Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 24 Oktober 2009

Pisau Cukur.... Kisah sundal dua wanita muda?


'Seksi, panas dan menggemparkan!', itulah yang boleh digambarkan melalui Pisau Cukur arahan dan lakon layar Bernard Chauly yang bakal ditayangkan pada 5 November 2009. Filem yang penuh dengan unsur feminisme ini serta adegan yang mencemaskan, tetapi menarik mengisahkan Bella (Maya karin) dan Intan (Fazura) , dua sahabat yang cukup agresif dalam memikat hati seorang lelaki kaya dan berkedudukan dengan tujuan untuk menumpang kekayaan sekaligus dapat hidup senang. Bella, gadis lincah seorang peserta program 'Siapa nak kahwin jutawan?' terperangkap dalam hubungan persahabatan dan cinta antara Fakir dan Datuk Hisham. Di antara kedua-dua mereka ini, yang manakah mampu memikat hati Bella hingga akhir cerita?. Apakah Fakir yang dilihat tidak berkedudukan dan Datuk Hisham, jutawan ekslusif mampu memiliki hati Bella di kala kakak kandung Datuk Hisham, tidak menggemari Bella, yang dituduhnya pisau cukur dari mendekati adiknya, Datuk Hisham?. Manakala Fakir lelaki biasa yang akhirnya tersimpan satu cerita menggemparkan!. Semuanya akan terjawab dengan jujur jika anda menonton Pisau Cukur di pawagam mulai 5 November 2009.

Jika ditanya pada saya, apakah filem ini wajib di tonton semua peminat filem di Malaysia?. Secara jujur saya mengatakan, YA!!. kenapa?. Jom kita lihat antara 5 menarik yang terkandung dalam Pisau Cukur....



5 menarik dalam Pisau Cukur..


  • Kisah Sundal dua wanita muda yang cantik, tetapi memiliki impian cuma satu : untuk hidup senang, berstatus, dan mendapat tempat tertinggi dalam sebuah perhubungan. Realiti ini seringkali berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak gadis remaja, rakan-rakan artist, selebriti dan sebagainya. Golongan ini hanya memberikan fokus kepada lelaki kaya, berkedudukan tanpa mengira status dan umur, asalkan kekayaan di kongsi bersama. Ia juga mengkritik kepada gaya hidup terkini warga kota yang gemarkan bermadu kasih, berkongsi rasa dan cinta walaupun si suami tidak kacak, asalkan wang ringgit dan harta dimiliki bersama.
  • Pisau Cukur menyajikan shot yang menarik, apatah lagi dibantu dengan rakaman visual dan teknik sinematografi yang boleh dibanggakan. Menonton Pisau Cukur seolah-olah anda menonton filem-filem Hollywood kerana filem ini penuh dengan warna-warni yang membuatkan anda akan kembali ke panggung wayang sekali lagi.
  • Percaya atau tidak jika saya mengatakan keseluruhan scene dalam Pisau Cukur berlaku dalam sebuah studio yang gambarannya scene atas sebuah kapal mewah, di tengah-tengah laut. Filem ini banyak dibantu oleh teknik CGI yang cuba memberikan definasi tertinggi dalam sebuah penerbitan filem.
  • Lakonan gedik Fazura dan Maya Karin boleh diberikan kredit yang cemerlang, kerana setiap babak yang menampilkan wajah dan lakonan mereka menampakkan filem ini seolah-olah hidup dan ia berlaku di depan mata anda sendiri. Begitu juga lakonan beberapa pelakon professional lain seperti Liyana Jasmay, Umie Aida, Khatijah Tan, Sharifah Sofea, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi. Tahniah buat Bernad kerana berjaya menjadikan Pisau Cukur karya penuh hebat untuk bulan November 2009!. Jangan ketinggalan ye.. untuk menontonnya di pawagam.
  • Pisau Cukur merupakan rakaman dari cebisan realiti masyarakat kota yang ingin hidup mewah tanpa perlu memikirkan kerja.. kerja.. dan kerja.. Apakah gadis dan wanita kita sanggup menggadaikan maruah kepada lelaki kaya yang inginkan sentuhan belaian gadis secantik anda. Jika benarlah andaian ini, maka beringatlah bahawa kita hidup bukannya kekal abadi dan tentunya apa yang kita kerjakan di dunia akan di soal di akhirat kelak. wallahuallam.

Justeru, kesimpulannya adalah Pisau Cukur merupakan karya yang wajib dan perlu ditonton oleh anda semua.. nantikan kehangatan sebuah filem penuh adegan seksi ini pada 5 November 2009. jadikan Pisau Cukur sebuah naskhah menarik anda di hujung minggu.

p/s: kecewa x dapat buku Pisau Cukur.. Rasanya nak tengok sekali lagi la ye nanti. tak puas ar tengok preview malam tue.. ada ke patut di beri seat depan sekali.. ngeee.

1 comments :

dah agak dah.. mesti ada org lebih arif pasal filem akan cakap besh... untungnya dapat tengok awal yer..