Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 15 September 2009

Gejala Pedofilia dalam Lollipop Namron...

*gambar sekadar hiasan*
'Pedofilia', merujuk kepada gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang biasanya berlaku dikalangan mereka yang belum mencapai akil baligh. Proses ini dinamakan 'pencabulan ke atas kanak-kanak' yang seringkali dilakukan oleh golongan dewasa yang mengalami masalah jiwa dan pemberontakan dalaman yang boleh menyebabkan kematian ke atas mangsanya. Gejala sadisme ini adalah satu jenayah dan boleh dikatakan agak kritikal di mana kes yang membabitkan seorang kanak-kanak bernama Nurin Jazlin telah menggemparkan negara beberapa tahun lepas. Atas sebab itulah mungkin 'Lollipop' dihasilkan.

Menggunakan tema yang agak sensitif, Lollipop arahan Namron cuba membawa kita kepada kes sadisme ke atas kanak-kanak yang sememangnya menjadi satu jenayah yang agak berat untuk diperkatakan. Ini boleh dikaitkan juga melalui gambaran visual pada watak seorang lelaki muda yang berada dalam kegersangan melalui aksi 'melancapnya' dengan membayangkan kisah-kisah silam yang pernah berlaku ke atas dirinya, akibat dirogol oleh bapanya sendiri. Apakah sejarah silam bisa menghancurkan masa depan kita dan orang lain?. Jika ya, maka berhati-hatilah dalam kehidupan, kerna mana tahu rasa kesunyian pada seseorang individu boleh melahirkan rasa keganasan dan keghairahan hati yang mungkin menyebabkan gejala jenayah seks!.

Namun begitu, kemasukkan beberapa visual yang membabitkan ahli politik berpangkat Datuk di dalam filem pendek ini (melalui sebuah berita di kaca tv melalui scene perbicaraan Mahkamah) seolah-olah cuba memberikan maksud yang tersirat di sebalik kes Pedofilia ini. Apakah kaitan mereka dengan kes ini? Adakah Lollipop yang digambarkan itu adalah cerita tentang zakar, rogol dan liwat?. Sama-samalah kita berfikir apakah yang cuba disampaikan Namron dalam Lollipop ini. Mungkinkah ia sebuah kisah dalam kisah?. Wallahuallam.

jom tonton LOLLIPOP by Nam Ron


the making of LOLLIPOP


p/s: Ada berani?. Setiap orang ada ulasannya tersendiri.

0 comments :