Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 21 September 2009

Kiamat akan berlaku pada 2012?


Benarkah kiamat yang diramalkan oleh para saintis dunia akan berlaku pada Ramadan 2012?. Detik itulah yang akan menyaksikan kehancuran dunia yang paling dasyat, di mana akan berlakunya beberapa perkara dan kejadian yang termaktub di dalam Al-Qur'an. Namun, proses berlakunya kiamat hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya samada bila dan waktu akan tibanya hari perhitungan tersebut. Justeru, sebagai umat manusia yang beragama islam, kita perlulah mempersiapkan diri kita dengan amal ibadat secukupnya kerana tanda-tanda kecil kiamat sudah kelihatan dan hanya menunggu masa untuk terlerainya satu kehidupan yang hakiki, iaitu dunia akhir kiamat!!.

Nantikan sebuah filem yang menggambarkan tentang 'kiamat' berdasarkan kepercayaan semua agama di dunia menerusi '2012' sebuah naskhah arahan Roland Emmerich yang dibarisi Amanda Peet, Chiwetel Ejiofor, Danny Glover, dan John Cusack yang akan menghancurkan pawagam anda serentak di seluruh dunia pada 12 November 2009. Jangan lupa untuk menontonnya di pawagam berhampiran anda okay!!.

trailer 2012




Info: 2012, the story about : Over the decades, many have prophesised that the world will end when the ancient Mayan calendar ceases on 21 December 2012. But before that occurs, the human race is bound to face natural disasters such as massive volcano eruptions, typhoons and other natural calamities. An academic researcher opens a portal into a parallel universe and makes contact with his double in order to prevent an apocalypse predicted by the ancient Mayans.


p/s: Dalam menantikan filem ini pada 12 Nov 09, sambil dok melayari blog saya ini serta blog-blog lain, tanya diri anda 'apakah kita sudah bersedia untuk kiamat 2012?, sedangkan diri kita masih alpa dengan kemewahan dunia dan melupakan agama dan suruhan-Nya. Salam Aidilfitri 2009... hari raya ke-3..

1 comments :

bukan urusan kita nak memperkatakannya.. bukan keje kita untuk menentukan bila waktunya.. itu semua keje Yang Maha Di Atas..

tapi tak salah kalo kita memperingatinya bahawa kiamat sudah dekat.. namun ble.. Wallahualam..