Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 17 Disember 2009

'Dengan keampunan kita dimaafkan', Muallaf perlu di lihat secara kritis!!


Kontroversi yang melanda Muallaf, filem ke-5 arahan Allahyarham Yasmin Ahmad yang dicetuskan suatu ketika dulu oleh beberapa ulama islam dilihat agak 'negatif,' kerana mereka mengandaikan bahawa Sharifah Armani membotakkan kepalanya dengan tidak melihat keperluan wataknya, perlu menonton Muallaf kerana ia sarat dengan mesej kemanusiaan yang sangat tinggi. Menggunakan tagline 'dengan keampunan kita dimaafkan', Muallaf membawakan kepada kita sebuah paparan kisah yang agak sensitif mengenai Brian ( seorang guru sejarah di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak) dengan Rohana (Sharifah Aleysha) dan Rohani (Sharifah Armani) ; dua beradik yang agak pelik sifatnya di mana Rohana kerap menyebut beberapa nombor dari Kitab Injil kepada makna yang terkandung dalam Kitab suci Al-Quran.

Kajian ringkas apa yang terkandung dalam Muallaf

  • Brian seorang guru yang tidak mengendahkan agama yang dianutinya (Kristian) ; juga seorang yang tidak menghormati ibunya (dilihat melalui percakapan seharian melalui telefon) mula mendekati islam melalui tafsiran kitab suci Al-Qur'an. Brian menyelinap masuk ke rumah Ana dan Ani demi untuk mencari kebenaran tentang apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an melalui tafsiran versi English yang di baca dan diselidikinya setiap hari. (lihat scene semasa Brian membaca Tafsiran Al-Qur'an di kamar hospital - seorang pesakit Kristian sedang koma) dan juga semasa Brian menyelinap masuk ke banglo milik Rohana dan Rohani ; lihat juga kepada maksud tafsiran yang di baca dengan visual yang dipaparkan).
  • Muallaf menyedarkan kepada kita tentang budaya menghormati orang yang lebih tua. (lihat scene di mana Rohani bercakap dengan Brian agar merendahkan suara apabila bercakap dengan ibunya - sebelum ini Brian bercakap kasar dengan ibunya). Ini menunjukkan islam memiliki budi pekerti yang sangat tinggi dan Rohani menyampaikannya melalui kata-kata kepada Brian).
  • Scene koma yang dipaparkan di dalam Muallaf mengingatkan saya kepada Yasmin Ahmad semasa beliau koma dan menghembuskan nafasnya terakhir serta meninggalkan seribu kenangan melalui karyanya yang cukup menyentuh perasaan. Harus diingat bahawa scene koma yang menampakkan Mei Ling (karektor pesakit kanak bukan islam sedang koma itu) sebenarnya dilakonkan oleh Shana Shafiza Muzaffar Syah (beragama islam). Dalam situasi ini Yasmin memaparkan kepada kita bahawa 'agama islam' bukan satu agama yang melarang untuk kita berbuat baik sesama manusia walaupun berlainan agama. Tidak salah sekiranya Rohana dan Rohani membaca tafsiran Al-Qur'an kepada pesakit kristian tersebut. (Penulis blog lain menghentam scene ini kerana menganggapkan bahawa Islam agama yang tidak boleh dikaji oleh bangsa bukan islam- penulis blog itu mengatakan Muallaf sebuah filem mencemar islam.. Ayo!!! . sila baca kritikanya di sini)
  • Muallaf bukan sebuah filem mencemar islam kerana setiap scene yang dipaparkan Yasmin mempunyai kronologinya yang membuatkan kita berfikir sendiri. Watak Rohana yang seringkali menyebut beberapa nombor dalam Kitab Injil kadangkala dalam Tao Te Ching dengan apa yang di tuturkan Rohani mahupun guru dan sesiapa saja memberikan maksud yang tersirat di sebalik keagungan makna ayat-ayat suci Al-Qur'an. Yasmin bukan menghina Al-Quran mahupun membandingkan antara kedua-dua kitab ini, malahan Yasmin mahukan setiap antara kita (umat islam) membuka kembali Al-Qur'an dan mengkajinya dalam kehidupan seharian kerana kebanyakkan daripada kita hanya bijak berbicara tentang agama tetapi perlaksanaannya hancur berderai. (ada di antara mereka hanya dengki, khianat dan cemburu antara satu sama lain).
  • Scene yang memaparkan Brian mencium bra, seluar dalam, dan beberapa pakaian milik Rohana & Rohani ; iaitu semasa Brian memasuki rumah mereka semasa ketiadaannya menunjukkan kepada kita keadaan yang agak 'sensitif' dan 'lucah' barangkali dari kaca mata penonton beragama islam terutamanya melayu. Jangan kata ia tidak bermoral, tetapi itulah realiti yang berlaku kepada seorang lelaki yang 'horny'.. itu lumrah kenapa perlu mempersoalkannya. Bukankah anda juga begitu?.
  • Scene yang cukup menyentuh perasaan barangkali mungkin pada anda ( jika anda perasan atau tidak) ; di mana Rohana & Rohani sebelum tidur mereka memohon kemaafan daripada Allah S.W.T (scene ketika bersolat ; sebelum Brother Anthony dan Brian masuk frame). Ini menjadikan satu amalan untuk memaafi mereka di luar sana yang telah menyinggung perasaan mereka tatkala di siang hari sebelum masuk tidur. Perbuatan ini dilakukan sendiri dalam dunia realiti oleh Yasmin semasa hayatnya. ( Pengakuan ikhlas di umumkan adiknya, Orked semasa kemenangan Yasmin di FFM22, KK Sabah ).
  • Walaupun berlainan agama dan kepercayaan, Brother Anthony ( beragama Kristian) sanggup menadah tangan pada tuhannya memohon agar tuhan mereka menyelamatkan Rohana yang diculik oleh pegawai bapanya. Ia bukan mempersendakan agama islam sepertimana petikan dalam blog picisan I Luv Islam. Setiap manusia berhak memohon kepada tuhan masing-masing (mengikut kepercayaan agama). Islam tidak melarang kita berbuat baik sesama manusia. Jangan terlalu taksub dengan agama sehingga diri kita sendiri terpesong!!.
  • Yasmin Ahmad pernah bercakap dengan saya yang 'dia membikin Muallaf bukannya untuk mempersendakan islam, tetapi dia berharap agar lebih ramai manusia mengkaji Al-Qur'an kerana ia merupakan kitab agung yang sangat suci'. Sebab itulah, Brian tertarik dengan agama islam. Jikalau Yasmin masih hidup, barangkali Muallaf ada kesinambungannya. Kata teman saya, 'eh.. x perasan Muallaf cepat sangat abis!!'.. hehehe
  • Ada pendapat mengatakan kenapa Laungan Azan dalam Muallaf diiringi berlatarbelakangkan muzik opera?. Harus diingat ia bukan bertujuan menjadikan satu isu tetapi cuba kita selidiki di Malaysia umpamanya, jika laungan Azan tetap berkumandang, ada juga yang mendengar muzik, menonton wayang dalam panggung wayang, menari-nari dan ada juga yang berkaraoke. Jadi kita perlu lihat kepada semua perkara dan jangan menyalahkan Muallaf okay!!.
  • Filem Muallaf cuba mengimbangi antara agama Kristian dan Islam yang masing-masing di anuti oleh setiap manusia. Yasmin memaparkan kepada kita bahawa, Islam adalah agama yang sangat mulia dan perlu di hormati. Setiap perilaku kita di muka bumi ini melambangkan agama yang kita anuti.
  • Scene yang memaparkan Sharifah Armani membotakkan kepalanya bukannya satu scene yang di sengajakan atau di 'ada-adakan', namun scene tersebut menunjukkan kepada kita bahawa Datuk Rahim Razali (watak bapa Rohana & Rohani ) itu sendiri yang 'cukur' kepala Rohani kerana kedegilan Rohani yang tidak mahu mendengar nasihatnya. Jadi siapa yang perlu dipersalahkan?. Pi la marah Datuk Rahim kerana wataknya membotakkan kepala Armani.. ayo!!! kolot sangat korang ni dok hentam Sharifah Armani 'botak' dengan pelbagai hadis!!.
  • Yasmin Ahmad pernah menulis tentang Muallaf berkaitan nombor yang disebut Rohani.. sila klik di sini.
  • Kesimpulannya, Muallaf bukan sebuah filem kontroversi yang di 'war-warkan' pengkritik nafsu bukan pengkritik kritis macam 'Pak Hassan Muthalib'. Saya cukup tidak bersetuju jika penonton kita mengatakan 'Muallaf sebuah filem kontroversi atau sebagainya'. Jadi hayatilah dan tontonlah sendiri MUALLAF YANG AKAN MASUK PANGGUNG 24 DISEMBER 2009 di semua pawagam seluruh Malaysia.

p/s: Mungkin ada jugak kritikan lain dalam filem ini dari kaca mata anda yang saya tidak tulis. Komen la di sini. Namun berakhirlah Sinema Yasmin selepas Muallaf ditayangkan nanti. Kerana setiap tahun, waktu dan ketika, 'saya kerap menantikan buah tangan terbaru beliau'.. tetapi kini hanya tinggal kenangan dan filemnya akan di sebut, di kaji dan tetap juga dikritik. Jika anda tidak suka, saya tidak boleh buat apa. Itu hak anda..



dengan keampunan kita dimaafkan..
Akan menangis di pawagam.. 24 Disember 2009
MUALLAF
21st Tokyo International Film Festival,
WINNER SPECIAL MENTION - BEST ASIAN-MIDDLE EASTERN FILM AWARD

World Premiere: 15 August 2009 in Locarno Film Festival
Malaysian Released: 24 December 2009.

2 comments :

Hi! Ulasan yang bagus sekali! Saya pun ada menyibuk dekat malam tayangan tu. Check out my blog here.

http://runwitme.blogspot.com/2009/12/yasmin-ahmads-muallaf-malaysian.html

Thanks! :)

inilah blog picisan kegemaran saya. syabas! su tu special gf amy ikram ke? kirim salam ya kalau gf awak.