong, malahan ada desas desus dari rakan media sendiri membuat andaian bahawa filem 'Momok' adalah karya syok sendiri seolah-olah memperbodohkan penonton supaya ketawa melihatnya. Tambahnya lagi, 'nak tulis apapun aku tak tau pasal Momok, bosan dowh... sedih sangat filem melayu macam ini', kritik seorang wartawan hiburan pada saya selepas preview filem tersebut beberapa minggu lepas. Ketika ditanya pula mengenai Jin Notti, masing-masing menyimpulkan bahawa ia sebuah karya fantasi komedi yang boleh menarik perhatian penonton, tetapi jika dikembangkan plot dan gaya pengarahannya, maka ia akan menjadi filem yang boleh dibanggakan. Ini tidak!.

Terbaru, produser filem yang juga jutawan filem-filem tempatan, David Teo dikatakan berdebat dengan Norman KRU, dalam mempertahankan kebenarannya bahawa "Momok" paling laris berbanding "Jin Notti". Kata David Teo, Momok mencapai kutipan RM 1.25 juta malahan Jin Notti dianggarkan mengutip RM 1 juta sahaja. Pertelingkahan ini telah menimbulkan polimek tersendiri di kalangan warga industri malahan ada juga yang mengatakan kedua-dua produser ini seolah-olah menunjukkan belangnya masing-masing bahkan jika dilihat dari sudut naratif bagi kedua-dua filem ini agak biasa dan stereotype. Namun begitu, sekiranya kedua-dua filem ini terlalu hebat dan boleh memecahkan panggung antarabangsa , maka perdebatan itu wajar dan perlu diteruskan. Tetapi, ini tidak... hanya cemburu mencemburui antara satu sama lain.

Wallahuallam..

p/s: Pertelingkahan itu perlu jika kedua-dua filem tersebut terlalu hebat dan bagus pengisiannya. Ini tidak... hanya untung... untung dan untung.. Bukan untung tidak boleh, tetapi perlulah selari dengan pengisian sesebuah filem tersebut.
*Hanya mengkagumi Allahyarham Yasmin Ahmad di persada industri perfileman tempatan sahaja. Tahniah Talentime ke 15 buah negara. Alhamdulillah*

-ada yang bertanya pada saya, tak nak tengok Jin Notti dan Momok lagi ke?. Cukuplah hanya satu masa preview. tak sanggup menontonnya kerana ia membosankan-

nak baca kritikan membina dari Abd. Wahab Hamzah mengenai filem Jin Notti dan Momok?.
sila klik
JIN MOMOK

Ahad, 27 September 2009

Talentime Yasmin Ahmad ke 15 buah negara!!



Penghargaan cukup tertinggi buat Yasmin Ahmad. Talentime kuasai pasaran dunia


Walaupun dikritik sebagai 'pencemar budaya' menerusi pelbagai buah filem arahannya, samada ketika hidupnya ataupun disaat kematiannya, pengarah filem terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad sentiasa mendapat tempat masyarakat dunia, apatah lagi karya terakhirnya 'Talentime' kini sudah mendapat permintaan untuk ditayangkan di 15 buah negara, disamping terpilih menyertai beberapa festival filem di peringkat antarabangsa.

Menurut Ahmad Puad Onah, Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios Sdn.Bhd menyifatkan bahawa beberapa pihak sudahpun memohon untuk menjadikan Talentime sebagai tayangan khas di beberapa festival filem sebagai penghormatan buat Allahyarham. "Antara penganjur yang membuat permintaan adalah dari Tokyo, New York, London dan Scotland."Ini bermakna, filem-filem Yasmin walaupun dikecam oleh pengkritik tempatan, malahan masyarakat filem di luar, cukup menghargainya. Justeru, sekalung tahniah buat keluarga Allahyarham kerana bakat kreativiti Yasmin sukar ditandingi oleh mana-mana pihak walaupun ada pihak yang mempertikaikan kehebatannya.

p/s: Barangkali ada beberapa pihak yang mungkin tidak senang dengan filem-filemnya yang mendapat tempat masyarakat dunia, namun ada juga yang mengirimkan sms pada saya terutamanya 'SM' yang tak habis-habis dengan dengkinya terhadap industri filem tempatan. Sudah-sudahlah tue. Siapakah SM? Sendirilah fikir ye

Sabtu, 26 September 2009

Tarian Pendet... bukan Salah Malaysia!!!!

'Apakah akan terjadi seandainya isu tarian pendet dibiarkan berpanjangan sedangkan kedua-dua negara telah sedia maklum bahawa itu adalah kecuaian pihak Discovery Channel yang telah memohon maaf!. Justeru, tidak perlu bersengketa sesama kita kerana yang salah telah memohon maaf dan rakyat Indonesia perlu akur atas perkara ini bukannya mengikut hawa nafsu liar kerana ia boleh merosakkan segalanya'. Ingatlah kita saudara sesama islam..'

untuk baca berita selanjutnya. Sila klik Tarian Pendet


Promo Enigmatic Malaysia yang telah mencetuskan Kontroversi




Penjelasan Rasmi Kedua-dua Pihak




Berita Indonesia



p/s: Di harapkan mana-mana pihak yang ingin menghasilkan apa jua promo atau iklan terhadap sesuatu perkara perlu meneliti sumber bahan itu diperolehi atau faktanya kerana setiap promo yang dihasilkan mungkin akan menimbulkan sensitiviti masyarakat tidak kira di mana jua mereka berada.

Jumaat, 25 September 2009

Pengiktirafan tertinggi buat Yasmin di Malaysia Australia Film Festival 2009!!


sumber: Australia Malaysia Film Site, mstar.com.

MELBOURNE: Yasmin Ahmad, pengarah dan produser filem Malaysia yang disanjung tinggi, mungkin telah meninggalkan kita namun beliau terus mendapat penghormatan.

Ini dapat dilihat melalui Festival Filem Malaysia Australia ke3 yang akan diadakan di Australian Centre for the Moving Image (ACMI), mulai 4 hingga 7 Oktober ini di mana festival itu akan menayangkan filem beliau, "Talentime" dan "Muallaf" pada majlis pembukaan dan penutup.

"Ia bagi meraikan kerja-kerja beliau yang mencapai kelas dunia yang sentiasa kaya dengan bahan dan lebih kaya dalam integriti, kata Kate Stephens, salah seorang penganjur festival itu bersama dengan Ade Djajamihardja.

Yasmin, 51, yang meninggal dunia akibat strok dan pendarahan di bahagian otak pada 26 Julai sentiasa dianggap sebagai pengarah filem dan iklan terkenal kerana hasil karyanya sentiasa memenangi anugerah dan penghargaan khas pada beberapa festival filem antarabangsa yang berprestij di Berlin, Cannes, Tokyo, San Francisco dan Pusan.

"Filem-filem Yasmin sarat dengan mesej positif mengenai integrasi kaum yang memecahkan benteng kebudayaan konvensional. Disebabkan ciri-ciri ini, beliau pada satu ketika dikelilingi kontroversi dan kritikan pedas. Bagaimanapun, Yasmin sentiasa tabah dengan pegangannya bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah," kata Ade.

"Apabila ditanya mengenai tema setiap filem filemnya, Yasmin akan sentiasa menyebut bahawa ia mengenai kemanusiaan dan kasih sayang dua elemen paling penting dalam kemanusiaan. Saya bangga kerana mengenali beliau secara peribadi sebagai seorang kawan."

Pada malam pembukaan, yang akan mempersembahkan musik dan tarian Malaysia dan masakan, akan berakhir dengan tayangan filem karya Yasmin, "Talentime", usaha beliau sebelum meninggal dunia.

Pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke22, Allahyarham Yasmin dinobatkan sebagai pengarah terbaik filem "Talentime", sebuah kisah cinta antara seorang budak lelaki India dengan seorang gadis Melayu berdarah campuran yang berjumpa dan jatuh cinta semasa pertandingan talentime.

"Acara ini memberikan kita peluang untuk menyaksikan sebahagian daripada filem terbaik Malaysia dan memudahkan kita memahami mengenai masyarakat, sejarah dan kebudayaan rakyat Malaysia melalui cerita cerita yang dipaparkan dari kaca mata rakyat Malaysia," kata Stephens.

Festival filem tahun ini juga merupakan sebahagian daripada pembukaan "Minggu Malaysia", satu inisiatif yang dijalankan oleh pelbagai pertubuhan penuntut Malaysia di Australia yang memberi faedah kepada 7,500 penuntut Malaysia di Australia antara 27 Sept dan 13 Okt.

Walaupun terdapat minat yang mendalam bagi festival ini di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Australia, terutamanya penuntut, beberapa usaha khusus sedang dibuat bagi menggalakkan lebih ramai penuntut Australia untuk turut hadir terutama bagi mereka yang mengambil jurusan bahasa serantau, kebudayaan dan hubungan antarabangsa.

Filem-filem yang dipilih terdiri daripada beberapa genre dari komedi kepada animasi dan aksi pengembaraan dan melodrama.

"Kami telah memilih filem-filem yang mendapat sanjungan yang bukan sahaja memaparkan kemajuan pesat kepakaran teknikal dalam industri filem Malaysia tetapi juga nilai-nilai hiburannya," kata pegawai perhubungan media festival itu Farah Azalea.

Ini termasuk filem "Geng the Movie"; "Cicakman 2" dan sebuah filem pendek "My Telatori", satu usaha yang dihasilkan oleh penuntut The One Academy of Malaysia yang telah memenangi anugerah animasi terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun ini.

Sebuah lagi filem yang menarik ialah "Pensil", cerita mengenai keazaman seorang lelaki cacat untuk berjaya dalam kehidupan semasa menghadapi pelbagai pandangan prejudis dan kesusahan.

Festival itu akan berakhir pada 7 Okt dengan 'Muallaf, sebuah lagi filem Yasmin pada 2008, yang mengisahkan mengenai dua adik beradik perempuan beragama Islam yang melarikan diri daripada bapa mereka yang panas baran untuk menjalin hubungan yang tidak mungkin berlaku dengan seorang budak lelaki beragama Katolik dengan kisah silam yang buruk. BERNAMA

*teks dipetik dari laman mstar.com

p/s: Alhamdulillah... nama arwah masih lagi dikenang antara Penggiat Filem yang termasyur di dunia. Walaupun dikritik pelbagai macam di saat kematiannya oleh pelbagai pihak, namun Yasmin akan dikenang hingga ke akhir hayat menerusi setiap filem-filem sentuhannya. Saya akui, saya masih dahagakan karya barunya, namun pinjaman tuhan buat kita perlu diterima seadanya. Yasmin Ahmad... you are the legend!. Salam Aidilfitri 2009..

Khamis, 24 September 2009

Yasmin Ahmad Memory: at Singapore Cinema


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Khususnya buat semua pembaca blog ini yang berada di Johor Bharu dan Singapura. Satu tayangan khas membabitkan 6 buah filem Malaysia arahan Allahyarham Yasmin Ahmad akan ditayangkan di Cathay Cineleisure Orchard Singapore bermula antara 15 hingga 18 Oktober 2009. Program yang bakal menampilkan adik Yasmin, Datin Orked Ahmad sebagai tetamu istimewa mengalu-alukan kedatangan anda semua peminat filem mahupun rakan industri untuk sama-sama memeriahkan acara yang di adakan. Setiap kutipan dari jualan tiket pada malam tersebut akan disumbangkan kepada Ertapis Children's Home.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

In Memory of Yasmin Ahmad (January 7th, 1958 - July 25th, 2009)

When: 15-18 October 2009 Where: Cathay Cineleisure Orchard Singapore Duration: 4 days

Special Guest: Ms. Orked Ahmad (Sister of Yasmin Ahmad)

Thursday: 15th October 2009 (Gala Night)
Time/Title: 7.15pm TALENTIME, 35mm. English & Malay Subtitles

Friday: 16th October 2009
Time/Title: 7.15pm MUKHSIN, 35mm with English Subtitles.
Time/Title: 9.45pm MUALLAF, 35mm with English Subtitles.

Saturday: 17th October 2009
Time/Title: 5.15pm GUBRA, 35mm with English Subtitles
Time/Title: 7.45pm SEPET, 35mm with English Subtitles

Sunday: 18th October 2009
Time/Title: 5.30pm RABUN, digital with English Subtitles.

This may be your last chance to watch all of Yasmin's feature films presented on the big screen in a proper quality cinema. The way she has always wanted you to enjoy her films.

Rabun (My failing eyesight), Sepet (Chinese Eyes), Gubra (Anxiety), Mukhsin (Mukhsin is a boy's name), Muallaf (The Convert) & Talentime will be screened once for this tribute.

All proceeds collected from the Yasmin Ahmad Tribute @ Cathay Cineplex Cineleisure Orchard will be donated to Pertapis Children's Home.

AL - FATIHAH
ALLAHYARHAM YASMIN AHMAD
(1958-2009)
-LOVE FOREVER-
---------------------------------------------------------------------------------------------------
P/S: Yasmin Ahmad... aku mau jadi sepertinya dalam berkarya!!!!

Rabu, 23 September 2009

Deaths of Cinema | The Sweet and the Bitter: Yasmin Ahmad by Amir Muhammad!!

Salam..
Saya cukup tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Amir Muhammad mengenai Yasmin Ahmad di dalam blognya. Amir menyentuh mengenai sumbangan Yasmin terhadap Industri Perfileman tempatan. Walaubagaimanapun, kami warga Industri Filem merasakan Yasmin pergi di kala sejuta orang memerlukannya. Mampukah ada peganti sepertinya lagi di dalam industri filem kita?. Jom kita baca apa yang ditulis Amir Muhammad mengenai Yasmin....

.......................................................................................................................................................................

by Amir Muhammad

The Malays have this bad habit of noticing, in retrospect, atypical behaviour on the part of people who had recently died unexpectedly. These forms of conduct are called buang tebiat, which literally means “throw behaviour.” I say it’s a bad habit because our religious leaders say it’s more in line with superstition than Islam. But still we do it.

And so it was that when Yasmin Ahmad left us so suddenly, we were left looking for clues that she had unknowingly left behind. A newspaper pointed out that she had mysteriously mentioned to her husband that she “probably wouldn’t be able to celebrate Dad’s birthday with him next year.” In the films, too, there could be signs: Why was her final feature Talentime (2009), which had been glibly called “the Malaysian High School Musical” by the media before release, so preoccupied with death, to the extent that its closing shot is of lights in a school hall being shut off?

But even these were feeble attempts at imposing meaning (of the “It was as if she knew” kind). It’s safe to say that her passing was a huge shock. I know that’s a clichéd way of putting it, but she would not have been afraid of an honest cliché. She was the same age as Michael Jackson, who’d gone just a few weeks earlier (an occasion she’d marked on her wildly popular English-language blog: yasminthefilmmaker.blogspot.com), the crucial distinction being that there was so much more she seemed on the verge of doing.

After more than a decade of commercials, Yasmin started making narrative films at the relatively late age of 45. This meant two things: She had amassed enough of a standing through her award-winning commercials to get full creative control; and her films, though born out of an adult worldview, still had the startling vitality of practically a new career.

How could someone with so much life not only in her but ahead of her be snuffed out so soon? Being the religious person that she was—hers were the only film sets I visited where work stopped daily for each of the five prayer times—she would say that Allah knows best.

She made six feature-length films at a prolific rate. The first four, from the made-for-TV Rabun (2003) to Mukhsin (2006) by way of Sepet (2004) and Gubra (2006), all featured the autobiographical Orked as the protagonist. Her last two features, Muallaf (2008) and Talentime, broke away from Orked’s life story but still featured many of the same cast and even the same locations.

She was in the midst of planning two further features whose financing seemed to be secure: a Japanese co-production called Wasurenagusa (Forget-Me-Not) and a Singaporean film with the working title (at least I hope it was just a working title) of Go Thaddeus! The first would have been a fictional drama about a partly Japanese woman (played by her regular actress Sharifah Amani) while the second would have been a biopic of a Singaporean athlete who died very young. (Another case of buang tebiat, perhaps).

Those films, whose fates are now uncertain, would have been interesting because of the different countries involved. Although she had one bona-fide hit (Mukhsin), the others all had devoted followings, as you can see from the hundreds of comments after each of the posts on her still-extant blog. The site, by the way, is an excellent introduction to her voice: cultured and urbane, but also “sentimental and annoying” (in her words), the site of a few spats and small crusades, too. (You can’t leave comments anymore: she had Enabled Moderation after receiving a slew of personal insults disguised as curiosity about her past. But her Facebook page, where she had the maximum amount of allowed friends, has become an oddly cathartic memorial site.)

The sentimentality of her fable-like TV commercials in particular drew a huge following in a country where only 5% of the population even goes to the cinema. They were anticipated during all of our many festive occasions; Malaysia has more public holidays than almost any other place.

Oh, there were people who hated her guts! The basis of this is erotic. Malaysia is a peaceful country in which ethnic tension nonetheless ebbs and flows, exacerbated by the government’s discriminatory policies in favour of the majority ethnic Malays. (Malay is an ethnicity that describes many people in neighbouring countries, too; it does not mean Malaysian citizen. We always have a laugh when a foreign festival catalogue, for example, calls Ho Yuhang a “Malay filmmaker.”)

Yasmin eroticized this by frequently foregrounding interracial romance or attraction. (This describes four out of her six features, and several of her most popular commercials, all of which have been duly Youtubed, which she would have approved of: “Piracy,” she once told me, “is stealing from greedy people.”) She claimed with faux-naïveté to be guided purely by sentiment, but these taboo-busters shocked the prudes. She didn’t back down, and would gladly trumpet the international achievements of her films and commercials (which she continued to make), which of course annoyed some people even more. The death of Yasmin means that there is one less person to laugh at the bigots.

It wasn’t all about interracial love; that would have made her very monotonous. There’s a real sense of family in her films, not just because of the domestic unit that is always foregrounded, but because there is a humane yet raucous inclusivity in her stories, which become miniatures of how Malaysian society can function if we’d just let go of a few hang-ups. Some films I liked more than others. There are things in them that are clumsy, didactic, more akin to PSAs. But they were all unquestionably a part of a thought-out vision that has meant a lot in a country that is still afraid of telling its own stories with candour.

Yasmin’s final film is called Chocolate, is about three minutes long, and was released posthumously as part of an online series called 15Malaysia. (You can view it at www.15malaysia.com.) It’s a parable about the increasing distrust between our two main ethnic groups. A teenage boy is nagged by his offscreen mother. It’s a tight shot of his pretty face. They are ethnically Chinese, and she’s telling him there are no opportunities for him here. We hear another offscreen voice belonging to a young Malay girl, asking if anyone’s around. It turns out he’s at his family-owned grocery store; business must be slow for the counter to be unmanned. The boy goes out, still shirtless, to see her and is struck by her prettiness, which isn’t concealed by her all-white Muslim headgear (the tudung). She asks for batteries and he, like Freud would have approved, shoves a baby bottle at her instead.

She also wants a small bar of chocolate but is a few cents short. The mood until now is almost flirty. But then his mother barks again, demanding to know why he’s talking so much to “that Malay girl.” His tone changes; he snaps to the girl that if she can’t pay for the chocolate, she should just do without it. She leaves, dismayed more by his brusqueness than by his refusal to bend the rules. He seems conflicted about something, then leaves the chocolate and the money she’d given on the counter before he goes offscreen.

There’s a mine of subtextual allusions. There’s the identification of the Chinese with commerce, of the Malays as needing assistance. But this is complicated further: the business isn’t exactly a big one, and she just happens to be carrying not enough change. (In fact, her accent seems posher than his.) The actor is Kahoe Hon, who had played a guy with a grudge against a bright Malay classmate in Talentime. And the actress is Sharifah Amani, whose last scene in Muallaf shows her, for the first time, in a tudung. It seems like they are continuing or at least echoing those earlier roles.

He is drawn to her (does she represent the country?), but at the same time held back by his mother’s worldview. “They fuck you up, your mom and dad. They may not mean to, but they do.”

And what of the chocolate itself? We tend to like it sweet (here in the Orient!) but there’s also the imported bitter type. One of my favourite Yasmin scenes is where Orked’s maid in Mukhsin explains how she makes her style of ice cream. You’ve got to mix in the bitter so you can appreciate the sweet. So it’s oddly apposite that this is what Yasmin has finally, quite literally, put on the table for us.

Amir Muhammad is a Malaysian writer, publisher, and filmmaker. He decided to write the forthcoming book Yasmin Ahmad’s Films (Matahari Books, ISBN 9789834484514) after realizing this article leaves many things unsaid.

..........................................................................................................................................................................

p/s: Apa pandangan anda mengenai artikel di atas?.

*Untuk makluman anda, pengarah filem Amir Muhammad akan menerbitkan sebuah buku khas mengenai Yasmin Ahmad 'Yasmin Ahmad's Films' yang akan berada di pasaran pada November 2009.*

Isnin, 21 September 2009

Kiamat akan berlaku pada 2012?


Benarkah kiamat yang diramalkan oleh para saintis dunia akan berlaku pada Ramadan 2012?. Detik itulah yang akan menyaksikan kehancuran dunia yang paling dasyat, di mana akan berlakunya beberapa perkara dan kejadian yang termaktub di dalam Al-Qur'an. Namun, proses berlakunya kiamat hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya samada bila dan waktu akan tibanya hari perhitungan tersebut. Justeru, sebagai umat manusia yang beragama islam, kita perlulah mempersiapkan diri kita dengan amal ibadat secukupnya kerana tanda-tanda kecil kiamat sudah kelihatan dan hanya menunggu masa untuk terlerainya satu kehidupan yang hakiki, iaitu dunia akhir kiamat!!.

Nantikan sebuah filem yang menggambarkan tentang 'kiamat' berdasarkan kepercayaan semua agama di dunia menerusi '2012' sebuah naskhah arahan Roland Emmerich yang dibarisi Amanda Peet, Chiwetel Ejiofor, Danny Glover, dan John Cusack yang akan menghancurkan pawagam anda serentak di seluruh dunia pada 12 November 2009. Jangan lupa untuk menontonnya di pawagam berhampiran anda okay!!.

trailer 2012




Info: 2012, the story about : Over the decades, many have prophesised that the world will end when the ancient Mayan calendar ceases on 21 December 2012. But before that occurs, the human race is bound to face natural disasters such as massive volcano eruptions, typhoons and other natural calamities. An academic researcher opens a portal into a parallel universe and makes contact with his double in order to prevent an apocalypse predicted by the ancient Mayans.


p/s: Dalam menantikan filem ini pada 12 Nov 09, sambil dok melayari blog saya ini serta blog-blog lain, tanya diri anda 'apakah kita sudah bersedia untuk kiamat 2012?, sedangkan diri kita masih alpa dengan kemewahan dunia dan melupakan agama dan suruhan-Nya. Salam Aidilfitri 2009... hari raya ke-3..

Iklan Raya 2009... Telekom Malaysia

Assalamualaikum..

Sambil anda menikmati juadah raya, apa kata luangkan masa anda untuk menonton iklan Raya TM ini yang khabarnya diarahkan oleh pengarah filem terkenal, Osman Ali. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri 2009 buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

version 1 ( 0.59 Sec)


Version 2 ( 2.00 minutes)

p/s: Masih dalam mood raya

Ahad, 20 September 2009

'Kami anak-anak Malaysia tetap merinduimu.. Yasmin Ahmad'... Salam Aidilfitri 2009!

Assalamualaikum...

'Kami anak-anak Malaysia, tetap akan merinduimu.. Allahyarham Yasmin Ahmad' . Pemergiannya memberikan impak yang sangat besar terhadap industri hiburan, pengiklanan dan filem tempatan. Saban tahun, setiap kali menjelang musim perayaan tentunya ada buah tangan terbaru Yasmin.. Namun kini, hanyalah tinggal kenangan kerna Yang Pergi Tak Kan Kembali Lagi... Justeru, mewakili rakan-rakan blogger, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa dan terguris rasa selama anda melayari portal saya ini serta juga buat teman-teman yang mengenali diri ini dengan harapan agar segala kesilapan di maafi. Salam Aidilfitri setulus rasa... seikhlas budi dari ku buat mu sekeluarga..
Maaf Zahir dan Batin..
p/s: Saya menyambut Aidilfitri di kampung halaman tercinta, Alor Setar, Kedah.
*Blog ini akan diupdate seperti biasa... hanya memfokuskan kepada Raya.. dan Raya... Saya akan pulang ke ibu kota, KL minggu hadapan*

EKSLUSIF BUAT ANDA.. IKLAN RAYA 2009 PETRONAS.. BY YASMIN AHMAD

-mungkinkah ada peganti sepertinya dalam berkarya?-

Salam Aidilfitri 2009

Sabtu, 19 September 2009

19.09.09..... tarikh yang cukup bermakna!!


Alhamdulillah..

Hari ini (19.09.09) merupakan hari yang cukup bersejarah dalam kehidupanku, di mana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiranku yang ke-26 di muka bumi Allah S.W.T. Suatu tarikh yang cukup unik apatah lagi, ia berlaku dalam bulan Ramadan, bulan terakhir yang tibanya Syawal pada keesokan harinya.

Mungkin di kalangan anda akan berparti, bersorak ketawa, berdansa di kelab-kelab malam apabila tibanya hari kelahiran anda (birthday). Namun, aku cuma menyambutnya dengan rasa syukur pada yang maha esa kerana dipanjangkan umur agar dapat melaksanakan tanggungjawabku pada Mu.. ya Allah S.W.T.

Pada yang menyambutnya juga pada hari ini.. sama-samalah kita mendoakan agar umur kita dipanjangkan Allah S.W.T... Agar impianku yang belum terlaksana akan dapat direalisasikan dengan jayanya.
Amin....

Jumaat, 18 September 2009

Tangisan Ramadan... Kembali pada yang hak!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Buat teman-teman karyawan, rakan artis, rakan media, blogger dan pembaca setia yang di sayangi..
Esok genaplah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan.. pemergiannya mungkin akan ditangisi oleh seluruh umat muslimin dan muslimat...
Ramadan... satu bulan yang tiada tandigannya antara bulan-bulan islam yang lain. Kedatangannya dirasakan agak 'benci' khususnya buat pencinta-pencita maksiat, pendusta alam, dan ahli neraka jahanam yang sentiasa bergelak ketawa apabila Ramadan melangkah pergi esok hari..
Tangisan penghuni kubur sayup-sayup kedengaran... memohon Ramadan dilanjutkan usianya.. Namun, janji tuhan amat tinggi nilainya bagi yang menghargai erti sebuah Ramadan..
Ramadan tahun ini diharapkan akan kembali lagi pada tahun akan datang... dengan keberkatan Yang Maha Esa..
Apabila takbir syawal memecah hening pagi.. maka tangisan Ramadan akan kembali pada yang hak..
Suara-suara nakal, hembusan angin bayu serta gigitan cinta dunia akan kembali merosakkan anak manusia.. kerna janji Syaitan agar penghuni Neraka akan bertambah dari hari ke hari..
Justeru.. mohon lah ampun pada Allah S.W.T seandainya Ramadan yang pergi ini... kita melalaikannya.... mendustakannya serta merosakkan namun mencemarkannya..
Ingatlah Syawal bukan tanda kemenangan pada yang mendustakan Ramadan ini..
Salam Syawal... berakhirnya sebuah Ramadan..
Seikhlas rasa..
Amy Ikram Ismail..

Rabu, 16 September 2009

Filem Estet ke Pentas Teater?!


Belum sempat masuk panggung, filem berwajah 1Malaysia arahan sutradara profilik, Mamat Khalid khabarnya akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada tahun depan 2010. Karya yang penuh warna-warni ini bakal ditayangkan serentak seluruh Malaysia pada hujung tahun ini dan dikatakan sebuah filem yang mungkin menjuarai Filem Terbaik FFM23 2010 nanti. . Benarkah Estet bakal dipentaskan dalam naskhah teater dan menjadi sebahagian persembahan yang bersejarah barangkali untuk tahun 2010?. Sama-samalah kita nantikan kehangatan Teater Estet The Musical yang katanya akan direalisasikan abg mamat pertengahan tahun depan. Jika benarlah sangkaan ini, maka bertambah besarlah rezeki Mamat Khalid bersama syarikat produksinya, Naga XVS ini.

Info menarik berkaitan Estet
  • Lagu tema Estet dinyanyikan Awie dalam bahasa Tamil.
  • Perlancaran Video Klip Estet akan di adakan pada 2 Oktober 2009 ( tarikh akan dipastikan) dan tempatnya adalah kawasan terbuka Masjid India.
  • Filem Estet di dokumentasikan dalam sebuah buku, tulisan blogger hiburan popular, Ajami Hashim juga akan dilancarkan pada Oktober 2009.
  • Tayangan Perdana Filem Estet khabarnya akan ditayangkan di Panggung Collesium, Kuala Lumpur kerana Estet mencerminkan kepelbagaian kaum dalam satu naskhah.
  • Estet sebuah filem yang akan menjadikan semua panggung di Malaysia huru hara dengan gelak ketawa penonton, kerana filem ini adalah komedi habis-habisan abg mamat!.
p/s: Estet... filem 1Malaysia terbaik Mamat Khalid.. cayalah!!!
*azwan annuar dia suke lepak kat dalam mulut Naga*.. hehehe


Selasa, 15 September 2009

Gejala Pedofilia dalam Lollipop Namron...

*gambar sekadar hiasan*
'Pedofilia', merujuk kepada gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang biasanya berlaku dikalangan mereka yang belum mencapai akil baligh. Proses ini dinamakan 'pencabulan ke atas kanak-kanak' yang seringkali dilakukan oleh golongan dewasa yang mengalami masalah jiwa dan pemberontakan dalaman yang boleh menyebabkan kematian ke atas mangsanya. Gejala sadisme ini adalah satu jenayah dan boleh dikatakan agak kritikal di mana kes yang membabitkan seorang kanak-kanak bernama Nurin Jazlin telah menggemparkan negara beberapa tahun lepas. Atas sebab itulah mungkin 'Lollipop' dihasilkan.

Menggunakan tema yang agak sensitif, Lollipop arahan Namron cuba membawa kita kepada kes sadisme ke atas kanak-kanak yang sememangnya menjadi satu jenayah yang agak berat untuk diperkatakan. Ini boleh dikaitkan juga melalui gambaran visual pada watak seorang lelaki muda yang berada dalam kegersangan melalui aksi 'melancapnya' dengan membayangkan kisah-kisah silam yang pernah berlaku ke atas dirinya, akibat dirogol oleh bapanya sendiri. Apakah sejarah silam bisa menghancurkan masa depan kita dan orang lain?. Jika ya, maka berhati-hatilah dalam kehidupan, kerna mana tahu rasa kesunyian pada seseorang individu boleh melahirkan rasa keganasan dan keghairahan hati yang mungkin menyebabkan gejala jenayah seks!.

Namun begitu, kemasukkan beberapa visual yang membabitkan ahli politik berpangkat Datuk di dalam filem pendek ini (melalui sebuah berita di kaca tv melalui scene perbicaraan Mahkamah) seolah-olah cuba memberikan maksud yang tersirat di sebalik kes Pedofilia ini. Apakah kaitan mereka dengan kes ini? Adakah Lollipop yang digambarkan itu adalah cerita tentang zakar, rogol dan liwat?. Sama-samalah kita berfikir apakah yang cuba disampaikan Namron dalam Lollipop ini. Mungkinkah ia sebuah kisah dalam kisah?. Wallahuallam.

jom tonton LOLLIPOP by Nam Ron


the making of LOLLIPOP


p/s: Ada berani?. Setiap orang ada ulasannya tersendiri.

Isnin, 14 September 2009

Akta Penapisan Filem... mencabar kreativiti pembikin filem tempatan?

Benarkah beberapa garis panduan yang diwujudkan Kementerian Dalam Negeri menerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) dikatakan mencabar kreativiti pembikin filem tempatan?. Apakah sesetengah scene yang menggambarkan realiti kehidupan sesuatu kelompok masyarakat tidak dibenarkan di dalam sesebuah filem?. Mungkinkah karya yang dihasilkan sesetengah pengarah tidak boleh mewujudkan konflik kehidupan yang adakalanya mencetuskan polimek dan kontroversi tersendiri?. Jika benarlah apa yang dimahukan KDN dan LPF dalam sesebuah filem, maka itulah nasib yang perlu dihadapi beberapa penggiat industri filem jika mereka mahu berkarya di bumi Malaysia. Bukannya ingin mempersoalkan garis panduan yang dibentangkan baru-baru ini semasa Majlis Berbuka Puasa sebuah agensi kerajaan di Putrajaya (yang dihadiri ramai penggiat industri dan beberapa rakan media). "Terkejut benar apa yang diputuskan, orang biasa pun akan terkejut kerana terlalu ketat sehingga boleh menganggu jalan cerita', luah seorang wartawan hiburan dalam sms yang dikirimkan pada saya meminta saya mengulas perkara ini. Namun, saya masih menunggu salinan Garis Panduan LPF tersebut. Jika sudah saya terima, maka nantikan sahaja ulasan dan kritikan saya terhadap garis panduan tersebut. Bak kata hati, 'tutuplah industri filem, jika kita takutkan realiti kerana realiti itulah cerminan sesebuah kelompok masyarakat yang diihasilkan untuk renungan kita bersama'.

Tepuk dada tanyalah selera.
Wallahuallam.

Ahad, 13 September 2009

'Karaoke'... akan datang!!!


'Karaoke' filem Malaysia yang mendapat perhatian di Cannes Film Festival 2009 dan akan menemui penonton di Toronto Film Festival 2009, Canada pada 10 - 19 September 2009.
Sebuah filem arahan Chris Chong Chan Fui yang di barisi Zahiril Adzim dan ramai lagi akan ditayangkan khas pada malam ini di Rumah Frinjan, Kuala Lumpur...

Nantikan ulasannya akan datang!!!


trailer filem

Sabtu, 12 September 2009

'Tahajjud Cinta... yang menyentuh perasaan!!

"Perjalanan semakin sukar dan menjadi bertambah panjang untuk mengenal dan mencari diri. Meski jalan lurus tiada berbelok namun simpang akhir tak ku temui. Ingin sekali menyentuh Pintu Rindu meski yang ku ketuk adalah rahsianya sebagaimana Batasku Asaku meronta-ronta untuk menjengah ke dalam mencari makna hakiki.
Ku Percaya Ada Cinta yang bertandang menerpa umatmu Ya Rasulullah, dengan Selawat kalimah indah syahdu Asma Ul Husna, menyapa hingga ke ruang hati yang paling sunyi. Tahajjud Cinta menjadi saksi Ketika Cinta memanggil seluruh imanku mendekatimu Ya Illahi."
- Datuk Siti Nurhaliza Taruddin

'Tahajjud Cinta', album kerohanian penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza yang kini sudah pun berada di pasaran sejak 9 September 2009. Mempertaruhkan 8 track lagu antaranya Asma Ul Husna, Pintu Rindu, Batasku Asaku, Ku Percaya Ada Cinta, Ya Rasulullah, Ketika Cinta dan Selawat sememangnya wajar dimiliki oleh semua peminat muzik di Malaysia terutamanya peminat setia beliau kerana ia menyajikan persembahan yang cukup mendayu dan agak menyentuh perasaan. Daripada 8 track yang disediakan, saya cukup tertarik akan irama lagu bertajuk 'Asma Ul Husna dan Tahajjud Cinta' hasil sentuhan pengarah profilik, Erma Fatima. Begitu juga dengan lagu Pintu Rindu yang tentunya mengimbas kenangan silam anda sekeluarga. Namun begitu, album ini tentunya agak istimewa kerna ia juga mempertaruhkan lagu Batasku Asaku dan Ketika Cinta yang menjadi tema bagi filem 'Perempuan Berkalung Sorban', sebuah filem terbitan produksi Indonesia.

Justeru, untuk anda dan peminat muzik di Malaysia, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan album Tahajjud Cinta ini dipasaran sekarang. Milikilah yang original, tentunya ia tidak akan mengecewakan anda.

sekitar Majlis Perlancaran Tahajjud Cinta, Datuk Siti Nurhaliza dan berbuka puasa.



credit video : Budiey

**Album ini sesuai buat anda sekeluarga di Bulan Ramadan ini. Hadiahkanlah Tahajjud Cinta buat insan yang tersayang**

Jumaat, 11 September 2009

TVC 1 Malaysia .... 'Satu Bangsa Satu Malaysia'!


untuk menonton promo ini
klik sekarang..

1 Malaysia TVC Promo

Producer : Amy Ikram Ismail
Director & Cameraman : Hadely Md Esa
Production Location Manager : Tutty
Technical Director : Rameshwaran
Date of Shooting : 22-25 June 2009
Date of Released : Now Showing on TV
Produced by : FINAS

klik jika ingin menonton gambar the making of

p/s: Alhamdulillah... nampaknya promo 1Malaysia ini, kini rancak ditayangkan di semua stesen tv. Pada yang belum sempat menonton promo ini, sila klik ikon di atas sekali.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis, 10 September 2009

Khairy Jamaluddin, Amber Chia dan Namewee dalam METER, 15 Malaysia!!

Ingin menyaksikan lakonan Khairy Jamaluddin, Amber Chia dan Namewee? Adakah mereka cuba menyampaikan sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat? Apakah lakonan mereka cukup berkesan dihati penonton Malaysia?. Jom kita tonton apakah yang cuba dipaparkan mereka menerusi METER sebuah projek 15Malaysia yang dibawakan khas oleh P1 Wimax yang diarahkan oleh Benji Lim. Selamat menonton.


Meter by Benji Lim
{Cast : Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO), Amber Chia, Namewee (Jejaka kontroversi Negaraku), Jason Lo, Baki Zainal & Matthew George }




The Making of METER



**so apa pendapat anda?**

Rabu, 9 September 2009

Gambar Panas Aliff Aziz?



Gempar seketika industri hiburan Malaysia apabila gambar 'panas' membabitkan penyanyi remaja popular, Aliff Aziz tersebar meluas di internet. Apakah motif penyebaran gambar tersebut?. Adakah untuk melariskan namanya atau sekadar mencari kontroversi?. Jom kita baca pengakuan Aliff Aziz mengenai kenyataannya berhubung penyebaran gambar tersebut di internet!.

sumber: mstar.com
  1. "Saya akui telah lakukan kesilapan besar itu di Singapura. Sejujurnya, saya amat menyesal dan berharap semua yang tersinggung dapat memaafkan saya," luah penyanyi Aliff Aziz dan nada kesal berhubung isu gambar 'panas' yang sedang tersebar di internet.
  2. "Sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan perkara ini. Saya pun baru saja tahu tentang penyebaran gambar itu di internet.
  3. "Saya manusia biasa dan saya memang tidak terlepas dengan kesalahan. Tetapi macam mana pun, itu bukan satu 'escape' untuk saya 'lepaskan' diri.
  4. "Saya bertanggungjawab dengan apa yang tersebar itu. Benda dah terjadi, jadi saya kena tanggung akibatnya. Ibubapa saya juga amat sedih bila dapat tahu tentang perkara ini.
  5. "Sebab itulah saya tidak mahu menjelaskan dengan terperinci tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku dan ini adalah satu pengajaran kepada saya supaya menjadi lebih matang".
  6. "Seperti yang saya katakan tadi, tak perlulah saya terangkan lebih-lebih. Saya sendiri tidak ingat bila gambar itu diambil dan saya juga tidak berapa pasti siapa perempuan itu kerana kami berada di sana di dalam satu kumpulan".
  7. "Dan saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau tidak kerana apapun, saya akui itu adalah silap saya".
  8. "Maafkanlah kesilapan saya dan saya cukup berharap peminat-peminat akan terus menyokong karier saya. Buat masa ini, saya dah tak tahu apa lagi yang boleh saya buat selain meminta maaf kepada semua,".
sekitar gambar Aliff Aziz yang dipetik menerusi laman
ohartis.com

p/s: apa pandangan anda berhubung isu ini?

sumber berita dan teks dipetik dari laman : mstar.com

Selasa, 8 September 2009

'Hantu Kak Limah Balik Rumah... akan datang'!!!

*Poster ini adalah poster sementara*

Nantikan kemunculan karya seram terbaru arahan Mamat Khalid 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' akan memukau anda 2010 di semua pawagam seluruh Malaysia. Filem yang dikatakan 100% seram ini akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Nak tahu apakah yang cuba disampaikan Mamat Khalid menerusi 'Hantu Kak Limah' ini?. Sabar dan tunggu sahaja kerana maklumat berkaitan filem tersebut akan dipaparkan di dalam portal ini secara ekslusif.

**Rock, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang dan Estet, manakah pilihan anda?.** Kalau saya, tentunya Kala Malam Bulan Mengambang. Kenapa?. Nantikan aje ulasan terkini akan datang!!.

Isnin, 7 September 2009

Ustaz Asri Rabbani... Dalam Kenangan..

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat Industri Muzik Negara. Pengorbanannya dalam menegakkan syiar muzik islam cukup dipandang tinggi oleh segenap lapisan masyarakat. Bakat kreativitinya cukup terserlah dan tidak dapat ditandingi kehebatannya. Merdu irama suaranya cukup memukau khalayak. Namun, ingatan dan tulus baktinya akan dikenang hingga ke akhir hayat, Allahyarham Ustaz Asri Hj Ibrahim... permata yang disegani"
- amy ikram ismail

Al-Fatihah Ustaz Asri Rabbani
(3.8.1969 - 13.8.2009)
Moga rohmu dicucuri rahmat hendak-Nya

Tribute Khas..
(Ihsan Rabbani)



**Diharapkan Kumpulan Rabbani akan terus berjaya tanpa perjuangan Allahyarham.**

Salam Ramadan 1430 H

Ahad, 6 September 2009

'2 garis halus memisahkan Antara Garisan!!'

'Setiap hukuman di dunia ini ditentukan oleh Allah S.W.T dan segala kebaikan serta keburukan umat manusia di muka bumi ini adalah cerminan realiti yang perlu dijadikan pedoman umat manusia seluruhnya', adalah ulasan ringkas yang boleh dikatakan menerusi "Antara Garisan", sebuah karya hebat Shahrulezad Mohameddin yang telah ditayangkan pada 5 September 2009 menerusi rangkaian Astro Ria. Telefilem istimewa Ramadan ini diterbitkan oleh Raduis One mengisahkan 2 watak hebat lakonan Norkhiriah (Ayu) dan Sharifah Armani (Veeda). Kedua-dua mereka merupakan adik beradik, tetapi berlainan kelakuan di mana Ayu merupakan seorang GRO yang bekerja di kelab-kelab malam manakala adiknya Veeda, merupakan muslimah sejati yang mempunyai perilaku yang baik budi pekertinya tetapi hanyut dengan godaan nafsu syaitan yang menyesatkan.

Kelakuan manusia menerusi perbezaan darjat agama dipaparkan menerusi watak seorang ustaz muda, Ustaz Arman (lakonan Ismail Abd. Aziz) yang terlalu fanatik dengan ajaran islamnya sehingga sanggup menghukum kesalahan manusia lain menurut hawa nafsu syaitan ( Isma Yusoof memegang watak Syaitan yang berselindung dengan jubah putih), lantas memerangkapkan kehidupannya tanpa disedari. Apabila sedar, Ustaz Arman dan Veeda ditangkap berkhalwat dalam sebuah rumah. Apakah ia sebuah gambaran hebat secara sinis Shahrulezad terhadap perilaku seorang yang mengaku alim ulama, tetapi hakikatnya lagi teruk daripada apa yang berlaku dalam masyarakat islam sekarang.

Antara Garisan satu paparan yang amat menarik kerana ia memaparkan kepada kita tentang pergolakan kehidupan sesama manusia antara 'baik dan buruk'. Pembukaan pertama telefilem ini menunjukkan kedudukan antara dua watak yang berbeza iaitu watak Ayu (Norkhiriah) yang berada di tempat terhina iaitu maksiat manakala Ustaz Arman berada di darjat yang tertinggi iaitu kemuliaan mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pertemuan mereka adalah di hadapan sebuah surau di waktu subuh. Cuba perhatikan di akhir cerita ini ( di hadapan surau), kedudukan mereka telah berubah di mana Ustaz Arman berada di tahap yang terhina (ditangkap berkhalwat oleh masyarakat kampung) dan Ayu berada di mimbar surau dalam keadaan mulia (bertaubat dan menginsafi kesalahan yang dilakukan).

Namun begitu, apa yang cuba ingin di sampaikan oleh pengarah menerusi Antara Garisan ialah 'Jangan memandang hina terhadap orang lain walaupun ia melakukan kesalahan yang amat besar terhadap agama islam kerana hak untuk menentukan dosa dan pahala adalah daripada Allah S.W.T bukannya kita manusia ciptaan-Nya. Justeru, sebagai orang islam kita patut membimbing kesalahan orang tersebut ke jalan yang benar dan di redhai-Nya bukannya berperang, menyerbu rumah dan berpra-sangka buruk melihat kehidupan orang lain yang amat berbeza dengan kehidupan kita sebenarnya.' Wallahuallam.

p/s: Antara Garisan cuba mengkritik kehidupan masyarakat melayu yang amat kolot dan terlalu ikutkan nafsu dalam menentukan sesuatu hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas seseorang tanpa melihat perkara sebenarnya. Kisah ini adalah benar dan masih lagi berlaku dalam kelompok masyarakat melayu terutamanya yang terlalu kuat dengan agama islam dan melihat semua manusia adalah hina disisi mereka. Bukankah ia satu sindiran tajam kepada kita?. Antara garisan telah terpisah menerusi 2 garisan halus yang sememangnya berlaku dalam kehidupan kita. Tidak Percaya? Pergi la lihat di sekeliling kita..



**Kepada anda yang terlepas menonton Antara Garisan semalam, jangan khuatir kerana ulangannya tetap ada kerana tayangannya di Astro Ria.. bukannya saluran lain.. So apa komen anda terhadap telefilem ini?.**

Sabtu, 5 September 2009

Panaskah 'Comolot'.... Kontroversikah '...Dalam Botol'!


Assalamualaikum..

Dari tahun 2007 hinggalah kini 2009, filem pendek arahan aku, 'comolot' masih lagi panas di laman youtube.com. Nak kata sebuah karya lucah yang merosakkan akhlak, tak la namanya. Tapi niat aku membikin 'comolot' adalah untuk menggambarkan realiti sebenar apakah yang berlaku di persekitaran kita terutamanya dalam sesuatu perhubungan antara lelaki dan perempuan, tetapi hakikatnya terselindung satu kehidupan lain yang mungkin tidak diterima hukum alam. GAY?!. Ya, satu kehidupan yang dilaknati Allah S.W.T dan itulah yang cuba aku gambarkan menerusi medium penceritaan iaitu filem. Mungkin cara olahan aku dilihat begitu drastik 'antara scene lakonan Remy Ishak dan Ben Quariel menerusi babak pelukan di dalam bilik air ' telah menimbulkan kontroversi di Malaysia apatah lagi ia digelar 'Filem Gay Pertama di Malaysia' di dalam Industri Hiburan dan Filem Tempatan. Namun, semuanya kisah lama yang ingin aku lupakan, tetapi selagi ia masih bertahan dikritik, dihentam dan dikutuk menerusi laman youtube.com, filem ini tidak akan terhenti malahan ia akan menjadi cerita popular yang mungkin tidak akan luput sehinggalah dunia berakhir dengan penuh tragedi. Apakah aku digelar pencemar budaya?. Kata-kata itu mengingatkan aku masa pertemuan terakhir dengan Allahyarham Yasmin Ahmad di Finas masa Talentime Discussion.. katanya 'amy filem kau, 'comolot' lagi hot dari filem I'.. Aku cuma mampu ketawa, tetapi hakikatnya itu satu kenangan yang mungkin tidak akan aku lupakan dan Yasmin sukar di cari ganti. Berbalik kepada filem aku terpulang pada mereka nak kata apa atas apa yang aku cuba gambarkan 3 tahun lepas, selagi ia bertahan, biarkanlah kerna tanpa kutukan 'comolot' tak kan popular sampai ke Indonesia. Aku bukan berangan. Tetapi hakikatnya!. Mungkinkah ada sambungannya.. nantikan dan entahlah..

Selepas 'comolot' , kontroversi pulak filem 'Anu Dalam Botol atau sekarang menjadi tajuk ...Dalam Botol yang diterbitkan oleh Raja Azmi yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Filem yang juga bertemakan kisah cinta sejenis ini dikatakan juga cuba menerapkan satu isu yang agak panas dalam mencari satu kontroversi, iaitu 'Gay, Mak Nyah, Transeksual dan Biseksual'. Mungkinkah ia digelar filem seksual seperti filem aku dan bakal dikritik sepertimana yang terjadi macam filem aku?. Terpulanglah pada pemahaman dalam penerimaan sesuatu naskhah filem bagi setiap penonton di Malaysia. Apabila timbul isu pengharaman adegan gay, pondan dan mat rempit yang diwujudkan pihak kerajaan, kononnya setiap pengkarya tidak boleh memasukkan elemen negatif tersebut dalam filem mereka. Aku terasa seolah-olah suatu yang kelakar kerna baru sekarang mereka terasa bahangnya, walaupun secara realitinya kehidupan manusia tidak pernah lari dari benda-benda begitu dalam kehidupan. Cuba kaji dalam institusi kerajaan , berapa ramaikah penjawat awam yang ada itu mengamalkan seks songsang (gay) dalam kehidupan mereka?. Boleh dikatakan ramai dan ada juga yang patah liuk lintok dengan gaya jalannya mengalahkan Ratu Dunia. Oleh itu, janganlah hipokrit demi untuk negara tercinta kerana setiap karya yang dihasilkan oleh setiap pengarah itu ada tujuan dan mesejnya walaupun ia dilihat agak sensitif.

Justeru, sekiranya anda tidak suka dengan apa yang dipaparkan oleh pengkarya dalam sesebuah filem, jangan cuba menontonnya dan elakkan daripada ditonton oleh anak-anak anda (sekiranya anda bimbangkan, tetapi bolehkah?) kerana walaupun ia diharamkan di dalam sesebuah filem , medium lain juga boleh ditonton tanpa batasan melalui youtube.com. Jadi, yang manakah salah?. Apakah kami pembikin filem, penonton filem ataupun pemilik laman sosial dan video popular Youtube?. Tepuk dada tanyalah selera.

Anda juga mungkin meminati.. 'comolot'..
(versi asal untuk penilaian dalaman yang mungkin disebarkan oleh orang dalaman juga)



**Versi DVD lagi cantik wo!!! aku bikin bukan untuk dijual okay.. jadi pada sapa yang terasa sepanjang dia menonton filem comolot maafkanlah ye.. kerana ia filem realiti bukannya filem komersial.. Jadi pada pengkritik Youtube dan pengulas di laman-laman popular lain, tak perlulah nak berdakwah dengan mengeluarkan pelbagai hadis kerana cerminkanlah diri kita sebelum orang lain kita nilaikannya. **

-wallahuallam-

Jumaat, 4 September 2009

Berahi cyber di 4 portal paling sensasi... Gunakanlah Internet dengan sebaiknya!!

Penyalahgunaan internet dikalangan rakyat Malaysia berada di paras yang agak membimbangkan. Purata jumlah pelayar internet di Malaysia adalah paling tinggi dikalangan anak-anak muda belasan tahun tidak kira peringkat umur, jantina dan agama. Dalam situasi ini, golongan dewasa juga tidak terkecuali menjadikan internet sebagai medium bertukar-tukar kenalan sehinggalah membawa kepada perhubungan seks songsang sesama jenis, berlainan jenis ataupun sebagai port pelacuran alternatif dalam talian sehingga menjadi pusat perniagaan yang menguntungkan.

'Manjam, Facebook, Myspace, Yahoo Messenger (YM)' dan sebagainya boleh dikatakan antara portal yang cukup berpengaruh dikalangan rakyat Malaysia berbilang kaum. Ia menyediakan pelbagai kemudahan terkini seperti video chatting, kiriman mesej bertulis mahupun bergambar sehinggalah kepada rakaman video samada secara professional ataupun melalui video kamera bertelefon. Kemudahan seperti ini seringkali disalahgunakan oleh mereka kerana dianggarkan 80% golongan pelayar Internet adalah remaja dan dewasa. Golongan seperti ini kebanyakkannya menggunakan internet adalah sekadar untuk melepaskan nafsu yang terbuku dengan melayari laman-laman lucah tempatan dan antarabangsa sehinggalah sanggup memalukan diri sendiri dengan berbogel di Internet melalui khidmat Yahoo Messenger (YM) . Bukan itu sahaja, ada juga di antara kita sanggup mengambil risiko dengan memasukkan gambar-gambar orang lain dengan tujuan mengaibkan beliau di dalam portal yang kerap kali menjadi tumpuan ramai. Apakah tidak takut seandainya perbuatan kita menjadi isu yang agak panas dan kita dituduh mencemarkan maruah orang lain sehinggakan disumbat ke dalam penjara akibat kelalaian dan keseronokkan kita yang tidak bertempat itu.

Justeru, kemajuan dan perkembangan sistem internet bermaklumat wajar digunakan dengan sebaik-baiknya dan diadaptasikan secara positif oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini boleh dilihat melalui kewujudan rangkaian terkini seperti 'facebook', 'twitter', 'blog' , 'wordspress' dan sebagainya kerana bangsa Malaysia yang bermaruah adalah satu bangsa yang menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara betul, adil dan saksama. Maka, janganlah mencabar pihak kerajaan untuk mewujudkan undang-undang baru berkaitan 'penapisan internet' kerana di Malaysia undang-undang sebegitu belum wujud dan tidak dikuatkuasakan.
Wallahuallam.

**Apakah Malaysia sebuah negara yang memberikan kebebasan kepada kita untuk melayari laman-laman internet sesuka hati, sehingga mewujudkan polimek tersendiri di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum?. Kurangkanlah melayari laman-laman negatif sepanjang kita berpuasa di bulan Ramadan, kerana itu boleh mengurangkan pahala kita seadanya.Salam Ramadan..**

Khamis, 3 September 2009

Lakonan Wan Raja & Arja Lee ... Mampukah ia menjadi Karya Paling Kontroversi?.

Pada Selasa lepas ( 1 September 2009) telah diumumkan secara rasmi bahawa 'Arja Lee dan Wan Raja' sebagai pelakon utama bagi karya ...Dalam Botol yang akan memulakan penggambarannya hujung tahun ini. Pemilihan mereka dibuat secara SMS melalui portal hiburan paling sensasi (murai.com) yang memberikan kebebasan kepada penonton dan orang ramai untuk menentukan siapakah pelakon pilihan mereka untuk dinobatkan sebagai karektor utama bagi karya penuh kontroversi ini. Lakonan mereka semasa sesi casting bagi filem ini boleh ditonton di laman murai yang puratanya memberikan persembahan yang cukup hebat. Tetapi hebatkah mereka dan mampukah ia menjadi karya penuh kontroversi sepanjang tahun, selepas filem Bukak Api, Comolot dan sebagainya?. Nantikan sahaja ... Dalam Botol yang akan menemui anda tahun depan, khabarnya!. Insyaallah.

klik di bawah untuk menonton

Insyaallah.. filem ini sukses.. Kepada anda, jangan cetuskan kontroversi tersendiri, sekiranya filem ini belum ditayangkan lagi.
Bayangkanlah seandainya saya menghasilkan sambungan bagi naskhah comolot saya!.. Mungkinkah ia menjadi realiti?. Tepuk dada tanya selera.

credit: gambar ihsan by murai.com

Rabu, 2 September 2009

Arja Lee & Wan Raja pelakon utama ...Dalam Botol!



'Sekiranya filem saya dibanned oleh pihak kerajaan, maka sayalah orang pertama yang akan membangkangnya', itulah kata-kata tegas produser kontroversi, Raja Azmi semasa sidang media pengumuman 2 pelakon utama filem tersebut di Mix Stage Lobi, FINAS. Program yang turut meraikan rakan media dalam satu majlis berbuka puasa ini telah mengambil keputusan memilih pelakon Arja Lee dan pendatang baru Wan Raja sebagai pelakon utama bagi filem kontroversi ...Dalam Botol. Filem yang bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi merupakan sebuah karya yang cukup mencabar kerana ia memaparkan suatu realiti kehidupan sisi gelap golongan sejenis yang terperangkap dalam konflik cinta yang amat menyentuh perasaan.

Ketika ditanya siapakah pengarah yang bakal memikul tanggungjawab untuk mengarahkan ...Dalam Botol ini, Raja Azmi menjelaskan bahawa, 'Osman Ali dan Nasir Jani' adalah antara dua nama yang diharapkan dapat bekerjasama untuk merealisasikan karya tersebut. Cuma dalam hal ini, Kak Raja mengharapkan agar Osman Ali bersetuju untuk menjadi pengarah bagi filem tersebut. Tambahnya lagi, 'Pengunduran Shadan daripada mengarahkan filem sedemikian bukannya atas sebab kepentingan peribadi atau persengketaan sesama sendiri, malahan Shadan belum bersedia dan dia (Shadan) sukar untuk menjiwai watak dan peranan bagi karya ...Dalam Botol kerana setiap pengarah mestilah bertanggungjawab atas apa yang diarahkannya apabila ditayangkan di pawagam kelak. Jadi, dalam situasi ini ...Dalam Botol adalah bukan filem yang boleh diarahkan orang sembarangan.

Justeru, walau apapun yang terjadi, pastinya filem ...Dalam Botol akan dapat juga ditayangkan dipawagam kelak kerana filem ini telahpun dinilai skripnya oleh pihak JAKIM dan mereka tidak mempunyai masalah untuk mengharamkannya. Jadi 'nilaikanlah sesuatu perkara dengan menontonnya terlebih dahulu, bukannya mendengar dari mulut ke mulut.. kerana ia boleh membinasakan serta menghancurkan pemikiran kita manusia seadanya'. Tepuk dada tanya selera.


info:-
- Pengumuman khas siapakah Pengarah filem ...Dalam Botol ini akan diberitahu kelak di dalam sidang media lain akan datang.
- Skrip filem ini telah diolah berulang kali bagi memastikan ia tidak mempunyai sebarang masalah kontroversi yang melampaui batas.
- ...Dalam Botol bukannya karya lucah yang merosakkan minda kerana ia sebuah karya yang sarat dengan mesej keagamaan yang kuat.
- Adegan ranjang yang melibatkan watak Ghaus (Wan Raja) dan Ruby (Arja Lee) akan tetap dilakukan tetapi tidak melampaui batas.
-Pelakon Arja Lee merupakan pelakon asal filem pendek kontroversi 'COMOLOT' yang terpaksa digantikan dengan Remy Ishak.

**Gambar di atas memaparkan pelakon-pelakon yang datang ujibakat filem ...Dalam Botol..**

info dan perkembangan menarik akan datang...