Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 2 Oktober 2009

Filem Estet di celah pokok getah Estet Cintamanis?


Kenyataan e-mel ini dikirimkan oleh penulis hiburan popular, Azwan Annuar kepada saya untuk menjemput anda semua rakan media dan penulis blog hiburan dan filem untuk sama-sama menghadiri satu acara khas yang di adakan di celah-celah pokok getah Estet Cintamanis di mana akan di adakan pesta keramaian bagi meraikan filem Estet, arahan Mamat Khalid katanya....
-------------------------------------------------------------------------------------------------

JEMPUTAN MEDIA DI CELAH POKOK GETAH ESTET CINTA MANIS

by Azwan Annuar

Tiba-tiba hidup anda diselubungi misteri?. Pelik dengan apa yang berlaku?. Ingin mencuba sesuatu yang baru?.

Mungkin sebab anda mendengar Awie menyampaikan madah cinta dalam bahasa Tamil...

Atau mungkin anda membayangkan sedang bercengkerama bersama si dia yang anda sayangi di celah-celah pokok getah Estet Cintamanis...

Samada anda juga akan menyampaikan madah cinta dalam bahasa Tamil serta berlari-lari bersama si dia di celah-celah pokok getah di Estet Cintamanis. Maka kami ingin menjemput anda merasai sendiri pengalaman itu. Betul ke?.
Amaq... memang betul. Ini betul.... bukan cobaan...

Datanglah ke:-

Selasar Pualam, Istana Budaya, pada 8hb Oktober 2009 nanti. Hari Khamis, bukan pukul, tapi jam 3.00 petang.

Ayoyo... amaq... mesti datang. Sebab bilangan pokok getah untuk anda berlari-lari anak adalah terhad. Tambahan dari itu, anda jangan lupa, bawak sekali abang atau kakak kameraman, merakamkan detik kegembiraan di celah-celah pokok getah nanti.

Oppss... lupa, acara ini bukan sekadar berlari celah pokok getah, sambil berpegangan tangan juga menarik sari dan dotti, tetapi ada tunjuk itu... err... muzik video... banyak best ooo... muzik video dari filem 'Estet'.

Untuk merasai kelainan ini, sambil menggelengkan kepala dengan mengatakan 'Ayoyo' silalah datang dengan hormatnya, rugi siapa tak datang. Kalau nak apa-apa maklumat sila hubungi Azwan Annuar di 012 257 9341.

Jumpa di sana..... di sana... di sanaaa...

p/s: Nandri.... jangan lupa ye datang.. Tapi x sabar jugak untuk menantikan saat-saat manis berlari bersama Azwan di celah pokok getah. Buku Estet by Ajami Hashim mungkin juga akan dilancarkan bersama. Apa-apapun info menarik akan diupdated kemudian okay.

0 comments :