Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Isnin, 30 November 2009

Yasmin Ahmad Speech at TEDxKL... March 2009!!!


Salam..

Video ini mungkin sudah ditonton oleh semua peminat filem barangkali. Saya cuma ingin berkongsi sekadar sebagai penutup bicara untuk November 2009.. hahaha. Terima kasih kerana menjadi pembaca dan pengikut setia blog saya ini. Tidak sabar rasanya untuk menantikan Disember 2009, khabarnya terdapat 5 buah filem tempatan akan masuk panggung, terutamanya Muallaf, yang merupakan sebuah filem yang amat di nanti-nantikan... Kepada anda... tontonlah bicara ekslusif bersama Yasmin Ahmad ini dari TEDxKL.. pada 6 March 2009... Tq pada yang upload masuk..
Rak buku memaparkan Koleksi Amir Muhammad 'Yasmin Ahmads Films' yang sudah mula dijual di MPH Book, Mid Valley. Dapatkannya di pasaran sekarang!!

Ahad, 29 November 2009

Online DVD ... Nur Kasih bakal difilemkan?


Ketika ini, mungkin heboh seketika mengenai drama Nur Kasih yang dikatakan antara rating no 1 di TV3. Drama bersiri arahan Khabir Bhatia ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri sehingga ada ura-ura mengatakan bahawa Nur Kasih bakal difilemkan tidak lama lagi. Benarkah andaian ini?. Sama-samalah kita tunggu berita ekslusif dari mulut Khabir sendiri. Jika ditanya pada saya mengenai Nur Kasih, saya cuma mampu mendiamkan diri kerana drama bersiri ini tidak pernah saya ikuti semenjak ia ditayangkan di kaca tv. Nak kata tidak berminat, entahlah.. Tapi, agak sibuk sedikit lah dengan beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan. Katanya, saya kurang berminat dengan drama siri.. Jika ia difilemkan... mungkin satu berita yang agak ekslusif barangkali buat peminat setia Nur Kasih ini. Bukan itu sahaja, drama bersiri tulisan Mira Mustaffa ini mula dijual dalam DVD Box Set yang berharga RM 79.20 yang boleh dibeli secara online, sekarang!!!.

Tunggu apa lagi.. klik di sini sekarang!!


p/s: nak tgk teater Natrah nanti... huhuhu

Sabtu, 28 November 2009

Tayangan Ekslusif Filem Rahsia Hari ini!!!!


Program Merakyatkan Filem Malaysia akan menayangkan sebuah filem klasik bertajuk Rahsia lakonanNoor Kumalasari, Shukery Hashim, Yusof Haslam, Dato S.Roomai Noor dan Noraini Hashim. Tayangan diadakan pada 28 November 2009 di Panggung Coliseum Jalan Tunku Abdul Rahman pada jam 12.00 tengahari. Orang ramai dijemput hadir untuk bersua kenal bersama pelakon tersebut selepas tayangan filem tersebut.

Jumaat, 27 November 2009

DVD Talentime kini di pasaran!!!!


Filem terakhir arahan Yasmin Ahmad 'Talentime' , kini boleh dimiliki dalam bentuk DVD yang telah pun berada di pasaran. Filem yang diterbitkan oleh Primewors Studio yang diedarkan oleh MVM Home Entertainment Sdn. Bhd ini mula dijual dengan harga RM 19.90. Jika anda peminat setia karya Allahyarham Yasmin Ahmad, apa kata milikilah DVD Talentime yang original untuk dijadikan koleksi anda sekeluarga.


World Premiere : 25 March 2009 ( Hong Kong International Film Festival )
Malaysia released : 26 March 2009

Daripada pengarah 'Mukhsin', Talentime memaparkan cerita tentang sebuah pertandingan pencarian bakat yang mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh mati ditikam di hari perkahwinannya. Menyedari perhubungannya dengan Melur itu akan ditentang, Mahesh menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Adakah dua hati yang muda ini mampu untuk bersama mengharungi segala rintangan?. Di malam Talentime, segalanya terungkai.....

Awards yang di menangi Talentime...

  • Festival Filem Malaysia ke-22, 2009: Pengarah Filem Terbaik, Anugerah Khas Juri: Membawa wawasan kemanusiaan & keharmoniaan di dalam sesebuah filem, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik & Pelakon Harapan Wanita.
  • Anugerah Filem Terbaik SEA (The Best SEA Film Award) di Festival Filem Antarabangsa Cinemanila ke-11 di Manila, Filipina, 23 Oktober 2009.
  • Anugerah Utama Juri (The Grand Prize of the International Jury) di Festival Filem Antarabangsa Bangkok.
Mungkin ada lagi anugerah yang dimenangi Talentime di beberapa festival filem antarabangsa. Jika anda ingin berkongsi maklumat di sini, hantarkan email anda kepada saya di amyikram@yahoo.com. Email anda akan di siarkan nanti.

p/s: Alhamdulillah. DVD Talentime saya dah dapatkannya yang original.. Saya menunggu apakah ada usaha untuk menerbitkan 'Yasmin Ahmads Special Box DVD'.. hahaha. Bolehlah gabungkan filem Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime dalam satu box. Saya rasa kalau ada pun, selepas filem Muallaf kot.. Kalau ada alhamdulillah...

Khamis, 26 November 2009

Cerita tentang Yasmin Ahmad!!!... mesti baca!!!


Catatan Sebuah Kenangan...

Salam...

Menonton semula filem Yasmin Ahmad mengingatkan saya pada pertemuan pertama dan terakhir dengan beliau di Cathay Cineplexes, The Curve Damansara dan di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas. Kedua-dua pertemuan ini adalah cuma satu mengenai 'Talentime', iaitu semasa tayangan perdana dan diskusi filem tersebut. Jangkamasa perkenalan kami tidak jauh cuma dalam anggaran 3 bulan dan selepas itu tanggal 25 Julai 2009, dunia dan Industri Filem tergempar seketika dengan berita pemergian 'Allahyarham Yasmin Ahmad' akibat serangan angin ahmar atau strok. Berita tersebut mengejutkan saya dan rakan blogger serta karyawan filem yang lain. Rata-rata tidak mempercayainya. Ketika itu, saya mendapat banyak panggilan dari rakan-rakan untuk memastikan kesahihan berita tersebut. Saya kaku seketika dan jari jemari mula mendail beberapa nombor.. 'Pak Hassan Muthalib' dan 'Osman Ali' antara panggilan telefon yang saya buat. Jawapan dari Pak Hassan amat menyedihkan di mana memang benar arwah pergi menemui illahi pada jam 11.30 malam, 25 Julai 2009, satu tarikh keramat yang akan diingati sepanjang zaman.

Keesokan harinya, saya gagahi jua untuk pergi menziarahi pusara arwah yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Walaupun tiba lewat pukul 3.00 petang di tapak perkuburan, sempat jua menemui permata hati Yasmin, Mak Inom dan Pak Atan. Mereka nampak sedih dan ini realiti. Pak Atan menceritakan serba sedikit mengenai peribadi Yasmin. Saya mengkaguminya. Dari luar begitu ramai kenalan, dan peminat Yasmin yang terdiri daripada pelbagai kaum membanjiri pusara arwah seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi. Mereka perlu menerima kenyataan bahawa Permata Industri Filem pergi menemui Illahi, tuhan semesta alam. Beberapa hari kemudian, akhbar Kosmo membuat kejutan pula mengenai sejarah hidup Yasmin yang akhirnya menimbulkan kontroversi, sehingga ia mendapat perhatian Datin Marina Mahathir. Rata-rata dari mereka memboikot akhbar itu dan reaksi Mak Inom mahu menyaman akhbar tersebut kerana cuba menjatuhkan reputasi Yasmin Ahmad. Sehingga kini, isu itu diam seketika. 'Biarlah yang lepas jangan cuba mengungkitnya', suara hati saya.

Seminggu pemergian Yasmin ke rahmatullah, dan FFM22 menuju ke garis kemuncaknya. Saya di beritahu penganjur bahawa 'Tribute Video for Yasmin Ahmad' perlu dihasilkan sebagai tanda penghormatan dan ingatan warga industri melalui FINAS buat kerjaya Yasmin. Saya menggalas tanggungjawab itu. Dalam tempoh seminggu sebelum FFM22, saya bersama team saya cuba menghubungi Pete Teo ( untuk memohon kebenaran menggunakan lagu Pergi, nyanyian Aizat) dalam video tersebut. Kata Pete.. okay!!. Lepas itu, saya menghubungi Adibah Noor untuk memohon sumbangan suaranya dalam video tribute to Yasmin Ahmad, yang saya menulis skrip suara latarnya.. Sungguh syahdu kata seorang kenalan apabila menyaksikan tribute video itu di malam Anugerah FFM22 secara langsung di kaca tv dari KK, Sabah. Saya tersenyum seketika. Alhamdulillah... Mungkin ada di antara anda tidak mengetahuinya bahawa saya ingin menggunakan suara 'Sharifah Armani' dalam v.o itu.. tapi kata Puan Fatimah Abu Bakar 'Nani ada shooting.. jadi Pn Fatimah mencadangkan agar Kak Deeba sahaja yang menggantikannya'. Cepat-cepatlah saya menelefon Kak Deeba.. dan dia datang seperti yang dijanjikan.. Adibah Noor menangis membaca nukilan hati saya untuk suara latar tribute video itu.. hurmmm.. Sampai sekarang saya cuba download masuk ke Yotube tak dapat-dapat!!.


Yasmin Ahmad Films Book!!!.. Suatu Catatan yang perlu di miliki!!!


Tanggal 18 November 2009 di Sunway University College, Subang ,Selangor dilancarkan buku Yasmin Ahmads Films oleh Amir Muhammad. Walaupun dalam kejernihan hujan dan kekaburan waktu dan cuaca, saya hadirinya walaupun lewat sejam akibat kesesakan lalu lintas. Buku yang berharga RM30.00 ini berjaya saya miliki seperti yang diidamkan. Membaca catatan Amir Muhammad ini seolah-olah suatu catatan peribadi yang amat menyentuh perasaan bagi sesiapa yang mula membacanya. Kata Amir, 'Malay Version untuk buku ini akan dipasarkan tidak lama lagi, mungkin March 2010'. Ia berita yang akan menggembirakan terutamanya anda yang tidak suka membaca buku bahasa English.. hahaha. Nantikan sahaja edisi malay buku ini, yang tentu juga saya akan mendapatkannya.

Namun ketika ini, di mana jua saya berada, tetap saya membawa dan membaca Yasmin Ahmads Films.. ia seolah-olah buku teks yang tidak akan boleh dipisahkan dari genggaman saya. Mungkin juga anda yang sudah mendapatkan buku ini. Kata teman media 'kau fanatik Yasmin!!' dan ada juga yang menyanggah 'sudah-sudahlah.. yang dah tak ada..'. Memang betul.. tetapi bagi saya, 'itu hak saya, dan pada yang tak suka.. jangan cuba menyibuk!!'..

Bagi anda yang sudah mendapatkan buku ini tentu tahu kenapa Amir Muhammad menggunakan J'Co Green Donut sebagai covernya. Tahu kenapa?. Sebabnya adalah.... kerna la beli buku ini.. hahaha.






Simbol dan 'love' dalam Filem Yasmin Ahmad...

In the name of God, the Most Gracious and Most Merciful...

Jika diperhatikan pada keseluruhan filem-filem arahan Yasmin Ahmad, simbol (seperti di atas) kerap kali muncul sebelum filemnya bermula. Simbol ini menerangkan kepada kita bahawa 'sebelum memulakan sesuatu pekerjaan , perlulah didahulukan dengan niat yang ikhlas agar segala perbuatan kita direstuinya, yakni kebesaran maha pencipta'. Perbuatan ini merupakan pegangan setiap umat manusia di muka bumi terutamanya yang beragama islam. Dalam perkara ini, Allahyarham Yasmin Ahmad tidak pernah lupa akan siapa penciptanya. Sebab itulah, filem-filem arahannya amat berbeza dengan filem tempatan yang lain, terutamanya dari segi olahan penceritaan dan gaya pengarahannya. Filem Yasmin akan bermula dengan kalimah 'Bismillah' yang bermaksud 'Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani'. Kalimah ini bukanlah sengaja diletakkan oleh Yasmin di dalam filem-filemnya, tetapi baginya Kalimah itu perlu diucapkan oleh kita umat islam apabila memulakan sesuatu perkara atau pekerjaan agar direstuinya. Namun begitu, cuma di dalam filem Talentime, Yasmin mengadaptasikan ia di dalam bahasa Tamil, yang maksudnya agak sama dengan konsep dan definisi 'bismillah'.

Percaya atau tidak, kesemua filem Yasmin Ahmad bermain dgn isu kasih sayang atau 'love'. Isu ini merupakan keperluan sejagat bagi setiap manusia yang hidup, tidak kira 'jenis agama yang dianuti, jantina samada(lelaki, perempuan, khunsa, pondan), kepercayaan, budaya dan warna kulit. Keperluan ini sememangnya akan dirasai oleh setiap manusia dan sebab itulah kesemua filem Yasmin Ahmad lebih menjurus kepada elemen kasih sayang di mana setiap filemnya adalah berbeza mengikut tajuk dan naratifnya. Jika dilihat kepada filem Rabun, Yasmin cuba membawa kita kepada kisah hidup ibu dan bapanya yang diwakili watak 'Mak Inom dan Pak Atan'. Gambaran kasih sayang dalam Rabun agak sensitif dari kaca mata penonton melayu beragama islam kerana Yasmin menggambarkan 'kisah cinta golongan tua' melalui adegan mandi bersama (bermain buih) di luar halaman rumah hanya berkemban telah mengundang kontroversi dikalangan penonton dan pengkritik filem. Begitu juga dalam Sepet dan Gubra. Kedua-dua filem ini memberikan kontroversi yang maha dasyat di mana kisah cinta berlainan agama dan budaya antara Jason dan Orked menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya yang agak kaku dalam penerimaan kisah hubungan berlainan kaum ini. Gubra diperdebatkan di dada-dada akhbar dan di forum-forum di kaca tv seperti Fenomena Seni kerana Yasmin memaparkan kisah hubungan antara pelacur dan keluarga alim (ustaz / bilal ) yang tinggal bersebelahan, yakni jiran tetangga, sedangkan pelacur itu adalah kesalahan yang dilaknati agama. Ia juga memaparkan aksi tok bilal menyentuh anjing dan adegan di hospital yang menampakkan punggung pesakit, sehinggakan Yasmin Ahmad digelar 'Pencemar budaya'.

Bukan itu sahaja, filem Mukhsin umpamanya memaparkan kisah cinta antara dua kanak-kanak yang masih mentah, Talentime juga dilihat sebuah kisah cinta seorang lelaki India yang bisu dengan seorang perempuan melayu, Melur di mana mereka dilihat tidur bersama sambil tangan antara kedua-duanya cuba menggapai antara satu sama lain, tetapi itu cuma angan kosong yang bisa mungkin atau ya menjadi realiti. Namun begitu, filem Muallaf yang ditunda tayangannya beberapa kali bukan sebab LPF, akan ditayangkan di Malaysia secara rasmi mulai 24 Disember 2009, merupakan karya kelima terakhir sebelum Talentime. Filem yang dikontroversikan oleh segelintir penggiat agama ini cuba mengheret Muallaf sebagai filem yang mendedahkan reputasi negatif tentang agama, tetapi jika ditonton secara positifnya, Muallaf cuba menyelongkar sisi kehidupan sebuah golongan atau kelompok masyarakat yang ada di Malaysia berkaitan soal kecelaruan dari segi agama dan kepercayaan. Justeru, semua hanya tinggal kenangan kerana karya Yasmin bisa mungkin diteruskan oleh orang lain kerana Yasmin terlalu istimewa antara pengarah filem lain dalam soal penyampaian dan naratif ceritanya. Ingatlah bahawa 'pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara (Malaysia), kerana beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersial boleh bergabung menjadi satu. Akhir kata, sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad yang sudah pergi meninggalkan kita lima bulan yang lalu.. Al-Fatihah moga rohnya dicucuri rahmat.. Amin

**terima kasih buat Bukan Sepet kerana mencetuskan tagline buat Yasmin Ahmad yang cukup bermakna ini untuk saya letakkan dalam blog saya**

p/s: Antara 'Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime', manakah satu filem yang anda gemari dan meninggalkan kesan yang mendalam pada anda, penonton dan peminat filem?.


Info
Allahyarham Yasmin Ahmad suka makan J-CO Donut warna hijau!!..

Rabu, 25 November 2009

Astro Box Office Movies - Tayangan Hebat : Antara Muzikal dan Saluran Filem. Di manakah hala tujunya?


Ketika ini, saluran filem terhebat ' Astro Box Office Movies' melalui slot Tayangan Hebat kerap kali menayangkan program baru berjudul 'Marhaban di Astro'. Program berdurasi 2 jam ini khabarnya akan diulang tayang juga sepanjang Disember 2009 melalui slot yang sama. Tayangan tersebut barangkali mungkin sebagai menghormati bulan haji, namun timbul persoalan di sini apakah saluran tersebut telah beralih arah dari dunia sinema ke dunia muzik, apabila mula menayangkan rancangan Marhaban?. Bukan mempersoalkan kandungan siaran rancangan yang baik itu, malahan bentuk siarannya juga tidak bersesuaian dengan format saluran Tayangan Hebat yang lebih memfokuskan kepada dunia filem memandangkan Marhaban itu rancangan berbentuk muzikal, bukannya karya filem. Dalam situasi ini, ia mungkin hak astro yang tidak boleh di sangkal. Tetapi, sebagai pelanggan astro yang setia (juga pelanggan saluran movie 951,952 dan 953 ), kami berhak untuk memperkatakan sesuatu kerana saluran itu bukannya percuma berbanding pakej biasa yang menyediakan saluran ria, prima, aruna, oasis, discovery dan muzik. Kalau boleh biarlah Tayangan Hebat itu hanya menayangkan karya berbentuk filem sahaja. Justeru, seandainya Marhaban di Astro ditayangkan di saluran ria, prima atau oasis nescaya ia boleh ditonton oleh semua pelanggan astro kerana kemasukkan program Marhaban di Astro ke saluran movie tayangan hebat seolah-olah suatu kecelaruan identiti dari segi bentuk, format dan kehendak siaran. Oleh itu, pihak astro perlulah memahami bahawa setiap saluran yang mereka wujudkan itu perlu berbeza dengan saluran astro sedia ada, kerana setiap saluran itu tentunya ada harga dirinya yang membezakan kualiti sesebuah rancangan mahupun produk siarannya.

Wallahuallam.

p/s: Kecewa juga dengan Astro Citra, kenapa filem yang sama dan boleh ditonton di saluran lain juga turut di muatkan dalam saluran itu. Bukan ke Citra.. Dunia sinema anda yang perlu berbeza dengan saluran astro lain sepertimana ABO Tayangan Hebat?. Apa kata saya cadangkan 'Marhaban di Astro' dipindahkan ke Oasis. Bukan ke ia program agama. Jangan lah semua saluran nak di muatkan dengan rancangan yang sama. Fikir-fikirkan lah ye..

-saya pencinta saluran 951, 952 dan 953.. huhuhu-

Selasa, 24 November 2009

'Spinning Gasing'... filem ter'hangat' tahun 2001?

Sebut sahaja 'Spinning Gasing', tentunya anda diluar sana akan membayangkan beberapa scene yang agak panas dilakonkan oleh Elly Suriati dan Craig Fong. Filem yang telah mencetuskan kontroversi di Malaysia sekitar tahun 2001 ini merupakan produk tempatan yang telah banyak memenangi anugerah dan penghargaan di beberapa festival filem antarabangsa antaranya, (1st)- 20 th Hawaii International Film Festival, 2000 (USA) melalui Netpac Award Special Mention - Film Director, Teck Tan. (2rd) - 3rd Cinemaya Festival of Asian Films (CINEFAN), 2001 India - Pelakon Wanita Terbaik : Ellie Suriati. (3rd) - 14th Singapore International Film Festival, 2001 Singapore dan Malaysia Film Festival, September 2004 ( Cathay Singapore) hanya sekadar penyertaan kategori. Filem yang di arahkan oleh Teck Tan ini berkisarkan sebuah kisah mengenai empat orang remaja Malaysia yang mewakili setiap kaum ingin menubuhkan sebuah kumpulan muzik di Kuala Lumpur. Dalam usaha tersebut, mereka mempunyai banyak ranjau, sehinggalah menemui konsep irama yang mampu mengangkat nama kumpulan mereka, iaitu muzik terkini dengan gabungan muzik tradisi - ulek mayang.



Filem yang menggunakan lagu tema dari penyanyi 'Camelia - terlanjur sayang' merupakan naskah filem yang sukar di dapati di mana-mana kedai muzik di Malaysia. Mungkin ada sesetengah yang menjualnya (dalam kelompok haram) dan ada juga yang menyimpannya sejak pertama kali di pasarkan oleh Sendi Mutiara dalam cakera VCD. Justeru, saya berharap agar koleksi filem seperti ini di pasarkan kembali oleh Sendi Mutiara kerana khazanah sesebuah karya seni itu perlu dihargai oleh semua pihak. Apabila bercakap mengenai khazanah dan pemyimpanan hasil karya penggiat seni tempatan, saya cukup terkilan di mana kebanyakkan filem tempatan dari awal tahun 30-an hinggalah kini (2009) tidak lengkap dan sukar diperolehi sebagai bahan rujukan kepada generasi akan datang. Antaranya memberikan alasan 'sukar diperolehi' dan 'tidak ada sumber penemuan' , namun dalam persoalan ini, di manakah peranan bahagian perpustakaan filem di FINAS dan Arkib Negara Malaysia dalam menangani situasi dan permasalahan ini?. Mahukah filem kita hanya boleh diperolehi di luar negara sedangkan kita sendiri mempunyai badan berkaitan filem hanya memandang tanpa memikirkan jalan penyelesaiannya?. Oleh itu, hargailah karya seni kita, kalau tidak sapa lagi. Wallahuallam.



Sedikit info mengenai Spinning Gasing..

Versi asal Spinning Gasing pada mulanya telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Pengharaman filem ini ditarik balik selepas ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia.

Untuk tayangan di pawagam Malaysia, terdapat 25 adegan yang tidak diluluskan. Rayuan untuk mengurangkan jumlah potongan telah ditolak oleh LPF. Antara babak yang ditapis: Adegan pencegah maksiat menyerbu hotel; Yati dan Harry berendam di dalam laut; Adegan dan dialog lucah & sensitif.

Untuk versi cakera padat video, filem ini telah diluluskan sepenuhnya tanpa sebarang tapisan.


Judul filem:
Spinning Gasing

Slogan: So you want to be famous... / Jadi anda ingin terkenal...
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa utama: Inggeris
Bahasa lain: Kantonis & Melayu

Tayangan

Tarikh mula tayangan umum: 18 Oktober 2001

Urusniaga

Kos pembikinan filem: RM2.4 juta
Kutipan jualan tiket: RM484,450.04

Teknikal

Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Sistem bunyi: Dolby Digital
Tempoh tayangan: 90 minit

Bikin filem

Tarikh mula penggambaran: Oktober 1999
Tarikh mula penggambaran: November 1999
Antara lokasi penggambaran: Terengganu & Kuala Lumpur


p/s: Susah sangat nak dapat filem ini. Ada sesiapa di antara anda mempunyai dan masih menyimpan Spinning Gasing. Hantar email pada saya... Puas mencari.. hahaha

**Apa kata saya cadangkan Astro Citra atau Astro Box Office menayangkan filem ini semula**

2009 Copyright Article by Amy Ikram.

Isnin, 23 November 2009

Filem Animasi 3D..... Chritsmas Carol kini di pawagam!!

Kepada anda yang tengah dok plan nak tonton mana satu filem yang terbaik di pawagam, apa kata saya syorkan kepada anda 'Chritsmas Carol' arahan Robert Zemeckis yang telah pun ditayangkan sejak 19 November lalu. Filem yang diadaptasikan dari sebuah novel klasik ini boleh ditonton dalam format 3D di semua pawagam terpilih seluruh negara. Jika anda mahu kelainan dalam filem ini, tontonlah dengan kaca mata 3D yang disediakan. Anda pasti terpegun menyaksikan sentuhan terbaru Robert ini. Jangan tak tau, filem ini juga mendapat sentuhan dua anak muda tempatan dari Malaysia. Siapakah gerangannya?. Jom kita baca sedikit info mengenai dua pakar animasi tempatan yang bekerja dengan produksi Disney ini.


Sentuhan 2 anak muda tempatan dalam Chritsmas Carol

sumber: Kosmo

SEMASA anda menyaksikan filem A Christmas Carol di pawagam bermula hari ini, anda sebenarnya patut berbangga dengan hasil karya berteknologi tinggi itu. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu berbangga dengan produksi Walt Disney Pictures itu? Penulis bukannya mahu mengajak penonton mengagumi hasil kerja Walt Disney Pictures tetapi filem animasi 3D itu yang merupakan kerjasama dengan syarikat ImageMovers Digital turut disertai oleh dua anak jati Malaysia. Itu yang patut diraikan oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Walaupun hanya bertugas di sebalik tabir, filem A Christmas Carol yang menggunakan teknologi 3D tidak mungkin berjaya tanpa khidmat mereka. Kedua-dua figura yang dimaksudkan ialah Jax Lee Jing Yee dan Woei Lee.
read more.....

trailer filem


p/s: rasanya nak tengok lagi filem ini, tapi versi bukan 3D la. coz nak membezakan apakah ada perbezaan antara 3D dengan bukan 3D.. hahaha. Nampaknya.. kena tengok dua2 versi sekali lagi la ye.. biaselah nak dapat kepuasan. 1st tengok full seat, terpaksa mendongak kt seat depan skrin.. hurmm..

Ahad, 22 November 2009

Bukan Sekadar Blog.... GTV-Shop hidangkan antara yang terbaik!!

Cerita tentang dunia blog....
klik


Ini bukan iklan untuk mempromosikan blog tentang lelaki atau blog gambar-gambar lucah pasangan gay, tetapi saya cukup tertarik kerana dalam kebanyakkan portal yang ada lebih mengkhusus kepada gambar dan cerita sensasi yang mengghairahkan, namun kali ini saya hidangkan kepada anda satu portal rasmi bagi yang meminati genre movie sebegini. 'GTV-Shop', satu paparan baru dunia maya di mana filem-filem terbaik yang pernah memenangi anugerah di festival filem antarabangsa boleh di beli secara online melalui portal ini dengan hanya membaca amaran yeng tertera di blog tersebut. Jangan salah anggap kerana filem-filem aliran sebegini bukan 'karya lucah' tetapi ia menghidangkan satu cerita dalam sebuah kisah yang perlu di akui kebenarannya. Kepada anda penggemar blog, mungkin ini satu portal yang perlu anda singgah sebentar, sepertimana blog lelaki-lelaki popular yang lain.

p/s: Saya tak tau.. dari mana pemilik portal ini mendapatkan bahan DVD untuk di jual. hahaha

Sabtu, 21 November 2009

Bergenrekan Fairy Tales Comedy, Duhai Si Pari-Pari akan datang 31 Disember 2009!!

Genre: Fairy Tales Comedy
Tajuk : Duhai Si Pari-Pari
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn.Bhd
Pengarah : Azmi Mohd Hata
Pelakon : Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik, Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac & Din Beramboi

Tagline: Cerita Cinta Biasa Tapi Luar Biasa.

akan datang 31 Disember 2009




p/s: Poster di atas adalah sekadar hiasan okay. Saya masih menunggu real poster filem ini.

Jumaat, 20 November 2009

Memory of the Storyteller.... Yasmin Ahmad's the legend!!


'I loved this article, she is a legend in Malaysian Film Industry. If you don't like Yasmin work, please stopped critics her'- Amy Ikram Ismail

Thank's Amir Muhammad, your 'Yasmin Ahmad's Films book', very touching i read everyday.. everytime.. and always before my eyes close'.. Yasmin she is the good storyteller in Malaysia. Mak!! missed u', - Amy Ikram Ismail

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Article from Leo Burnett webpage.

"Energy can never be destroyed. It just takes on different forms", Yasmin Ahmad, 21 July 2009.


'Yasmin didn’t leave Leo Burnett Kuala Lumpur in the lurch when she died. She handed us over to God. Upon Whom she has always counted on for inspiration. Unto Whom she has now returned'.

Midway through a wonderful presentation to clients on the 23rd of July 2009, Yasmin said, “I don’t feel well”, then lay her head on the table, and lost consciousness until she passed away peacefully on the 25th.

At 8pm on the Tuesday night before she died, Yasmin called whoever was still working in the office to come to the Leo Burnett amphitheatre.

In the quiet of that night, she told us things beautifully prophetic. She asked those present what they want to learn from her. Naturally most people said they wanted to learn how to make good TV commercials and movies. Her answer to that? “I can’t show you how to do it. But I can point you in the right direction”.

Then she played us her Petronas Merdeka TV commercial ‘Tan Hong Ming’ (which won numerous awards including Cannes Gold) and said, “I didn’t do this commercial.”

“God did it.”

“Doesn’t matter whether you call it the Tao, Allah, or God, God is One. Be open to this Higher Power, and each one of us can be a channel.”

She explained how she had initially thought that she was done with shooting Tan Hong Ming who said his best friend is a boy who wears a songkok (a headgear often worn by Malaysian Muslims). But Tan Hong Ming kept pestering her, pulling at her baju kurung and saying strange things like “I’m a vegetarian”. So she kindly humoured the 7-year-old, putting the camera on him and asking, “Do you have a girlfriend?” And that’s when the magic just flowed.

Nothing was scripted. It was all real. It was just an innocent little child, speaking from the heart. And when Ummi Qasrina came by, her heart echoed these same pure thoughts. All the team had to do was keep the camera rolling. “Only God can do things like that” said Yasmin.

Then Yasmin took us through another Petronas TV commercial which was not written by her, but by Ng Choo Seong. She reminded us that Nisha Khiruddin wrote one of the most loved and most insightful Petronas Chinese New Year commercials. That one of our most junior staff, a visualiser, Ken Wong Woon Kian, affectionately known as “Ayam” to her, did three TV commercials in just three years of his career with Leo Burnett. That Christie Herman, a Christian, did what’s probably the most watched Petronas TV commercial for the Hindu festival of lights, “The Boys in the Hood”. That we can go through the entire list of Petronas TV commercials, and realize that many were not written by her, but by each of us in the office. And that we can continue doing so.

“To tap in to this kind of inspiration” said Yasmin that Tuesday night, “we just need to open our hearts and humble ourselves to the One”, she repeated “doesn’t matter whether you call it The Tao, Allah or God”.

Then, Yasmin literally demonstrated how she humbles herself five times a day - on the very floor of the Leo Burnett amphitheatre - standing, bowing, kneeling, prostrating. “At every point, I become smaller, smaller and smaller” she said, “reminding myself that I am nothing.”

“And God, everything.”

On that very night, she also reminded us that “Energy cannot be destroyed. It just takes on different forms.”

She said we “should not have a guru. Because, even if one is a very good imitator, at best one will be limited to being a poor imitation of the guru.” She directed us to God, “upon Whom there are no limits.”

click here

p/s: please listen Aizat Song in Talentime, composed by Pete Teo ' Pergi'.. My member said 'this song like 'mengantuk la'.. i said 'jangan jadi bodoh..', nampak sangat x tau hargai seni!!!' hurmmm

Khamis, 19 November 2009

'Contract Social Documentary'... coming soon!!

Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan kontrak sosial?. Mengapa isu ini timbul?. Berapa kerat sangat rakyat kita Malaysia memahami apa yang diperkatakan di dalam kontrak sosial? Semuanya akan terjawab dalam sebuah dokumentari khas arahan Amy Ikram Ismail, yang di terbitkan oleh Mohd Hafiz Raup. Nantikan tayangannya akan datang!!!.

The Making of 'Contract Social Documentary'

Slot temuramah bersama Tokoh Akademik.

  1. Bersama Datuk A. Kadir Jasin ( Aktivis, Tokoh Wartawan, Penulis )


2. Bersama Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam ( Pakar Sejarah di Malaysia )



3. Bersama Prof. Emeritus Datuk Dr. Hood Salleh



4. Bersama Prof. Dr. Lim Swee Tin ( Pensyarah Bahasa Moden & Sastera Melayu UPM)


5. Bersama Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Khoo Kay Kim (Pakar Sejarah di Malaysia)

* Dekorasi rumah Tan Sri Datuk Dr. Khoo amat mendamaikan. *

p/s: Di atas merupakan cebisan dari puluhan gambar yang dirakamkan semasa shooting tersebut. Rakaman temuramah atas semua tokoh tersebut adalah tertumpu kepada persoalan sensitif terhadap 'perkauman dan kontrak sosial di Malaysia'. Scene lain lebih kepada inset dan cut away.. .
- tension beberapa Jabatan Kerajaan lambat berkerjasama dalam memberikan bahan pada produksi kami, terutamanya PM in Productions.. sedih!!!-

bila nak siap?. tunggulah ye..

Rabu, 18 November 2009

'Yasmin Ahmad's Films'... catatan lengkap Amir Muhammad!!


*gambar sekadar hiasan*
Salam..

Sebentar tadi dilancarkan 'Yasmin Ahmad's Films', sebuah catatan lengkap Amir Muhammad mengenai Yasmin Ahmad. Buku yang diterbitkan Matahari Publications ini telah pun saya miliki semasa perlancaran tersebut. Bertempat di Sunway University College, tercatat dalam sejarah bahawa buku yang mempunyai 224 muka surat ini akan berada di pasaran tidak lama lagi dengan harga sekitar RM 30.00 sahaja. Yasmin Ahmad's Films, 'Satu catatan yang mampu membuatkan diri ini menangis, tatkala kerinduan atas karya-karya Yasmin tiada tandingannya. Yasmin satu permata yang sukar dicari ganti. Walaupun namanya dikritik hebat, namun keperibadiannya dikagumi warga filem tempatan malahan seluruh dunia'. Kepada anda yang sememangnya meminati karya-karya Yasmin Ahmad, mungkin buku ini boleh dijadikan koleksi peribadi anda sekeluarga. Dapatkan sekarang di pasaran!!.
Jikalau la Yasmin masih hidup, mungkin dengan penerbitan buku ini satu kegembiraan buatnya.. Tahniah Amir!!!

p/s: Walaupun tiba lewat semasa perlancaran tersebut (i missed Kak Min Short's by Ajami Hashim & Mercy Video by Yasmin), namun dapat juga memiliki buku ini untuk dijadikan koleksi peribadi dan rujukan untuk generasi akan datang..

*Yasmin Ahmad's fan*

Selasa, 17 November 2009

Coming Soon 26 November 2009... 'The Twilight Saga New Moon', so hot!!



She's 18, he's 109. And there are topless scenes galore. It sounds like the most politically incorrect movie of all time.

But this is New Moon - the second movie in the Twilight vampire saga - and all those bare chests belong to buff young men with waxed pecs and six-packs. "You get a lot of nipple shots in this movie," laughs Robert Pattinson, the actor who plays the 109-year-old vampire Edward Cullen. Since the first film came out a year ago, Pattinson has become a heart-throb to teenage girls across the world, and is also a favourite target of the paparazzi.

read more....

trailer


'the twilight saga new moon'
coming soon in Malaysia Cinema
26 November 2009


p/s: 1st Twilight.. akan menemui penonton di Saluran 413, Astro Star Movies, 22 November 2009, Ahad ( 10.00 pm). Yang sudah menonton, nantikan juga 'The Twilight Saga New Moon' ini, lagi panas dan seksi!!!

Isnin, 16 November 2009

Pertandingan Penulisan Skrip 2009... Kini kembali!!!

'Paparan realiti kehidupan berdasarkan 1 Malaysia' adalah tema kepada Pertandingan Penulisan Skrip 2009 yang telah dibuka penyertaannya pada hari ini sehingga 30 April 2010. Pertandingan yang dianjurkan bersama antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Filem Negara Malaysia ini adalah sebahagian acara tahunan yang bertujuan menyungkil bakat kreativiti penulis tempatan agar mampu berdaya saing sekaligus diiktiraf dan dihargai. Mempertaruhkan 4 kategori utama, antaranya Kategori Filem Cereka, Dokumentari, Filem Pendek dan iklan promo (PSA), Pertandingan Penulisan Skrip 2009 mengalu-alukan penyertaan terbuka seluruh rakyat Malaysia bagi merebut gelaran 'antara yang terbaik'. Jika anda ingin mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Urusetia Pertandingan Penulisan Skrip 2009 di talian 03-4104 1300 / 1308 / 1391.

Antara Hadiah lumayan menanti anda:-

Kategori Filem Cereka.
Pertama : RM 15,000.00
Kedua : RM 10,000.00
Ketiga : RM 7,000.00
3xSaguhati : RM 5,000.00

Kategori Filem Dokumentari.
Pertama : RM 10,000.00
Kedua : RM 7,000.00
Ketiga : RM 4,000.00
3xSaguhati : RM 2,000.00

Kategori Filem Pendek.
Pertama : RM 5,000.00
Kedua : RM 3,000.00
Ketiga : RM 1,500.00
3xSaguhati : RM 800.00

Kategori Promo (PSA).
Pertama : RM 3,000.00
Kedua : RM 1,500.00
Ketiga : RM 750.00
3xSaguhati : RM 400.00

p/s: Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!
anda juga boleh melayari...
www.finas.gov.my
www.sinemamalaysia.com.my


Ahad, 15 November 2009

Dokumentari Tun Dr. Mahathir Mohamad... malam ini di Astro History Channel!!!

Tokoh yang disegani, Tun Dr.Mahathir Mohamad siri Dokumentari Khas akan disiarkan malam ini, 8.00 malam di Astro History Channel, Channel 555. Dokumentari ini diterbitkan khas oleh History Channel bersama Red Communications Sdn. Bhd. Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri dokumentari terhebat ini!!

p/s: Tak sabar ya!!! malam ini

'Anniversary', Singapore Gay Short Film, coming soon!!

'wow!! so interested!', kata teman media kepada saya melalui kiriman e-mail, memaklumkan bahawa 'Anniversary', karya Alfian Bin Sa'at yang diarahkan oleh Royston Tan bakal menemui penonton di Singapore tidak lama lagi. Filem yang diterbitkan untuk Action For Aids, ini merupakan sebuah kisah cinta dan persahabatan yang amat menyentuh perasaan. Justeru, nantikan info mengenai tayangan filem ini akan datang!!.

trailer


teaser 1


Anniversary Film Synopsis:-

Wai Kit, a 23-year-old undergrad living with Justin, his 27-year-old boyfriend, are about to celebrate their first anniversary together. Justin makes a suggestion as to how to celebrate their first anniversary but was met with a luke warm response from Wai Kit. Following a call from Jimmy, Wai Kit wants to move out of Justin's house, leaving Justin wondering what has gone wrong between them. "Anniversary" is a story of love, of what trust mean and the need to find out the truth. "Anniversary" will touch your heart and remain in your mind long after viewing.

Written by Alfian Sa'at.
Directed by Royston Tan.

p/s: Suka trailer dia.... nice!!

Sabtu, 14 November 2009

'Boboiboy'.. bukan saingan Upin & Ipin!!..

Setelah berjaya menjadikan Upin & Ipin sebagai pencetus kepada fenomena bagi filem animasi tempatan, 3 anak muda yang berjaya melakarkan sejarah tersebut, Nizam, Safwan dan Anas kini beralih pula kepada animasi terbaru 'Boboiboy' yang bakal ditayangkan di kaca tv pada awal tahun 2010. Animasi yang mengetengahkan elemen 3D secara keseluruhan ini merupakan produk syarikat pertama mereka, Animosta Studios yang dimiliki oleh Nizam, Safwan dan Anas. Berbicara mengenai projek sulung ini, Nizam menjelaskan bahawa 'Boboiboy' bukannya saingan kepada produk Upin & Ipin yang telah mencetuskan fenomena dalam tarikan kepada penonton merangkumi semua golongan masyarakat, namun Boboiboy lebih mengetengahkan kepada penceritaan melibatkan 3 kanak-kanak pintar yang terdiri daripada Bo, Boi dan Boy. Siri tersebut bakal disiarkan selama 26 episod di mana setiap satunya dengan durasi selama 11 minit.

Ringkasnya mengenai animasi tersebut, ia memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboiboy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya. Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir. Turut diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa kopi yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut. Secara ringkasnya juga, Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain. Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain. Sementara itu, Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.

Pengunduran mereka daripada Les'Copaque Production bukannya ada persengketaan atau masalah dalaman, tetapi bagi Nizam ia adalah kerana minat mereka untuk berdiri di kaki sendiri dalam menghasilkan produk melalui syarikat animasi milik mereka, Animosta Studios. Tambahnya lagi, Les'Copaque kini mempunyai ramai tenaga kreatif dan mustahil mereka tidak boleh menghasilkan karya yang sehebat Upin & Ipin. Namun, kata Nizam biarlah tahun 2010 yang akan datang tidak lama lagi memberikan sinar baru buat Boboiboy, produk terbaru mereka dan harapannya adalah animasi ini mampu mencetuskan fenomena tersendiri sepertimana produk sulung mereka, Upin & Ipin. Oleh itu, kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Boboiboy dan Animonsta Studios, sila layari laman sesawang, www.animonsta.com sekarang.

p/s: Di harapkan ia mampu memberikan sinar baru dalam dunia animasi tempatan. Insya-allah.