Dunia Kita Di Hujung Jari..


.

.
.

Ahad, 13 Disember 2009

5 Saluran berformat HD dalam pakej Astro Beyond terbaru!!!


Astro Beyond berformatkan HD hanya sesuai buat pelanggan Astro yang mempunyai Plasma TV, LCD TV dan LED TV. Dengan hanya menambah RM 20 setiap bulan, iaitu selama 12 bulan, pelanggan Astro di hidangkan dengan 5 saluran HD percuma yang terdiri daripada ' HBO HD, National Geographic HD, History Channel HD, Astro Supersport HD dan ESPN HD'. Walaupun anda melanggan Astro Beyond, anda tetap mempunyai saluran Astro yang lain, cuma kualiti gambar adalah jauh berbeza dengan kualiti yang sedia ada sekarang. Jika anda mahu menonton filem kegemaran anda dalam format HD, apa kata beralihkan ke dunia HD sepenuhnya melalui Astro Beyond yang kini boleh di dapati dengan menghubungi Astro di talian 1300 82 3838.
-------------------------------------------------------------

ASTRO bawa Hiburan Generasi Akan Datang
ke Kediaman di Malaysia
Perkhidmatan Definisi Tinggi Pertama bermula pada 18 Disember

sumber petikan: Sensasi Selebriti

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2009 – ASTRO hari ini melancarkan ASTRO B.yond, perkhidmatan inovatif berbilang peringkat yang bermula dengan penyiaran Definisi Tinggi (HD) pertama – membawa tanda aras baru ke dalam industri penyiaran Malaysia. “Kini ASTRO mempunyai 2.875 juta pelanggan, iaitu 48% jumlah penembusan TV di kediaman Malaysia. Di ASTRO, kami sentiasa berusaha untuk membawa inovasi ke dalam kandungan dan juga teknologi dalam memastikan pelanggan mendapat nilai maksimum daripada setiap Ringgit yang mereka bayar,” kata Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO. Melalui teknologi terbaik dalam kelasnya, ASTRO B.yond yang baru ini menawarkan perkhidmatan lebih inovatif kepada pengguna yang akan diperkenalkan secara berperingkat. Bermula dengan penyiaran Definisi Tinggi (HD) pertama sepertinya di Malaysia, ASTRO B.yond akan menukar pengalaman menonton TV kepada kemewahan paparan warna, kesempurnaan dan kejelasan imej yang diadun bersama bunyi sekitar yang menyeluruh. Perkhidmatan ini juga didatangkan bersama Panduan Program Elektronik (EPG) yang baru bersama ciri-ciri mesra pengguna bagi meningkatkan pengalaman tontonan anda.

Oleh sebab perkakasan dan infrastruktur teknologi ASTRO B.yond adalah untuk persediaan masa depan, lebih banyak inovasi baru akan menyusul. Pada tahun 2010, ASTRO berhasrat untuk menjadi stesen penyiaran pertama di dunia yang menawarkan rakaman video menerusi cakera keras binaan luar. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan boleh merakamkan program kegemaran mereka dan menyusun jadual tontonan mengikut keperluan peribadi mereka. ASTRO B.yond juga akan juga memperkenalkan Rakaman Video Digital (DVR), Video atas Permintaan (VOD) dan sambungan IPTV secara berperingkat dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Tambah Dato’ Rohana lagi, “ASTRO B.yond adalah janji kami untuk berada di barisan depan inovasi dan untuk menyeronokkan pelanggan kami dengan perkhidmatan yang lebih baik melebihi daripada jangkaan mereka. Hanya dengan cara ini kami akan kekal sebagai pilihan utama mereka dalam dunia hiburan. Inilah janji kami kepada pelanggan setia bahawa yang terbaik bakal tiba.” Oleh sebab ASTRO B.yond membabitkan satu perubahan besar dalam teknologi, ia memerlukan pertukaran keupayaan, perkakasan dan pemasangan secara mutlak. Untuk merasai pengalaman ASTRO B.yond, pelanggan diberi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan ini dengan hanya RM20 sebulan dan komitmen selama 12 bulan. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ini, para pelanggan akan menerima sistem serba baru yang merangkumi kotak media B.yond baru, kad pintar baru, unit luar (ceper) baru, kabel pengantara Multimedia HD (HDMI) dan alat kawalan jauh baru. Yuran pemasangan akan dikecualikan apabila menukar kepada sistem serba baru ini.

Kandungan HD ASTRO akan dimulakan dengan tiga bidang utama yang diiktiraf sebagai pemacu kandungan HD global: sukan, filem dan dokumentari. Program yang boleh didapati termasuk termasuk ASTRO Supersport HD, ESPN HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan HISTORY HD. Peminat sukan pasti teruja apabila mendapat tahu bahawa tidak lama lagi mereka boleh menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dalam HD. ASTRO bercadang untuk melancarkan lebih banyak saluran HD, termasuk kandungan tempatan, pada 2010. Akses untuk menonton saluran HD bergantung kepada langganan pakej semasa pelanggan. ASTRO B.yond akan menyiarkan siaran HD dalam resolusi 1080i dan resolusi 720p dalam keadaan tertentu, menawarkan ciri-ciri yang menepati piawaian antarabangsa: kualiti gambar dalam definisi tinggi yang 10 kali ganda lebih baik, kualiti audio yang lima kali ganda lebih baik dengan bunyi sekeliling Dolby 5.1 seperti dalam pawagam, warna mewah dan skrin lebih lebar berbanding dengan TV definisi biasa.

Mulai 18 Disember 2009, pelanggan boleh mendaftar di laman web www.astro.com.my/byond atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ASTRO 1300 82 3838. Oleh sebab pemasangan ASTRO B.yond membabitkan kediaman di seluruh Malaysia, pelanggan akan dilayan mengikut giliran.“Pada hari ini, kira-kira 1.2 juta pelanggan kami bersedia untuk beralih kepada HD. Menurut satu laporan industri, 59 peratus daripada semua televisyen yang dijual pada setengah tahun pertama 2009 sudah dilengkapi keupayaan HD, dan jualannya terus meningkat. Semua data menunjukkan bahawa langkah ASTRO untuk memperkenalkan perkhidmatan HD adalah tempat pada masanya dan pasaran sudah bersedia untuk menerima kandungan HD,” kata Dato’ Rohana. “ASTRO B.yond adalah strategi proaktif ASTRO untuk membawa hiburan masa depan kepada rakyat Malaysia dan untuk kekal sebagai pilihan nombor satu mereka. Kami ingin terus memperkaya kehidupan mereka dengan membawakan inovasi dalam kandungan kami, platform penyampaian dan perkhidmatan,” jelas Dato’ Rohana.

p/s: Sudah bersedia untuk bertukar ke HD format?

0 comments :