Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 20 Oktober 2009

Akibat Bantahan dari sebuah parti keagamaan...... Beyonce tangguhkan Konsert di Malaysia...

Penangguhan konsert Diva Antarabangsa, Beyonce Knowles yang dijadualkan pada 25 Oktober 2009 di Stadium Putra Bukit Jalil kepada satu tarikh yang belum diputuskan lagi adalah kesan daripada bantahan keras sebuah organisasi keagamaan di Malaysia. Parti yang cenderung terhadap keagamaan itu menentang keras penganjuran konsert Beyonce Knowles kerana mereka memutuskan bahawa artis antarabangsa itu seorang penghibur yang sering mengenakan pakaian yang agak seksi dan ini memberikan impak kepada pergaulan bebas tanpa sempadan terutamanya dikalangan rakyat Malaysia yang beragama islam. Menurut penganjur yang menjual tiket secara online di laman axcess membuat kenyataan rasmi bahawa 'bagi mereka yang sudah membeli tiket, boleh mendapatkan wang mereka semula dengan menghubungi talian 03-7711 5000 atau layari www.axcess.com.my . Selain itu, mereka juga boleh datang sendiri di ibu pejabat Ticket Axcess di Petaling Jaya mulai dari 26 Oktober hingga 14 November bagi menuntut pembayaran yang telah dibuat. Namun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, tiada sebab untuk menghalang konsert itu di negara ini sekiranya penyanyi terkenal itu akur dengan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan oleh kerajaan. Bagi kita, konsert itu sudah pun diluluskan kerajaan Malaysia. 'Walaubagaimanapun, terpulanglah pada pengurusan Beyonce samada untuk menangguhkan atau membatalkannya sahaja' kata wakil media yang diminta mengulas sedikit pandangan mengenai penangguhan konsert tersebut di Malaysia.

p/s: Kalau Pengurusan Beyonce dah berjanji untuk akur dengan syarat Kerajaan Malaysia, kenapa pula ada pihak lain yang iri hati?. ooo mungkin Beyonce tak pakai tudung kot!!! ngeee

2 comments :

Supposely awal2 lagi kalo tak boleh cakap tak boleh.. don't give other people hope by saying that beyonce gonna be in town.. poor them..

also looks like our pengurusan looks bad.. tak organize.. cakap tak serupa bikin.. even diorang dah try so hard to make it happen but then ada some people yang just phd saja nak buat kucar-kacir..

tapi ada juga di sebalik kiasannya.. artis kita ramai lagi yang bagus2 dan berbakat besar.. tak dapat beyonce just get them beb.. no hurt feeling..

hello!!!beyonce is still beyonce...takde pengganti ok...she is someone...ade pakej dan identiti sendiri...jgn nak samakan dgn artis malaysia...mcm langit dgn bumi...orang2 y phd tue tak tau la ape yang die dapat..aku dokan diorang puas hati arr...dah berjaya batalkan konsert nie...kalo sume pembeli tiket menyumpah korang ko tengok la ape yang akan jadi kat hidup korang...