Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 2 September 2009

Arja Lee & Wan Raja pelakon utama ...Dalam Botol!



'Sekiranya filem saya dibanned oleh pihak kerajaan, maka sayalah orang pertama yang akan membangkangnya', itulah kata-kata tegas produser kontroversi, Raja Azmi semasa sidang media pengumuman 2 pelakon utama filem tersebut di Mix Stage Lobi, FINAS. Program yang turut meraikan rakan media dalam satu majlis berbuka puasa ini telah mengambil keputusan memilih pelakon Arja Lee dan pendatang baru Wan Raja sebagai pelakon utama bagi filem kontroversi ...Dalam Botol. Filem yang bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi merupakan sebuah karya yang cukup mencabar kerana ia memaparkan suatu realiti kehidupan sisi gelap golongan sejenis yang terperangkap dalam konflik cinta yang amat menyentuh perasaan.

Ketika ditanya siapakah pengarah yang bakal memikul tanggungjawab untuk mengarahkan ...Dalam Botol ini, Raja Azmi menjelaskan bahawa, 'Osman Ali dan Nasir Jani' adalah antara dua nama yang diharapkan dapat bekerjasama untuk merealisasikan karya tersebut. Cuma dalam hal ini, Kak Raja mengharapkan agar Osman Ali bersetuju untuk menjadi pengarah bagi filem tersebut. Tambahnya lagi, 'Pengunduran Shadan daripada mengarahkan filem sedemikian bukannya atas sebab kepentingan peribadi atau persengketaan sesama sendiri, malahan Shadan belum bersedia dan dia (Shadan) sukar untuk menjiwai watak dan peranan bagi karya ...Dalam Botol kerana setiap pengarah mestilah bertanggungjawab atas apa yang diarahkannya apabila ditayangkan di pawagam kelak. Jadi, dalam situasi ini ...Dalam Botol adalah bukan filem yang boleh diarahkan orang sembarangan.

Justeru, walau apapun yang terjadi, pastinya filem ...Dalam Botol akan dapat juga ditayangkan dipawagam kelak kerana filem ini telahpun dinilai skripnya oleh pihak JAKIM dan mereka tidak mempunyai masalah untuk mengharamkannya. Jadi 'nilaikanlah sesuatu perkara dengan menontonnya terlebih dahulu, bukannya mendengar dari mulut ke mulut.. kerana ia boleh membinasakan serta menghancurkan pemikiran kita manusia seadanya'. Tepuk dada tanya selera.


info:-
- Pengumuman khas siapakah Pengarah filem ...Dalam Botol ini akan diberitahu kelak di dalam sidang media lain akan datang.
- Skrip filem ini telah diolah berulang kali bagi memastikan ia tidak mempunyai sebarang masalah kontroversi yang melampaui batas.
- ...Dalam Botol bukannya karya lucah yang merosakkan minda kerana ia sebuah karya yang sarat dengan mesej keagamaan yang kuat.
- Adegan ranjang yang melibatkan watak Ghaus (Wan Raja) dan Ruby (Arja Lee) akan tetap dilakukan tetapi tidak melampaui batas.
-Pelakon Arja Lee merupakan pelakon asal filem pendek kontroversi 'COMOLOT' yang terpaksa digantikan dengan Remy Ishak.

**Gambar di atas memaparkan pelakon-pelakon yang datang ujibakat filem ...Dalam Botol..**

info dan perkembangan menarik akan datang...

0 comments :