Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 24 November 2009

'Spinning Gasing'... filem ter'hangat' tahun 2001?

Sebut sahaja 'Spinning Gasing', tentunya anda diluar sana akan membayangkan beberapa scene yang agak panas dilakonkan oleh Elly Suriati dan Craig Fong. Filem yang telah mencetuskan kontroversi di Malaysia sekitar tahun 2001 ini merupakan produk tempatan yang telah banyak memenangi anugerah dan penghargaan di beberapa festival filem antarabangsa antaranya, (1st)- 20 th Hawaii International Film Festival, 2000 (USA) melalui Netpac Award Special Mention - Film Director, Teck Tan. (2rd) - 3rd Cinemaya Festival of Asian Films (CINEFAN), 2001 India - Pelakon Wanita Terbaik : Ellie Suriati. (3rd) - 14th Singapore International Film Festival, 2001 Singapore dan Malaysia Film Festival, September 2004 ( Cathay Singapore) hanya sekadar penyertaan kategori. Filem yang di arahkan oleh Teck Tan ini berkisarkan sebuah kisah mengenai empat orang remaja Malaysia yang mewakili setiap kaum ingin menubuhkan sebuah kumpulan muzik di Kuala Lumpur. Dalam usaha tersebut, mereka mempunyai banyak ranjau, sehinggalah menemui konsep irama yang mampu mengangkat nama kumpulan mereka, iaitu muzik terkini dengan gabungan muzik tradisi - ulek mayang.



Filem yang menggunakan lagu tema dari penyanyi 'Camelia - terlanjur sayang' merupakan naskah filem yang sukar di dapati di mana-mana kedai muzik di Malaysia. Mungkin ada sesetengah yang menjualnya (dalam kelompok haram) dan ada juga yang menyimpannya sejak pertama kali di pasarkan oleh Sendi Mutiara dalam cakera VCD. Justeru, saya berharap agar koleksi filem seperti ini di pasarkan kembali oleh Sendi Mutiara kerana khazanah sesebuah karya seni itu perlu dihargai oleh semua pihak. Apabila bercakap mengenai khazanah dan pemyimpanan hasil karya penggiat seni tempatan, saya cukup terkilan di mana kebanyakkan filem tempatan dari awal tahun 30-an hinggalah kini (2009) tidak lengkap dan sukar diperolehi sebagai bahan rujukan kepada generasi akan datang. Antaranya memberikan alasan 'sukar diperolehi' dan 'tidak ada sumber penemuan' , namun dalam persoalan ini, di manakah peranan bahagian perpustakaan filem di FINAS dan Arkib Negara Malaysia dalam menangani situasi dan permasalahan ini?. Mahukah filem kita hanya boleh diperolehi di luar negara sedangkan kita sendiri mempunyai badan berkaitan filem hanya memandang tanpa memikirkan jalan penyelesaiannya?. Oleh itu, hargailah karya seni kita, kalau tidak sapa lagi. Wallahuallam.



Sedikit info mengenai Spinning Gasing..

Versi asal Spinning Gasing pada mulanya telah diharamkan tayangannya di Malaysia. Pengharaman filem ini ditarik balik selepas ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia.

Untuk tayangan di pawagam Malaysia, terdapat 25 adegan yang tidak diluluskan. Rayuan untuk mengurangkan jumlah potongan telah ditolak oleh LPF. Antara babak yang ditapis: Adegan pencegah maksiat menyerbu hotel; Yati dan Harry berendam di dalam laut; Adegan dan dialog lucah & sensitif.

Untuk versi cakera padat video, filem ini telah diluluskan sepenuhnya tanpa sebarang tapisan.


Judul filem:
Spinning Gasing

Slogan: So you want to be famous... / Jadi anda ingin terkenal...
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa utama: Inggeris
Bahasa lain: Kantonis & Melayu

Tayangan

Tarikh mula tayangan umum: 18 Oktober 2001

Urusniaga

Kos pembikinan filem: RM2.4 juta
Kutipan jualan tiket: RM484,450.04

Teknikal

Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Sistem bunyi: Dolby Digital
Tempoh tayangan: 90 minit

Bikin filem

Tarikh mula penggambaran: Oktober 1999
Tarikh mula penggambaran: November 1999
Antara lokasi penggambaran: Terengganu & Kuala Lumpur


p/s: Susah sangat nak dapat filem ini. Ada sesiapa di antara anda mempunyai dan masih menyimpan Spinning Gasing. Hantar email pada saya... Puas mencari.. hahaha

**Apa kata saya cadangkan Astro Citra atau Astro Box Office menayangkan filem ini semula**

2009 Copyright Article by Amy Ikram.

1 comments :

hye amy ikram...

Utk pengetahuan amy, sya masih menyimpan Spinning Gasing nie...sejak ditayangkn pd 2001, sy ingin menonton filem ini tp sy dpt menonton filem ini hnya sekali shj.

Akhirnya, sy dh dpt salinan cite nie dr kwn sy...and sy menyimpannya dlm laptop...

Boleh dikatakan cite nie one of my fav film...laen2 dr yg laen...

and I'm one of a big fan Allahyarhamah Yasmin Ahmad..:-)

btw, sy mula mengenali Amy dlm filem pendek "Comolot"...I like ur film...:-)