Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 8 November 2009

'Yasmin Ahmad, Kata-katanya penuh seni......'

'Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu', itulah tagline penuh makna daripada Bukan Sepet yang boleh diberikan pada nama yang cukup indah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Walaupun hampir 3 bulan lebih pemergiannya ke rahmatullah pada 25 Julai 2009, namun namanya akan tetap diingati hingga ke akhir zaman.




'Kak Min, seorang pengarah filem yang cukup kreatif, tidak sombong, mempunyai daya intelektual yang tinggi dan peramah', itulah yang dapat saya simpulkan apabila menonton video 'Kak Min', yang diupload masuk oleh blogger popular, Ajami Hashim ke laman paling hit, youtube. Video ringkas berdurasi 6 minit 15 saat ini telah pun ditayangkan di Maskara Shorties, 31 Oktober 2009, di rumah pena, Kuala Lumpur. Ia sebenarnya temubual ekslusif antara Ajami Hashim dengan Yasmin yang sempat dirakamkan semasa hayatnya di muka bumi Allah S.W.T. Hayatilah kata-kata penuh seni daripada Allahyarham Yasmin Ahmad yang berkongsi pada kita tentang bagaimana kesenian dan perfileman digabungkan menjadi visual yang mampu diperkatakan oleh seluruh pelusuk dunia.

Namun, kini hanya tinggal sejarah yang mungkin akan dikenang, diingati dan ditatapi buat semua pencinta seni dan karya visual seluruh negara.

p/s: Al-Fatihah buat Mak!!! sedih bile dengar lagu 'Pergi' nyanyi Aizat dari soundrack Talentime

1 comments :

Yang baik dari Allah, buruk dari saya.

Saya juga telah menonton video klip Ajami Hashim.

Memang benar. Terserahlah pada kita nak buat jambatan macam mana. Tali dan kayu dia dah bagi... :)

Menariknya, menonton Papadom karya Afdlin menyedarkan saya how I miss Yasmin Ahmad film. Ironi sungguh. Tengok cerita org lain, ingat org lain.. haha ..