Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Isnin, 9 November 2009

Yasmin Ahmad's Book..... Launched on 18 November 2009!

Kepada anda yang tercari-cari sebuah koleksi menarik tentang Allahyarham Yasmid Ahmad untuk dijadikan koleksi peribadi, "Yasmin Ahmad's Films", jawapan rasmi kepada catatan lengkap tulisan pengarah filem profilik, Amir Muhammad. Buku yang dijual dengan harga pengenalan RM 30.00 ini boleh dimiliki di semua kedai buku seluruh negara. Menariknya, buku yang diterbitkan oleh Matahari Publications ini merupakan catatan lengkap Amir Muhammad mengenai Yasmin Ahmad dari dulu dan sekarang melalui kaca mata sebagai seorang pembikin filem yang disegani.

'Yasmin Ahmad's Films', koleksi peribadi Amir Muhammad ini akan dilancarkan pada 18 November 2009 (Rabu) di Level 4, Sunway University College. Majlis yang dijadualkan bermula pukul 3.00 - 4.30 petang ini mengalu-alukan kedatangan semua penggiat filem tempatan, rakan media cetak dan elektronik, rakan blogger dan peminat untuk sama-sama memeriahkan acara yang dirancang. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau info terkini, bolehlah melayari laman Amir Muhammad sekarang!!.

Harap maklum.

p/s: Sebuah buku yang menarik dan harus dimiliki. Ulasan tentang buku Yasmin Ahmad's Films akan di updated akan datang..