Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 5 September 2009

Panaskah 'Comolot'.... Kontroversikah '...Dalam Botol'!


Assalamualaikum..

Dari tahun 2007 hinggalah kini 2009, filem pendek arahan aku, 'comolot' masih lagi panas di laman youtube.com. Nak kata sebuah karya lucah yang merosakkan akhlak, tak la namanya. Tapi niat aku membikin 'comolot' adalah untuk menggambarkan realiti sebenar apakah yang berlaku di persekitaran kita terutamanya dalam sesuatu perhubungan antara lelaki dan perempuan, tetapi hakikatnya terselindung satu kehidupan lain yang mungkin tidak diterima hukum alam. GAY?!. Ya, satu kehidupan yang dilaknati Allah S.W.T dan itulah yang cuba aku gambarkan menerusi medium penceritaan iaitu filem. Mungkin cara olahan aku dilihat begitu drastik 'antara scene lakonan Remy Ishak dan Ben Quariel menerusi babak pelukan di dalam bilik air ' telah menimbulkan kontroversi di Malaysia apatah lagi ia digelar 'Filem Gay Pertama di Malaysia' di dalam Industri Hiburan dan Filem Tempatan. Namun, semuanya kisah lama yang ingin aku lupakan, tetapi selagi ia masih bertahan dikritik, dihentam dan dikutuk menerusi laman youtube.com, filem ini tidak akan terhenti malahan ia akan menjadi cerita popular yang mungkin tidak akan luput sehinggalah dunia berakhir dengan penuh tragedi. Apakah aku digelar pencemar budaya?. Kata-kata itu mengingatkan aku masa pertemuan terakhir dengan Allahyarham Yasmin Ahmad di Finas masa Talentime Discussion.. katanya 'amy filem kau, 'comolot' lagi hot dari filem I'.. Aku cuma mampu ketawa, tetapi hakikatnya itu satu kenangan yang mungkin tidak akan aku lupakan dan Yasmin sukar di cari ganti. Berbalik kepada filem aku terpulang pada mereka nak kata apa atas apa yang aku cuba gambarkan 3 tahun lepas, selagi ia bertahan, biarkanlah kerna tanpa kutukan 'comolot' tak kan popular sampai ke Indonesia. Aku bukan berangan. Tetapi hakikatnya!. Mungkinkah ada sambungannya.. nantikan dan entahlah..

Selepas 'comolot' , kontroversi pulak filem 'Anu Dalam Botol atau sekarang menjadi tajuk ...Dalam Botol yang diterbitkan oleh Raja Azmi yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Filem yang juga bertemakan kisah cinta sejenis ini dikatakan juga cuba menerapkan satu isu yang agak panas dalam mencari satu kontroversi, iaitu 'Gay, Mak Nyah, Transeksual dan Biseksual'. Mungkinkah ia digelar filem seksual seperti filem aku dan bakal dikritik sepertimana yang terjadi macam filem aku?. Terpulanglah pada pemahaman dalam penerimaan sesuatu naskhah filem bagi setiap penonton di Malaysia. Apabila timbul isu pengharaman adegan gay, pondan dan mat rempit yang diwujudkan pihak kerajaan, kononnya setiap pengkarya tidak boleh memasukkan elemen negatif tersebut dalam filem mereka. Aku terasa seolah-olah suatu yang kelakar kerna baru sekarang mereka terasa bahangnya, walaupun secara realitinya kehidupan manusia tidak pernah lari dari benda-benda begitu dalam kehidupan. Cuba kaji dalam institusi kerajaan , berapa ramaikah penjawat awam yang ada itu mengamalkan seks songsang (gay) dalam kehidupan mereka?. Boleh dikatakan ramai dan ada juga yang patah liuk lintok dengan gaya jalannya mengalahkan Ratu Dunia. Oleh itu, janganlah hipokrit demi untuk negara tercinta kerana setiap karya yang dihasilkan oleh setiap pengarah itu ada tujuan dan mesejnya walaupun ia dilihat agak sensitif.

Justeru, sekiranya anda tidak suka dengan apa yang dipaparkan oleh pengkarya dalam sesebuah filem, jangan cuba menontonnya dan elakkan daripada ditonton oleh anak-anak anda (sekiranya anda bimbangkan, tetapi bolehkah?) kerana walaupun ia diharamkan di dalam sesebuah filem , medium lain juga boleh ditonton tanpa batasan melalui youtube.com. Jadi, yang manakah salah?. Apakah kami pembikin filem, penonton filem ataupun pemilik laman sosial dan video popular Youtube?. Tepuk dada tanyalah selera.

Anda juga mungkin meminati.. 'comolot'..
(versi asal untuk penilaian dalaman yang mungkin disebarkan oleh orang dalaman juga)



**Versi DVD lagi cantik wo!!! aku bikin bukan untuk dijual okay.. jadi pada sapa yang terasa sepanjang dia menonton filem comolot maafkanlah ye.. kerana ia filem realiti bukannya filem komersial.. Jadi pada pengkritik Youtube dan pengulas di laman-laman popular lain, tak perlulah nak berdakwah dengan mengeluarkan pelbagai hadis kerana cerminkanlah diri kita sebelum orang lain kita nilaikannya. **

-wallahuallam-

3 comments :

hye tak bagi credit ke tuk Ombk...susah payah ombk cr ..huhuhu

Salam... saya tiada masalah pun dengan filem ni, cuma jalan ceritanya kurang logik di mana pernikahan dilakukan semasa majlis perkahwinan sedang di jalankan di luar rumah...

Dan tiada adegan penting di mana Daniel menerangkan kepada Ita apa yang berlaku...

Semoga berjaya, Amy Ikram.

salam, nuthing heavy n critise to say... juz i love the bathroom scene very much... remy ishak is really into his role.... btw, the scene is cute too....ehhheheeh