Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 12 November 2009

Dana 2010... sasarkan RM 200 juta.. Mampukah kita hasilkan filem berkualiti?


Apabila kerajaan Malaysia mengumumkan di dalam Belanjawan 2010 bahawa industri kreatif negara diperuntukkan dana berjumlah RM 200 juta ringgit, industri filem tempatan tidak terkecuali menerima bahangnya apabila dipersoalkan apakah ia cukup bagi menghasilkan sebuah karya yang benar-benar menepati standard sebuah karya filem!. Jika ia sekadar bajet yang berjuta, tetapi kualitinya tidak menepati syarat, maka amat rugilah kerajaan melabur berbillion-billion ringgit. Jangan tersilap kerana RM 200 juta bukannya untuk industri filem sahaja, tetapi ia merangkumi semua industri yang bermodal kreatif seperti industri muzik, seni, hiburan, komunikasi, cyber dan sebagainya. Pelaburan jangka panjang ini bermotifkan keuntungan kerana di dalam dunia kreatif, 'keuntungan' adalah mengatasi 'daya kreativiti'. Namun begitu, ini tidak bermakna salah satu antaranya tidak memainkan peranan penting, bahkan jika kedua-dua elemen ini bersatu bagi membentuk satu matlamat bagi melahirkan karya berkualiti sepertimana impian kerajaan 'membawa filem Malaysia ke persada dunia' hanya bukan omong kosong sebaliknya, satu keiltizaman yang nyata.

'Between Two Skies', filem usahasama Malaysia dan Australia yang dikatakan menelan belanja sekitar RM 10 ke 20 juta ringgit yang di arahkan oleh jutawan dunia filem, Prof. Razak Mohaideen yang bakal ditayangkan barangkali tahun depan adalah filem termahal selepas Puteri Gunung Ledang. Filem yang mendapat kerjasama dari sebuah kementerian di bawah kerajaan ini di anggap sebuah paparan karya terhebat untuk masa akan datang. Namun, apakah ia mampu mewujudkan satu transformasi dunia perfileman, di kala karya-karya arahannya sebelum ini lebih kepada bermotifkan keuntungan daripada kreativiti dalam naratif penceritaan. Mungkin, melalui garapan terbarunya dalam Between Two Skies mampu mengubah pemikiran tipikal masyarakat Malaysia bahkan karyawan tempatan sendiri melalui karya-karya 'sampah'nya sebelum ini. Jika tidak dan sama juga, maka rugilah ia melabur jutaan ringgit tetapi pulangannya hanya sekadar cukup makan sahaja. Justeru, belanjawan 2010 yang memperuntukkan RM 200 juta terhadap industri kreatif perlu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh semua karyawan dan penggiat industri filem dalam menghasilkan karya yang benar-benar bertaraf dunia dan berkualiti, jika tidak industri filem kita hanya mampu berdiri di negara sendiri bahkan untuk ke pasaran luar amat sukar dan hanya segelintir sahaja menggunakan peluang yang diberikan dengan seandanya.

Wallahuallam.

p/s: Kata teman media pada saya 'kalau bagi RM 100 juta pun.. kalau buat filem tang tu jugak.. tak ada maknanya..'. saya tunggu-tunggu apakah ada cerita seperti 2012 dalam produksi Malaysia?. Saya cuba bayangkan jikalau filem ada kisah tentang pencerobohan Malaysia.. bandar KL di musnahkan.. KLCC nk diruntuhkan.. tetapi ada kuasa luar biasa menyelamatkannya'.. cewah!! best tue... mesti gempaq siot!!!. Kalau bajet pun nak 'potong' untuk masuk poket sendiri.. x payah la nak buat filem ye.. saya tau ada produser filem mcm tue di Malaysia.. ambik kesempatan.. kalau x de.. alhamdulillah..

*missed mak... !*
-untuk ke portal rasmi filem Between Two Skies, sila klik poster filem tersebut...-

2 comments :

boleh, kalau beri pada yang benar2 mampu menggunakan duit itu dgn betul dengan kumpulan kru yg benar2 boleh menghasilkan "sinema".

tak bley selagi abg amy xjd ketua finas huhuhu