Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 11 November 2009

'Anugerah Yasmin Ahmad', di malam Anugerah Skrin 2009!!!


Sebagai penghargaan tertinggi di malam Anugerah Skrin 2009 yang bakal berlangsung pada 4 Disember 2009, di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur, TV3 melalui Media Prima Berhad akan memperkenalkan satu kategori khas bagi mengenang jasa pengarah iklan dan filem tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad. Anugerah yang di beri nama 'Anugerah Yasmin Ahmad' ini sebenarnya merupakan satu anugerah khas yang diwujudkan bagi mengiktiraf bakat-bakat baru dalam bidang seni persembahan merangkumi dunia lakonan, filem dan drama. Anugerah yang julung kali diadakan ini merupakan platform terbaik buat semua karyawan filem tempatan yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi agar penglibatan mereka di dalam industri dihargai dan dikagumi. Penganjuran Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009) merupakan acara tahunan yang menjadikan 'Anugerah Yasmin Ahmad' ini sebagai satu anugerah yang mungkin akan dikekalkan di dalam slot Anugerah Khas (Anugerah Skrin) di sepanjang tahun. Menurut Datuk Seri Farid Ridzuan, Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad mengulas kenyataan media bahawa anugerah yang mengambil judul nama Yasmin Ahmad ini adalah penghargaan buat Allahyarham Yasmin Ahmad yang banyak menyumbangkan idea kreativitinya melalui iklan-iklan petronas, filem dan sebagainya. Bahkan juga, kualiti dan kreativiti setiap pembikin filem dan drama juga dilihat sebagai tonggak kemajuan perusahaan perfileman dan hiburan negara. Justeru, bagi saya kewujudan anugerah ini bukannya untuk mengagungkan kredibliti Yasmin Ahmad di dalam industri perfileman dan komersial, tetapi ia sebagai iniasitif untuk kita pergi jauh sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham melalui karya-karya yang pernah diterbitkan dan di arahkannya.

Wallahuallam

p/s: confirm ada yang merungut nanti pasal anugerah ini. Tetapi bagi saya, tak perlu kita cemburu sesama kita kerana tak ada faedahnya okay!!!.

1 comments :

bagi sya,tidak perlu dibuat anugerah yasmin ahmad ini bagi menggantikan anugerah khas..mmg byk kenangan,memori,segalanya yg ditingglkan,tp cuba kita fikir,kenapa setelah kematian yasmin ahmad anugerah khas ini baru dicipta??kenapa tidak sewaktu tahun 1973??sewaktu pemergian allahyarham tan sri dato amar dr p.ramlee??bkn ker kita byk pengarah,pelakon,penyanyi,pelawak,pembikn filem yg hebat yg kemungkinan besar menyamai sikap dan bakat allahyarham??kan hebat kalau kita sebaut ANUGERAH P.RAMLEE..dan kenapa tidak tahun 2003 sewaktu pemergian allahyarham bat latiff??yg pernah dicadangkan persatuan seniman untuk menukar anugerah kanak-kanak terbaik di festival filem malaysia(ffm) ke ANUGERAH BAT LATIFF??pencapaian bat latiff bkn sebarang menggondol 2 anugerah pelakon kanak-kanak terbaik festival filem asia pasifik..p.ramlee juga bkn calang2..pelakon lelaki pertama malaysia meraih pelakon lelaki terbaik ffap..berapa kali memenangi anugerah di ffap,seperti sinematografi terbaik,filem komedi terbaik,dan pelbagai lagi..sama jugak semua ini,dan ini jugak salah satu khazanah seni negara yg bernilai tiada tolok bandingnya..pemergian yasmin ahmad,p.ramlee,bat latiff,ketiganya insan yang agak cemerlang di persada seni negara,ttp hanya yasmin ahmad mahu di kenang setiap tahun,dan pada mereka yg menerima trofi yasmin ahmad awards akn bangga tanpa berfikir,tiada yag lama tiada yg baru,maksudnya,tiada insan seni lama,xkan keluar insan seni baru..byk lagi yg harus di buat penghargaan untuk beliau,bkn ini caranya.bagi pandangan saya la..di filmfare awards bollywood,mereka telah mencipta satu anugerah iaitu RD BURMAN AWARDS,iaitu anugerah khas untuk pencipta lirik lagu,komposer lagu,dan pemuzik terbaik.rd burman ini jika beliau masih hidup kini umur beliau boleh dikatakan berusia setaraf p ramlee la..tujuan anugerah ini diciptak ialah kerana mengenangkan jasa beliau yg terlalu byk pada pentas seni bollywood,dengan pelbagai lagu,muzik,melodi yg dipta sehinggakan sampai sekarang masih kedengaran..jadi jika kita tgk,senario sekarang,jika kita mengenangkan insan yg lama,insan yang baru juga akan dikenang.dan seterusnya menjadi tonggak inspirasi setiap karyawan untuk mnjadikan setiap karya mereka terus gah di pentas seni negara dan antarabangsa..fikirkanlah sejenak..