Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 16 Oktober 2009

Ada apa dengan LPF? Coretan Ekslusif buat semua Karyawan!!


Mendengar sahaja nama LPF (Lembaga Penapisan Filem) barangkali anda akan membayangkan 'beberapa scene yang terpaksa dipotong', 'adegan kontroversi', 'isu filem yang dibanned', malahan ada juga yang mengecam LPF sebagai badan yang tidak memahami kreativiti pembikin filem. Pandangan sedemikian perlu dilontar jauh kerana LPF bukan satu organisasi yang gemar memotong sesebuah adegan tanpa 'alasan yang kukuh' atau 'suka-suka', kerana pemotongan sesebuah scene dalam filem adalah bergantung kepada tahap sesuatu kandungan gambar yang terdapat dalam filem tersebut. Seandainya filem itu terlalu lucah sehingga menampakkan alat sulit, perlakuan seks yang keterlaluan serta adegan yang tidak sesuai ditonton, maka adegan tersebut akan dipotong oleh LPF. Sebaliknya, jika sesebuah scene itu tidak terlalu lucah atau tidak bermaksud keterlaluan dari segi agama atau budaya, maka sesebuah filem itu akan lulus bersih tanpa sebarang potongan. Jika dilihat di dalam filem Gubra, kenapa scene Namron menyentuh anjing dan scene di hospital yang menampakkan punggung pesakit dibiarkan tanpa potongan?. Adegan ini telah menimbulkan kontroversi di dalam industri filem sehingga menaikkan nama Allahyarham Yasmin Ahmad sebagai pengarah filem yang disegani. Menurut Jawatankuasa LPF, mereka menegaskan bahawa 'scene dalam Gubra tersebut tidak dipotong kerana ia tidak keterlaluan memandangkan anjing adalah binatang yang hanya haram disentuh apabila basah dan scene pesakit menampakkan punggungnya adalah realiti di hospital yang perlu kita akui. Jangan kata kami tak potong scene tersebut, kami tak ada agama. Namun jika pemotongan ke atas scene tersebut dilakukan, maka filem tersebut akan lebih kontroversi lagi. Menilai ke atas semua filem Yasmin memerlukan pemikiran yang tajam kerana Yasmin selalu memberikan kejutan ke atas filem-filemnya', kata Jawatankuasa LPF semalam di FINAS semasa mengendalikan Sesi Ceramah Minda LPF bersama Warga Industri yang turut dihadiri beberapa produser, pengarah dan karyawan filem.

Selain itu, LPF juga mencadangkan kepada beberapa produser atau pengarah filem yang mahu menghantarkan filemnya untuk ditapis sebelum ditayangkan dipawagam, haruslah memastikan target atau sasaran penonton terlebih dahulu. Ini bermakna sekiranya produser filem mensasarkan karyanya hanya untuk semua golongan masyarakat, maka kami akan meneliti keseluruhan aspek dan adegan filem tersebut agar sesuai untuk tontonan umum. Jika adegan itu memerlukan potongan, maka LPF akan membuat potongan, tetapi ia tidak akan menganggu cerita. Jika jalan cerita memerlukan scene tersebut, maka 'untuk tontonan umum' tidak sesuai, mungkin ditukar kepada PG13 atau 18 tahun ke atas. Justeru, LPF akur dan hormati kreativiti semua pembikin filem di Malaysia. Apabila bercakap mengenai filem Dukun dan Muallaf, LPF menegaskan bahawa kedua-dua filem tersebut lulus untuk tayangan dipawagam. Apabila diberitahu bahawa Dukun dan Muallaf tidak jadi tayang, ia bukan salah LPF atau KDN atau kerajaan tetapi itu kena tanya produser filem tersebut, kenapa mereka tidak bersedia untuk menayangkan filem mereka di pawagam. Justeru, kesimpulannya adalah sebagai pembikin filem kita perlu menyajikan scene-scene yang menarik agar ia tidak mampu dipotong oleh LPF. Apakah scene tersebut?. sama-sama kita fikir la ye..

p/s: 'Muallaf akan ditayangkan dipawagam juga, mungkin 2010', kata Allahyarham Yasmin Ahmad pada saya semasa preview Talentime beberapa bulan lepas. Kalau filem Dukun pula.... korang kena pi tanya Gayathri Su-Lin-Pillai, produser Tayangan Unggul okay, kenapa dia tarik tayangan filem tersebut daripada ditayangkan!!!

0 comments :