Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 9 Oktober 2009

Minggu Filem Asia 2009... kini kembali..

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui kerjasama bersama syarikat Astrio Entertainment akan mengadakan Minggu Filem Asia pada 13 – 15 November 2009 bertempat di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Program 3 hari yang padat dengan bengkel bersama tokoh-tokoh perfileman Hollywood, ekspo perfileman, tayangan filem dan banyak lagi acara yang dapat memberikan pendedahan kepada karyawan tempatan. Ia juga satu peluang untuk berkongsi pengalaman dan membina jaringan antara karyawan tempatan dengan antarabangsa.

FINAS mempelawa kepada karyawan tempatan yang berminat untuk menyertai acara ini dengan mendaftar di Bahagian Latihan Perfileman FINAS. Sila isi borang permohonan latihan FINAS dan hantar/faks/emailkan ke Bahagian Latihan FINAS sebelum 31 Oktober 2009.

sebarang maklumat berkaitan, sila hubungi...

Bahagian Latihan Perfileman
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia,
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia
No.Tel: +603-41041300
No.Faks: +603-41041377

bahagian_latihan@finas.gov.my
Download borang penyertaan FINAS

p/s: Jom ramai-ramai ke sana!!!

0 comments :