Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Khamis, 31 Disember 2009

Aduan orang ramai kepada SKMM terhadap filem COMOLOT!!



Salam..

Terkejut benar saya apabila menerima salinan fax daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mengenai aduan orang ramai terhadap naskhah arahan saya iaitu 'COMOLOT', sebuah filem pendek yang diterbitkan ASWARA bagi Penilaian Tahun Akhir Diploma Perfileman tahun 2007. Filem COMOLOT menjadi kontroversi sudah lama sebaik saja diupload masuk oleh individu tidak bertanggung jawab dilaman popular, Youtube.

Walaupun sudah dijelaskan berulang kali setiap tahun di laman blog saya sendiri, dan juga di youtube, bahawa saya membikin comolot bukannya sebab untuk merendah-rendahkan agama islam dan budaya timur yang kita miliki, namun paparan saya adalah lebih kepada penceritaan realiti tentang apa yang berlaku terhadap aktiviti sosial segelintir manusia yang hidup di muka bumi. Namun ia jugak tidak difahami sehingga sekarang, walaupun 2009 akan menutup tirainya tidak beberapa jam lagi. Apakah setiap tahun sehingga kiamat perlu saya jelaskan pada yang tidak memahami?. Cukuplah dengan komen dan kritikan yang saya baca di Youtube malahan saya di tuduh mencemar budaya dan maruah bangsa melayu. Apakah yang memasuki Youtube dan mencari filem saya dan mengutuknya, seorang yang berfikiran terbuka? Apakah mereka takut Comolot akan mempengaruhi anak muda remaja sehingga menjadi gay?. tolonglah.. nafsu itu bukan boleh dipaksa.. common la bro!.

Yang paling teruk apabila pihak Aswara, FINAS dan Filem Negara pula dituduh bersubahat?. Astafirullah. Cuba tengok filem tersebut sehingga akhir kredit:- saya kreditkan nama Filem Negara Malaysia (untuk film processing) sebab saya shooting guna 16mm.. saya mohon bantuan FNM adalah untuk mencuci filem saya. Bantuan FINAS pula ada sekadar bantuan dari segi telecine (transfer dari negatif filem 16mm ke DVC Pro) bagi tujuan memudahkan suntingan untuk produk akhir dalam bentuk DVD. Aswara pula adalah sekolah filem saya dimana mereka menjadi penerbit dan setiap pelajar ketika itu berhak mempamerkan kreativiti masing-masing dalam setiap karya yang ingin dipaparkan. Saya tulis comolot kerana saya mahukan karya saya berbeza dengan filem lain yang terlalu meghormati. Namun filem 'comolot' yang bodoh ini menjadi mangsa. hahaha. Apa yang ingin saya jelaskan bahawa antara Aswara, Finas dan FNM, mereka ini hanya membantu karyawan kecil seperti saya yang ketika itu baru mula nak buat filem. Mereka tidak terlibat dalam kreativiti dari segi idea atau konsep kerana itu datang dari saya sendiri.

Alhamdulillah.. Saya harap anda yang klik Youtube dan mencari 'Comolot' itu supaya memahami bahawa 'comolot' bukannya rakaman pita lucah tetapi itu produk pelajar yang dinilai semasa tahun 2007. Diharapkan kedatangan 2010 nanti, kontroversi ini tidak lagi timbul.. Amin

p/s: macam-macam!!. Saya memohon maaf seandainya filem saya menyentuh perasaan anda...

Rabu, 30 Disember 2009

Apabila Mansor Puteh 'bengang' dengan FINAS!!

Secara jujurnya saya telah menonton dokumentari 'The Residency Years' arahan sutradara bebas, Mansor Puteh. Daripada dokumentari itu saya dapat simpulkan bahawa ia tidak menepati syarat bagi penyiaran di kaca TV kerana ia dibikin bukan untuk siaran (format dan konsep naratifnya agak independent) dan barangkali sesuai ditayangkan buat para pelajar dan penuntut jurusan perfileman sahaja. Seandainya ada pihak yang membawa dokumentari ini untuk tayangan umum dan dikupas secara drastik, barangkali indah untuk mendengar penjelasan secara jujur dari semua pihak tanpa berselindung di sebalik nama dan keagungan sesuatu bangsa dan kedudukannya. Insya allah.. Namun.. mari kita dengar apa yang Mansor Puteh tidak puas hati dengan keputusan dan penilaian FINAS terhadap dokumentarinya itu.. jom..

Mansor Puteh Kecewa Dengan FINAS
sumber: Utusan Malaysia, 29 Disember 2009

PENGKRITIK dan pembikin filem tanah air, Mansor Puteh melahirkan rasa kecewanya apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberi komen negatif berhubung dokumentari arahannya yang berjudul The Residency Years baru-baru ini. Beliau yang mempunyai sarjana dalam bidang perfileman dari Universiti Columbia, New York, Amerika Syarikat menyifatkan panel penilai Finas masih belum arif menilai dokumentari tentang kisah hidup bekas Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dalam karyanya itu. Mansor mendakwa, ekoran ketidakarifan panel Finas, beliau menerima maklum balas daripada perbadanan itu yang turut mengemukakan kepadanya 13 komen berhubung dokumentari tersebut yang disifatkannya telah menjatuhkan maruahnya sebagai pembikin filem.

"Saya tidak pasti siapakah ahli-ahli panel Finas yang diberi tanggungjawab menilai filem dokumentari arahan saya itu. Dokumentari ini dicadangkan untuk ditayangkan di televisyen pada 8 Februari tahun depan iaitu sempena hari lahir Almarhum Tunku Abdul Rahman."13 komen itu tidak boleh diterima kerana mereka tidak menjelaskan secara terperinci apakah kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai contohnya, mereka kata konsep dokumentari saya tidak jelas, tetapi mereka tidak jelaskan apa yang tidak jelasnya. "Saya kecewa kerana Finas tidak menilai secara terperinci dokumentari itu yang saya ketengahkan dalam persembahan yang berbeza. Finas seolah-olah tidak ada tokoh yang berkelayakkan dalam menilai sesebuah karya termasuklah dokumentari saya itu," katanya kepada Hits ketika dihubungi baru-baru ini.

Sebelum itu dalam e-mel yang dikirimkan kepada Hits dan juga wakil-wakil media massa yang lain, pengarah filem Seman (1988) ini menyenaraikan rasa tidak puas hati dan kecewanya berhubung penilaian dokumentari arahannya yang menelan kos pembikinan RM170,000 itu. The Residency Years yang kebanyakkan penggambarannya dijalankan di United Kingdom termasuklah di Universiti Cambridge iaitu tempat Tunku belajar sewaktu mudanya sebagai salah satu apresiasi terhadap jasa serta ketokohan Bapa Kemerdekaan itu. Malah, karyawan filem berusia pertengahan 50-an itu juga amat kesal apabila panel penilai Finas mempertikaikan individu-individu yang dipaparkan menerusi dokumentari dengan durasi 48 minit hasil tajaan perbadanan itu termasuklah kakaknya, Rokiah Puteh serta bapanya Puteh Sulong.

"Kakak saya Rokiah Puteh berkahwin dengan anak angkat Tunku iaitu Syed Abdullah Barakhbah yang juga merangkap jurugambar peribadi Almarhum. Tunku menganggap abang ipar saya sebagai anaknya sendiri. Ini bermakna, bapa saya Puteh Sulong merupakan besan kepada Tunku."Secara tidak langsung, apabila Finas mempertikaikan kakak dan bapa saya dalam dokumentari itu, mereka telah menghina ahli-ahli keluarga saya yang mengenali Tunku sejak sekian lama. Malah, saya sendiri mengenali Tunku sejak dari kecil dan pernah menemubual Tunku sendiri sebagai bahan rujukan untuk dokumentari ini."Selain paparan orang-orang yang terdekat dengan Almarhum Tunku dalam dokumentari itu, saya turut memuatkan temubual dengan tokoh-tokoh lain seperti Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Ahmad Sarji yang pernah mengenali Tunku secara dekat," ujarnya.

Menerusi 13 komen balas yang dihantar oleh Finas kepada Mansor itu, ia antaranya mempertikaikan foto tanpa naratif suara menyebabkan penyampaian maklumat tidak sempurna, malah mengelirukan apabila foto Tunku bercampur aduk dengan Rokiah Puteh dan Puteh Sulong.Turut dipertikaikan dalam dokumentari itu ialah lagu yang dinyanyikan untuk Tunku Abdul Rahman pada penghujung siarannya terlalu santai untuk dihadiahkan kepada seorang tokoh hebat di mana lagu serta penyampaiannya dikatakan tidak sesuai.Mengulas berhubung komen seperti itu, Mansor menekankan bahawa ahli-ahli panel penilai Finas sepatutnya lebih terbuka serta mengambil kira soal kesanggupan, usaha dan kreativiti para pembikin filem dokumentari sepertinya dalam menghasilkan sesebuah karya.

"Karya dokumentari saya bukannya macam majalah di TV seperti Majalah 3 atau program Jejak Rasul kerana mereka mempunyai gaya serta pendekatan masing-masing. Dalam hal ini, Finas haruslah faham dan janganlah menilai filem dokumentari seperti dulu kerana sekarang ini zaman sudah berubah," komennya. Difahamkan Mansor mencadangkan kepada Finas supaya The Residency Years itu dapat ditayangkan menerusi saluran TV RTM pada tahun depan sempena ulang tahun kelahiran tokoh negara itu yang ke-107 pada 8 Februari 2010.Tambah Mansor, Tunku yang mangkat pada 6 Disember 1990 bukan setakat meninggalkan banyak nostalgia buatnya, tetapi juga kepada rakyat negara ini terutamanya sewaktu di era negara menuntut kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1950-an.

"Saya haraplah sangat agar dokumentari arahan saya itu dapat disiarkan melalui RTM tetapi disebabkan komen-komen daripada Finas itu saya memang berasa sangat kecewa dan marah. Ini kerana, saya banyak mendedikasikan masa dan tenaga saya untuk dokumentari itu. "Saya mengenali Tunku sejak dari kecil, jadi ini adalah peluang saya untuk menterjemahkan pengalaman dan aspirasi serta apresiasi saya terhadap tokoh negara itu. Malah, dokumentari itu tentunya juga ingin disaksikan sendiri oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia sebagai salah satu tanda penghargaan kita terhadap Almarhum Tunku," katanya.

Pada masa sama, Mansor turut melahirkan rasa gembiranya apabila Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti of Nottingham, England telah menjemputnya menganjurkan sebuah pesta filem pada Mac tahun depan.Pesta filem yang akan membariskan filem Melayu berjudul Paloh, Sayang Salmah, Akhirat dan Layar Lara itu turut menampilkan dokumentari The Residency Years."Ini kali ketiga saya diberi peluang terbabit dalam pesta filem seumpama itu. Kali pertama di London pada tahun 1988 dan kali kedua di Manila pada 1989. Sementara pada November lalu saya ke Banda Aceh bagi bercakap tentang Sinema Nusantara dan Sinema Islam di Universitas Syiah Kuala dan di Radio Antero," katanya lagi.

p/s: Insya-allah jika dokumentari ini ditayangkan secara ekslusif buat teman media.. akan saya war-warkan kepada anda. Ajami yang kuar Gala TV tue mesti datang okay!!.

Selasa, 29 Disember 2009

Mesej ringkas Orked Ahmad kepada Amy Ikram!!

'Salam Ikram, I do apologise and need to explain that we had no problems with LPF, Yasmin was afraid to submit it due to the negative reports by the media and hearsay. It was also delayed due to budget restrains. Can you publish that please. I hope nobody gets angry over it and really hope more people will watch it', said Orked Ahmad. ( report December 29 at 4:56pm amy ikram facebook)


Ulasan terbaik berkaitan Muallaf daripada A.Wahab Hamzah

Siapa Yang Muallaf?

FILEM yang dihasilkan pada tahun 2008 ini bukanlah filem terakhir arahan Yasmin Ahmad. Takdir menentukan filem ini menjadi filem terakhir Yasmin yang ditayangkan, iaitu selepas terakhirnya Talentime terlebih dahulu menemui penonton di negara ini. Tetapi antara takdir dan subjek filem ini serta Yasmin sendiri seakan mempunyai kaitan tersembunyi dalam filem ini.

Apa yang agak menarik dalam salah satu adegan filem ini, watak Rohani (dilakonkan oleh Sharifah Amani) bercakap tentang kehidupan dan kematian kepada petugas pendaftar sebuah kolej. Apakah yang mendorong perbincangan tentang kematian sebagai suatu arah yang pasti berbanding subjek ekonomi sebagai penentu masa depan kehidupan adalah suatu subjek kebetulan daripada Yasmin? Dan yang lebih menarik dikeseluruhan filem ini, Yasmin bukan sahaja bercakap tentang kehidupan dan kemanusiaan, tetapi tentang agama yang disampaikan dengan elemen dramatik yang cukup menarik.

Dalam Muallaf, Yasmin mempertontonkan sikap toleransi dan memahami orang Muslim terhadap orang lain. Yasmin bukan lagi bercakap tentang perbezaan dan hubungan antara kaum dalam masyarakat negara ini sepertimana tiga filemnya yang terdahulu iaitu Sepet, Gubra dan Talentime. Sebaliknya dalam Muallaf, Yasmin memperlihatkan perbandingan agama secara cukup sensitif. Tetapi perbandingan agama dalam Muallaf yang boleh dirujuk sebagai antara Islam dan Kristian tidak dibuat oleh Yasmin secara perbandingan stereotaip.

Yasmin tidak mencari perbezaan, sebaliknya mencari keharmonian melalui kefahaman yang dapat diambil daripada al-Quran dan Injil. Hal ini diperlihatkan melalui watak dua beradik Rohani dan Rohana (Sharifah Aleysha) yang dapat mengingat petikan-petikan daripada Injil dan al-Quran.

Watak yang dipaparkan oleh Yasmin kali ini memperlihatkan sifat yang misterius di awal filem. Mereka diperlihatkan mempunyai sikap ganjil yang sering memetik nombor ayat-ayat yang dipetik daripada injil dan al-Quran. Bukan itu sahaja mereka turut mengambil petikan daripada falsafah Tao Te Ching. Keganjilan sikap mereka inilah yang mendorong Brian (Brian Yap) guru sejarah di sekolah Rohani dan pengetua, Brother Anthony (Tony Savarimuthu) mendekati mereka.

Daripada perhubungan yang semakin rapat antara Brian dan Rohani, barulah kita dapat mengetahui latar mereka berdua. Yang menariknya mereka berdua mempunyai bentuk trauma yang hampir sama. Kedua-duanya berpunca daripada perbuatan ayah. Dalam satu adegan yang sangat mengerikan, Rohani dibotakkan oleh ayahnya (Datuk Rahim Razali) hanya kerana tidak mahu menurut kemahuan ayah dan ibu tirinya. Rohani dan Rohana melarikan diri daripada bapa mereka kerana tidak tahan dengan sikap keras dan bengis bapa mereka itu, lalu tinggal di sebuah rumah di Ipoh.

Untuk menanggung perbelanjaan Rohana di sekolah, Rohani bekerja di sebuah bar dan yang anehnya Rohani sering menasihatkan pelanggannya agar tidak mengambil arak. Hal ini dapat dikesan akibat daripada sikap bapanya yang pemabuk dan kasar.

Di Ipoh, dua beradik ini menghabiskan banyak masa mereka membaca kitab-kitab agama yang ditinggalkan oleh ibu mereka yang meninggal dunia. Jadi habit ini menjadikan mereka berdua dapat mengingat surah dan petikan nombor kitab-kitab tersebut.

Manakala Brian juga mempunyai trauma dengan ayahnya seorang yang sangat patuh dengan fahaman katolik lalu menghukum dengan keras Brian yang masih kecil ketika itu hanya kerana diketahuinya Brian membaca majalah porno. Tindakan keras bapa itu telah menjadi trauma yang berpanjangan kepada mereka. Bagaimanapun sikap keras bapanya tidak pula menjadikan Rohani pendendam sebaliknya sanggup pula menjaga bapanya yang terlantar sakit.

Dalam Muallaf, tidak ada orang yang masuk Islam atau Kristian. Sebaliknya Brian mula mendekati semula agama Kristian dan cuba memahami Islam selepas rapat dengan Rohani. Jadi mualaf disini memberikan gambaran tentang usaha memahami dan mengetahui agama. Yasmin tidak memperlihatkan nilai kontradik antara agama, seperti yang diperkatakan oleh Brother Anthony dalam filem ini, setiap orang mencari Tuhan.

Sebaliknya Yasmin memperlihatkan nilai kontradik ini pada manusia yang mahu dilihat baik, seperti ayah Rohani yang minum arak tetapi tidak mahu bersalam dengan lelaki yang lepas memegang anjing atas alasan tangan itu terpalit najis anjing. Begitu juga dengan bapa Brian yang begitu keras dengan anaknya walaupun dia seorang katolik yang patuh.

Muallaf adalah filem selamat tinggal dari Yasmin. Yasmin mengangkat soal agama dan hubungan kemanusiaan dan perlunya saling memahami. Dia mengkritik kepura-puraan manusia dan sebaliknya. Seperti filem-filemnya yang lalu, Yasmin mementingkan cerita daripada teknik perfileman. Muzik yang dipilih sesuai dengan mood yang dipancarkan, tetapi adegan yang senyap tanpa bunyi menampilkan kesan keheningan yang sangat terasa. Tetapi di sebalik kerja kamera yang mudah, sebaliknya simplicity filem ini berjaya menonjolkan kekuatan visual dan cerita.

Filem Muallaf sebenarnya melengkapkan kerja seni Yasmin sebagai seorang auteur yang cukup hebat dengan karya yang cukup sensitif dan menginsafkan.

p/s: Kelewatan Muallaf memasuki Pawagam Malaysia bukannya disebabkan oleh LPF ( kenyataan khas daripada Orked Ahmad). Pada sesiapa yang terlepas menonton Muallaf kali ini, bermakna anda terlepas menyaksikan sebuah karya cukup indah dari pembikin filem yang berkualiti tinggi.

Al-Fatihah Allahyarham Yasmin Ahmad
*Rabun-Sepet-Gubra-Mukhsin-Muallaf-Talentime*
Memory of Yasmin Ahmad Film..

Isnin, 28 Disember 2009

Natrah bakal menjadi Drama Bersiri?


Selepas kejayaan teater Natrah yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, November lepas, pengarah profilik filem Embun, Erma Fatima bakal merealisasikan impian ramai di mana karya penuh kontroversi itu bakal menemui penonton di kaca tv tahun depan. Natrah yang bakal dijadikan drama 26 episod itu akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Ketika ditemui media semasa Majlis Penghargaan Drama Tersasar Di Jalan Mu yang memenangi Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2009, Erma menjelaskan bahawa 'pelakon yang bakal membintangi drama bersiri ini mungkin dikalangan pelakon asal teater Natrah tersebut. Sekiranya ada di antara mereka tidak boleh memberikan komitmen atau tidak berminat, maka Erma terpaksa akur. Namun, projek Natrah berepisod ini tetap jua dijalankan. Jelasnya lagi, Natrah versi drama ini mungkin akan menjalani penggambaran di sekitar Belanda dan Indonesia, sekaligus menaikkan bajet perbelanjaan produksinya. Walaupun mungkin ada halangan yang bakal menimpa Erma sekiranya merealisasikan Natrah ini, namun beliau tetap akan melaksanakannya. Cuma, buat masa ini terdapat persoalan di minda Erma apakah ada stesen TV yang berminat untuk membeli siaran drama tersebut?. Sekiranya ada, Alhamdulillah.

p/s: Drama Natrah akan jadi lebih berkualiti sekiranya mempunyai jalan cerita dan skrip yang kuat, apatah lagi lakonan yang mesti mantap serta kualiti sinematografinya. Erma mesti buat macam Khabir k!!

Ahad, 27 Disember 2009

The Making of Muallaf...


klik gambar ini
Salam..
Bagi anda yang terlepas menonton 'Making of Muallaf' yang telah disiarkan di TV3 pada 22 Disember 2009 yang lepas, anda bolehlah menonton ulangannya di laman facebook. (Jika anda mempunyai akaun facebook).. sila klik gambar di atas.

*Saya pun terlepas menontonnya.. hehehe*

Muallaf. Now Showing Only In Theatres All Over Malaysia.

1. TGV Cinemas Jaya Jusco Tebrau/ Johor
2. Cathay Cineplexes City Square/ Johor
3. GSC Cinemas Dataran Pahlawan/ Melaka
4. GSC Berjaya Times Square/ Kuala Lumpur
5. TGV Cinemas Suria KLCC/ Kuala Lumpur
6. GSC Cinemas Midvalley/ Kuala Lumpur
7. TGV Sunway Pyramid, Bandar Sunway/ Selangor
8. GSC Cinemas One Utama/ Selangor
9. Cathay Cineplexes Cineleisure, Damansara/ Selangor
10.TGV Kinta City, Ipoh/ Perak
11. GSC Plaza Gurney, Georgetown/ Pulau Pinang
12. Mega Cineplex, Megamall Seberang Prai/ Pulau Pinang
13. GSC Queensbay Mall, Bayan Lepas/ Pulau Pinang
14. GSC Multiplex Sungai Petani/ Kedah*
15. GSC Berjaya Megamall, Kuantan/ Pahang*
16. Star Cineplex Medan Pelita, Kuching/ Sarawak (Jan 2010)
17. Growball Cinemax Centre Point, KK/ Sabah

Sabtu, 26 Disember 2009

'Duhai Si Pari-Pari vs Duhai Filem Melayu'

Kata teman saya selepas Gala Night Preview 'Duhai Si Pari-Pari' di GSC Mid Valley, Rabu lepas ; 'Amy, Saya nak bunuh diri la, apesal filem dia macam nie?. Ni filem ke telemovie untuk tv?. Kami bertentang mata dan hanya menggeleng-gelengkan kepala. Penonton yang lain ada yang ketawa dan ada jugak yang bangun larik!!'.. hehehe. Saya tak mau la komen dan kritik panjang berkenaan filem arahan Azmi Md Hata ini, anda sendiri pi la tonton filem ini yang akan masuk panggung 31 Disember 2009. Tentunya anda diluar sana akan berfikir dua kali 'nak pi atau tak!, sebab tonton sesebuah filem bukannya percuma. Kalau dah bayar tiket, tentunya anda mahu filem yang berkualiti kan?. Bagi saya, 'Duhai Si Pari-Pari' boleh saya labelkan sebagai 'Duhai Filem-Filem Melayu' kerana inilah produk Tayangan Unggul yang sungguh mengecewakan saya. Pak Hassan Muthalib tentunya akan bersedia mencari senapang gajah untuk mula menembak diri apabila filem ini ditayangkan kelak.. hahaha.

nak baca ulasan dan kritikan mengenai Duhai Si Pari-Pari?
Anda boleh klik blog Fairuz Jangan Tegur.. saya malas nak tulis sebab ia sungguh membosankan!

Trailer filem Duhai Si Pari Pari


Klip Video 'Aku Jatuh Cinta' by Liyana Jasmay
OST Duhai Si Pari-Pari
Directed by : Ghaz Abu Bakar


p/s: Saya rasakan kalau filem ini di arahkan oleh Nizam Zakaria bersama Ghaz, tentunya filem ini tidak akan mengecewakan anda.. Kalau anda nak tahu menarik ke tak Duhai Si Pari Pari.. pi la tengok hujung tahun nie ek..

Jumaat, 25 Disember 2009

Muallaf Kini Di Pawagam!!! : Ekslusif Sekitar Gala Night Muallaf...


Salam..
Sudahkah anda menonton filem Muallaf, arahan Yasmin Ahmad?. Jika belum, go to cinema now!!. Muallaf, karya terakhir sebelum Talentime kini sudah pun berada di pawagam sejak 24 Disember 2009. Inilah filem tempatan antara yang terbaik.. mengatasi filem-filem lain yang juga ditayangkan dipawagam bulan ini. Jom kita lihat antara yang menarik semasa Gala Night Preview Muallaf di Cathay Cineplexes, Damansara minggu lepas.

untuk baca Ulasan menarik mengenai Muallaf..
sila klik di bawah


Dengan Keampunan Kita Dimaafkan
Antara Maksud Ayat dan Surah Agama
mengikis erti prejudis by Ajami Hashim







p/s: Muallaf karya terbaik Yasmin Ahmad.

Khamis, 24 Disember 2009

Mr Ibrahim Hashim A.M.N meninggal dunia!!


Pensyarah Audio dan Jurubunyi terkenal, Mr. Ibrahim Hashim A.M.N telah meninggal dunia pagi tadi di kediamannya di Subang Jaya, Selangor. Jenazahnya telah selamat dikebumikan selepas solat zuhur tadi. Untuk makluman anda, Allahyarham Ibrahim Hashim A.M.N merupakan pensyarah dan pakar audio di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di Filem Negara Malaysia dan merupakan pensyarah tetap di bengkel anjuran FINAS setiap tahun. Allahyarham juga merupakan pensyarah di Akademi Filem Malaysia sehingga menjadi rujukan beberapa karyawan filem tempatan dalam jurusan audio dan penataan bunyi.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ibrahim Hashim semoga rohnya di cucuri rahmat.

p/s: Allahyarham merupakan supervisor bagi projek Filem Pendek 'Bila Pungguk Rindukan Bulan' arahan Bennylita pada tahun 2007. Beliau seorang yang dihormati dikalangan penggiat industri filem di Malaysia. Al-Fatihah..

Rabu, 23 Disember 2009

"Kehilangan Yasmin seperti kehilangan mak saya sendiri" – Sharifah Amani


soalan di petik dari laman hiburan (tupai.com.my)
*laman tersebut menyatakan 'Muallaf' terperap lama dari tayangannya di pawagam Malaysia adalah disebabkan LPF (Lembaga Penapis Malaysia) adalah tidak benar kerana menurut penjelasan LPF, 'Muallaf' telah diluluskan tayangannya, cuma terpulang pada pihak produksi samada mahu menayangkannya ataupun tidak!. Justeru.. mana satu yang betul?. hehehe*

Tahniah! Akhirnya selepas dua tahun, "Muallaf" akan ditayangkan di pawagam Malaysia. Apa perasaan Nani sekarang?
Saya memegang watak sebagai Rohani. Dia adalah seorang yang sangat tenang, penyabar, pemaaf dan sentiasa cuba untuk mengenali diri melalui agama. Rohani hidup hanya untuk Allah SWT dan juga adiknya, Rohana yang dilakonkan oleh adik saya sendiri, Sharifah Aleysha.

Apakah kesan watak Rohani kepada hidup Nani?
Apabila Yasmin memberi saya skrip ini dan memberi penjelasan mengenai watak Rohani, pada waktu itu saya rasakan alangkah bagusnya sekiranya saya boleh jadi sepertinya. Cemburu juga dengan diri Ani. Hakikatnya, saya adalah seorang yang berterus-terang, keras kepala, bukanlah seorang yang penyabar, tidak mudah memaafkan orang dan juga terlalu yakin sehingga mungkin akan menakutkan orang. Berbeza dengan Ani di mana dia adalah seorang yang sangat rendah diri, tenang dan berpengetahuan. Walaubagaimanapun semakin lama saya melakonkan watak Ani, secara tidak langsung ia turut menyerap dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, kini diri saya semakin tenang.

Sebelum "Muallaf" ditayangkan, kita dikecohkan dengan kontroversi Nani membotakkan rambut untuk watak Rohani. Apa komen Nani?
Saya pun tak faham kenapa perlu kecoh-kecoh apabila saya membotakkan rambut? Saya buat kerana ia tuntutan kerja dan saya rasa ia sangat berbaloi. Ini adalah salah satu cara kita menyampaikan jalan cerita agar ia memberi kesan kepada penonton. Saya adalah seorang yang jenis berdedikasi dengan kerja saya. Sebelum ini pelakon Hollywood, Natalie Portman pun pernah membotakkan rambutnya. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan berita kot! (ketawa)

Hari ini, "Muallaf" dipertontonkan buat pertama kali untuk media. Apa perasaan Nani apabila Yasmin tiada di sini ketika pra-tonton?
Sudah pasti saya takut lebih-lebih lagi mengetahui bahawa pelindung saya tiada dan saya akan berhadapan dengan media Malaysia seorang diri. Nak dijadikan cerita, ibu saya sendiri, Fatimah Abu Bakar pun sibuk!

Nani sememangnya rapat dengan Allahyarham. Apakah kesan ketiadaan Yasmin kepada hidup Nani?

Terus-terang saya katakana saya seperti kehilangan mak saya sendiri. Ia memberi kesan yang cukup mendalam kepada kehidupan saya. Saya bertemu Yasmin ketika saya berumur 17 tahun di mana pada waktu saya terlibat dengan filem "Sepet". Sejak itu, Yasmin lah yang membina karakter yang saya ada sekarang dan turut mematangkan saya. Ibu bapa saya memberi nama kepada saya, tetapi Yasmin memberi maksud kepada nama saya. Hidup saya juga tidak akan sama seperti dulu terutama sekali ketika ada masalah kerana selalunya saya akan menghubunginya untuk meluahkan perasaan. Sudah lama saya menangis dan mengurung diri saya. Walaubagaimanapun saya tahu sampai bila harus berkelakuan sebegini? Jadi saya ingin sambung apa yang saya lakukan iaitu untuk berlakon dan membuat filem. Apa sahaja idea yang saya berkongsi dengan beliau atau idea yang beliau tidak sempat masukkan, saya ingin buat. Namun sudah pasti dengan cara saya sendiri. Saya tidak mampu atau boleh meniru beliau. Ini sahajalah cara untuk saya berterima kepada Yasmin Ahmad kerana beliau banyak mengajar saya dalam kehidupan.

Terima kasih, Nani!

Sama-sama.

Berikut adalah senarai-senarai pawagam yang akan menayangkan filem "Muallaf":

1. GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
2. GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
3. TGV Suria KLCC, Kuala Lumpur
4. TGV Sunway Pyramid, Selangor
5. GSC 1 Utama, Selangor
6. Cathay Cineplex Damansara, Selangor
7. TGV Kinta City, Ipoh, Perak
8. GSC Plaza Gurney, Georgetown, Pulau Pinang
9. GSC Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang
10. TGV Perda, Seberang Prai City, Pulau Pinang
11. GSC Multiplex Sungai Petani, Kedah
12. GSC Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
13. GSC Dataran Pahlawan, Melaka
14. TGV Jaya Jusco Tebrau, Johor
15. Cathay Cineplex City Square, Johor
16. Star Cineplex Medan Pelita, Kuching, Sarawak
17. Growball Cinemas Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah


p/s: Filem 'Muallaf' akan ditayangkan secara rasminya dipawagam seluruh Malaysia mulai 24 Disember 2009. Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton karya terakhir dari Yasmin..

Selasa, 22 Disember 2009

Berakhirnya sebuah kehidupan...

Masa begitu sinonim dengan kehidupan. Apabila masa mula mencemburui kita dan latarnya menjadi amat singkat prosesnya, maka tandanya dunia menunggu masa untuk hancur menjadi debu dan waktu itulah kita dibangkitkan semula ke alam kehidupan sebenar di mana amal ibadat kita akan dihitung bagi menentukan samada diri kita ke syurga mahupun neraka. Seandainya kita mencintai lebih kepada kekayaan dunia dan hiburan yang 24 jam tanpa henti disisi kita, maka amat rugilah perjuangan kita di dunia ini. Sesungguhnya beringatlah bahawa masa yang amat singkat tandanya dunia semakin tua usianya, janganlah ego pada kehidupan kita kerana manusia yang bongkak, sombong dan ego pada dunia adalah manusia yang tidak pernah tunduk dan sujud kepada Allah S.W.T sepanjang kehidupannya. Persoalan di sini, apakah tahun 2009 yang bakal melabuhkan tirainya beberapa hari dan minggu lagi, kita sudah cukup amal ibadat kita?. Ingatlah kiamat boleh berlaku bila-bila masa sahaja sepertimana yang diinginkan oleh Allah S.W.T. Salam Tahun Baru 2010 lagi 10 hari... dunia akan menangis, anak-anak kecil akan berlari serta ketawa Syaitan musuh Allah S.W.T akan kembali menyesatkan umat manusia di akhir zaman sehinggalah ke hari kiamat. Wallahuallam..

Masa singkat tanda kiamat

  • Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?...
  • Malangnya kita jarang bertanya perkara seperti berapa kalikah aku meninggalkan solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam menangisi dosaku di hadapan Allah?
baca lagi...

p/s: 2010.. kita perlu tanya pada diri kita apakah kita sudah bersedia melintasi Titian Siratulmustakim di Padang Masyar tatkala kita masih melakukan dosa dan bangga menjadi manusia berdosa yang diiktiraf sesuatu kelompok?.
*saya kecewa ada yang mengandaikan masa kita muda tak perlulah kita nk ingat Allah S.W.T dan tak perlu solat. Apakah kita dah tua dan dah nak mati baru kita nak kenal Allah.. *
*Seimbangkan kehidupan di dunia dan di akhirat*

Salam Tahun Baru Hijrah 1431H
Salam Tahun Baru 2010

tangisannya menjanjikan kehidupan kita di akhir zaman....


Isnin, 21 Disember 2009

The Making of Muallaf.. exclusive on 22 December 2009!!

Hello Everyone,

Hope this finds you well.

I have been informed by Orked Ahmad (Yasmin's sister) that Malaysia's TV3 or it's related free to air channels will be broadcasting The Making of Muallaf (20 mins)

When: Tuesday, 22 December 2009
Time: 6.00pm - 18h00m
Duration: 20 mins

Please check press/media/website for actual timing.

The Making of Muallaf includes behind-the-scene, interviews with the Cast & Crew of Muallaf. Yasmin is also interviewed.

Yasmin Ahmad's Muallaf opens in Malaysian cinemas from 24/12/2009 - x'mas eve.

Request- someone please record the show and post in on youtube for those who miss it or cannot receive TV3.

http://www.tv3.com.my

Thank you so much
Best!


p/s: Don't miss it!!

Ahad, 20 Disember 2009

Astro Siarkan Secara Langsung Konsert Bagaikan Sakti M.Nasir & Datuk Siti Nurhaliza


Hanya akan disiarkan secara live menerusi
Astro Box Office Events ( Saluran 955)
pada 1 Januari 2010, pukul 8.00 malam
RM 10.00 (harga langganan January 2010 sahaja)

SEMPENA membuka tirai tahun 2010, Astro akan membawakan siaran langsung konsert gabungan bersejarah dua individu tersohor dunia seni iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza dari Esplanade, Singapura secara eksklusifnya menerusi Astro Box Office Events (saluran 955). Peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada 1 Januari 2010, jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00. Siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama.

“Sebagai memenuhi janji kami kepada para pelanggan untuk terus membariskan program-program siaran Astro yang bermutu tinggi dan mempunyai pengisian yang padat, kami berbesar hati membawakan Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza yang menggabungkan dua nama besar iaitu M. Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza secara langsung dari Espanade, Singapura. "Kehebatan dua ikon seni, M. Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat industri seni hiburan ke peringkat yang lebih tinggi adalah sesuatu yang amat membanggakan. "Oleh itu, kami percaya konsert ini mampu membekaskan impak yang mendalam serta dapat memberikan pengalaman menonton yang mempersonakan.

"Tiket Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Singapura ini telah habis dijual dalam masa seminggu sahaja dan kami faham yang tidak semua peminat berpeluang untuk menyaksikan konsert hebat gabungan dua gergasi seni negara ini berikutan faktor lokasi dan kapasiti tempat yang terhad serta harga tiket yang agak mahal. "Sehubungan dengan itu, kami di Astro ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk turut sama menyaksikan konsert gabungan paling bersejarah dan menakjubkan ini terus di kaca televisyen dengan hanya RM10 sahaja. "Kami percaya dengan harga serendah ini dan kelebihan untuk menikmati konsert bertaraf dunia di kediaman sendiri pada waktu yang fleksibel adalah suatu pengalaman menonton yang amat sempurna. Inilah tawaran istimewa buat para pelanggan Astro yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada kami," ujar Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh.

Tambah Khairul lagi, "Kami juga berharap dengan adanya paparan konsert ini menerusi pakej Astro Box Office Events (saluran 955), ia dapat memberi kesempatan kepada para peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan pesona dua jiwa dan dua suara ini beraksi secara langsung di atas pentas merasai sendiri pengalaman menonton seolah-olah turut berada di Esplanade, Singapura." Untuk melanggan pakej Astro Box Office Events, para pelanggan Astro boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300 82 3838 atau menerusi talian SMS dengan menghantar teks ABOMSAKTINo.IC dan hantarkan ke 32888. Pengaktifan melalui SMS akan mengambil masa 24 jam. Tempoh untuk melanggan akan dibuka bermula 22 Disember 2009 dan akan ditutup pada 10 Januari 2010.

Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gabungan hebat M.Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti. Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Datuk Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik di bawah pimpinan mereka.

sumber: mstar online

p/s: Peminat Datuk Siti Nurhaliza & M.Nasir jangan lepaskan menonton konsert ini di Astro okay!! saluran khas mesti langgan!

Sabtu, 19 Disember 2009

Muallaf: Antara maksud ayat dan surah agama....



Salam..

Jika anda menonton Muallaf arahan Allahyarham Yasmin Ahmad tentunya anda bingung mendengar beberapa nombor yang disebut Rohani (Sharifah Aleysha) setiap kali dialog melatari visual yang dipaparkan. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan bagi setiap nombor yang disebut Rohani itu?. Di sini saya senaraikan maksud kandungan ayat dalam surah agama yang terdapat di dalam Muallaf....



Kajian Ayat dan Surah Al-Qur'an yang terdapat dalam Muallaf..

  1. Rohana menjeritkan nombor surah apabila dirotan oleh Puan Siva. (Surah Al-Fiil 105:1) - Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
  2. Rohana menyebut nombor surah apabila Brian memberitahunya kemungkinan yang bakal dihadapi Puan Siva ketika membawa Rohana pulang. (Surah Al-Kauthar 108:3) - Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
  3. Rohana menyebut nombor surah apabila Rohani mengatakan bahawa mereka sekurang-kurangnya berpakaian senonoh (kedua-dua beradik sedang memakai telekung pada ketika itu). ( Surah An-Nuur 24:31) - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
  4. Rohana menyebut nombor surah apabila Rohani mengatakan mereka bukannya lari dari rumah, tetapi lari untuk menyelamatkan diri, apabila menjelaskan mengapa mereka meninggalkan rumah dan tinggal bersendirian. ( Surah An-Nahl 16:41) - Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.
  5. Rohana menyebut kedua-dua nombor dan kandungan surah ketika berbincang sesama Rohani sambil bersarapan roti canai bersama Brian. ( Surah Al-Baqarah 2:62) - Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani/Kristian) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  6. Rohani menyebut tentang surah tersebut ketika dia dan Rohana berbincang tentang perbezaan yang boleh wujud dalam terjemahan dan interpretasi Al-Qur’an oleh penterjemah mahupun ulama. (Surah An-Nisaa’ 4:43) - Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
  7. Rohana menyebut nombor surah ketika dua beradik itu meninggalkan Brian seketika untuk mengerjakan solat Zuhur di masjid berhampiran. ( Surah An-Nuur 24:37) - (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
  8. Surah terakhir Al-Baqarah yang dibacakan oleh Rohani kepada Mei Ling, budak perempuan yang terlantar koma di hospital. ( Surah Al-Baqarah 2:286) - Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir..
  9. Rohani menyebut nombor surah apabila Brian mengatakannya bahawa dia tidak suka berpisah dengan harta duitnya ketika berbual sambil memerhatikan kelas taekwondo Rohana. (Surah Al-Humazah 104:3) - Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya.
  10. Rohani menyebut nombor surah ketika berbual dengan Brian tentang bagaimana dia telah hilang kepercayaannya terhadap agama Kristian. (Surah Al-Kafirun 109:6) - Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.
  11. Rohani menyebut nombor surah dalam perbualan telefon kepada Brian untuk memakluminya keadaannya setelah meninggalkan Ipoh untuk mecari adiknya yang dirampas ayahnya. (Surah An-Nasr 110:1, 2 & 3) - Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Kajian Ayat dalam Kitab Injil yang terdapat menerusi filem Muallaf..

  1. Rohana menyebut kandungan ayat apabila Puan Siva kerapkali memberitahunya bahawa ibunya telah meninggal dunia. (Matthew 5:4) - Berbahagialah orang yang bersedih hati; Tuhan akan menghibur mereka!
  2. Rohana menyebut nombor ayat, setelah terdengar perbualan antara Brian dan Rohani dalam kereta Brian setelah dia membantu membaiki skuter Rohani. 1 (Corinthians 13:2) - Meskipun saya pandai menyampaikan berita dari Tuhan, dan mengerti semua hal yang dalam-dalam, dan tahu segala sesuatu serta sangat percaya kepada Tuhan sehingga dapat membuat gunung berpindah, tetapi saya tidak mengasihi orang-orang lain, maka saya bukannya apa-apa! 2 (Corinthians 13:4 – 10) - a) Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. b) Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak mendendami kesalahan orang lain. c) Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran. d) Ia meliputi segala-galanya, percaya terhadap segala-galanya, mempunyai harapan terhadap segala-galanya, sabar dalam menanggung segala-galanya. e) Kasih tidak berkesudahan; ramalan akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap. f) Oleh sebab pengetahuan kita tidak lengkap dan ramalan kita tidak sempurna. g) Tetapi jika yang sempurna tiba, maka yang tidak sempurna itu akan lenyap.

Pengakuan-Pengakuan St. Augustine

  1. Rohana menyebut ayat berkenaan apabila Rohani cuba menjelaskan kepada Bro. Anthony bahawa pekerjaannya di bar adalah untuk sementara waktu. (Confession 8.7.17) - Kurniakanlah aku kesucian dan ketahanan diri, tetapi belum sampai waktunya
    (Grant me chastity and continence, but not yet)

    Terjemahan mungkin kurang tepat, para pembaca yang mengetahui terjemahan yang tepat dijemput memperbetulkannya.


Dàodé Jīng (Tao Te Ching)

Terjemahan mungkin kurang tepat, para pembaca yang mengetahui terjemahan yang tepat dijemput memperbetulkannya.

  1. Rohana menyebut kandungan ayat apabila Puan Siva kerapkali memberitahunya bahawa ibunya telah meninggal dunia. a - (Bab 6) Roh Asli tidak akan lenyap, bahkan Dialah ibu kepada segala-galanya. The Valley Spirit never dies, for aye the same. b- (Bab 81) Ayat benar tidak sedap didengar, ayat yang sedap didengar tiada kebenarannya. True words are not fine-sounding, fine-sounding words are not true.
  2. Rohani menanyakan soalan berkenaan kepada Rohana apabila bersama-sama Rohana memaafkan mereka yang menyinggung mereka sebelum masuk tidur. Rohana menjawab, “Air”. (Bab 43) - Apakah jasad yang paling lembut bahkan dapat menghempaskan segala-galanya yang bak batu kekerasannya? What is of all things most yielding and can overwhelm that which is of all things most hard?
  3. Puan Yap (salah seorang guru) menanyakan ayat tersebut kepada Rohana. (Bab 25) - Adanya sesuatu yang tiada bentuknya tetapi lengkap, yang wujud sebelum adanya langit dan bumi. There was something formless yet complete, existing before heaven and earth.

Nota : Salah satu ayat yang disebut dalam filem tidak berasal dari mana-mana kitab agama, yakni

"And so you see I have come to doubt (Jadi engkau telah melihat aku mula kurang percaya)
All that I once held as true (Segalanya yang aku pernah menganggapnya benar)
I stand alone without beliefs (Ku berdiri keseorangan tanpa kepercayaan)
The only truth I know is you (Kebenaran yang hanya ku tahu adalah mu)"

yang dipetik dari sebuah lagu bernama Kathy's Song oleh Paul Simon dan Art Garfunkel.
Ayat ini disebut dalam perbulan antara Brian dan Rohani dalam kereta.

p/s: Yasmin menghasilkan Muallaf dengan membuka 4 buah kitab utama - Al Qur'an, Injil, St.Augustine dan Tao Te Ching. Beliau tidak menghina mana-mana agama sepertimana yang dilaporkan beberapa laman web yang mengkritik filem tersebut. 'Muallaf', the best film critics!!!.

Jumaat, 18 Disember 2009

'Storyteller Forever'.... Yasmin Ahmad!!!


Salam...

'Storyteller Forever'... Salam Maal Hijrah 1431H..
I like this video!!!.. hahaha



p/s: 'Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf & Talentime'... 6 best forever Yasmin films.. I'm said 'Storyteller Forever and never...

Khamis, 17 Disember 2009

'Dengan keampunan kita dimaafkan', Muallaf perlu di lihat secara kritis!!


Kontroversi yang melanda Muallaf, filem ke-5 arahan Allahyarham Yasmin Ahmad yang dicetuskan suatu ketika dulu oleh beberapa ulama islam dilihat agak 'negatif,' kerana mereka mengandaikan bahawa Sharifah Armani membotakkan kepalanya dengan tidak melihat keperluan wataknya, perlu menonton Muallaf kerana ia sarat dengan mesej kemanusiaan yang sangat tinggi. Menggunakan tagline 'dengan keampunan kita dimaafkan', Muallaf membawakan kepada kita sebuah paparan kisah yang agak sensitif mengenai Brian ( seorang guru sejarah di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak) dengan Rohana (Sharifah Aleysha) dan Rohani (Sharifah Armani) ; dua beradik yang agak pelik sifatnya di mana Rohana kerap menyebut beberapa nombor dari Kitab Injil kepada makna yang terkandung dalam Kitab suci Al-Quran.

Kajian ringkas apa yang terkandung dalam Muallaf

  • Brian seorang guru yang tidak mengendahkan agama yang dianutinya (Kristian) ; juga seorang yang tidak menghormati ibunya (dilihat melalui percakapan seharian melalui telefon) mula mendekati islam melalui tafsiran kitab suci Al-Qur'an. Brian menyelinap masuk ke rumah Ana dan Ani demi untuk mencari kebenaran tentang apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an melalui tafsiran versi English yang di baca dan diselidikinya setiap hari. (lihat scene semasa Brian membaca Tafsiran Al-Qur'an di kamar hospital - seorang pesakit Kristian sedang koma) dan juga semasa Brian menyelinap masuk ke banglo milik Rohana dan Rohani ; lihat juga kepada maksud tafsiran yang di baca dengan visual yang dipaparkan).
  • Muallaf menyedarkan kepada kita tentang budaya menghormati orang yang lebih tua. (lihat scene di mana Rohani bercakap dengan Brian agar merendahkan suara apabila bercakap dengan ibunya - sebelum ini Brian bercakap kasar dengan ibunya). Ini menunjukkan islam memiliki budi pekerti yang sangat tinggi dan Rohani menyampaikannya melalui kata-kata kepada Brian).
  • Scene koma yang dipaparkan di dalam Muallaf mengingatkan saya kepada Yasmin Ahmad semasa beliau koma dan menghembuskan nafasnya terakhir serta meninggalkan seribu kenangan melalui karyanya yang cukup menyentuh perasaan. Harus diingat bahawa scene koma yang menampakkan Mei Ling (karektor pesakit kanak bukan islam sedang koma itu) sebenarnya dilakonkan oleh Shana Shafiza Muzaffar Syah (beragama islam). Dalam situasi ini Yasmin memaparkan kepada kita bahawa 'agama islam' bukan satu agama yang melarang untuk kita berbuat baik sesama manusia walaupun berlainan agama. Tidak salah sekiranya Rohana dan Rohani membaca tafsiran Al-Qur'an kepada pesakit kristian tersebut. (Penulis blog lain menghentam scene ini kerana menganggapkan bahawa Islam agama yang tidak boleh dikaji oleh bangsa bukan islam- penulis blog itu mengatakan Muallaf sebuah filem mencemar islam.. Ayo!!! . sila baca kritikanya di sini)
  • Muallaf bukan sebuah filem mencemar islam kerana setiap scene yang dipaparkan Yasmin mempunyai kronologinya yang membuatkan kita berfikir sendiri. Watak Rohana yang seringkali menyebut beberapa nombor dalam Kitab Injil kadangkala dalam Tao Te Ching dengan apa yang di tuturkan Rohani mahupun guru dan sesiapa saja memberikan maksud yang tersirat di sebalik keagungan makna ayat-ayat suci Al-Qur'an. Yasmin bukan menghina Al-Quran mahupun membandingkan antara kedua-dua kitab ini, malahan Yasmin mahukan setiap antara kita (umat islam) membuka kembali Al-Qur'an dan mengkajinya dalam kehidupan seharian kerana kebanyakkan daripada kita hanya bijak berbicara tentang agama tetapi perlaksanaannya hancur berderai. (ada di antara mereka hanya dengki, khianat dan cemburu antara satu sama lain).
  • Scene yang memaparkan Brian mencium bra, seluar dalam, dan beberapa pakaian milik Rohana & Rohani ; iaitu semasa Brian memasuki rumah mereka semasa ketiadaannya menunjukkan kepada kita keadaan yang agak 'sensitif' dan 'lucah' barangkali dari kaca mata penonton beragama islam terutamanya melayu. Jangan kata ia tidak bermoral, tetapi itulah realiti yang berlaku kepada seorang lelaki yang 'horny'.. itu lumrah kenapa perlu mempersoalkannya. Bukankah anda juga begitu?.
  • Scene yang cukup menyentuh perasaan barangkali mungkin pada anda ( jika anda perasan atau tidak) ; di mana Rohana & Rohani sebelum tidur mereka memohon kemaafan daripada Allah S.W.T (scene ketika bersolat ; sebelum Brother Anthony dan Brian masuk frame). Ini menjadikan satu amalan untuk memaafi mereka di luar sana yang telah menyinggung perasaan mereka tatkala di siang hari sebelum masuk tidur. Perbuatan ini dilakukan sendiri dalam dunia realiti oleh Yasmin semasa hayatnya. ( Pengakuan ikhlas di umumkan adiknya, Orked semasa kemenangan Yasmin di FFM22, KK Sabah ).
  • Walaupun berlainan agama dan kepercayaan, Brother Anthony ( beragama Kristian) sanggup menadah tangan pada tuhannya memohon agar tuhan mereka menyelamatkan Rohana yang diculik oleh pegawai bapanya. Ia bukan mempersendakan agama islam sepertimana petikan dalam blog picisan I Luv Islam. Setiap manusia berhak memohon kepada tuhan masing-masing (mengikut kepercayaan agama). Islam tidak melarang kita berbuat baik sesama manusia. Jangan terlalu taksub dengan agama sehingga diri kita sendiri terpesong!!.
  • Yasmin Ahmad pernah bercakap dengan saya yang 'dia membikin Muallaf bukannya untuk mempersendakan islam, tetapi dia berharap agar lebih ramai manusia mengkaji Al-Qur'an kerana ia merupakan kitab agung yang sangat suci'. Sebab itulah, Brian tertarik dengan agama islam. Jikalau Yasmin masih hidup, barangkali Muallaf ada kesinambungannya. Kata teman saya, 'eh.. x perasan Muallaf cepat sangat abis!!'.. hehehe
  • Ada pendapat mengatakan kenapa Laungan Azan dalam Muallaf diiringi berlatarbelakangkan muzik opera?. Harus diingat ia bukan bertujuan menjadikan satu isu tetapi cuba kita selidiki di Malaysia umpamanya, jika laungan Azan tetap berkumandang, ada juga yang mendengar muzik, menonton wayang dalam panggung wayang, menari-nari dan ada juga yang berkaraoke. Jadi kita perlu lihat kepada semua perkara dan jangan menyalahkan Muallaf okay!!.
  • Filem Muallaf cuba mengimbangi antara agama Kristian dan Islam yang masing-masing di anuti oleh setiap manusia. Yasmin memaparkan kepada kita bahawa, Islam adalah agama yang sangat mulia dan perlu di hormati. Setiap perilaku kita di muka bumi ini melambangkan agama yang kita anuti.
  • Scene yang memaparkan Sharifah Armani membotakkan kepalanya bukannya satu scene yang di sengajakan atau di 'ada-adakan', namun scene tersebut menunjukkan kepada kita bahawa Datuk Rahim Razali (watak bapa Rohana & Rohani ) itu sendiri yang 'cukur' kepala Rohani kerana kedegilan Rohani yang tidak mahu mendengar nasihatnya. Jadi siapa yang perlu dipersalahkan?. Pi la marah Datuk Rahim kerana wataknya membotakkan kepala Armani.. ayo!!! kolot sangat korang ni dok hentam Sharifah Armani 'botak' dengan pelbagai hadis!!.
  • Yasmin Ahmad pernah menulis tentang Muallaf berkaitan nombor yang disebut Rohani.. sila klik di sini.
  • Kesimpulannya, Muallaf bukan sebuah filem kontroversi yang di 'war-warkan' pengkritik nafsu bukan pengkritik kritis macam 'Pak Hassan Muthalib'. Saya cukup tidak bersetuju jika penonton kita mengatakan 'Muallaf sebuah filem kontroversi atau sebagainya'. Jadi hayatilah dan tontonlah sendiri MUALLAF YANG AKAN MASUK PANGGUNG 24 DISEMBER 2009 di semua pawagam seluruh Malaysia.

p/s: Mungkin ada jugak kritikan lain dalam filem ini dari kaca mata anda yang saya tidak tulis. Komen la di sini. Namun berakhirlah Sinema Yasmin selepas Muallaf ditayangkan nanti. Kerana setiap tahun, waktu dan ketika, 'saya kerap menantikan buah tangan terbaru beliau'.. tetapi kini hanya tinggal kenangan dan filemnya akan di sebut, di kaji dan tetap juga dikritik. Jika anda tidak suka, saya tidak boleh buat apa. Itu hak anda..



dengan keampunan kita dimaafkan..
Akan menangis di pawagam.. 24 Disember 2009
MUALLAF
21st Tokyo International Film Festival,
WINNER SPECIAL MENTION - BEST ASIAN-MIDDLE EASTERN FILM AWARD

World Premiere: 15 August 2009 in Locarno Film Festival
Malaysian Released: 24 December 2009.

Rabu, 16 Disember 2009

Kerajaan Indonesia haramkan filem Balibo!!


Arkib: Utusan Malaysia

JAKARTA 2 Dis. - Indonesia mengharamkan tayangan filem Balibo terbitan Australia yang mendakwa tentera republik itu membunuh enam wartawan negara tersebut ketika serangan ke atas Timor Leste pada 1975. Tiada sebab dinyatakan mengapa keputusan itu dibuat dan pegawai daripada lembaga penapisan filem berkata, mereka tidak dapat menjelaskan atas alasan apa filem Balibo diharamkan. Polis Australia awal tahun ini melancarkan siasatan jenayah perang berhubung kematian lima wartawan yang terbunuh apabila tentera Indonesia memasuki pekan Balibo dan enam lagi mati seminggu selepas itu dalam serangan di Dili. Jakarta tetap berpendapat bahawa lima wartawan di Balibo itu mati ketika insiden berbalas-balas tembakan antara tentera Indonesia dengan pemberontak Fretilin Timor Timur.


Namun, filem tersebut menggambarkan bahawa wartawan yang bekerja dengan rangkaian televisyen Australia itu dibunuh dengan kejam atas arahan ketua tentera Indonesia untuk menghalang penyebaran berita pencerobohan tersebut ke luar negara. Seorang penyiasat koroner Australia dua tahun lalu, telah membuat kesimpulan bahawa 'Balibo Five' ditembak dan ditikam secara berulang kali oleh anggota khas tentera Indonesia ketika mereka cuba menyerah diri. Koroner tersebut meminta supaya beberapa pegawai tentera Indonesia didakwa atas kesalahan melakukan jenayah perang termasuk Kapten Yunus Yosfiah yang menjadi Menteri Penerangan Indonesia pada lewat 1990-an. Siaran persendirian filem tersebut untuk anggota Kelab Koresponden Luar Jakarta malam tadi, turut dibatalkan pada saat-saat akhir selepas pihak berkuasa memberi amaran kepada penganjur mereka mungkin didakwa. - AFP

p/s: macam-macam!. Walaupun diharamkan, penonton kita tetap akan mendapatkannya dalam DVD lanun kan?.. Tak sure samada Malaysia haramkan ke tak filem nie.. Kita tunggu dan lihat sajalah ye

Selasa, 15 Disember 2009

SANTAU banyak bermain dengan imej seram!!!

Santau banyak memaparkan visual yang tampak horror dan menakutkan apatah lagi dibantu dengan kualiti bunyi dan muzik yang membangkitkan rasa cemas dan ghairah. Menonton Santau seolah-olah meletakkan diri anda dalam satu kelompok yang berada dalam situasi tersebut, ia di adaptasikan melalui janaan imej dari minda pengarah berbanding kekuatan plotnya. Penonton tempatan di hidangkan dengan aksi-aksi ngeri seperti memakan cacing yang begitu klise dalam sinema horror. Jika di lakukan scene lain yang tidak di jangka akal fikiran (berfantasi maut dan mesti kritikal) tentunya Santau di anggap filem ngeri sepanjang tahun sepertimana karya-karya seram dari Indonesia dan Thailand. Persoalan yang masih bermain di minda saya ialah 'apakah kaitan watak Man ( lakonan Zul Handy Black ) dengan perbuatan Santau ini?. Penonton di jelmakan dengan kejahatan melalui mimik muka Man dan isterinya ( nampak sesuatu ) pada permulaan cerita hingga keseluruhan filem. Emosi mereka berdua menampakkan Santau di lakukan oleh mereka sehingga menggugat nyawa keluarga Halim ( kekaburan ketika ini tidak dijelaskan pengarah ; apakah kaitan Man dan Isterinya dalam situasi ini? ) . Penonton jelas pada perilaku Man dan Isterinya yang membawa 'lepat pisang dan bubur' untuk keluarga Halim yang memberikan kesan yang amat besar sehingga menggugat nyawa. Serta tingkahlaku Man semasa Diana dirasuk sehingga memakan cacing di lantai.

Namun begitu, terbongkar seketika ( tidak dijangka dan tiada penjelasan watak yang ketara) pada karektor Husin yang nampak baik tetapi akhirnya ia merupakan dalang terbesar yang melakukan Santau ke atas keluarga Halim. Justeru, Santau boleh di anggap filem yang mempunyai janaan imej yang cukup kuat dari Azhari yang mengadaptasikannya ke layar perak , cuma jika di olah dengan lapisan plot yang kuat, Santau akan menggerunkan lagi barangkali. Wallahuallam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

* satu kritikan yang cukup membina dari pengkritik filem yang cukup terkenal, A.Wahab Hamzah mengenai filem Santau arahan Azhari Zain yang banyak bermain dengan janaan imej seram berbanding plot dan naratif yang agak longgar. Bagaimana pula pendapat Pak Hassan Muthalib pulak?!*

Cukupkah sekadar imej seram?
oleh A.Wahab Hamzah



JIKA penonton merasa cemas, mual dan ngeri semasa menonton filem seram, maka maka filem seram tersebut dikatakan berjaya. Malah lebih kuat kesan tersebut maka filem tersebut dikatakan lebih berjaya. Setakat itukah sahaja ukuran sebuah filem seram? Malangnya, tumpuan yang keterlaluan terhadap kompleksiti kesan imej yang menakut dan mengerikan sebenarnya boleh menyebabkan hilangnya arah terhadap asas utama pengalaman penonton sesebuah filem seram. Tanpa latar yang sewajarnya, makhluk ngeri yang muncul di belakang pintu akhirnya hilang upaya untuk menakutkan. Kesan seram (atau horror) wujud apabila kita berhadapan dengan perubahan imej yang tidak kita kenali (biasa) daripada sesuatu yang sebenarnya sudah kita biasa, sesuatu yang menjijikkan walaupun ia sesuatu yang menarik. Ketakutan muncul dalam psikik kita apabila berdepan dengan imej yang menyentak perasaan, imej tersebut memaksa penonton menilai imej yang 'abject', yang tidak menyenangkan dan menekan. Pembikin filem seram akan cuba mengangkat nilai-nilai ini. Namun hari ini gelombang filem seram sudah berubah. Pendekatan filem seram konvensional yang mengutamakan kompleksiti efek seram (imej) sudah berubah kepada pendekatan psikologi ketakutan.Kekuatan filem seram bukan sahaja perlu diisi dengan lapisan-lapisan imageri, perubahan yang bermakna, tetapi kekuatan jalan cerita, yang juga melibatkan antar-hubungan kompleks peribadi dan pengalaman, antara imej bayang dan bunyi, antara suasana dan seting.Inilah pengalaman seram yang akan dibawa oleh khalayak penonton daripada filem itu, iaitu perasaan sentiasa dilihat, kesan bunyi yang tidak pasti, imej bayang yang seakan terpapar di dinding, yang mana semua pengalaman dan perasaan takut sebegini pernah kita lalui pada suatu masa.

Filem Santau, lakon layar dan arahan Azhari Zain mengangkat subjek yang dikatakan cukup rapat dengan kepercayaan masyarakat masyarakat Melayu negara ini. Sama ada filem ini diangkat daripada kisah benar atau rekaan, akhirnya sebuah filem tetap sebuah karya fiksyen yang memerlukan alur plot untuk membentuk struktur cerita yang berkesan. Santau seperti yang kita fahami merupakan perbuatan khianat yang menggunakan ilmu hitam dan sihir untuk memberikan pengalaman ngeri yang memusnahkan mangsanya. Santau arahan Azhari ini merupakan filem seram dalam kategori 'unnatural', yang mana watak manusia biasa berubah menjadi watak yang tidak dikenali. Dalam konteks ini kita melihat watak Nina (Putri Mardiana) seorang isteri yang cantik dan baik berubah menjadi hodoh, ngeri dan kasar apabila dia dirasuk, perubahan imej yang tidak dikenali oleh suaminya sendiri Halim (Isma Daniel). Rasukan bagi banyak budaya, dari dahulu hingga sekarang sebenarnya memperlihatkan bentuk hubungan antara masyarakat dengan agamanya dan dalam konteks filem seram, secara konvensional menjelaskan tentang ketakutan hilangnya kawalan diri, iaitu aspek ketakutan yang cukup asas. Bagi pembikin filem, tubuh yang dirasuk boleh memberikan ruang kepada mereka untuk meneroka aspek keseronokan dan ancaman cemas dalam konteks tidak rasional itu.

Perubahan imej inilah yang sebenarnya ditakuti oleh penonton. Dalam Santau, Nina dirasuk oleh syaitan (santau) untuk bertindak secara diluar sedar dan tidak rasional. Syaitan santau yang dimainkan oleh Mariani merupakan kuasa asing (supernatural) yang dianggap sebagai entiti tidak real dan kuasa ini muncul dalam imej tua dan sangat hodoh. Imej ngeri kuasa santau ini merupakan metafora daripada pelepasan tekanan yang dihadapi oleh Husin (Riezman Khuzaimi) yang berdepan dengan kejayaan Halim. Namun Halim adalah identiti watak yang kuat untuk dirasuk sedangkan Nina lebih lemah (gambaran dari segi fizikal juga) dan dengan itu juga dia mudah dirasuk. Untuk menghadapi fenomena yang menakutkan ini, Halim dan Nina kembali kepada aspek tradisi dan agama, dengan meminta bantuan bomoh dan Imam. Dengan pendekatan ini Nina dan Halim kembali menemui semula kawalan dan kekuatan diri. Tetapi kesan fenomena daripada ketidak seimbangan yang dilalui oleh Nina telah memberikan impak yang menakutkan kepada penonton. Fenomena rasuk yang dialami oleh Nina sebenarnya adalah hubungan pertarungan antara kuasa jahat dan baik, dan Halim pula berada dalam konflik antara skeptikal dan keyakinan. Halim digambarkan sebagai seorang yang skeptikal (tidak percaya) dengan kewujudan kuasa asing yang jahat (walau pun dia diingatkan beberapa kali oleh pekerjanya). Tetapi daripada beberapa peristiwa rasukan yang dialami oleh Nina, Halim dan juga khalayak penonton akhirnya mulai goyah dan percaya kemungkinan wujudnya kuasa santau itu. Malah mula percaya dengan kaedah-kaedah yang digunakan oleh bomoh dan imam untuk menentang kuasa jahat tersebut. Sebagai sebuah filem seram, Santau jelas bukan sahaja mendapat pengaruh daripada kejayaan pasaran filem Jangan Pandang Belakang @ JPB (Ahmad Idham, 2007), malah stail dan beberapa pendekatan visual filem ini dipengaruhi oleh pendekatan filem JPB. Azhari barangkali terlalu memberi tumpuan kepada aspek imej dan kesan bunyi untuk menakutkan penonton, tetapi aspek yang ditekankan ini juga sebaliknya kelihatan stereotaip dan klise, dan tidak membawa pendekatan yang baru. Aspek naratif dalam Santau begitu nipis dan plotnya terlalu simplistik. Mengapa Halim perlu mencurigai jiran barunya Man (Zul Handy Black)? Mengapa Man digambarkan mempunyai riak wajah dan aksi yang mencurigakan, di awal cerita tidak dijelaskan? Dan bagaimana Man boleh menjadi baik secara tiba-tiba? Begitu juga cukupkah masalah Husin tidak menyenangi Halim mendapat tender membina bangunan sekolah untuk dia mengkhianati Halim dengan mengamalkan santau ke atas Halim sekeluarga? Bagaimana sebenarnya hubungan Husin dan Halim yang merupakan jiran yang sudah lama kenal? Plot dalam Santau mengambil mudah banyak perkara. Sebuah filem seram tidak hanya menonton lapisan-lapisan imej ngeri dan kesan bunyi yang menakutkan, tetapi segala kesan dan transformasi imej tersebut perlukan plot yang wajar. Tidak ada salahnya menggunakan pendekatan filem seram yang konvensional, tetapi Azhari sebagai penulis seharusnya membawakan ideologi baru untuk genre ini. Kita tidak mahu penonton akhirnya merasa bosan dengan hanya permainan imej dan dan kesan bunyi yang sedangkan ceritanya dangkal.

p/s: Yang belum tonton Santau.. pi la tonton ye.. memang tidak mengecewakan!!

Isnin, 14 Disember 2009

'To stop the tears'... Mobile Filmmakers 2006 by Yasmin Ahmad


Articled from Yasmin Ahmad's Films Book by Amir Muhammad.

'The film of hers that reminds me the most of a haiku is a short she did for Mobile Filmmakers, a project by Discovery Channel and Nokia in 2006. As the name might suggest, it's about making films on mobile phones!. She was one of several Sotheast Asian filmmakers invited to take part. Her short was called To Stop The Tears you can view it online at Yasmin Short 2006 ( please click here )'. said Amir Muhammad

Yasmin's favourite literary form is haiku. To explain why, she quoted two of them by Kobayashi Issa. The first is:-

a broken web-
a refugee spider is still
looking for a home

And then there's

don't worry, spider
I keep house
casually

Each haiku is necessarily brief, but in these two complete poems, Yasmin saw a well of humanity. They weren't just about spiders, but about caring for those more vulnerable than ourselves, and therefore she noted: "In just a few words, a writer is able to convey a feeling which could very well save Mankind, seeing the way the world is heading these days."

read more...?. please buy Yasmin Ahmad Films book now!!

p/s: Waiting for Muallaf Screening in Malaysia!!!

click here to watch Yasmin Ahmad Short 2009

Ahad, 13 Disember 2009

5 Saluran berformat HD dalam pakej Astro Beyond terbaru!!!


Astro Beyond berformatkan HD hanya sesuai buat pelanggan Astro yang mempunyai Plasma TV, LCD TV dan LED TV. Dengan hanya menambah RM 20 setiap bulan, iaitu selama 12 bulan, pelanggan Astro di hidangkan dengan 5 saluran HD percuma yang terdiri daripada ' HBO HD, National Geographic HD, History Channel HD, Astro Supersport HD dan ESPN HD'. Walaupun anda melanggan Astro Beyond, anda tetap mempunyai saluran Astro yang lain, cuma kualiti gambar adalah jauh berbeza dengan kualiti yang sedia ada sekarang. Jika anda mahu menonton filem kegemaran anda dalam format HD, apa kata beralihkan ke dunia HD sepenuhnya melalui Astro Beyond yang kini boleh di dapati dengan menghubungi Astro di talian 1300 82 3838.
-------------------------------------------------------------

ASTRO bawa Hiburan Generasi Akan Datang
ke Kediaman di Malaysia
Perkhidmatan Definisi Tinggi Pertama bermula pada 18 Disember

sumber petikan: Sensasi Selebriti

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2009 – ASTRO hari ini melancarkan ASTRO B.yond, perkhidmatan inovatif berbilang peringkat yang bermula dengan penyiaran Definisi Tinggi (HD) pertama – membawa tanda aras baru ke dalam industri penyiaran Malaysia. “Kini ASTRO mempunyai 2.875 juta pelanggan, iaitu 48% jumlah penembusan TV di kediaman Malaysia. Di ASTRO, kami sentiasa berusaha untuk membawa inovasi ke dalam kandungan dan juga teknologi dalam memastikan pelanggan mendapat nilai maksimum daripada setiap Ringgit yang mereka bayar,” kata Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO. Melalui teknologi terbaik dalam kelasnya, ASTRO B.yond yang baru ini menawarkan perkhidmatan lebih inovatif kepada pengguna yang akan diperkenalkan secara berperingkat. Bermula dengan penyiaran Definisi Tinggi (HD) pertama sepertinya di Malaysia, ASTRO B.yond akan menukar pengalaman menonton TV kepada kemewahan paparan warna, kesempurnaan dan kejelasan imej yang diadun bersama bunyi sekitar yang menyeluruh. Perkhidmatan ini juga didatangkan bersama Panduan Program Elektronik (EPG) yang baru bersama ciri-ciri mesra pengguna bagi meningkatkan pengalaman tontonan anda.

Oleh sebab perkakasan dan infrastruktur teknologi ASTRO B.yond adalah untuk persediaan masa depan, lebih banyak inovasi baru akan menyusul. Pada tahun 2010, ASTRO berhasrat untuk menjadi stesen penyiaran pertama di dunia yang menawarkan rakaman video menerusi cakera keras binaan luar. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan boleh merakamkan program kegemaran mereka dan menyusun jadual tontonan mengikut keperluan peribadi mereka. ASTRO B.yond juga akan juga memperkenalkan Rakaman Video Digital (DVR), Video atas Permintaan (VOD) dan sambungan IPTV secara berperingkat dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Tambah Dato’ Rohana lagi, “ASTRO B.yond adalah janji kami untuk berada di barisan depan inovasi dan untuk menyeronokkan pelanggan kami dengan perkhidmatan yang lebih baik melebihi daripada jangkaan mereka. Hanya dengan cara ini kami akan kekal sebagai pilihan utama mereka dalam dunia hiburan. Inilah janji kami kepada pelanggan setia bahawa yang terbaik bakal tiba.” Oleh sebab ASTRO B.yond membabitkan satu perubahan besar dalam teknologi, ia memerlukan pertukaran keupayaan, perkakasan dan pemasangan secara mutlak. Untuk merasai pengalaman ASTRO B.yond, pelanggan diberi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan ini dengan hanya RM20 sebulan dan komitmen selama 12 bulan. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ini, para pelanggan akan menerima sistem serba baru yang merangkumi kotak media B.yond baru, kad pintar baru, unit luar (ceper) baru, kabel pengantara Multimedia HD (HDMI) dan alat kawalan jauh baru. Yuran pemasangan akan dikecualikan apabila menukar kepada sistem serba baru ini.

Kandungan HD ASTRO akan dimulakan dengan tiga bidang utama yang diiktiraf sebagai pemacu kandungan HD global: sukan, filem dan dokumentari. Program yang boleh didapati termasuk termasuk ASTRO Supersport HD, ESPN HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan HISTORY HD. Peminat sukan pasti teruja apabila mendapat tahu bahawa tidak lama lagi mereka boleh menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dalam HD. ASTRO bercadang untuk melancarkan lebih banyak saluran HD, termasuk kandungan tempatan, pada 2010. Akses untuk menonton saluran HD bergantung kepada langganan pakej semasa pelanggan. ASTRO B.yond akan menyiarkan siaran HD dalam resolusi 1080i dan resolusi 720p dalam keadaan tertentu, menawarkan ciri-ciri yang menepati piawaian antarabangsa: kualiti gambar dalam definisi tinggi yang 10 kali ganda lebih baik, kualiti audio yang lima kali ganda lebih baik dengan bunyi sekeliling Dolby 5.1 seperti dalam pawagam, warna mewah dan skrin lebih lebar berbanding dengan TV definisi biasa.

Mulai 18 Disember 2009, pelanggan boleh mendaftar di laman web www.astro.com.my/byond atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ASTRO 1300 82 3838. Oleh sebab pemasangan ASTRO B.yond membabitkan kediaman di seluruh Malaysia, pelanggan akan dilayan mengikut giliran.“Pada hari ini, kira-kira 1.2 juta pelanggan kami bersedia untuk beralih kepada HD. Menurut satu laporan industri, 59 peratus daripada semua televisyen yang dijual pada setengah tahun pertama 2009 sudah dilengkapi keupayaan HD, dan jualannya terus meningkat. Semua data menunjukkan bahawa langkah ASTRO untuk memperkenalkan perkhidmatan HD adalah tempat pada masanya dan pasaran sudah bersedia untuk menerima kandungan HD,” kata Dato’ Rohana. “ASTRO B.yond adalah strategi proaktif ASTRO untuk membawa hiburan masa depan kepada rakyat Malaysia dan untuk kekal sebagai pilihan nombor satu mereka. Kami ingin terus memperkaya kehidupan mereka dengan membawakan inovasi dalam kandungan kami, platform penyampaian dan perkhidmatan,” jelas Dato’ Rohana.

p/s: Sudah bersedia untuk bertukar ke HD format?