Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry



Bagaimana muzik dan lagu dicipta?. Kenapa rakaman muzik pada zaman dahulu berbeza dengan hari ini dan mengapa komposer hari ini tidak sama dengan kehebatan komposer era terdahulu?. Ikuti perkongsian menarik komposer, pencipta lagu dan penggubah muzik tersohor, S.Atan dengan klik poster di atas.

Ikuti perkongsian menarik komposer dan penggubah lagu, Ganesh Bala dan penyanyi Ushera tentang penerbitan 'The Malayan Songbook' dan rakaman lagu-lagu melayu klasik. Tonton sekarang!

Ahad, 1 November 2009

'Elegan dan Ekslusif'.. Villa Wangsamas Condominium


'Penuh ekslusif dan mewah', itulah kata-kata yang dapat saya gambarkan pada rekaan dan persekitaran kondominium yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini. Kondominium yang di beri nama 'Villa Wangsamas' ini merupakan kondominium yang baru dibuka dan ia menjadi idaman saya ketika ini. Jika diizinkan tuhan, mungkin ia akan menjadi realiti untuk dimiliki. Jika tidak, barangkali sebagai angan-angan yang mungkin bila.. dan entah untuk bersatu.

Melihat kepada suasana kolam renang (swimming pool) yang terletak di tingkat 5 kondo Villa WangsaMas ini, amat menarik perhatian saya. Kenapa?. Sebabnya, adalah ia seperti anda berada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Perhatikan rakaman imej yang diambil dari arial shot bagi memaparkan bentuk dan keluasan kolam renang ini, sungguh mengujakan. Nescaya bagi anda yang menginginkan suasana mewah ala santai, maka Villa Wangsamas perlu dimiliki dan barangkali sesuai buat hadiah untuk insan tersayang.

Video..



p/s: Yang menarik tentang kondo villa ini adalah 'ia merupakan kondo servis yang menyediakan akses kad elektronik untuk semua kawasan dan tingkat dalam kondo ini. Best bukan!!'. nak sewa la!! atau korang nak beli!!.. huhuhu

0 comments :