Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 27 November 2009

DVD Talentime kini di pasaran!!!!


Filem terakhir arahan Yasmin Ahmad 'Talentime' , kini boleh dimiliki dalam bentuk DVD yang telah pun berada di pasaran. Filem yang diterbitkan oleh Primewors Studio yang diedarkan oleh MVM Home Entertainment Sdn. Bhd ini mula dijual dengan harga RM 19.90. Jika anda peminat setia karya Allahyarham Yasmin Ahmad, apa kata milikilah DVD Talentime yang original untuk dijadikan koleksi anda sekeluarga.


World Premiere : 25 March 2009 ( Hong Kong International Film Festival )
Malaysia released : 26 March 2009

Daripada pengarah 'Mukhsin', Talentime memaparkan cerita tentang sebuah pertandingan pencarian bakat yang mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh mati ditikam di hari perkahwinannya. Menyedari perhubungannya dengan Melur itu akan ditentang, Mahesh menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Adakah dua hati yang muda ini mampu untuk bersama mengharungi segala rintangan?. Di malam Talentime, segalanya terungkai.....

Awards yang di menangi Talentime...

  • Festival Filem Malaysia ke-22, 2009: Pengarah Filem Terbaik, Anugerah Khas Juri: Membawa wawasan kemanusiaan & keharmoniaan di dalam sesebuah filem, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik & Pelakon Harapan Wanita.
  • Anugerah Filem Terbaik SEA (The Best SEA Film Award) di Festival Filem Antarabangsa Cinemanila ke-11 di Manila, Filipina, 23 Oktober 2009.
  • Anugerah Utama Juri (The Grand Prize of the International Jury) di Festival Filem Antarabangsa Bangkok.
Mungkin ada lagi anugerah yang dimenangi Talentime di beberapa festival filem antarabangsa. Jika anda ingin berkongsi maklumat di sini, hantarkan email anda kepada saya di amyikram@yahoo.com. Email anda akan di siarkan nanti.

p/s: Alhamdulillah. DVD Talentime saya dah dapatkannya yang original.. Saya menunggu apakah ada usaha untuk menerbitkan 'Yasmin Ahmads Special Box DVD'.. hahaha. Bolehlah gabungkan filem Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime dalam satu box. Saya rasa kalau ada pun, selepas filem Muallaf kot.. Kalau ada alhamdulillah...

5 comments :

+Yay!! Now I can add Talentime 2 my collection, pray that there will be!! Rabun & Muallaf 2!!

Hi Ikram...I've bought it last nite from Tesco Selayang. It's original, of course, but I wonder, why there's no subtitles? I couldn't understand Tamil & sign languages...How arr?

salam...

Terima kasih atas pandangan saudara. terima kasih jua kerana menjadikan talentime sebagai koleksi anda.. hahha. Tapi ramai jugak yang kecewa, DVD tak de subtitled. English pun x de.. malay lagi xde.. terutama scene mahesh tue bisu dan tamil. ayo!!! Pengedar dia ingat rakyat Malaysia sume faham okay!!!. ape la..

nasib baik saya dah tgk kat cinema.. Astro Box Office Movies. Nasib baik ada subtitled. X tau nape kt DVD depa x nak buat!!!. hurmmm

Oh! I see...Ingatkan saya yg terbeli 'defect' DVD etc, rupa2nya memang tak ada sarikata lah..Adehh!! Kena carik translator ni Ikram..Kekeke..Siapalah yg sudi menjadi translator secara sukarela:P